Kreativiti Kitar Semula - Kerusi Meja Pallet Terbuang: Assalamualaikum... Seringkali kita lihat pallet kayu selepas digunakan, di buang begitu sahaja. Tidakkah anda ketahui bahawa ianya di hasilkan dari pokok yang penting buat kita dalam mengitar semula udara untuk kehidupan semua makhluk. Oksigen yang di keluarkan oleh tumbuhanlah membolehkan kita hidup di muka bumi ini.
Pallet kayu terbuang ini boleh kita kitar semula untuk mengurangkan penggunaan sumber kayu untuk kegunaan lain seperti kerusi dan meja untuk perabot rumah kita.
Dapatlah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam semulajadi. Pallet terbuang...Itulah yang kita ingin fokuskan dalam kreativiti kitar semula kali ini.
Mungkin ianya memerlukan sedikit kemahiran namun dengan contoh-contoh yang di paparkan di sini dapatlah kita meniru untuk membentuk kerusi dan meja yang di inginkan.
Nikmati hasil kreativiti kitar semula ini...semoga ada diantaranya yang memikat hati anda untuk mencubanya... Jom kitar semula!
Kerusi Dari Pallet
Berikut adalah beberapa contoh-contoh hasil kreativiti kitar semula kerusi dari pallet terbuang. pastinya hasil yang eksklusif. Tiada duanya...
Meja Dari Pallet
Berikut adalah beberapa contoh-contoh kreativiti kitar semula meja dari pallet terbuang. Lihatlah betapa menarik dan anggunnya meja-meja ini.
Perabot Dari Pallet
Contoh-contoh kreativiti kitar semula kerusi bersama meja dari pallet terbuang. Set perabot untuk di dalam dan di luar rumah anda. Jimat belanja dan unik hasilnya...pasti tetamu anda akan terpikat.
Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.
Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
44 comments - "Kitar Semula - Kerusi Meja Dari Pallet Terbuang"
Thanks for sharing BM. Cantik sekali hasilnya.....selain jimat, dapat tingkatkan kreativiti. Boleh buat duit juga ni heheehh.
Cool.. I like!!
kreatif nye....
cemburu ngan orang2 yang tangan kreatif ni
TQ MG...bersama kita memelihara sumber alam semulajadi. Hasil yg boleh menjana pendapatan...
Thx Zaza...Jom kitar semula, bersama membantu untuk masa depan
Kreativiti untuk kita semua mengadaptasinya...Cubalah!
Thx Ibu ;)
bagus la idea tu..cantik :)
salam..kreatif dan inovatif. nak lebih elok, kena sapu dengan varnis, syelek atau cat.
Betul tu BM....manalah tau tiba2 jadi tokey perabot, best tu! :D
Ye lah...Jadi tokey perabot dan barang kraf kitar semula, bagus juge.. Kena berusaha ni!
Terima kasih Mazliza...Kunjungan anda amat bermakna buat saya :)
Waalaikum salam, betul tu...jika mahukan ianya tahan lama dan tampak lagi menarik.
memang sempoi dan terbaik lah. :)
sgt kreatif dan hasilnyer mmg menarik kan !
dulu kat rumaah KY ada juga buat bangku, untuk rehat petang...sekarang dah roboh
TQ Boni, rajin2lah singgah kemari :)
Hasil yg kreatif lagi berguna pula...
KA tak nak cuba ke?
Kayu pallet memang tidak tahan lama jika berpanas dan berhujan. Jika di syelek dan di cat dan di letakkan di tempat teduh...boleh tahan lama.
memang kreatif...tak membazir..malah kalu kene gaya blh buat duit plk..
wow cantik kalau pndai ubah suaikan
Idea recycle yg sngt kreatif...
Betul tu Bunda, jangan membazir. Rugi kalau di buang begitu sahaja
Mungkin susah bg sesetengah orang tapi kalau mahu mencuba, mungkin berhasil.
Anda boleh mencubanya! Tidak ada ruginya...
Jom Syamsul, kita kitar semula
teringat masa belajar dulu... product dr bahan recycle ni la jadi tumpuan untuk kami reka
Apa kata buatkannya kembali...Pasti ada kegunaannya di rumah anda.
Semua cantik2 la BM, tapi cik man mesti xrajin nak tolong buat =)
assalamualaikum ... kalau lah saya boleh dapat hubby yg pandai buat benda2 nih mmg berbaloi ... wat pe bazir duit klu kita leh recycle benda yg ada ? wpun x thn lama , sekurang2nya leh juga dgunakan indoor ...
Kalau dipujuk dirayu, akhirnya pasti ditolong juge...hehe
Waalaikumsalam...
Boleh saja buat sendiri..pelan2 akhirnya pasti nanti menjadi. Bak kata pepatah...hendak seribu daya :)
Wau....cantik selepas dicat dgn colour menyerlah..
Itulah kreativiti bahan terbuang...bila bijak di kitar semula pasti ramai yg terpikat :)
bab2 mcm ni mmg kena serah pd en hubby , dier lebih kreatif & berseni hehehe
Untunglah KA dapat hubby yg kreatif dan berseni. TQ KA...sentiasa berkunjung ke sini :)
memang cantik jadinyakan BM.... kalau pandai gayakan....eloklah dipandang...menarik pulak tu...
Boleh le OKje cuba... Tak rugi pun kalau xmenjadi. Hanya sedikit sahaja sumbangan kita dlm menjaga alam sekitar...
betul tu BM..lama dan rosak tidak semestinya kena buang..boleh dikitar semula jadi lebih kreatif
kreatif yer...cantik nyer... wah...x yah gi beli kerusi macam nie.. buat sendiri aje kalu tahu lah kan....
mselim3
Barang terbuang itu bernilai jika kita memahami kepentingan kitar semula. Jom Mama...kita kitar semula
Boleh saja di buat sendiri. Contoh dah ada...kita tiru ajer, Jika ada kemahuan pasti ada jalan :)
Terima kasih MSZ
For those yang kreatif..memang boleh buat buat duitkan...tak perlu beli..boleh recycle selalu...
Betuk tu...Marilah kita kitar semula! :D
assalam.. suke lah saya tengok blog ni, geram je nak try buat jugak.hihi
kat mana nak dapatkan pallet wood ni? tq
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”