Kerusi dan meja...kini sudah menjadi suatu keperluan yang wajib ada di dalam sesebuah rumah mahupun pejabat. Pada awalnya kerusi dan meja hanya di gunakan di istana dan golongan bangsawan sehinggalah pada kurun ke 16 barulah ianya menjadi keperluan wajib ada bagi semua orang.

Rekaan kerusi dan meja juga mengalami perubahan rekabentuk. Rekaan moden yang bersandarkan kepada keperluan semasa, keselesaan, kesenian dan kemudahan. 

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif
Rekaan yang berkonsepkan bunga tulip yang cantik dan praktikal.

Keunikan Rekaan

Rekaan yang unik, menarik dan eksklusif memberi variasi yang pelbagai dalam rekabentuk sesebuah kerusi dan meja. Idea yang menarik ini bukan datang dengan sendirinya. Ianya memerlukan kemahiran, ilmu, pemerhatian, kajian dan percubaan sebelum ianya dapat di zahirkan. Usaha yang berterusan sahaja yang mampu menghasilkan kejayaan.

Ingatlah...tiada apa yang datang bergolek dgn sendirinya jika tanpa ilmu, usaha berterusan, doa dan tawakal. Anda nikmati dan nilaikan sendiri hasil rekaan kerusi dan meja yang kreatif, unik dan menarik ini. Bukakan minda anda agar tidak terkongkong dalam situasi yang kebiasaan....
Jangan kita jadi insan yang ketinggalan.... 

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif
Rekaan meja yang unik umpama kelopak bunga berkembang
Menarik dan kreatif....mudah untuk di alih dan pelbagai fungsi. 

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif
Sebuah sofa yang boleh berubah menjadi sebuah katil 2 tingkat.
Sesuai sekali untuk rumah yang ketiadaan bilik dan ruang.

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif - kerusi meja taman
Sebuah kerusi juga sebuah kerusi bersama meja...
Pilih sahaja yang mana anda perlukan...hanya dalam satu rekaan

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif - kerusi mudah alih
Rekaan ini mungkin sudah di komersilkan. Mudah di dapati di kedai perabot.
Rekaan yang kreatif untuk meja dan kerusi...mudah di gunakan dan mudah juga untuk di simpan

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif - kerusi terbelah
Rekaan unik. Bentuk yang menarik dan moden. 
Boleh di panjangkan jika di perlukan.

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif - kerusi lipat
Kerusi lipat yang unik dan eksklusif. Mudah dibawa kemana sahaja.

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif - kerusi lipat
Rekaan kerusi yang sungguh berguna untuk sesuatu majlis atau seminar.
Tak perlu bersusah payah menyusun, mudah di bawa dan mudah juga di simpan.

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif - kerusi sebuah meja
Sebuah meja juga sebuah kerusi. 
2 dalam 1 tapi berbeza fungsi

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif - kerusi sebuah rak
Sebuah rak juga sebuah meja dan kerusi.
Terpulang kepada anda untuk mengunakannya. Jika tidak berfungsi sebagai kerusi dan meja, 
jadikannya rak barang dan buku anda

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif - kerusi tersembunyi
Meja yang menyembunyikan kerusi dengan kemas sekali.

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif - kerusi berongga
Rekaan yang kreatif dan padat dengan nilai kesenian.
Menarik, unik dan eksklusif 

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif - kerusi meja rak
Sebuah lagi rekaan yang mempunyai dua fungsi.
Jadikannya rak atau gunakan ia sebagai kerusi dan meja. Terpulang kepada anda.

Rekaan Moden Kerusi & Meja yang Kreatif - kerusi tersorok
Sebuah lagi rekaan meja yang dapat menyembunyikan kerusi dengan begitu kemas.

Yang manakah menarik perhatian anda? Jangan tanya saya pula di mana hendak dapatkan barangan rekaan-rekaan di atas kerana saya hanya mendapatkan gambar-gambar ini untuk memberikan idea dan berkongsi dengan anda, ianya adalah dari pelbagai sumber di internet. Semoga anda terbuka minda dan mendapat serba sedikit informasi.

Rekaan-rekaan yang menarik dan kreatif ini memerlukan idea dan kreativiti yang tinggi. Seseorang yang mampu berfikir di luar dari kebiasaan. Satu anugerah kemahiran yang tidak di miliki oleh setiap insan. Anugerah yang di beri oleh Allah SWT kepada insan-insan tertentu...Bersyukurlah kepada sesiapa yang memilikinya...dan bersyukur juga kita kerana dapat menikmatinya. 

Sesungguhnya kita ini hanyalah insan yang lemah, segalanya adalah dariNya dan hak milikNya...
- Rekaan Kerusi & Meja - Kreatif, Menarik & Unik...3
Rekaan Kerusi & Meja - Kreatif, Menarik & Unik...2

Admin...

21 comments - "Pelbagai Rekaan Kerusi & Meja yang Kreatif"

mmg creative, colorful lagi mmg menarik !

kreatif lorr

kreativiti itu penting...sekarang ni dengan keadaan ruang rumah yang sempit,barang-barang di atas sangat praktikal jika diletakakn di rumah..

Salam KA,
Tau dah..pasti KA suka yg colorful!
Thx KA

Salam mama,
Kreativiti buat membuka minda...
Terima kasih, teruskan bersama Relaks Minda

Salam,
Ya...betul tu, ianya dapat memudahkan, selesa dan mengatasi masalah agar kita dpt ketenangan. Relaks Minda...
Thx Ummiarissa.

sgt kreatif
tapi saya belum ada satu pun kerusi gini...hehehe

hairi02 delete icon 10:55 PG

Sangat kreatif dan menarik sekali! Membuka minda

Saya pun xde...tp ianya dapat membuka minda bahawa terdapat pelbagai rekaan menarik dan unik.
Thx MLD

Terima kasih hairi,
Teruskan bersama Relaks Minda...amat dihargai kunjungan anda.

sangat menarik =)

ZazaMyMoon delete icon 10:45 PG

Cool & Creative.. :)

Terima kasih Anna.
Teruskan bersama Relaks Minda, kunjungan anda sgt saya hargai.

Thanks Zaza,
Teruskan bersama membuka minda di sini :)

Masya Allah kreatifnyeeee... geraamm tengok. rasa nak memiliki satu, lg2 yg 3 in 1 :)

Bin Muhammad delete icon 10:16 PTG

Salam,
Tengok je...kalau nak kena tempah sendiri ye.
TQ Mar

how i wish I could be as creative as they are...

Bin Muhammad delete icon 11:29 PTG

Tidak semua org diberi anugerah sedemikian.
Kita hanya untuk menikmatinya sahaja.
TQ Kak RZ

Mila Ahmad delete icon 7:56 PTG

Unik gila kerusi-kerusi ni, ada jual ke kat Malaysia ni ?

Ianya sekadar berkongsi untuk membuka minda dan melihat sesuatu yg inovatif agar dapat memberi ilham dalam meningkatkan daya kreativiti diri. Nak dapatkan nya di Malaysia...maaf saya tidak tahu, spt apa yg saya telah terangkan di atas.

Mamamiza87 delete icon 10:37 PG

Mana nak dpt kerusi2 mcm ni?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap