Assalamualaikum... Entri kali ini khas buat Mama Liza atau Norlizayati Othman... Tuan tanah blog "Life As Mama Liza" sebuah blog personal yang berkisar tentang kehidupan Mama Liza sebagai seorang guru dan seorang ibu bagi sebuah keluarga yang bahagia. 

Count Adam's Books Giveaway
http://lizayati.blogspot.com/

Pada bulan Januari 2013 yang lepas beliau telah menganjurkan satu peraduan atau Giveaway yang bertajuk "Count Adam's Book Giveaway" yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu : 

Kategori A - Perlu follow blog dan tulis satu entri berkenaan tajuk dan meneka jumlah buku kepunyaan Adam (lihat gambar di bawah)
Kategori B - Kira dan teka jumlah buku kepunyaan Adam.

Peraduan berakhir pada 31 Jan 2012 jam 11.59 malam.

Count Adam's Books Giveaway
Kira buku Adam sahaja tau!

Kerana peraduan bagi Kategori B teramat mudah, maka saya pun membuka mata sebesar-besarnya untuk mengira buku kepunyaan Adam... Payah juge, agak2 anda mampu mengiranya dengan tepat? Apatah lagi bila di bagi tau buku Adam bercampur dengan buku kepunyaan Mama Liza....Perg!! 

Mana satu buku Adam nih? Betul-betul mencabar! Oleh kerana penyertaan hanya untuk meneka, maka saya pun menyertai peraduan bagi kategori B. Apalagi...Tembak jer laa...guna sniper.. hehe

Hadiah yang di tawarkan juga amat menarik iaitu satu set One Touch Rainbow jenama Tupperware! (Saya ulangi...Tupperware!). 5 pemenang dipilih bagi kategori A dan 1 pemenang bagi kategori B.

Count Adam's Books Giveaway
set Tupperware comel sebagai hadiah

Pada 1 Februari 2013... Entri pengumuman pemenang di siarkan. Berdebar-debar juge ye nak mengetahui keputusan...macam nak ambil keputusan SPM jer...hehe. 

Bagaikan tidak percaya apabila terlihat nama saya  terpilih memenangi peraduan bagi kategori B! Syukur...Alhamdulillah.  Gembira tak terkata...Yang lebih menakjubkan...jumlah tekaan saya adalah tepat! Ya....TEPAT

Anda ingin tahu berapa jumlah buku Adam... sila lihat entri pengumuman di sini  :

Tapi sebelum tu anda cuba-cubalah teka...hehe

Hari ini sebuah van bising meng "hon" di depan rumah... Rupanya van Pos Laju dan satu bungkusan di hulurkan, gembiranya bila melihat nama penghantar adalah Norlizawati Othman. 
Count Adam's Books Giveaway
Sebagai yang telah di janjikan, Alhamdulillah... hadiah peraduan selamat sampai. Hanya ucapan ribuan terima kasih buat Mama Liza di atas hadiah yang di beri. 

Berikut adalah gambar hadiah yang telah saya menangi... Menarik dan comel sekali dan yang lebih terujanya, ianya adalah orginal produk Tupperware! Pasti mahal juge kan... Terima kasih sekali lagi Mama Liza.

Count Adam's Books GiveawayCount Adam's Books Giveaway
Botol air tu bukan hadiah...saje letak untuk posing sekali....hehe

Count Adam's Books Giveaway
Original Tupperware beb!

Anda jangan jeles pula ye... Rajin-rajinlah ke Blog Mama Liza, mana tau dia bermurah hati untuk menganjurkan peraduan lagi. Pasti hadiahnya lumayan. 

Tapi sebelum tu marilah berkenalan dengan Mama Liza di blognya..  .>>Life As Mama Liza<<   Jom kita terjah!

22 comments - "Count Adam's Books Giveaway - Thanks Mama Liza"

Liza delete icon 5:46 PTG

Oh, dah sampai. Alhamdulillah.... Sori amik masa yg lama utk pos. Feel free to visit my blog. :)

ANIM delete icon 5:52 PTG

pandai bin meneka..
rezeki tu..

Dah selamat sampai...Terima kasih Liza.
Selalu ke blog Liza tp xboleh komen, xtau ape masalahnye...huhu
Kotak komen xappear langsung bila klik.

Betul2 rezeki...
Bak kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki..Tuah saya kat blog Mama Liza...hihi.
Terima kasih Anim.

Hanif Idrus delete icon 7:52 PTG

tahniah buat awak!!!!

eh ye ke...akak nak tolong pun akak bukan pakar..cuba mintak tolong ngan blogger pakar dalam tutorial..maybe ada silap kat mana2,sbb blogger yang lain komen ok jer

Terima kasih HI..
Rezeki namanya tu.

Tu la...tgok org lain xde masalah pun komen, xpelah..saya tetap jengah blog akak tp xdpt la nak komen.

MaMa Rey delete icon 2:01 PG

wow..tahniah ya BM..pandai teka..sampai berdebar2 mcm tggu result pula..

Terima kasih Mama, nama pun teka...dah rezeki terkena pula.
Dah terlalu lama xmerasai feel tggu keputusan...kihkih, mcm poyo jer!
TQ Mama.

wahh hebat meneka.. tahniah menang :)

Salam Acik,
Xhebat mane pun...cuma dasyat jer hehe. Gurau jer acik,
kalau dah rezeki...letak jer jumlah berapa pun insyaallah...syukur diatas pemberianNya.

tahniah, inilah yg dikatakan rezeki kan !

Bin Muhammad delete icon 12:41 PTG

Terima kasih KA,
Rezeki datang tidak di sangka2...Alhamdulillah.

UmmiKami delete icon 2:59 PTG

Assalamu'alaikum secangkir madu..
Malam tersenyum di pinggir rindu.. :D

Delima putih rapat di dahan,
Daun muda diikat terbuka;
Terima kasih selebat hujan,
Pantun anda hebat-hebat belaka.

Pecah tumboi terkena kaki,
Belah jerami ambil di sawah;
Tahniah berbaloi kerana rezeki,
Bolehlah Ummi berkongsi hadiah.. hehe

Waa'laikumsalam setalam madu...
Siang ketawa malam merindu =)

Sopan santun amal berbudi,
Terpikat hati sayang terlambat,
Hamba berpantun asal jadi,
Manakan sama Ummi yang hebat

Mata letih badan lelah,
Galau tidak mudah mencari,
Mana boleh kongsi hadiah,
Kalau hendak carilah sendiri.. hehe (jgn mare ye..nanti kena jual)

pehhhh terornyeeeee !!!! kalo mar surely nk join ktegori A je. hehe. tahniaaahh :)

Wah.. Tahniah menang.... :-)

Bin Muhammad delete icon 10:18 PTG

Terima kasih Mar...Singgah le kat blog Mama Liza ye.

Bin Muhammad delete icon 10:20 PTG

Terima kasih PD,
Ini yg dinamakan rezeki :)

KY delete icon 10:24 PTG

wahhh...bestnya..dapat hadiah, tahniah

kalau KY pun berpinar nak kira tu, apa lagi KY ni rabun lagilah sakit kepala

Bin Muhammad delete icon 11:38 PTG

TQ KY,
Tembak jer...kalau dah rezeki, tepat pula.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap