Nikmati Pesona Alam - Keindahan untuk Ketenangan: Assalamua'laikum.... Hujung minggu tiba lagi....Pastinya waktu yang di nantikan untuk keluar dari kepompong kerja harian anda. Anda berada di tempat yang paling sesuai untuk anda menikmati ketenangan di hujung minggu. Tiada tempat lain selain Blog Relaks Minda untuk anda nikmati rehat seketika di alam siber ini...
Nikmati keindahan alam semulajadi yang pastinya mendamaikan, menenangkan dan mempersonakan pandangan. Hayati satu persatu keindahan alam ciptaan Ilahi ini... Kesempurnaan ciptaan yang tiada bandingan...
Keindahan alam yang pelbagai rupa dan warna sungguh mengagumkan. Memukau pandangan...terpaku dengan ciptaan Ilahi.
Jangan sekali kita tidak bersyukur di atas nikmat kecil yang kita nikmati seperti pandangan mata yang dapat menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Bersyukurlah....di kala senang, semoga Allah melindungi kita pabila ujian besar menimpa.
Pencipta seluruh alam dan makhluk yang hidup di dalamnya...Allah SWT. Sambil menikmati dan mengagumi keindahan alam ciptaan Ilahi...lafazkanlah kalimah suci tanda syukur dan mengagungkan kekuasaanNya.
Warna-warni alam sungguh menawan dan mengasyikkan.
Dari bermulanya terbit mentari, alam disinari cahaya...hingga ianya tenggelam di ufuk barat menukarkan suasana alam menjadi malam.
Indah dan sempurnanya putaran alam yang tidak jemu-jemu mengikut jadual yang telah di tetapkan....Tidak tercepat mahupun terlewat walaupun sesaat
Jangan buta hati...Jika hati buta, pandangan anda juga buta.
Sungguh indah alam ciptaan ilahi. Hanya dengan memandangnya dapat menenangkan dan mententeramkan hati, jiwa dan minda. Nikmat percuma yang tidak ternilai harganya.
Semoga anda mendapat sedikit ketenangan di samping mengagumi akan kekuasaan Maha Pencipta. Berehat dan bertenang walau seketika penting untuk kesegaran dan ketenangan hati dan minda dan nikmatinya di Relaks Minda.
19 comments - "Nikmati Pesona Alam - Keindahan untuk Ketenangan "
Alhamdulillah..semuga sentiasa bersyukur..
assalamualaikum ... subhanallah ... cantik sungguh ...
damainya mata memandang...tenang rasa di hati...
cantik sungguh..teringin nak tinggal kwsn indah mcm tu..
Bersyukur kita atas nikmat yg di beri.
Waa'laikumsalam,
ciptaan Ilahi sungguh sempurna kecantikannya
Betul tu Mama, kalaulah dapat berada nyata di tempat tersebut, alangkah indahnya.
damai yan hilang ...kat bandar nie tak dapat rasa suasana nie ..
Keindahan untuk ketenangan, Nikmatnya ciptaan Allah SWT
Thx Ummiariassa.
Salam bertumpang lalu, semoga sihat-sihat selalu :D
Petiklah petik berangan dan kuini,
Merekah bidara di tepi peti;
Cantik-cantiklah pemandangan di sini,
Alangkah gembira kalau menjadi realiti.
betul bin..biar mata buta, jangan buta hati...
indahnya pemandangan ini..macam lukisan
Bandar bukan tempat mencari kedamaian... Luangkanlah masa di hujung minggu utk menikmati kedamaian dan ketenangan bersama kehijauan dan keindahan alam semulajadi...
OK...Acik, jom ke Taman Negara!
Jika hati buta, mata buta... Tidak dapat menikmati keindahan ciptaan Ilahi, alangkah ruginya.
TQ Anim.
Indahnya
Waa'laikumsalam...silalah lalu,
Alhamdulillah...sihat selalu :)
Jangan dipetik angan berahi
Punya bukti bukan fantasi,
Pemandangan cantik ciptaan Ilahi,
Ianya realiti bukan ilusi.
Lalai mengira padi dipeti,
Perigi sakti mananti jauhari,
Andai gembira menjadi realiti,
Pergi bercuti nikmati sendiri... Apa lagi! Jom Cuti2 Malaysia!
Thx HI...krn relaks minda seketika di sini
Mmg tenang dtg sini...dpt tgk pemandangan yg cukul indah....subhanallah..
Alhamdulillah...itulah matlamat saya.
TQ Mieza
kalau dapat tinggal kat tempat macam ni rasa macam nak nangis je sebab dapat menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”