Rekaan Kreatif Hasil Idea dan Kreativiti: Kreatif... satu perkataan yang menarik. Apa maknanya? Mengikut kamus dewan, makna kreatif adalah satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. 

Kreatif juga dikaitkan sebagai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. 

Oleh yang demikian bolehlah dikatakan bahawa kreatif itu adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Rekaan kreatif...2 dalam 1 yang menarik, unik dan anggun

Ilmu Untuk Dikongsi Bersama

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dengan fitrah memiliki potensi diri. Fitrah hanya akan terserlah apabila seseorang individu berusaha keras mengetengahkannya atau dibimbing oleh orang lain.

Hal ini bermakna seseorang perlu berusaha mengenal pasti kekuatan, kemampuan serta daya yang ada pada dirinya. Untuk itu perlulah seseorang itu mempunyai ilmu. 

Beruntunglah mereka yang mempunyai daya kreativiti kerana ianya dapat memberi faedah dan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang memggunakannya. 

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: "Sebaik-baik sedekah itu apabila seseorang muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim".  

Jangan kedekut akan ilmu...mencarinya adalah kewajipan namun ianya bukan milik kita dan sebarkanlah kerana ianya adalah amal jariah yang berterusan buat kita apabila kita sudah tiada kelak. Bekalan untuk kita di alam barzakh dan di akhirat.

Hasil Rekaan Kreatif

Nikmati pelbagai idea rekaan kreatif yang memberikan kita kemudahan, penyelesaian masalah dan kesenangan. Idea dan Kreativiti yang menarik untuk kita cuba mahupun sebagai idea dalam memperbaiki dan memudahkan kehidupan seharian kita. 
rekaan kreatif hasil idea kreatif
Kreativiti mudah namun tidak ramai yang terfikir. Tidak semua orang mampu menggunakan chopstick dengan baik, ini adalah jalan penyelesaiannya.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Meja unik untuk kegunaan anda. Mungkin sesuai digunakan di kedai cermin mata. Jika anda sukakannya...kenapa tidak di bilik anda :)

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Sukar menghiris tomato? Peralatan istimewa ini di reka untuk kemudahan anda menghiris apa sahaja yang bulat agar sama tebalnya dan mudah. Tidak perlu risau akan terluka.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Bersiar-siar bersama anak anda ditaman sambil berbasikal. Rekaan ini amat sesuai tanpa perlu meninggalkan anak anda di rumah. Bersantai bersama anak sambil mengeluarkan peluh.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Idea...itulah yang diperlukan. Menyembunyikan sesuatu yang berharga dari pengetahuan sesiapa. Tapi lepas ni ramai pula yang tahu...hehe

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Tapak kasut anda kehausan sedangkan ianya masih elok. Hendak dibuang sayang...Gunakan idea kreatif ini. Nah! elok seperti sedia kala. Belanja pun jimat! Ianya juga salah satu kreativiti kitar semula.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Tempat parking sering menjadi masalah yang besar ditengah kotaraya. Kadarnya pula kadangkala tidak masuk akal, termasuklah motorsikal. Takut kecurian juga suatu yang sering tidak mententeramkan jiwa. Motorsikal ini adalah penyelesaiannya...

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Bagi saya..ianya rekaan sesuai untuk anda membeli belah di hari Sabtu. Tiada beg plastik...tiada masalah buat anda. Idea yang sungguh kreatif dan berguna.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Ruang rak yang terlalu besar kadangkala penggunaannya terhad pada permulaannya namun semakin lama tidak muatlah pula. Rekaan ini untuk jangkamasa panjang. Sekali sahaja membeli...alah membeli menang memakai.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Meja yang unik dan kreatif. Ruang tersembunyi diantaranya. Anda sukakannya?

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Laci mungkin tidak sesuai untuk menggunakan ruang menyimpan kasut secara maksimum. Idea ini mungkin boleh di jadikan pilihan. Kemas dan rapi.

rekaan kreatif hasil idea kreatif
Mengembara, mendaki dan berbasikal. Rekaan sesuai buat mereka yang meminati aktiviti beriadah ini. Sungguh kreatif!

Anda Kreatif?

Mungkin anda juga mempunyai idea yang kreatif...cubalah, mana tahu bakat terpendam anda mampu menghasilkan sesuatu yang amat menarik dan berguna... Terima kasih bersama Relaks Minda. Semoga entri ini sedikit sebanyak memberi kesegaran minda buat anda  = )

Mahukan lagi?...Pelbagai rekaan kreatif di :-
- Pelbagai Idea Rekaan yang Kreatif


Admin...

35 comments - "Rekaan Kreatif Hasil Idea dan Kreativiti"

Unknown delete icon 10:23 PG

Thanks for sharing BM. Sememangnya sangat kreatif. Tertipu dengan susunan buku di atas ;p......
Rasa2 kalau guna tayar buat tapak kasut boleh tahan setahun tu; jimat2 hehehe.

miss yatie delete icon 11:42 PG

eemmm..kreatif blh dikatakan berilmu, kalau kita lebih berilmu kita akan lebih kreatif, cuma kadang2 kreatif ni datang tiba2...dari daya imaginasi akan menjadi realiti kan?

suka idea untuk hirisan tomato tu... rasanya memang practical...

wahhh ini terbaik !!! suka betul lagi2 yang basikal tu ..tak pernah terfikir.. thanks BM

Unknown delete icon 12:53 PTG

as_salam BM

tak terfikir pula boleh buat penyepit gitu..
basikal tu pula best..kalau sy ada mcm tu kompem rajin bawa anak jalan2 waktu ptg hehe

Unknown delete icon 1:04 PTG

chopstick tu nampak unik sangat2.. simple but creative..
lagipun saya ni memang tak reti sangat nak guna benda tu <-_->

Blog Santai delete icon 2:02 PTG

Its always out of box.. kreatif..and ofcourse kita suka that 2 in one punya rekaan..cantik

BinMuhammad delete icon 2:16 PTG

Terima kasih sudi berkunjung ke sini...Salam perkenalan.

BinMuhammad delete icon 2:17 PTG

Idea kreatif yg mudah tp tidak terfikir pun...
Thx MG

BinMuhammad delete icon 2:19 PTG

Betul juga... Tapi rasanya imaginasi untuk di realitikan juga perlu ada ilmu...jika tidak ia hanya sekadar fantasi... Terima kasih KY krn berkongsi pendapat :)

BinMuhammad delete icon 2:21 PTG

Mesti sering ada masalah menghiris tomato ni...hehe
Kreativiti adalah untuk memudahkan dan menyenangkan. Thx Farah

BinMuhammad delete icon 2:22 PTG

Idea yg memang menarik...tak taulah pula...ada di jual di sini ke.
Pasti ramai yg ingin memilikinya.

BinMuhammad delete icon 2:25 PTG

Mudah tapi xterfikir kan...kita ni belum sampai tahap kreatif lagi, hehe
Mama boleh modify apa...ikut contoh ini. Bolehlah beriadah dan exercise sekali :) Jaga badan hehe

BinMuhammad delete icon 2:25 PTG

Boleh di cuba... Kalau dalam majlis xle segan sgt nanti hehe.

BinMuhammad delete icon 2:27 PTG

Betul tu...bila berfikiran di luar kotak, kita akan dapat sesuatu yg yg luarbiasa, yg sukar menjadi mudah...yg mudah bertambah mudah.

Tanpa Nama delete icon 3:26 PTG

ye lah.. mmg cukup2 kreatif !

ANIM delete icon 5:22 PTG

1- Tang scooter tu memikat cuma cuak nak bawa barangan dengan petrol ke sana sini...bahaya pulak kan. Scooter solar boleh kot, heee...
2- beg hari sabtu pelbagai versi dah ada banyakdi pasaran. Saya dapat 2,3 jenis yg blh dilipat2 mcm sapu tangan dan simpan dlm handbag. Bila dibuka, boleh isi banyak barang.

BinMuhammad delete icon 6:09 PTG

Terima kasih KA... ;)

BinMuhammad delete icon 6:15 PTG

Kalau guna solar mungkin mustahil utk sekecil itu tapi mungkin ianya kuasa bateri...mudah dicas semula. Betul...bila hari tanpa beg plastik di adakan, barulah pelbagai rekaan muncul utk kemudahan. Bagus juge...apabila manusia dalam kesusahan pasti mudah utk jadi lebih kreatif.

Unknown delete icon 6:31 PTG

kalau membaca pun kena kreatif, sebab itu membaca entry Bin M rasa relax
juga minda ni.bagus..

umiawadah delete icon 6:39 PTG

wah memang menarik...kalau basikal yang boleh bawa anak2 tu jual sini,saya nak beli...jauh sikit boleh berkayuh...badan sihat,anak terpelihara....hehehe

Unknown delete icon 7:54 PTG

Assalam BM. teringin nak cuba tampal tapak kasut sendiri, boleh jimat belanja sebab berderet tapak kasut yang dah haus kat umah kak nah..tapi bab nak motong tayar tu..macam tak terbuatla..mesti keras..=)

BinMuhammad delete icon 9:47 PTG

Terima kasih cikgu...Saya cuba utk tidak terlalu berat dlm penyampaian dan memberi info agar pembaca tidak terlalu byk berfikir. Saya suka selitkan juga sedikit pengisian rohani. Semoga semua menyukainya :)

BinMuhammad delete icon 9:50 PTG

Tak pasti sama ada di jual, tapi blum pernah jumpa. Saya tahu...pasti ramai ibu2 yg memggemarinya :)

BinMuhammad delete icon 9:52 PTG

Waalaikumsalam kak nah,
Betul juga...masalah nak potong tu. Biasa saya lihat ianya dipotong dgn mesin sebab dlm tayar itu ada dawai. Kena hantar juga ke kedai utk dipotong. Tapi rasanya masih berbaloi.

Berkenan sangat dengan basikal tu....
mana nak dapat tu ye...

BinMuhammad delete icon 10:11 PG

Wah! Ramai ibu2 menyukai rekaan basikal itu, tapi sayang...saya pun tak tau dimana ada di jual hehe...Maaf ye. Entah ada atau tidak di Malaysia ini..tapi kalau kreatif boleh sahaja basikal sedia ada di ubah suai.

OKje delete icon 3:18 PTG

OKje rasa BM ni pun mesti kreatif orangnya .... betul tak?

BinMuhammad delete icon 3:27 PTG

Saya xle kreatif sangat tapi sukakan sesuatu yg unik, berbeza dan kreatif...ianya mampu mengembangkan dan menyegarkan minda.

Fais-SKA delete icon 10:46 PTG

hahahaha..tergelak tgok..mcm2 diorg ni..kretif2..

BinMuhammad delete icon 11:33 PTG

Idea2 kreatif utk keceriaan, membuka dan menyegarkan minda.

Unknown delete icon 7:02 PG

Waaa saya nak basikal baby tuu..walaupun xder baby lagi,,nak jgk...

Dah..buat masa ni naik basikal biasa dulu. Kalau nak sangat...beli beca ye...hehe

suka tengok yg basikal baby tu.. comel! boleh bawak kemana2.. best :)

BinMuhammad delete icon 3:59 PTG

Terima kasih Sayidah...Ramai yg sukakan basikal tu :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap