Pantai Remis di Jeram, Kuala Selangor. Salah satu lokasi tumpuan yang agak menarik dan popular bagi mereka yang tinggal di Kelang dan Kuala Selangor. Terletak tidak jauh dari jalan persekutuan antara Pekan Kapar dan Kuala Selangor ini mudah untuk anda jejaki. Anda lihat peta lokasi di SINI

Eksplorasi kali ini membawa anda melihat keindahan suasana petang di Pantai Remis yang cukup meriah di hujung minggu.

eksplorasi pantai remis jeram kuala selangor

Pantai Remis tidaklah mempunyai pasir halus yang memutih, malah airnya juga tidaklah jernih. Memang tidak sesuai untuk mandi-manda. Namun ianya tetap menjadi tumpuan untuk warga kota untuk beriadah.

eksplorasi pantai remis jeram kuala selangoreksplorasi pantai remis jeram kuala selangor

Di waktu air pasang, sesuai bagi kaki pancing untuk mencuba nasib...Bernasib baik, ikan sembilang menjadi hasil yang lumayan. 

Di waktu air surut, pantainya kering jauh ketengah...namun ianya hanyalah dipenuhi selut, rezeki mencari kerang, siput, retak dan pelbagai lagi pula menjadi tumpuan.

eksplorasi pantai remis jeram kuala selangoreksplorasi pantai remis jeram kuala selangor

Waktu saya tiba, air laut tengah pasang...waktu itu cuaca amat cerah sekali dengan terikan mentari walaupun jam sudah menghampiri pukul 6.00 petang.

eksplorasi pantai remis jeram kuala selangoreksplorasi pantai remis jeram kuala selangor

Aktiviti yang menarik dilakukan disini adalah bermain layang-layang. Hembusan bayu laut amat sesuai untuk menaikkan layang-layang anda hinggakan tidak terasa terik panas mentari petang.

eksplorasi pantai remis jeram kuala selangoreksplorasi pantai remis jeram kuala selangor

Antara yang menjadi tarikan utama di sini adalah terdapat banyak sekali gerai yang menjual pelbagai hasil laut dan tanaman kampung. Harganya pula berpatutan dan boleh di jadikan buah tangan apabila pulang nanti. 

Restoren dan gerai makan juga banyak dan di buka hingga ke lewat malam. Ya...sudah pasti masakan utamanya masakan laut yang segar. Sesuai untuk anda nikmatinya bersama keluarga.

Tumpuan dan tarikan utama di Pantai Remis sudah pastinya menikmati keindahan mentari terbenam di ufuk barat. Melihat suasana alam yang bertukar warna dan mentari yang tenggelam umpama di telan laut Selat Melaka cukup indah dan mempersonakan.

Kerana ada hal...saya tidak dapat merakam gambar di waktu senja tatkala mentari terbenam namun nikmati keindahan suasana petang di Pantai Remis....

eksplorasi pantai remis jeram kuala selangor 
eksplorasi pantai remis jeram kuala selangoreksplorasi pantai remis jeram kuala selangor 
eksplorasi pantai remis jeram kuala selangor

Laut dan langit bagaikan dipisahkan oleh satu garisan lintang yang lurus... itulah yang di panggil horizon atau ufuk. Laut Selat Melaka pula kelihatan berkilau di bawah sinaran matahari. Sungguh indah ciptaan Ilahi.

eksplorasi pantai remis jeram kuala selangor 
eksplorasi pantai remis jeram kuala selangoreksplorasi pantai remis jeram kuala selangor 
eksplorasi pantai remis jeram kuala selangor

Mentari yang terlindung di celah pepohon sungguh memukau pandangan. Ombak menghempas pantai bagaikan mengalunkan irama sungguh merdu tanpa mengenal erti jemu...

Inilah keistimewaan dan kenikmatan suasana alam di tepi pantai di Pantai Remis yang amat menenangkan jiwa dan minda.

eksplorasi pantai remis jeram kuala selangor

Apabila kamera tepat kearah matahari, kita akan dapat satu pemandangan umpama di waktu malam di kala bulan mengambang. Sungguh cantik sekali..

eksplorasi pantai remis jeram kuala selangoreksplorasi pantai remis jeram kuala selangor 

Jika anda ke Pekan Kapar, Klang atau ke Kuala Selangor...jangan lupa singgah ke Pantai Remis yang berhampiran Pekan, Jeram ini kerana ianya tidak jauh dari situ. 

Selain beriadah sambil menikmati keindahan matahari terbenam, anda juga boleh menjamu selera dengan masakan laut yang enak dan segar malah anda juga boleh membeli makanan laut segar untuk dibawa pulang. Eksplorasi anda pasti berbaloi! 

Teruskan eksplorasi anda ke :

Admin...

28 comments - "Eksplorasi - Pantai Remis di Jeram, Kuala Selangor"

kali pertama mancing kat pantai..
dapat jugak sekor ikan.
tp lama r menunggu..huhu
biasanye mancing kt sungai je.

Unknown delete icon 2:08 PTG

salam Bin M...sorry lama tak BW, sibuk akhir2 ni. Subahanallah nampak panorama yg sangat menarik, Bin telah mengukir kat maya kekayaan khazana alam kepada semua. tahniah teruskan usaha yg murni. Damai ja ...

umiawadah delete icon 3:59 PTG

rasa nyaman dan tenang kalau duduk berehat di tepi pantai...angin sepoi-sepoi bahasa,suasana terbaik!

syoknye!! dh lama tak mandi laut :)

BinMuhammad delete icon 9:54 PTG

Memancing di laut tidak sama seperti di sungai apatah lagi di tepi pantai. Rezeki itu juga kadangkala bergantung pd nasib juga...
TQ berkongsi pengalaman :)

BinMuhammad delete icon 10:00 PTG

Walaikumsalam Cikgu, sedia maklum...kerjaya seorang cikgu, kadangkala sibuk, kadangkala free. Terima kasih krn sempat juga singgah disini.
Tinggi sangat pujian cikgu tu...saya bukan jurufoto yg pro sgt pun. Coretan sekadar apa yg terlintas di kepala.. Berkongsi pengalaman. terima kasih kerana sukakannya.

BinMuhammad delete icon 10:01 PTG

Tapi sekarang ni cuaca terlalu panas utk bersantai di pantai. Bila menjelang petang baru OK skit...Tapi nikmat bersantai di tepi pantai memang terbaik!

BinMuhammad delete icon 10:03 PTG

Disini xsesuai utk mandi manda...Menikmati keindahan sahaja. Memang best mandi laut ni...luangkanlah masa sesekali utk menikmatinya.

Unknown delete icon 4:12 PG

Kakak sy tggl kt sana...selalu jgk la dia pergi..

cantiknya permandangan pantai....sy tak pernah sampai kat situ, in sha allah satu hari nanti sy akan kesana... :)
tenang bila tgk laut ni....

Unknown delete icon 9:25 PG

dah lama tak g sana,..hubby suka mancing sana.. sbb cuaca panas sekarang..malas lak nak lepak sana..

BinMuhammad delete icon 10:17 PG

Meiza dah pergi? Sesekali datang kerumah kakak boleh singgah sini dan nikmati juga makanan laut yang segar

BinMuhammad delete icon 10:18 PG

Lokasi yang mudah untuk ditujui...Bolehlah datang.

BinMuhammad delete icon 10:19 PG

Betullah...cuaca sekarang ni panas sangat. Berkunjung di waktu petang bawak kemalam OK lah...terus menjamu selera sekali di situ ;)

Unknown delete icon 2:33 PTG

Seronoknya tempat ini; sambil2 tengok pemandangan boleh shopping juga. Dah penat nanti boleh lepak sambung makan seafood. Wah bestnya :)

Tanpa Nama delete icon 3:26 PTG

pic2 pantai yg meanrik sungguh !

BinMuhammad delete icon 6:17 PTG

Betul tu MG...Boleh juga bermain layang-layang. Tempat letak kereta juga luas. Silalah datang...hehe

BinMuhammad delete icon 6:18 PTG

Terima kasih KA...kunjungan KA sentiasa dinanti

Unknown delete icon 8:00 PTG

cantiknya pemandangan..jalan pantai remis adalah laluan utama knah balik kg..tiap2 bulan balik tapi xpernah pula singgah tengok pantainya =)

BinMuhammad delete icon 9:39 PTG

Sesekali singgah lah...Makanan laut yg berkerang segar byk dijual. Selain itu sayuran kampung dan ikan kering. Harganya pun berpatutan.

OKje delete icon 3:20 PTG

Wah cantiknya ......kala terbenam mentari...ececeh...hehe
Tak pernah sampai kat Pantai Remis ni best ke BM?

BinMuhammad delete icon 3:25 PTG

Best juga tempat ni, selain menikmati keindahan alam, terdapat jualan hasil laut yg segar, hasil tanaman kampung dan hasil laut lain. Restoren makanan laut juga banyak. Sesuai utk beriadah bersama keluarga di petang hujung minggu.

Fais-SKA delete icon 10:28 PTG

tenang je tgok gmbar pntai 2..msti bnyak remis ni..nice info bro, leh ambe singgah nati kalau jejalan ke selangor

BinMuhammad delete icon 11:29 PTG

Memang banyak remis di sini dan semua jenis hidupan laut yg bercengkerang. Yang di jual segar pun banyak dan murah. Bolehlah singgah bila berkesempatan.

Unknown delete icon 7:07 PG

Xpergi lagi..jauh laa...Kalau kebetulan lalu situ baru singgah rumah kakak..

Insyallah...mungkin satu hari nanti berkesempatan

norliza delete icon 11:40 PG

salam... subhanallah.. cantiknya keindahan matahari terbenam... insyaallah, akan pegi tp dekat situ ada challet atau homestay tak? .. blh mandi ker ?

Tanpa Nama delete icon 3:54 PTG

Salam.. nk tnya air laut pasang pkul brape ye ari ni?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap