Indah dan Menawan Bunga Desa: Assalamualaikum... Kita pulang semula ke Desa tercinta. Relaks kan minda di samping menikmati keindahan bunga-bunga di sekitar halaman rumah ibu mertua ku.
"Banyak sungguh bunga-bunga di rumah mertua Bin Muhammad ni", memang saya tidak nafikan jika itulah ungkapan anda. Sudah masuk entri ke 5 dan ini masih belum pengakhirannya.
"Banyak sungguh bunga-bunga di rumah mertua Bin Muhammad ni", memang saya tidak nafikan jika itulah ungkapan anda. Sudah masuk entri ke 5 dan ini masih belum pengakhirannya.
Bunga-bunga inilah penghias halaman di rumah mertuaku yang jauh di penghujung jalan. Rumah yang terletak betul-betul di penghujung kampung. Bak kata orang tu...dah sampai jalan mati. Rumah yang terakhir....
Tapi si Selangor ni tidak di nafikan kemudahan jalan sudah selesa...jalan semua sudah bertar walaupun jauh di hujung kampung.
Mujurlah masih ada jiran-jiran yang tinggal berhampiran...jika tidak memang terasa terasing dan sunyi sangat. Kalau nak lihat kenderaan lalu lalang memang tak ada kecuali mereka yg tersesat dan buat U-turn di halaman rumah.
Mujurlah masih ada jiran-jiran yang tinggal berhampiran...jika tidak memang terasa terasing dan sunyi sangat. Kalau nak lihat kenderaan lalu lalang memang tak ada kecuali mereka yg tersesat dan buat U-turn di halaman rumah.
Di kejauhan ini yang bebas dari segala arus pembangunan dan pencemaran pastinya memberi kesegaran buat pepohon hidup subur dan aman.
Mungkin itulah jua antara sebab mengapa begitu mudah dan subur sekali pokok-pokok bunga tumbuh dan mekar di rumah mertuaku.
Mungkin itulah jua antara sebab mengapa begitu mudah dan subur sekali pokok-pokok bunga tumbuh dan mekar di rumah mertuaku.
Bebunga Mekar
Ketenangan dan kedamaian suasana desa dicantikkan lagi pelbagai warna-warni bebunga mekar pasti menggamitku pulang untuk melepas kepenatan dan tekanan. Sambil menghirup udara yang segar... anda nikmati pula beberapa lagi koleksi bunga di sekitar halaman rumah mertuaku...
Indah dan menawan bunga desa yang mempunyai kecantikan dan keunikan yang tersendiri...hasil bidikan kamera murah ku...
Indah dan menawan bunga desa yang mempunyai kecantikan dan keunikan yang tersendiri...hasil bidikan kamera murah ku...
Bunga ulam raja
Bunga tiga bulan
Bunga jejarum atau exora
Bunga janda kaya
Bunga lalang
Bunga 1
Bunga 2
Bunga melati putih
Bunga kantan
Bunga puding
Bunga lengkuas
Bunga cempaka putih
Bunga loceng atau alamanda
Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kepada anda yang mengetahui nama pokok bunga yang saya tidak kenali yang saya namakannya mengikut nombor gambar yang tertera.
Terima kasih bersama Relaks Minda...Semoga anda beroleh ketenangan dengan menikmati keindahan bunga desa ini. Kehadiran anda amat-amat saya hargai. Masih banyak lagi dalam simpanan gambar-gambar bunga di rumah ibu mertua saya dan jika anda sukakannya... nantikan entri koleksi seterusnya
Semoga anda semua berbahagia dan ceria selalu =)
Semoga anda semua berbahagia dan ceria selalu =)
Nikmati lagi Keindahan Bunga Desa di sini :
29 comments - "Indah dan Menawan Bunga Desa"
cantik2 semuanyer,,, bunga 3 bulan tu KA baru tau aje namanyer tq share!
bunga loceng tu masa sekolah rendah dulu banyak jer kat kawasan sekolah... ^_^
Pagi2 tengok gambar2 ini memang best; mata segar minda cerdas. Baru semangat nak kerja :)
malunya saya tidak kenal nama bunga sangat....nampaknya lelaki lebih arif...hehehe...memang cantik2 belaka..
Bunga tiga bulan dan bunga kantan tu dua-dua cantik..untung mak mertua BM coz duduk kat kampung macam ni memang best..fresh..
Bunga anggerik tu kira bunga desa ke? Asalnya pun dari hutan :)
Terima kasih KA, bunga tiga bulan ni kata mertua saya dapat nama sebab berbunga 3 bulan sekali...tapi saya tgok xsmpai 3 bulan pun dah berbunga hehe
Betul...dulu2 pokok bunga ni memang sering ditanam di sekolah2
Hehe.. Semoga berbunga-bunga bekerja ye...MG, Thx :)
Saya pun bukannye tahu...kerana entri ni, bertanya pada mak mertua dan buat carian dgn pak cik google...hehe. Tapi ada juga yg xboleh dapat namanya...
Mujurlah ada mertua di kampung boleh juga balik kampung, mak saya dah tak tinggal dikampung lagi...duduk dgn kakak saya. Xdelah balik kampung sendiri dah...
ooo..baru tau namanya bunga loceng atau alamanda..knah sebut bunga terompet saja..org kt getah die beracun..=)
Anggerik desa atau anggerik rimba pastinya ianya tidak wujud di kota. Terpulanglah kpd anda untuk mentafsirkannya. Rasanya tiada salahnya...tapi kalau salah sila betulkan saya :)
Maksud anggerik desa pd saya di sini...ianya ditanam oleh mertua saya di desa. :)
Ye lah kak nah, ada yg sebut bunga trompet, tapi sebenarnya bunga trompet tu adalah lain jenisnya yg memang getahnya amat beracun. Yg ini..getahnya setau saya pun beracun tapi tidak merbahaya seperti bunga tropet sebenar yg boleh membawa maut. mungkin sbb itu ianya tidak lagi ditanam disekolah2.
Rasanya Kesuma Angsana (KA) pernah terbitkan entri berkaitan bunga beracun ni...Bunga trompet adalah salah satu darinya.
memang KY mahu cakap mcm tu heeee...memang banyak, cantik2 dan subur lagi..
Memang itu pasti akan dicakap, baik saya cakap dulu...hehe
Terima kasih KY
subhanaALLAH cantik tengok bunga.. bunga jejarum tu suka sedut dalamnya ada manis.. heeh mase budak2 la
Eh...betul la Acik, teringat masa kecil...memang suka buat mcm tu juge.. Habis bunga mak di petik, pastu bersepah di laman....apa lagi, bising le orang tua tu hehe...
:) Orang sibuk nak wujudkan semangat desa ke kota.
Ini pun salah satu elemen desa yang bagus juga, tanam pokok bunga banyak2.
Bagus tu... saya setuju sangat!
Tapi ini hanya kenangan utk kanak2 di desa, kanak2 di kota... Bunga ni pun tak kenal hehe apatah lagi tahu yg bunga desa itu manis bermadu :)
rumah kampung di selangor, melaka dan johor memang penuh dengan pokok bunga..cantik mata memandang..
bunga labu pernah jumpa tak? hee...
Hahaha...mentang2 pokok labu subur di rumah Anim..tp Boleh juga kalau di bagi gambarnya, saya rasa ada yg tak pernah tengok bunga labu...hehe
wah byknye...mcm2 jenis bunga ada..mesti best blk kmpg tgk bunga2 kat halaman umah cantik berkembang wangi...
Selamat kembali cik tom, kehadiran anda amat2 dinanti...TQ
Minggu ni balik kampung lagi...memang best dan dinanti2.
antara bunga2 tu mengimbau kembali zaman kanak2 dulu...
Bunga loceng - main kawin2, selit kat telinga
Bunga jejarum - manis, suka hisap
Bunga lalang - ramuan utama, main masak2
Huwaaaaa... rindunya zaman kanak2
Byk sekali kenangan bersama bunga...Berbunga2. Ini macam masih mood sedih selepas baca novel ni...hehe
Byk betol pokok bunga..macam2 jenis..cantik mata memandang..saya pn suka hias rumah dgn pokok bunga jgk..
Pasti rumah Mieza pun cantik dan berbunga bunga :)
Rumah baru nanti bunga2 pun baru juge...hehe
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”