Kitar Semula Pallet Kayu Terbuang: Kayu merupakan sumber semulajadi yang cukup berharga. Nilainya semakin tinggi kerana sumbernya yang semakin lama semakin berkurangan.
Salah satu produk dari kayu yang banyak digunakan dalam industri adalah pallet kayu. Ianya di gunakan senagai alas untuk sesuatu produk agar mudah diangkat dan disusun oleh forklift.
Salah satu produk dari kayu yang banyak digunakan dalam industri adalah pallet kayu. Ianya di gunakan senagai alas untuk sesuatu produk agar mudah diangkat dan disusun oleh forklift.
Sering kali pallet kayu ini hanya digunakan sekali sahaja dan kemudian ianya dibuang. Ini berikutan harga sesuatu barangan telah termasuk di dalam kos pembungkusan dan logistik, maka pallet tidak perlu di kitar dalam proses logistik ini.
Adalah suatu pembaziran yang sangat merugikan bukan hanya dalam industri tetapi bahan kayu yang tidak ternilai ini terbuang begitu sahaja.
Adalah suatu pembaziran yang sangat merugikan bukan hanya dalam industri tetapi bahan kayu yang tidak ternilai ini terbuang begitu sahaja.
Mungkin kita tidak banyak terlibat dalam industri ini, tapi sebagai seorang yang prihatin, sanggupkah anda membiarkan pallet kayu yang masih elok ini dibuang atau terbiar mereput mahupun dibakar begitu sahaja.
Jika anda seorang yang prihatin dan tahu menilai betapa bernilainya kayu-kayu pallet ini...pasti anda mahukannya.
Jika anda seorang yang prihatin dan tahu menilai betapa bernilainya kayu-kayu pallet ini...pasti anda mahukannya.
Pallet Terbuang Juga Berguna
Kreativiti kitar semula kali ini ingin fokus kepada idea kreatif produk dari pallet kayu terbuang. Semoga ianya dapat memberi idea dan kreativiti buat anda untuk menggunakan pallet terbuang menjadi satu barangan yang berguna semula dan mungkin mampu menjana pendapatan pula... "Jika ada kemahuan pasti ada jalan"...
Lihatlah...Pelbagai peralatan kegunaan harian boleh dihasilkan dari kitar semula pallet kayu terbuang ini... Jika anda berminat dengan kerusi dan meja hasil dari kitar semula pallet terbuang... anda boleh nikmatinya di SINI
Bagaimana pula dengan rak kitar semula pelbagai guna ini...Tidakkah ianya sesuai diletakkan di dalam bilik stor anda. Pelbagai barangan anda boleh disimpan dengan kemas dan tersusun.
Meja ini pasti menawan sesiapa yang memandang. Umpama sebuah meja antik yang gah menawan di tengah-tengah ruang tamu anda. Keativiti anggun dari pallet kayu terbuang
Kreatif...itulah yang paling sesuai di ungkapkan. Hanya dengan kitar semula sekeping pallet kayu yang dicat dan di gantung di dinding...Pelbagai barangan boleh digantung. Tiada lagi bersepah di lantai...
Pastinya kos adalah kekangan dalam apa jua aktiviti yang ingin diusahakan. Kitar semula adalah jawapan terbaik. Antaranya adalah kitar semula pallet kayu terbuang untuk reban, kandang dan tempat makanan binatang ternakan anda. Pasti ianya menjimatkan...
Satu lagi kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang yang mudah. Tergantung kemas didinding. Sebuah rak untuk menyimpan buku dan majalah anda,
Sebuah tempat rehat yang sempurna di halaman rumah anda. Pastinya tetamu anda tertawan..dan mungkin ada yang akan terpaku dengan idea kreatif kitar semula pallet kayu terbuang ini. Anda pula pasti tersenyum lebar :)
Jika di lihat...ianya adalah rumah pondok mainan yang sangat menarik. Ya...ianya dihasilkan dari kitar semula pallet kayu terbuang. Sesuai di bina di taska, tadika dan di kelas pra persekolahan.
Ianya dapat mendidik anak-anak kecil ini akan berguna dan pentingnya kitar semula. Namun pastikan keselamatan diutamakan dalam rekabentuknya.
Katil yang menarik ini di hasilkan dengan kitar semula pallet kayu terbuang. Jimat dan hasilnya lebih menarik dari katil yang beribu harganya.
Bagaimana pula dengan kitar semula pallet kayu terbuang sebagai tempat untuk bunga hiasan anda. Pasti cantik! bertingkat-tingkat lagi. Kelainan yang pastinya di cemburui oleh jiran-jiran anda.
Keistimewaan pallet adalah jika di susun bertingkat, ia akan menghasilkan satu ruang kosong di antara pallet tersebut yang sekaligus menjadi tempat simpanan.
Lihatlah...amat bergunanya ia apabila kitar semula pallet kayu terbuang ini di jadikan sebuah meja pelbagai guna di dapur anda.
Sebuah rak yang kelihatan begitu klasik sekali. Ianya juga hasil dari kitar semula kayu pallet terbuang. Sungguh menarik sekali!
Satu lagi rekaan meja untuk dapur anda. Boleh juga sebagai meja makan. Jimat, mudah dan berbaloi...hasil dari kitar semula pallet kayu terbuang.
Hampir kesemua kreativiti kitar semula diatas amat susah untuk di lakukan oleh mereka yang tidak ada langsung kemahiran dalam bertukang. Bagaimana pula dengan rak kasut ini?
Oleh itu....Tiada alasan lagi untuk anda untuk tidak mengitar semula pallet kayu terbuang ini. Mudah dan praktikal.
Jom Kitar Semula
Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
- Kreativiti Kitar Semula - Recycle, Reduce, ReuseAdmin...
41 comments - "Kreativiti Kitar Semula Pallet Kayu Terbuang"
wow!!!....mmg terbaik lah kalau rajin nak buat kitar semula.
gmbr last tmpt letak kasut tu sgt2 kreatif..huhu
cantik3... boleh dipraktikkan disamping menjaga alam sekitar.
~kalau mak saya tengok tempat untuk letak bunga tu. Memang hari ni jugak la dia nak buat yang macam tu. Peminat tegar bunga-bungaan la katakan :D
Yang jd mangsa membuatnya memang saya dan bapak la..
Salam tuan blog.
Apa yang penting pandai bertukang je. Kan2
Kena pandai kemahiran hidup kat sekolah.
Zaman sekarang ni, kemahiran lebih penting dari ijazah.
Berlambak sangat orang takde kerja dari graduan Uni ni
assalamualaikum BM.. kalau kita kreatif apa pon kita buat mesti cantikkan :)
Pallet kayu lagi nampaknya...hehe...
Tak pe, hari tu kegunaan lainkan BM.....hari ni lain pulak.....
KY pernah kitar semula kayu ni, cuma buat bangku letak kat ruang depan, buat santai2 waktu petang..heee
p/s: BM tak de ke bahan kitar semula buat rak buku..KY teringin nak buat rak buku sendiri ni..
betullah...kalau dah kreatif tu,apa sahaja bahan terbuang boleh dijadikan sesuatu yang berguna...saya tidak pernah pun terfikir sebegini kreatif...yang laman kat luar tu saya ingat boleh dipratikkan...cantik pulak..
Kerajinan dn kesedaran demi menjaga alam semulajadi dapat menggalakkan aktiviti kitar semula ini. Terima kasih ya...
Betul tu...kalau mak2 yg tengok, terpaksalah kita membuatnya. Tapi bagus juga...kalau tidak bila lagi nak dimulakan aktiviti kitar semula ni...hehe
Saya setuju, dizaman ini kemahiran amat penting. Yang berkelulusan tinggi semakin ramai...dgn adanya kemahiran barulah dapat kelebihan untuk bersaing. TQ Fairul, komen yg bernas!
Waalaikumsalam Acik,
Bukan setakat kreatif sahaja tapi juga kemahuan. Contoh byk di depan mata tapi tanpa ada usaha xjadi juga.
Banyak yang boleh dihasilkan dari pallet terbuang ni...Satu entri tidak memadai nanti jadi terlalu panjang. Semoga ianya dapat memberi pelbagai idea dalam mengitar semula :)
Saya rasa ada dalam entri2 yang lepas. Boleh semak semula. Cara mudah melalui page kategori dibawah label creative atau lihat di page sitemap.
Selamat mengulangkaji :)
Saya juga cuba dapatkan beberapa contoh jikalau ada (tak janji ye)
Semoga terbinalah apa yang dicita2kan. Kalau berhasil nanti, jgn lupa share ye..
Terima kasih Ummi
Penggunaan kayu memang masih mendominasi dari pada yang lain. Walaupun sudah ada batu, tapi kayu masih sangat di butuhkan.
terima kasih artikelnya, dan salam kenal!
Kayu mempunyai karektor dan rupabentuk yg tersendiri krn itulah ianya masih penting dan menjadi tarikan.
Terima kasih berkunjung kesini...kehadiran anda amat saya hargai :)
Classic & creative..suka lama merah tu..simple aje but nice
pokok pangkalnyer kena rajin lah kan
Warna yg menyerlah membangkitkan seri dan daya tarikannya.
Terima kasih ye
Barang pula adalah bahan terbuang, jadi tiada lain yg diperlukan selain dari kerajinan dan usaha.
pallet kayu ni kita pernah buat gantung gambar byk2, cantik tau, hihi
Itulah namanya kreativiti...barang terbuang pun bernilai :)
Iye ke...bagus tu, idea yg menarik! Love It
yang ni kretif..bnda 2 mmg byak dan kdg2 org buang camtu je..ambe ada buat 1 meja guna pallet ni..sgt kukuh dn jimat duit beli kayu he3
Betul tu.. Saya suka bila anda menggunakan pallet utk di kitar semula. Jimat belanja...pasti menarik meja anda tu. Tahniah! Anda telah membantu dalam memelihara alam semulajadi :)
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan; Kreativiti & kesungguhan bila digabungkan mesti menghasilkan sesuatu yang "WOW".....Bab bertukang itu siapa pun boleh lakukan; Paling penting semangat jitu, keinginan untuk belajar & tak boleh malas2 hehehehhh.
ps: Suka buat benda ikut kepala otak sendiri ;p
Anda sungguh positif dan bersemangat MG...Love it! :)
Jika kita ada kesungguhan...pasti ada jalan!
jual-pallet-paletmurah.blogspot.com
Jual pallet kayu, jual palet kayu, pallet kayu, palet kayu
Disini jual palet kayu dengan harga murah
http://jualpalletkayu-jualpaletkayu.blogspot.com/
http://jual-pallet-kayu-murah.blogspot.com/
http://jual-palletkayu-paletkayu-murah.blogspot.com/
di malaysia mana nak cari ye pallet ni.nak beli
Sungguh suatu kreativitas yang tak terduga, pallet bekas ternyata bisa menjadi barang yang menarik dan Indah
Saya telah membina perabut ringkas dari kayu2 palet semenjak beberapa tahun yang sudah. Kayu yang terbaik ialah dari jenis kayu putih dan tidak berbulu. Kayu jenis ini kalau lepas sanding dan varnish memang sangat menarik.
Saya telah membina perabut ringkas dari kayu2 palet semenjak beberapa tahun yang sudah. Kayu yang terbaik ialah dari jenis kayu putih dan tidak berbulu. Kayu jenis ini kalau lepas sanding dan varnish memang sangat menarik.
sungguh kreatip sangat sob...
Wow...mana nak dapat stock kayu pallet ni? Teruja nak Buat perabot sendiri....
Dimana saya boleh dapatkan kayu-kayu pallet ni??dah lama mencari
Salam En Bin Muhamad...boleh saya tahu BM berada di Johor ker?
Waalaikumsalam, saya di Selangor
Selama siang dan salam kenal :)
Thnaks untuk semua infonya gan
mne nak cari ye prabot pallet second hand? search2 kdai on9 parabot pallet ni mahal2 juga dlm rm500++.. padahal nak pallet box je simple nk jd kn rak buku.. hmm.. klo spe2 tau tngal kn no fon ye..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”