Keunikan Senibina Masjid di Negeri Melaka: Assalamualaikum... Alhamdulillah, bertemu kita lagi di hari Jumaat yang mulia ini. Dari Johor, kini kita bergerak naik sedikit ke utara iaitu ke Negeri Melaka, Negeri Bersejarah. 

Pastinya masjid-masjid di sini terkenal kerana keunikan senibinanya yang penuh bersejarah sinonim dengan kegemilangan Melaka suatu ketika dulu. Malah di melaka jugalah terletaknya masjid tertua di negara ini. 

Mari kita nikmati dan kenali keindahan serta keunikan senibina masjid yang terdapat di Negeri Melaka dan saksikan keunikan yang membezakan ia dari negeri-negeri lain. (Entri ini sedikit berat kerana banyak gambar, harap anda bersabar)

masjid di melaka
Masjid Tengkera, Melaka merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu yang juga di Melaka.

Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.

Bangunan ini berbentuk segiempat tepat dan mempunyai bumbung tiga tangkup. Senibina masjid ini adalah percampuran kebudayaan luar dengan tempatan dimana bumbung menyerupai bumbung rumah limas iaitu Istana Sultan Mansur, menara pula berbentuk pagoda dari China dan kubah segiempat umpama piramid di Mesir. (sumber dari Wikipedia dan Arkeb Negara)

masjid di melaka 
masjid di melakamasjid di melaka
Masjid Selat, Melaka, yang dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia. Menelan belanja hampir RM11 juta, Uniknya masjid tersebut, ianya dibina di atas tanah tebus guna yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah.

Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa.Ia mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006.

Keunikan Rekaan dan senibina masjid ini mendaulatkan konsep seni bina Melayu. Ini boleh kita dapati elemen batang buluh yang pangkalnya dibelah atau pecah dua dan membentuk beberapa bahagian menjadi konsep rekaan.

Empat kubah kecil yang terletak di setiap penjuru mengapit kubah yang besar. Iaitu kubah besar yang indah dan unik menaungi Dewan Besar Solat yang berukuran 24 diameter.  (sumber dari Utusan Malaysia)

masjid di melaka
Masjid Al Abidin di Merlimau

masjid di melaka
Masjid Al-Abrar di Semabok

masjid di melaka
Masjid Al-Alami di Ayer Keroh

masjid di melaka
Masjid Al-Aliyyah di Pulau Sebang 

masjid di melaka
Masjid Al-Kahairiah di Kampung Teluk Mas

masjid di melaka
Masjid As Sujaah di Merlimau

masjid di melaka
Masjid As Syuhada di Kem Terendak

masjid di melaka
Masjid di Ayer Molek

masjid di melaka
Masjid di Bukit Beruang

masjid di melaka
Masjid Dahariyah di Brisu

masjid di melaka
Masjid di Kampong Serkam

masjid di melaka
Masjid di Peringgit

masjid di melaka
Masjid di Pernu

masjid di melaka
Masjid di Sungai Rambai

masjid di melaka
Masjid di Terentang

masjid di melaka
Masjid di Kampong Alai

masjid di melaka
Masjid Tun Syed Ahmad Al Haj di Bukit Beruang

masjid di melaka
Masjid Bukit Durian di Merlimau

masjid di melaka
Masjid Fathur Rahman di Pengkalan Rama

masjid di melaka
Masjid Kampung Hulu, Melaka Tengah, Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Keunikan Senibina masjid ini adalah pengaruh senibina Jawa dalam rekabentuknya.

Seperti banyak masjid yang dibina di Negeri Melaka, keunikan senibina pada zaman itu adalah hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan. 

Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina.  (sumber penuh dapatkan di wikipedia)

masjid di melaka
Masjid di Kampung Kling

masjid di melaka
Masjid di Peringgit

masjid di melaka
Masjid di Tanjung Kling

masjid di melaka
Masjid di Telok Mas

masjid di melaka
Masjid negeri iaitu Masjid Al-Azim di Melaka Tengah

Dari senibina masjid di Negeri Melaka jelas menunjukkan kebanyakannya menggunakan kubah berbentuk segiempat bertangkup seperti piramid dan di adun dengan kesenian umpama pagoda di bucunya mahupun senibina menaranya.

Bumbung pula umpama atap adalah dari kesenian melayu. Keunikan senibina campuran ini menyerlahkan kepelbagaian budaya di Malaysia. 

Koleksi ini tidaklah lengkap sepenuhnya. Banyak lagi masjid-masjid di negeri Melaka yang indah dan unik senibinanya. Semoga yang ada ini dapat memberikan serba sedikit pengetahuan dan panduan mengenai senibina masjid yang terdapat di negeri Melaka. Insyaallah negeri-negeri lain juga akan menyusul... 

Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...

Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah sebagai lambang keagungan Islam di Malaysia dan di seluruh dunia...

Post #22 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid
Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
- Senibina Masjid di Negeri Johor

Bersama kita doakan.... "Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin".

P/S : Jika ada sebarang kesilapan, sila beritahu untuk saya perbetulkan. Jika anda berminat untuk meletakkan masjid di tempat anda di entri ini, sila hantarkan gambar masjid tersebut kepada saya. Terima kasih

Admin...

45 comments - "Keunikan Senibina Masjid di Negeri Melaka"

Unknown delete icon 7:38 PG

Semalam terlekat tulang kerapu,
Salam Jumaat sebalang madu... :))

Gwiyomi bermula di negeri Korea,
Diikut orang ditonton badi
Ummi pula mencari idea,
Takut-takut berpantun tak jadi.

Fais-SKA delete icon 8:12 PG

Assalam..godek2 cni relaxkn minda jap :) wowwww..sngat cntik msjid kat melaka neh, yg trapung 2 pling cun..Salam jumaat en.Bin Muhammad..masjid kat trengganu bila lg?? he3

Waalaikumsalam Ummi :D

Silau mentari dari korea,
Nanti melatun lompat sekata,
Kalau Ummi mencari idea,
Pasti pantun hebat tak terkata... :)

Waalaikumsalam...
Insyaalllah, pasti akan sampai....kite mengembara perlahan2 ye :)
Terima kasih godek2 di sini.

Unknown delete icon 8:23 PG

Pantun lagi..

Dibaca Quran sebelum tahmid,
Surah Al Maidah surah kelima,
Secamca iman seharum masjid,
Pasrah ibadah immarah agama.

Unknown delete icon 8:27 PG

Kalau tumbuh melati cemara,
Bumi terbelah kontang semalu;
Kalau sungguh seperti bicara,
Ummi kenalah datang selalu.. :))

Unknown delete icon 8:34 PG

Ummi pantun lagi.. ;)

Indah orkid berwarna merah,
Tangan memetik bawa sejambak;
Ibadah masjid pesona immarah,
Iman cantik taqwa pun segak.

Cemara rimba tanda mata,
Mohon cepat memikat hawa,
Bicara hamba tiada dusta,
Pantun hebat melekat dijiwa...

Best!

Surah Al Midah surah kelima,
Serlah haluan bertahmid sesama,
Pasrah ibadah immarah agama,
Itulah tujuan masjid dibina...

Silakan Ummi, hamba tetap membeli :)

Tangan memetik bawa sejambak,
Terserlah budi cermin dihati,
Iman cantik taqwa pun segak,
Barulah menjadi mukmin sejati...

Unknown delete icon 9:51 PG

Pantun lagi boleh.. :))

Jerami setimbun berasap medu,
Jari menggaru sedap dan selamba;
Ummi berpantun menggarap rindu,
Entri baru sekejap kan tiba.

nanti wat entry untuk masjid negeri sembilan ngan pahang pulak ye....

Hajat hati nak berpantun
Tapi ilham melantun-lantun...

Mazni Azmi delete icon 10:05 PG

Masjid melaka banyak dipengaruhi eleman negara china.

Melaka pusat warisan dunia,
Unesco mengiktiraf warisan tamadun disana,
Kaya manusia bukan kerana hartanya,
Akhlak dan iman memukau mempersona

BinMuhammad delete icon 10:12 PG

Boleh saja... :D

Bosan termanggu dihati haru,
Serkah kala lelah dijiwa,
Akan kutunggu entri baru,
Apakah pula kisah dibawa...

BinMuhammad delete icon 10:18 PG

Bukan rendah pijak dipeti,
Berikan baja kembangnya melati,
Jangan gundah rasa dihati,
Nantikan saja kemunculannya nanti :)

BinMuhammad delete icon 10:26 PG

Betul...pengaruh budaya China cukup kuat dlm senibina masjid di Melaka.

Gemilang Melaka terkenal serata,
Sultannya pula berasal Jawa,
Benar sekali bagai di kata,
Akhlak dan iman pesona jiwa...

Bakat berpantun rupanya Fairul...Terima kasih ye :)

Unknown delete icon 10:59 PG

Datang lagi naa..

Suami saya orang Melaka,
Berkebun cili di Lubok Cina,
Ummi percaya barang pusaka,
Berpantun asli memupuk pesona. :D

wahhh sugguh cantik masjid di melaka..nak pantun jugak lah

Anak itik berjalan di tepi titi,
melihat si teruna sedang berkelahi
Jagalah diri jagalah hati,
Jangan lupa patuhi perintah ilahi

Tanpa Nama delete icon 3:05 PTG

di melaka mmg seni bina masjid nyer agak berbeza , ikut tinggalan sejarah dulu2 juga rasanyer !

BinMuhammad delete icon 3:07 PTG

Pucuk dicita ulam mendatang,
hati gembira Ummi datang.... :)

Rupanya suami orang Melaka,
Tempat tamadun jaguh istana,
Percaya Ummi barang pusaka,
Hebat berpantun penuh pesona :D

Unknown delete icon 3:15 PTG

Rekaan dan hasil senibina dahulu kala memang halus & berseni. Berterima kasih kepada si tukang pembuatnya kerana meninggalkan warisan yang tidak ternilai untuk generasinya.

BinMuhammad delete icon 3:16 PTG

Bunga selasih dalam baldi,
Perasan diri hebat berparti,
Terima kasih daun keladi,
Pesanan diberi amat bererti...

Tak sangka, bakat terpendam terserlah jua... Cayalah Acik!

BinMuhammad delete icon 3:17 PTG

Betul tu KA, kerana itulah ianya unik...Penuh dgn sejarah

BinMuhammad delete icon 3:19 PTG

Ya MG...mujurlah ianya masih elok terjaga buat tatapan generasi kini mengimbas kembali kegemilangan dulu yg menjadi teras kehidupan dimasa kini.

miss yatie delete icon 3:20 PTG

lagi kenindahan masjid, secara jujurnya KY memang belum pernah melihat masjid2 ini, maklumlah KY ni bukan kaki berjalan sangat, kat google pun jarang buka image, thanks BM

ANIM delete icon 3:53 PTG

betullah BM..kebanyakan bumbung masjid yang lama tu bercirikan china. saya cuma pernah ternampak rekaan masjid "beijing" di kelantan saja. saya hanya pernah solat di masjid al azim. yg lain2 tak pernah singgah dan terperasan, walhal masa duduk bt pahat selama 6 tahun , saya kerap ke melaka (lebih dekat dr nak ke JB)..tq for sharing.

p/s boleh bg e-mel BM di hanim_rahmat@yahoo.com.my tak? saya nk e-mel gambar bunga labu, heee

BinMuhammad delete icon 4:02 PTG

Saja buat koleksi lagipun ada permintaan. Sama2lah kita menjamu mata dan mengenali dan melihat rumah Allah yg indah, lambang keagungan agama Islam ini.

BinMuhammad delete icon 4:07 PTG

Bila di kumpulkan gambar2 ni barulah nampak keunikan senibina masjid di Melaka yg unik yg diadun dari pelbagai budaya terutama dari China. Saya pun pernah sembahyang hanya di beberapa Masjid sahaja termasuklah masjid A-Azim tapi xpernah perasan keunikan ini. Banyak juga yg dapat saya pelajari dan kenali hasil dari pelbagai bahan carian...
Tak tertulis rasanya kalau ingin di ceritakan semuanya...Cukuplah dgn gambar dan sedikit info. Semoga ianya dpt memberi sedikit manfaat dan minat kpd pembaca.

Sukma delete icon 4:53 PTG

suka tengok masjid di Melaka...masjid kat alor gajah tak der ker....

BinMuhammad delete icon 8:50 PTG

Hmmm...Xdelah pulak ye... Kalau ada nanti saya update.
Terima kasih bersama Relaks Minda :)

Unknown delete icon 8:52 PTG

Titis malam bagaikan air,
Secebis salam ku sampaikan zikir..

Air dalam batu selonggok,
Kuasa renang anak tenggiri;
Zikir malam tentu seronok,
Rasa tenang merafak di hati.




BinMuhammad delete icon 9:40 PTG

Hujan lebat menyejuk malam
Kusambut salam...Waalaikumsalam...

Ukir sulam nanti bertunang,
Bunyi sapi jauh sayupan,
Zikir malam pasti tenang,
Sunyi sepi penuh tumpuan...

Unknown delete icon 10:12 PTG

Tak pernah sampai Melaka pn lagi.. ye la.. boleh dikatakan majoriti masjid kt sana mempunyai kubah segiempat..kecuali masjid selat..cantik betol..

Unknown delete icon 10:14 PTG

Lama betol xdtg sini..rinduu sudaa..

my notes delete icon 11:01 PTG

assalamualaikum ... x reti berpantun . cuma nak bagitau saya dah sampai kat mesjid selat melaka . memang cantik !

Nanti hubby ada cuti, ajak bercuti ke Melaka...disini byk tempat boleh dilawati...pasti menyeronokkan. Macam2 ada! Jgn lupa singgah di Masjid Selat...memang cantik!

Ingatkan Mieza dan lupa jalan ke mari...hehe
TQ krn datang bertamu :)

Waalaikumsalam Vee,
Tak minta pun berpantun...komen jer mcm biasa ye. Lokasi, rekabentuk dan hiasannya amat memukau...Kalau di senja hari lagi terserlah! Betulkan Vee...

Blog Santai delete icon 3:17 PTG

Suka tengok masjid-masjid lama...walaupun rekaannya mungkin tak secanggih sekarang, tapi rasanya keikhlasan klebih teserlah..and pastinya kegunaannya pun lebih maksima..

BinMuhammad delete icon 9:41 PTG

Masid lama rekabentuknya umpama mengimbas sejarah keagungan Islam...

THE AUTHOR delete icon 10:01 PTG

Perkongsian yg menarik....

BinMuhammad delete icon 10:48 PTG

Salam Tuan, terima kasih...

Unknown delete icon 5:41 PTG

Assalam... Sy nk mintak izin copy gambo2 masjid ni utk isi dokumentari pasal masjid2 di Melaka ni ye...

BinMuhammad delete icon 6:35 PTG

Waalaikumsalam,
Silakan...ianya semua hak Allah, asalkan ianya memberi manfaat dan berguna :)
Terima kasih ye.

Faridah delete icon 8:30 PTG

Saya besar di dalam perkarangan Masjid Bandar Hilir. Tanah masjid diwakafkan datuk moyang saya, Hj Mohd Sharif bin Ismail, yang juga imam masjid.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap