Assalamualaikum wbt... Syukur... Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas dan di beri kekuatan dan kesihatan pada hari Jumaat yang mulia ini...Penghulu segala hari. Semoga anda juga dalam keadaan sihat dan berbahagia sentiasa...

relaks minda-Santapan Minda di Hari Jumaat
Saat jendela di buka...terlihat keindahan alam ciptaan Ilahi. Terlihat akan keagungan, kekuasaan dan
kebesaran Allah SWT. Sesungguh aku hanyalah insan kerdil yang tidak berdaya dan tidak punya apa-apa...hamba yang hanya menurut segala perintah Mu dan menjauhi segala larangan Mu.... AllahuAkbar...

Santapan Minda di Hari Jumaat
Nabi Muhammad SAW pemimpinku... 
Menjadi pembimbing, contoh dan petunjuk buat umat Islam.

Sempena hari Jumaat yang Mulia ini...saya mengajak diri saya anda semua berselawat keatas Nabi Muhammad SAW tanda sayang dan cinta kita kepadanya disamping memperoleh ganjaran yang tidak ternilai buat bekalan di akhirat kelak...Insyaallah...

Santapan Minda di Hari Jumaat- selawat nabi

Dari Abu Darda radiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa sahaja yang berselawat keatasku sepuluh kali di waktu pagi dan petang, maka dia akan mendapatkan syafaatku pada hari Kiamat.” (Hadis hasan, Al-Jami’ oleh al-Albani hadis no.6357)

Imam at-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Terhinalah seseorang yang namaku disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat kepadaku.” (hadis sahih, At-Tirmidzi hadis no.2870)

Selain dari sepanjang hari Jumaat ini, anda juga mendapat ganjaran berganda dan keberkatan andai anda berselawat diantaranya ketika :

1. Ketika masuk dan keluar masjid. 
2. Di tahiyyat akhir di dalam solat.
 3. Setelah doa qunut. 
4. Di dalam solat Jenazah setelah takbir yang kedua.
5. Sebelum dan sesudah berdoa.
6. Ketika disebut nama Baginda SAW.
7.Setiap hari ketika pagi dan petang.
8.Ketika menutup sebuah majlis atau perhimpunan
9. Sebelum dan selepas menyampaikan pengajaran.

Santapan Minda di Hari Jumaat

Tazkirah tak boleh panjang-panjang... Nanti anda semua bosan membaca...
Kadangkala yang sedikit itu lebih bermakna, sampai dan senang di ingati dan di ikuti.

Akhir kata... Buat semua muslimin, jangan lupa kewajipan kita bersembahyang Jumaat...
Jom kita ke Masjid!


Admin...

28 comments - "Santapan Minda di Hari Jumaat"

noor azlan delete icon 10:02 PG

Terima kasih share. Dapatlah kebaikkan BM pada hari ini.

Tanpa Nama delete icon 11:15 PG

tq, alhamdullilah tambah ilmu hari ni

hairi02 delete icon 11:22 PG

Assalamualikum...
Rebutlah ganjaran berganda seminggu sekali ini.

alhamdulillah
salam jumaat :)

BinMuhammad delete icon 12:02 PTG

Sama2 PD. Bukan saya...tapi kita bersama akan beroleh kebaikan. Insyaallah.

BinMuhammad delete icon 12:03 PTG

Sama2 KA.
Sekadar berkonsi sedikit buat ingatan saya dan kita semua.

BinMuhammad delete icon 12:05 PTG

Waa'laikumsalam,
Betul tu...bersama-samalah kita rebut. Ianya mudah tp besar ganjarannya. Terima kasih hairi02.

BinMuhammad delete icon 12:34 PTG

Waa'laikumsalam...
Terima kasih berkunjung ke sini. Syukur Alhamdulillah.

Unknown delete icon 1:39 PTG


Salam Jumaat..

Terbelah sedikit berlipat singkat,
Pakaian Dubai bersari Gangga;
Immarah masjid mendapat berkat,
Ganjaran sampai dipagari Syurga.

Unknown delete icon 2:13 PTG

terima kasih..salam jumaat

Usy@M^^ delete icon 2:57 PTG

ilmu tambahan bagi kita yg mahu menambah ilmu..

BinMuhammad delete icon 3:12 PTG

Waalaikumsalam...salam dijawab dipetang jumaat,
Semoga Ummi ceria dan sihat walafiat.

Mengenal tuhan ilmu tauhid,
Mengisi kekosongan didalam dada,
Bersama kita mengimarahkan masjid,
Jangan dilepas ganjaran berganda.

BinMuhammad delete icon 3:15 PTG

Waalaikumsalam,
Terima kasih juga kpd izan...semoga mendapat sedikit manfaat.

BinMuhammad delete icon 3:17 PTG

Salam SA,
Terima kasih...semoga kita beroleh sedikit ilmu dan pengetahuan tambahan.

Unknown delete icon 3:48 PTG

Subhanallah.. Hayya Sollu 'Alaihi Syafi'una Sayyidina Muhammad :)
Solatullah Salamullah 'ala Yaasin Habibillah ^^

BinMuhammad delete icon 4:03 PTG

Salam,
Ustazah dah sampai...Mari kila selawat bersama-sama.
Terima kasih Mar.

assalamualaikum, alhmadulilah ..pengisian yg baik :)

THE AUTHOR delete icon 6:43 PTG

Terima kasih atas peringatan..

Blog Santai delete icon 9:01 PTG

Semoga hari kita diberkati..Ameen...btw..cantiknya view kat tingkap tu so colorful...

BinMuhammad delete icon 9:23 PTG

Waalaikumsalam,
Terima kasih Acik...bersamalah kita mengamalkannya ye.

BinMuhammad delete icon 9:25 PTG

Sama2 HI...
Terima kasih sudi berkunjung dan bersama2lah beroleh kebaikan.

BinMuhammad delete icon 9:26 PTG

Insyaallah...Semoga kita beroleh ganjaran, dgn syarat kita mengamalkannya.
Thanks Kak RZ.

my notes delete icon 11:08 PTG

assalamualaikum ... kita digalakkan berselawat dlm apa jua yg kita lakukan ...

BinMuhammad delete icon 11:36 PTG

Waalaikumsalam...
Betul tu, terima kasih diatas tambahan infomasi.
Semoga selawat dan zikir menjadi amalan sepanjang masa.
Terima kasih Vee...

adyna AB delete icon 11:18 PTG

jumaat penghulu segala hari.. kena rebut peluang ini ;)

BinMuhammad delete icon 10:18 PG

Marilah kita rebut, rugi jika di lepaskan begitu sahaja.
Terima kasih adyna

suka tengok pemandangan luar jendela kat atas... :)

Kalau suka datang le selalu...
Masuk guna window ye...hehe
TQVM Anna

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap