Kecantikan & Keaslian Bunga Desa: Assalamualaikum....Setelah anda lihat koleksi kecantikan bunga desa yang pertama, kini anda lihat pula koleksi ke 2. Seperti yang aku katakan pada koleksi 1...Memang banyak dan cantik sekali bunga-bungaan yang ada di keliling rumah mertuaku ini.
Pelbagai rupa, bentuk dan warna. Sungguh "rasi" tangan orang tua aku ni kalau bercucuk tanam. Tanam apa sahaja, pasti menjadi. Kadang tu aku lihat, pokok yang tumbuh di batang sawit...kalau ianya mengeluarkan bunga, pasti di jaganya.
Maaf jika aku tidak menunjukkan keseluruhan tapak rumah mertua ku kerana isteriku tidak mengizinkannya. Jadi tidak dapatlah anda melihat rumah dan kawasan kelilingnya.
Jika anda biasa melihat rumah di kampung yang dikelilingi kelapa sawit...samalah tu, begitu juga keadaan rumah mertua ku.
Kalau setakat sayur-sayuran dan ulam-ulaman...memang tak perlu di beli, petik sahaja. Entah bilalah kali terakhir bapa mertua aku ni membeli cili agaknya...hehe. Begitulah kalau berbudi dengan tanah, sudah tentu mendapat hasilnya.
Koleksi Bunga Desa
Kini...Teruskan menikmati kecantikan dan keaslian koleksi bunga-bungaan desa yang indah dan menarik ini hasil bidikan lensa kameraku.
Bunga Pokok Terung
Bunga Ulam Raja
Bunga Butang
Gambar 1
Bunga Ulam Raja
Gambar 2
Bunga Semalu dan Bunga Roselle
Bunga Orked
Bunga Kantan
Gambar 3
Bunga Pokok Cili Padi
Bunga Kacang Panjang dan Bunga Limau Kasturi
Gambar 4 dan Bunga Senduduk Putih
Bunga Kaktus
Bunga Melor
Semoga anda semua enjoy menikmati kecantikan dan keunikan bunga-bungaan yang terdapat di desa mertuaku ini.
Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kepada anda yang mengetahui nama pokok bunga tersebut untuk menamakannya mengikut nombor gambar yang tertera.
Terima kasih bersama Relaks Minda...Kehadiran anda amat-amat saya hargai. = ) Masih banyak lagi gambar-gambarnya...nantikan koleksi seterusnya.
Nikmati lagi Keindahan Bunga Desa di sini :
- Kecantikan Bunga Desa - Koleksi 1
- Kecantikan Bunga Desa - Koleksi 3
Terima kasih bersama Relaks Minda...Kehadiran anda amat-amat saya hargai. = ) Masih banyak lagi gambar-gambarnya...nantikan koleksi seterusnya.
Nikmati lagi Keindahan Bunga Desa di sini :
- Kecantikan Bunga Desa - Koleksi 1
- Kecantikan Bunga Desa - Koleksi 3
Admin...
34 comments - "Kecantikan & Keaslian Bunga Desa"
Cantik pulak bunga kantan dan bunga terung dari lensa BM...
P/s saya ni buta bunga, heee...tak tau nama bunga
Nampaknya banyaklah xbernama bunga2 ni...hehe.
Terima kasih Anim
wahhhh cantiknye bungga nie.. bungga kat malayisia ?
Inilah bunga2 di kampungku...
knah juga sama dengan Anim, buta bunga hee.. tapi gambar 2 tu dulu2 kat umah mak dikg ada. selain putih, juga ada warna purple dan pink..=)
Ok..kita suka semua, tapi yang ni extra: bunga kantan, orkid dan kaktus ...ohsem....
Betul tu...ada warna selain putih. Xpernah di tanam, biasanya tumbuh sendiri.
Thanks...Kak Raudzah.
itu pokok yg kat kampung BM ye? wahhh...memang sejuk tangan mak yg menanam...kalau KY rasanya belum sempat tumduh tunas..pokok tak tahu kemana heee
ulam raja tu kalau cicah budu best tu...heee
Bintang pagi penyeri malam,
Datang lagi memberi salam.. :)
Sudah terpinga tercucuk pinggul,
Rebah puteri menyembah layu;
Indah sang bunga bercucuk sanggul,
Bertambah seri menambah ayu.
bunga kaktus tu baru nampak hari ni..cantik pula ya bunga kaktus ni..
bunga kantan tu pun cantik
Cantiknya bunga sayur2an ya...tengok ni rindu dekat rumah nenek pula.
PS: Menggambarkan suasana tenang dengan udara segar. Waaaah! bestnya!
Memang menjadi aje tanaman mak. Betul tu...kalau saya pun serupa jer, bertunas ok...tapi lepas tu kiok...hehe
Kelam kabut menjamah hailam,
Salam disambut sudahlah malam...
Sudah terpinga tercucuk pinggul,
Padah mencangkul ditutup mendung,
Indah sang bunga bercucuk sanggul,
Indah lagi sanggul dilitup tudung...:)
Lama juga menanti kaktus tu berbunga. Pokoknya dah besar tinggi lebih 2 meter, sekali tu tumbang. Kenalah bertongkat. Lepas tu baru berbunga. Sbb tu nampak pokok kaktus tu senget.
Memang tenang dan damai di kampung. Rumah pula betul2 di hujung kampung...rumah terakhir. Sunyi, aman dan tenang sekali.
kadang 2 kita terlepas pandang yg bunga pokok sayur n ulam juga cantik2...
beli kat sini plak
Tunggul berkatup tepian lebuh
Berkatup selendang tiada yang punya
sanggul ditutup tudung yang labuh
agar cantiknya kekal selamanya
Pedasnya cili bunga putih
Orkid ungu berliku-liku
Semalu halus jatuh melirih
Kaktus berduri tetap dihatiku
cantiknya bunga ciptaan Illahi.....
sedap mata memandang
tgk bunga tu...serta merta ingat nak balik kg..huhu
bunga butang tu cantik..tak pernah tgk..
Betul tu bunda...bila saya belek barulah perasan ianya tidak kurang juga cantiknya
Bunga apa sahaja memang cantik cuma kita kadang kala terlepas pandang kerana sering melihat bunga yang sudah komersial.
Bolehlah hujung minggu ni...Jgn lupa bawa kamera utk amik gambar bunga2 disana ye :)
Pokok ni kalau dah mula berbunga...tidak henti2. Warnanya memang menyerlah.
Boleh sahaja Ibu...Macam mahal jer hehe
Teduh terik mendung berlabuh,
Menebang merbah tangan lenguh,
Sungguh cantik bertudung labuh,
Lambang muslimah beriman teguh.
Bela beratus itik diladang,
Landak katik berpeti-peti,
Bunga kaktus cantik dipandang,
Hendak dipetik berhati-hati...
mmg cantik2 bunga2 ni... serius cantik !
semua ni BM tanam ke..
nak tengok pokok kaktus tu bole..
Mama ni mesti xbaca...terus tgok gambar jer...hehe
Nanti saya balik kg lagi, saya amik gambar penuh pokok tu...tp sblm tu saya chek gambar dlm simpanan...rasanya mcm ade jer.
Terima kasih KA...Nantikan koleksi seterusnya :)
Ada jgk yg kenal termasuk bunga sembilu..hehe
Baru-baru ni balik kampung........... bunga mak semaki menjadi jadi suburnya. rumah macam ada anak dara... rumah sendiri pula terasa tak berseri dengan bunga.
azam nak berlumba dengan mak cuba menamam pokok berbunga
Bunga semalu la Meiza...hehe.
Berlumba-lumba itu pencetus semangat. Jangan hangat2 tahi ayam. Tanpa pepohon menghijau dan bunga-bungaan, bagai tiada seri halaman.
Terima kasih Kak Jie..kunjungan anda amat bererti buat saya.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”