Keindahan Bunga Orkid Desa: Assalamualaikum dan salam sejahtera... Entri kali ini kita lihat lagi koleksi bunga-bunga desa yang terdapat di rumah mertua saya. Tapi kali ini lebih istimewa, kita fokuskan kepada spesis bunga orkid sahaja. 

Ya... bunga orkid desa atau anggerik liar di desa, mungkin tidak secantik dan segah bunga-bunga orkid di kedai-kedai bunga dan nursery. Namun keindahan bunga orkid desa mempunyai kecantikan dan keunikannya yang tersendiri yang mampu memukau pandangan mata. 

Saya pun hairan juga, amat mudah sekali pokok bunga orkid ni tumbuh, di celah-celah batang sawit pun hidup subur. Kata ibu mertua saya, Pokok bunga orkid yang ada disini diambil dari batang sawit atau di celah-celah dahan mati di dalam kebun dan ditanam semula didalam pasu. Tak ada sepokok pun yang di beli. Senangnyalah....

Begitulah mudahnya jika tinggal di kampung... Pokok-pokok hiasan dan bunga-bungaan yang subur mekar di halaman dan keliling rumah tidak perlu dibeli. 

Penjagaannya pun senang. Saya ni... beli sepokok bunga ros, punyalah jaga... dibaja, disiram, dibelai... habis sahaja berbunga, dengan pokoknya sekali mati kering. 

Koleksi Bunga Orkid @ Anggerik Desa

Relaks Minda anda dan nikmatilah kecantikan dan keunikan gambar-gambar bunga orkid desa atau anggerik desa yang menjadi kesayangan ibu mertuaku hasil dari lensa kamera murah ku ini...

keindahan bunga orkid desa 
keindahan bunga orkid desa 
keindahan bunga orkid desa 
keindahan bunga orkid desa 
keindahan bunga orkid desa 
keindahan bunga orkid desa 
keindahan bunga orkid desa 
keindahan bunga orkid desa 
keindahan bunga orkid desa 
keindahan bunga orkid desa 
keindahan bunga orkid desa 
keindahan bunga orkid desa 
keindahan bunga orkid desa

Terima kasih bersama Relaks Minda...Semoga anda beroleh ketenangan dengan menikmati keindahan bunga orkid liar di desa ini. Kehadiran anda amat-amat saya hargai. 

Masih banyak lagi dalam simpanan gambar-gambar bunga di rumah ibu mertua saya dan jika anda sukakannya... nantikan entri koleksi seterusnya

Selamat berhujung minggu... Semoga anda semua berbahagia dan ceria selalu  =)

Nikmati lagi Keindahan Bunga Desa di sini :


Admin...

53 comments - "Keindahan Bunga Orkid Desa"

Unknown delete icon 10:26 PG

Bunga orkid memang cantik...lebih2 lagi kalau kaler purple tu..hahaha..memang tak sah kalau purple tak de..hihi...Tapi admin..cik akak memang tak minat menanam bunga ler..huhu

ANIM delete icon 10:44 PG

saya teringin nak ambil gambar bunga secantik ini..sampai verangan nak cari kamera yang canggih sikit..

miss yatie delete icon 2:07 PTG

anggerik desalah cantik, sopan2 lagi heeee...wangikan kalau rumah banyak bunga..

Unknown delete icon 6:01 PTG

semua cantik2 orkid tu..sejuk tangan mak mertua BM, semua orkidnya menjadi..=)

Tanpa Nama delete icon 6:04 PTG

wah cantik2 orkidnyer.... satu dua ada dilaman KA Juga ni !

Unknown delete icon 6:21 PTG

Bestnya tengok gambar2 ni....tengok tu kerengga pun terpesona ya :)

Kakak penggemar bunga orkid tapi macam kata bin muhd, masa beli ada bunga habis bunga tunggu berbulan-bertahun adalah sekali dua aje bunga (tapi bin punya bunga ros, kakak bunga orkid). Geram siap cakap baik-baik pun tak keluar-keluar bunganya. Tengok tuannya juga agaknya kan hihi...

Mazni Azmi delete icon 6:59 PTG

Shah Alam Bandar Anggerik. Tapi pusing pusing macam xde je bunga orkid ni. Hehe

Mazni Azmi delete icon 7:00 PTG

Kamera handphone pun ok :)

Mazni Azmi delete icon 7:01 PTG

Pokok orkid takda bau. Hehe. Orkid rimba cantik juga. Tuan blog boleh post pasal orkid liar pula lepas ni kan.

Unknown delete icon 7:05 PTG

dulu kecik2 selalu nampak 0rkid nie .. bila dh besar, dah x nampak dah :(

Fais-SKA delete icon 9:01 PTG

salam..bunga orkid ni mmg bunga kesukaan ibu sy, sangat cantik..nice sharing :) nati nak hdiahkan bunga kt ibu sy..boleh sy rujuk cni.

THE AUTHOR delete icon 9:03 PTG

Semuanya berbunga..cantik sekali

Shaiful Zaidi delete icon 10:15 PTG

cantiknys...kat umah ada yg warna putih...

OKje delete icon 10:32 PTG

Mil ni mesti orang yg rajin membelek bungakan BM....

Purple juga yg menarik perhatian..hihi. Tak payah susah2 tanam, skrg ni bunga plastik pun banyak...warna purple pun ada hehe

Betul kata Fairus tu Cikgu Anim, xperlu kamera canggih pun boleh menghasilkan gambar yg menarik. Saya pun guna kamera biasa jer...yg penting dapatkan angle dan cahaya yg betul. Selebihnya editlah sikit gambar tu...

Rumah kalau banyak bunga tidak semestinya wangi...hehe. Pasal orked liar tu tak termampulah kot...lain kali panjat bukit fraser nak cubalah cari...kalaulah terjumpa.

Betul Kak Nah, Ibu mertua saya ni cacak je pokok pun senang jer tumbuh. Mamang sejuk tangannya.

Saya dah agak dah...pasti KA ada. Halaman KA pun apa kurangnya dgn pohon bebunga yg mekar...

Satu yg saya lupa nak bagitau...kat rumah mertua saya ni, kat mana2 pokok mesti ada kerengga. Memang payah nak diganggu pokoknya...kalau ingin di gigit...usiklah! hehe

Itu memang benar! Masa membeli bukan main cantik...ikutlah cakap penjual tu cara menjaganya. Tapi habis je bunga...hampeh! Nyawanya pun habis... Org kata tangan panas, xtau lah...kena rendam dlm ais kut tangan ni...hehe

Itu saya setuju...Sepatutnya penuhi bandar Shah Alam dgn bunga anggerik...barulah kena pada namanya.

Memang payah nak jumpa...hanya didesa yg terpencil sahaja boleh jumpa. Mungkin kerana pencemaran udara, bunyi dan bau kot

Nak rujuk macam mana tu...setakat gambar saya adalah, kalau ilmu bunga dan tanam menanam ni...ampun! memang xde

Bunga memang cantik di pandang apatah lagi bunga desa...betulkan Tuan HI! :D

Yang berwarna putih tu kalau bebunga...sungguh cantik sekali, putih bersih bunganya. Tapi baunya pelik sikit.

Itu yang banyak di rumah mertua, lagi pun apalah aktiviti nak di buat di kampung. Asik Relaks jer memanjang...tenang sekali.

Unknown delete icon 9:41 PG


Sedikit sahaja cuba ditatang,
Mempelam harum ditatang dikelek;
Orkid dipuja hamba dah datang,
Assalamu'alaikum ku datang petik.

Unknown delete icon 11:08 PG

eeeeeeeeeeee canteknyeee bunga2 orkid ! suke bunge orkid... :)

my notes delete icon 3:56 PTG

assalamualaikum ... saya mmg penggemar orkid sbb btk yg x sama dan warna yg pelbagai . klu bunga ros lbh kurang jer btknya ... cuma blm try tanam .

Pha Is delete icon 5:29 PTG

orkid dalam gambar yg atas sekali tu, kat rumah ada sepokok.. hehehe

THE AUTHOR delete icon 10:23 PTG

Minat dengan orkid tapi leceh nak jaga...kan..

BinMuhammad delete icon 10:45 PTG

Saya tak pandai pasal penjagaan pokok bunga...apatah lagi orkid. Tengok bunga suke le...

BinMuhammad delete icon 10:59 PTG

Waalaikumsalam Ummi...

Segan membeli betik dimarket,
Bau senangin tengit kerongga,
Jangan sesekali memetik orkid,
Kalau tak ingin digigit kerengga... :)


BinMuhammad delete icon 11:00 PTG

Terima kasih Mar...jgn lupa koleksi seterusnya nanti

BinMuhammad delete icon 11:01 PTG

Waalaikumsalam... Pasti byk bunga orkid koleksi Vee... Share le skit :)

BinMuhammad delete icon 11:06 PTG

Cantik...Macam labah2 bentuknya.

Fais-SKA delete icon 2:30 PG

he3 xdelah cm2..mntak pndapat @ jenis bunga..xpn kt mn boleh dpatkn pokok bunga 2

Orked ngan anggerik ni sama kan...
Huhuhu...
kufur nikmat bab bunga2 ni...

Cantik sungguh si orked desa
Sungguh pun tak wangi warnamu indah
Di relaks minda ibu amirul selesa
Hilang gulana hilanglah gundah

Bunga orkid desa memang sukar di dapati. Harganya pula kalau di pasaran agak mahal. Tempat yang terbaik untuk membeli bunga sebegini adalah masa Pesta Flora Putrajaya, biasanya dalam bulan Jun setiap tahun. Anda boleh dapati pelbagai spesis orkid yg begitu banyak dan pelbagai jenis ada di jual disini.

Orkid dgn anggerik adalah sama...sebutan jer berbeza :D

Campuran kerabu sangat harmoni
Limau sedikit memberi haruman,
Kehadiran Ibu amat kuhargai,
Umpama orkid penyeri halaman... :)

mselim3 delete icon 12:31 PTG

orkid nie memang cantik kan...orkid nie mmg romit nak jaga kalau x kena gaya boleh mati orkid nie...mselim3 pun suka tgk orkid..huhu... orkid nie dikenali nama "anggerik" correct me if i wrong...

mselim3

BinMuhammad delete icon 2:20 PTG

Saya xpandai pasal penjagaan bunga ni...Ambil gamber je tahu :)
Ya! mselim3...Orkid dgn anggerik adalah sama.

waaawwww bagus2 ya bunganya...saya juga sangat senang sama bunga, padahal saya lelaki hehehe. salam kenal ya

BinMuhammad delete icon 4:59 PTG

Salam kenal,
senang sekali anda bisa berkunjung ke sini. Terima kasih ya...teruskan bersama Relaks Minda :)

Cantiknyaaa orkid tu. .
Http://www.sprinklerhouz.com

di indonesia di sebut anggrek

Macam-macam jenis bunga orkid mak mertua BM tanam..cantik..

Unknown delete icon 8:14 PTG

Cantiknye orkid-orkid ni tp kt mn ek nak beli? Cari-cari susah nk jmpa yg mcm ni huhu

BinMuhammad delete icon 8:23 PTG

Kalau nak beli, saya tak tau dimana... Ini semua koleksi ibu mertua yg tanam, ada drpnya yg tumbuh sendiri dalam kebun dan ditanam semula.

Unknown delete icon 8:29 PTG

Tengok bunga orkid ni teringat arwah mak, beliau sangat gemar akan bunga orkid ni...

awesome pictures of flowers really , thank you for sharing it with us !!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap