Ketenangan di Kala Mentari di Ufuk Barat. Keindahan alam ciptaan Ilahi sangat indah tiada bandingan. Tidak kira siang atau malam ianya tetap memberikan keindahan yang tersendiri. Allah SWT menciptakan alam ini penuh dengan kesempurnaan namun tidak terbayang akan keindahan di Syurga yang pastinya berganda-ganda indahnya.
Matahari menyinari bumi di siang hari...membawa sinar cahaya menerangi alam. Tiba di penghujung hari...ia akan menghilangkan diri buat seketika. Saat mentari tenggelam di ufuk barat membawa satu suasana alam yang unik dan menarik.
Walaupun seketika...sinaran mentari yang kian menghilang telah menukar warna alam yang terang menjadi kelam, menjelmakan cahaya kuning kemerahan menjadikan alam ini sungguh mempersonakan sebelum segalanya hilang dari pandangan.
Keindahan alam di kala matahari terbenam buat santapan pandangan yang memberi ketenangan dan kedamaian jiwa dan minda. Saat yang sungguh mengasyikkan. Nikmatilah ia dengan penuh kesyukuran.
Keagungan dan kekuasaan Maha Pencipta terserlah...Subhanallah...
Keindahan yang memukau pandangan. Betapa sempurnanya kejadian alam ini.
Hari demi hari bumi terus berputar...Kejadian siang dan malam silih berganti. Namun setiap kali mentari terbenam akan memberikan suasana alam yang berbeza beza, Tidak akan ada satu saat, ketika dan hari pun yang akan sama keadaannya. Sungguh menakjubkan!
Setiap kali senja menjelang... Pastinya saat yang mengujakan. Suasana yang sangat berbeza dan mempersonakan. Melihat mentari perlahan-lahan menghilang bagaikan memberi keinsafan... Sesungguhnya tiada apa yang akan kekal di dunia ini.
Setiap yang bermula...pastikan berakhir. Begitulah lumrah kehidupan. Alam juga tidak terkecuali. Mentari yang mula bersinar dari ufuk timur juga akan menghilang bila tiba di ufuk barat.
Melihat keindahan alam di kala mentari terbenam memberikan satu ketenangan. Suasana yang hadir hanya seketika namun memberi kesan yang sungguh mendalam.
Begitulah indahnya ciptaan Ilahi. Tidak kira masa dan ketika, nikmati dan syukurilah keindahan ini. Keindahan mentari terbenam menandakan berakhirnya siang. Berakhirnya kecerahan di telan kegelapan malam.
Esok mentari akan menjelma lagi...sudahkah anda bersedia? Jika hari ini mentari terbenam di ufuk barat dan mungkin esok ia terbit di ufuk barat juga. Di saat itu tiada apa yang dapat anda lakukan...anda telah terlambat! Jangan sia-siakan hari ini...kerana esok belum tentu ada. Anda harus bersedia dengan bekalan setiap masa dan ketika...
Admin...
28 comments - "Ketenangan di Kala Mentari di Ufuk Barat"
memang sangat menakjubkan...sangat cantik...
pemandangan indah yg menenangkan jiwa ! ciptaan tuhan
Terima kasih Ummiarissa...
Semoga ianya memberi ketenangan buat anda...
Ciptaan Ilahi...sungguh indah dan sempurna.
Keindahan pandangan menusuk jiwa membawa ketenangan dihati dan minda.
Thx KA...kunjungan sentiasa di nanti.
setuju2.. & KA will always doakan that one fine day u & yr wife akan memperolehi rezeki zuriat sendiri ye amin2
cantiknya..
lawanya tempatnya,, nak rehat kar situ la
subhanaAllah bila masuk blog BM nie ..tengok gambar-gambar sangat menenangkan jiwa
Terima kasih KA...
Insyaallah..semoga di makbul Allah.
Selamat datang LK...
Terima kasih atas kunjungan.
Kalau xdpt pergi...tengok gambar pun boleh merehatkan minda.
Selalulah kesini...klik label keindahan alam atau relaks.
TQ isam ismail.
Salam,
Kalau inginkan ketenangan...selalu2 le kesini. hehe
TQ Acik krn sudi berkunjung ke sini.
as-salam BM..
cantiknya..memang tidak terkata..terpegun sebentar..
Waalaikumsalam Mama
Kunjungan mama amat saya hargai dan di nanti.
Terima kasih.
salam ..
setakat ni akak x de block sape2 pun kecuali anonymous je..
Nape...Bin Muhammad x leh nak komen kat blog akak ke??
Mesti ada silap kat mana2 ni..
Dulu masa kecik2 dulu suka lukis pemandangan pantai.... :-)
Itu dulu, skrg mesti suka pergi pantai...ya kan?
TQ PD...kunjungan anda amat di hargai.
salam bin muhammad..
semuanya bermula hari ini..bukannya semalam atau apa yg akan kita lakukan esok hari..
l
Waalaikumsalam Anim.
Saya setuju...Jgn tunggu, mulakan sekarang juga, saat ini...kerana kita belum tentu dapat melalui saat yg berikutnya.
Terima kasih diatas kunjungan anda....amat saya hargai.
mmg indah ciptaan yg ESA kan.... tiada tlk bndgnyer... subhanallah :)
sgt cantik alam ciptaan Ilahi
Malam berdentum menitis gerimis,
Bumi sedang berhujan-hujanan;
Assalamu'alaikum sehabis manis,
Ummi datang dengan senyuman.
Dibasuh sudah semua ulam,
Keladi birah dimakan sepinggan;
Sungguh indah pesona alam,
Diberi anugerah ciptaan Tuhan.
Sutuju sgt...Syukur krn diberi penglihatan utk menikmatinya.
Thx eB
Sesungguhnya keindahan itu milik Allah,
Terima kasih berkung disini.
Hujan turun di sambut gembira,
Berlalu sudah kemarau semalam,
Kedatangan Ummi disambut mesra,
Dengan senyuman ucapan Waalaikumsalam.
Keladi birah dimakan sepinggan,
Enak bersulam sambal belacan,
Pesona alam anugerah Tuhan,
Santapan mata buat ketenangan.
Kunjungan Ummi amat saya hargai,
Menanti pantun penghibur hati.
Pernah merasa duk tempat macam ni saat macam ni...sungguh indah ciptaan Allah S.W.T.. Subhanallah..
Suasana senja, saat yang indah dengan suasana yg memukau pandangan. Walau seketika...cukup meruntun jiwa.
Pemandangannya indah sekali,,,
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”