Kreativiti Buat Keselesaan Kucing Anda: Assalamua'laikum...Entri kali ini pasti di gemari oleh pencinta makhluk Allah yang comel ini iaitu kucing. Kucing merupakan binatang peliharaan yang paling banyak di pelihara. Sifatnya yang manja dan riang disamping rupanya yang comel membuatkan ianya menjadi binatang peliharaan yang popular dan di gemari ramai.

Kucing juga merupakan binatang peliharaan yang menjadi kesayangan Rasulullah. Diberi nama Mueeza, kucing kesayangan Baginda ini akan di kendong bersama tatkala bertemu tetamu yang datang ke rumah Baginda. Begitu sayangnya Baginda dengan Mueeza. Kucing yang paling bertuah di dunia.

Itu hanya secebis kisah dan banyak sekali posting yang berkaitan Rasulullah dan kucingnya yang anda boleh dapat apabila anda membuat carian di Google.

Apabila anda memelihara kucing, pastikan anda menjaganya dengan baik. Jangan sesekali menyeksa mereka. Makan dan minumnya harus terjaga. Jika anda pelihara di dalam rumah, pastikan tempat tidur atau rehat yang selesa buat mereka.

Kesian kucing-kucing ini terpaksa berhimpit di dalam kotak yang kecil.
Janganlah siksa mereka begini....

Rekaan Buat Kucing

Saya ingin memperlihatkan kepada anda beberapa kreativiti rekaan dan contoh tempat tidur dan bermain buat si comel anda ini yang sungguh menarik, praktikal dan eksklusif. Mungkin ada diantaranya menarik minat anda untuk di hadiahkan buat si manja ini. Kalau dah sayang...apa salahnya...

kreativiti untuk kucing
Siap ada tangga lagi...Pasti seronok si comel ini mendapat bilik yang selesa.

kreativiti untuk kucing
Ini baru betul...sebuah katil comel buat simanja anda. Pasti dia nak tidur aje lepas ni.

kreativiti untuk kucing
Ruang rak buku anda juga boleh di gunakan untuk tempat kucing tidur. Sesuai ke? Terpulang kepada anda...sekadar idea.

kreativiti untuk kucing
Beg lama yang tidak di gunakan pun boleh di jadikan tempat tidur yang selesa buat kucing anda.

kreativiti untuk kucing
Contoh permainan buat si manja anda. Bermain sambil bersenam. Macam hamster la pulak...hehe

kreativiti untuk kucing
Jika anda mampu, buat sebuah kabinet khas untuk kucing anda. Ia juga boleh di letakkan di mana-mana sahaja sebagai kabinet hiasan.

kreativiti untuk kucing
Rekaan katil bujang yang eksklusif untuk si comel anda berehat. Makin bolat le si manja anda ni...

kreativiti untuk kucing
Rekaan untuk si comel anda bermain panjat-panjat. Pasti seronok melihat gelagatnya.

kreativiti untuk kucing
Ruang di bawah singki kabinet dapur anda merupakan tempat yang paling sesuai untuk di jadikan bilik untuk si manja anda. 

kreativiti untuk kucing
Anda ada banyak kucing...Rekaan ini amat sesuai dan kelihatan kemas sekali. Tempat bersantai yang selesa buat mereka.

kreativiti untuk kucing
Kerusi istimewa yang di reka memberi ruang untuk kucing anda berayun bersama. Agak-agak siapa yang lena dulu...

kreativiti untuk kucing
Tak ada budget...Buatkanlah seekor satu kotak untuk si comel anda berehat. Kalau malas buat seperti di atas, kalau rajin sedikit...buatlah seperti di bawah ini

kreativiti untuk kucing
Pastinya, jika anda membela kucing...layanlah ia seperti ahli keluarga anda. Berikan ia keselesaan setakat yang anda mampu. 

kreativiti untuk kucing
Kucing amat suka akan perhatian anda.  Jangan jadikan ia alasan jika ia mengganggu anda...tapi sediakan kemudahan buatnya...pasti ia juga amat menyenanginya. 

Bagaimana? Ada yang menepati citarasa anda. Terpulanglah...kalau tidak dapat mengadakan tempat seperti di atas pun bukannya satu kesalahan. Kerusi sofa anda pun empuk untuk mereka berehat...Yang penting...jangan anda sakiti mereka. Rasullullah pun menyayangi kucing...maka sewajarnyalah ianya menjadi ikutan, panduan dan tauladan.

Admin...

43 comments - "Kreativiti Buat Keselesaan Kucing Anda."

wahh nampak selesa betul temapt kucing nie ... creative la

Unknown delete icon 3:35 PTG

hehe. menariiik nyee laa.. tp tu lah huhu sedih je, sy xpndai nak main ngn kucing n xberani nk pegang kucing.. huhu. dn xberapa suke nak membela, suke tgk je.. hehe.

seronok bela kucing sebenarnya.
boleh jadi teman kt umah.
geram bila tgk video kat utube seksa kucing.

BinMuhammad delete icon 4:23 PTG

Keselesaan penting untuk kesihatan kucing.
Acik suke kucing ke?

BinMuhammad delete icon 4:26 PTG

Takut kucing rupanya Mar...
Rugi le...binatang kesayangan dan peliharaan Rasulullah tu

BinMuhammad delete icon 4:28 PTG

Betul tu...best main dgn kucing ni. Mcmne la boleh ade org boleh sanggup mendera/menyiksa kucing. Xde perasaan betul.
Thx Nick...you are always welcome.

ANIM delete icon 4:29 PTG

Bin, kak punya kucing kampung. Dia paling suka tidur atas kereta dan kak tak pernah selimutkan kereta kak tu. pagi2 nak p sekolah, penuh bonet dan bumbung kereta dgn bulu kucing, heee...

Ros delete icon 4:36 PTG

Assalamualaikum Bin Muhammad,

Amboii..mesti suka sangat kucing2 tu kan he.he...Kreatif sungguh...Memang patut pun kita buat macam ni kan Bin...,kalau kita nak bela binatang apa pun supaya depa bebas dan lebih selesa...baru lah nampak macam depa tu tak terpenjara...

BinMuhammad delete icon 4:39 PTG

Eh...macam samalah kita. Setiap pagi kerjanye menyapu bulu kucing kat kereta. Xtaulah ape yg dia suke sgt lepak kat situ. Sabor je la.
Thx Kak Anim. Selalu le kemari.

umiawadah delete icon 5:16 PTG

wah makin manja lah kucing ni....makan pakai dan tempat tinggal ada kelas...saya tak bela kucing tapi suka kucing..

BinMuhammad delete icon 6:07 PTG

Waa'laikumsalam,
Betul tu...xkiralah binatang apa yg di pelihara, jgnlah di kurung, biarkan mereka bebas dan beri mereka keselesaan. Mereka juga makhluk Allah...pelihara bukan bermana penjara.
TQ Ros.

BinMuhammad delete icon 6:08 PTG

Kucing pun ada naluri dan perasaan, jika kita sayang mereka dan beri keselesaan pasti mereka menyayangi tuannya.
Terima kasih Ummiariassa.

BinMuhammad delete icon 6:12 PTG

Betul tu..teringat saya artikel PD mengenai kucing.
Tp bukan sahaja kucing, semua binatang pun kita kena berbuat baik. Hatta binatang sembelihan pun beradap dan ada panduan untuk di sembelih.
Istimewanya kucing kerana ianya merupakan binatang peliharaan yg di sayangi rasulullah.
Terima kasih PD.

my notes delete icon 7:04 PTG

assalamualaikum ... kucing saya tak nak kuar rumah kecuali membuang najis . Asik nak berkepit jer dgn tuannya . Tapi bila bwk balik kg , dia boleh trus lari panjat pokok dan mengukur besar halaman rumah ...

Jamal Abu delete icon 8:47 PTG

Kalau kucing saya dapat tempat tidor macam ni...mesti xbangun2. hehe

BinMuhammad delete icon 9:03 PTG

Waalaikumsalam,
Bagusnya kucing...manje betul dgn tuannye. Dekat kg dia terasa luas kot, seronok...hehe
Terima kasih berkunjung ke sini.

BinMuhammad delete icon 9:04 PTG

Saudara Jamal, buatlah satu...mesti kucing tu suke.
TQ..

Unknown delete icon 10:45 PTG

Salam manja-manja kucing hehe..

Bukan loceng sebarang loceng,
Loceng berbunyi tanda kembali;
Bukan kucing segarang kucing,
Kucing menyanyi manja sekali.

Lenguh mengomel berdesing bising,
Air meleleh sentil Pak Tua;
Sungguh comel sikucing-kucing,
Jika boleh ku ambil semua.

Kain seela digunting diukur,
Raut peniti selembar benangan;
Ingin ku bela kucing seekor,
Takut nanti tercakar tangan. :D


Creative sungguh rumah kucing tu.... ada saja idea =D

Waa'laikumsalam malu-malu kucing :)

Bukan loceng sebarang loceng,
Loceng meja sekadar replika,
Bukan kucing segarang kucing,
Kucing manja penawar duka.

Lenguh mengomel bising kesenja,
Pulau Melaka ditengah benua,
Sungguh comel sikucing manja,
Kalau suka ambillah semua.

Tangan meraut selembar benangan,
Mekar seroja menidak duka,
Jangan takut tercakar tangan,
Cakar manja tidak terluka.

Ummi datang membawa ceria, Pantun indah penuh seloka.
Terima kasih Ummi.

Tanpa Nama delete icon 9:37 PG

Dtg baca & ucap terima kasih sekali lagi atas doanyer ye!

wah.....sgt2 cantik tmpt kucing tu.... saya juga suka kucing, tapi tak membela pulak
:)

Terima kasih berkunjung ke sini KA.
Sentiasa doakan kesejahteraan rakan2 agar sentiasa sihat.

Kalau suka kenalah bela sekor...hehe
Seronok ada kucing ni...dapat bermain2 dan melihat telatah dan aksi mereka.
TQ MLD

Unknown delete icon 10:46 PG

Ummi datang lagi :D

Bumi berdentum cuaca meruntun,
Hebah guruh hujan berhenti;
Ummi tersenyum membaca pantun,
Indah dan sungguh menghiburkan hati.

BinMuhammad delete icon 12:29 PTG

Silalah datang berkali-kali,
Pantun dijual pasti saya beli.

Suami hilang hati meruntun,
Bila pulang muka berseri,
Ummi datang membawa pantun,
Semua orang suka hati.

Unknown delete icon 1:39 PTG

datang tak diundang.. :D

Mari bersiram dimasa petang,
Siram kerana berat dah turun;
Ummi geram terpaksa datang,
Geram kerana dapat berpantun. ;D

Unknown delete icon 1:49 PTG

comel2 dn cantik2 kucing tu..sy pn suka kucing tp tak dpt bela..

BinMuhammad delete icon 3:45 PTG

Gempak paluan aku berkompang,
Kuhulurkan salam Ummi datang,
Tak perlu puan daku undang,
Datang dialukan malam dan siang,

Kalau bersiram dimasa petang,
Perambut terbang melantun kepadang,
Jikalau geram terpaksa datang,
Kusambut riang pantun dikarang.

BinMuhammad delete icon 3:47 PTG

Ramai orang sukakan kucing tapi xsemua mampu utk memeliharanya.
Terutama jika ada budak kecil.

Blog Santai delete icon 10:09 PTG

wow so cute..and bertuahnya kucing-kucing tu..love all the cats..

Unknown delete icon 10:12 PTG

akak suka tgk..saja tapi mmg geli dgn kucing..wooo

BinMuhammad delete icon 10:25 PTG

Memang bertuah kucing yg dapat tuan yg prihatin mcm ni.
TQ Kak RZ

BinMuhammad delete icon 10:27 PTG

Ooo...geli pd kucing rupanya. Binatang yg comel dan manje ni pun ade yg geli ye...
Kunjungan Mama berbyk Terima kasih.

Nadhyat delete icon 8:19 PTG

Amboih...bencinya kucing tu!
Tempat dia lagi hebat dari tuan punya...hehe comey betul, siap ada gym lagi haha...
memang gelak-gelak dan tersenyum sendirian baca post ni, hehe

BinMuhammad delete icon 11:28 PTG

Benci tapi suke...hehe.
Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda :)

Unknown delete icon 1:34 PTG

Alaa comel nyer si gedebab... dulu masa kecik suka buat kotak utk rumah kucing..

BinMuhammad delete icon 2:03 PTG

Sekarang xbela kucing lagi ke?
TQ berkunjung ke sini

Unknown delete icon 4:08 PTG

eee xpuas lagi tgk kucing..buka lagi seklai lah..hehe.. masa kecik je bela kucing...sekarang dah ada suami..hehee

Saya dah FOLLOW..suka blog ni..damaaaiii

Unknown delete icon 4:08 PTG

Sama2.. :)

Suka pulak saya tengok kabinet dapur khas untuk meow tu. Terima kasih ye kerana berkongsi.

Terbaikkkkk!!!!! Kreatif..good2..sy pun syg kucing....meowwwww :>)

Unknown delete icon 1:15 PG

Saya juga ada pelihara kucing...jumpa d jln, kerana kecian sy pelihara..skng terjatuh sayang dah dgn 'comel & mendut' ni...

Rozita delete icon 6:19 PG

Alhamdulillah...saya dan suami Raman proses renovation rumah untuk so manja, betul2 hilang stress tgk semua kucing2 ni. Tq Bin atas perkongsian..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap