Assalamualaikum... Bagaimana untuk kita kitar semula? Mungkin ianya salah satu yang mungkin menjadi persoalan anda. Dalam mempraktikkan kitar semula ini, ada 3 kaedah yang di guna pakai.
Pertamanya adalah 'reuse' atau guna semula. Contoh terbaik adalah seperti pakaian bundle. Jika anda tidak mahukan sesuatu barangan yang masih elok dan berguna, juallah ia atau sedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Bukan sahaja menguntungkan anda tapi juga satu amal jariah yang berpanjangan untuk anda.
Bukan sahaja menguntungkan anda tapi juga satu amal jariah yang berpanjangan untuk anda.
Kaedah kedua adalah 'reduce' atau kurangkan. Contohnya adalah beg plastik. Kita boleh kurangkan penggunaan beg plastik dengan bertukar kepada beg kitar semula atau dibungkus dengan kertas.
Pasaraya kini sudah mula tidak menggunakan beg plastik setiap hari sabtu, ianya satu contoh aktiviti pengurangan yang amat berkesan dan berjaya sekali. Ianya patut di perluaskan di luar bandar juga.
Pasaraya kini sudah mula tidak menggunakan beg plastik setiap hari sabtu, ianya satu contoh aktiviti pengurangan yang amat berkesan dan berjaya sekali. Ianya patut di perluaskan di luar bandar juga.
Kaedah ketiga pula adalah 'recycle' atau kitar semula. Kreativiti kitar semula amat diperlu untuk memberi idea dan ilham untuk kita menggunakan bahan terbuang ini.
Kaedah inilah yang di fokuskan dalam entri ini. Menggunakan bahan terbuang dan dijadikan satu bahan atau produk lain yang berlainan fungsi.
Kaedah inilah yang di fokuskan dalam entri ini. Menggunakan bahan terbuang dan dijadikan satu bahan atau produk lain yang berlainan fungsi.
Idea Kreatif
Berikut adalah beberapa kreativiti kitar semula yang mungkin ada diantaranya dapat anda cuba mahupun memberi idea dan ilham untuk mengitar semula bahan terbuang yang ada di rumah anda... Jom kita kitar semula :)
Botol plastik seperti bekas syampu boleh dijadikan bekas untuk handphone anda semasa mengecas. Mudah dan kemas sekali.
Kotak makanan seperti cornflakes atau kotak sabun boleh anda ubah menjadi bekas untuk buku, file dan sebagainya. Satu idea kreativiti kitar semula yang mudah dan amat berguna sekali.
Ini pula adalah hasil kreativiti kitar semula dari tayar terbuang. Jika anda rasakan ianya mampu anda buat...silakan, kerana hasilnya amat menarik sekali.
Kreativiti dari besi komponen basikal ini amat menarik dan kreatif sekali. Ianya memerlukan sedikit kemahiran untuk di hasilkan.
Rumah-rumah lama di kampung-kampung semakin banyak yang terbiar dan mereput begitu sahaja. Lihat hasil idea kreatif ini yang menggunakan daun tingkap rumah lama sebagai hiasan di dinding. Sungguh mengujakan hasilnya.
Pakaian lama yang sudah tidak berguna lagi tapi zipnya masih elok. Apa kata anda cuba idea kreatif ini. Beg unik dari zip...unik dan bergaya sekali hasilnya.
Sudu dan garfu dan pisau yang rosak dan patah pula anda boleh juga jadikan barang perhiasan yang sungguh anggun dan eksklusif.
Botol plastik pula anda boleh jadikan gelang yang menarik untuk hiasan yang unik yang pastinya tidak terdapat di mana-mana. Idea kreatif yang sesuai bagi mereka yang sukakan kelainan.
Bunga hiasan istimewa ini hasil dari kreativiti kitar semula botol plastik. Hiasan menarik di meja tamu anda.
Botol plastik terbuang juga amat menarik dijadikan pasu bunga gantung dirumah anda. Ianya tahan lama dan tiada kos. Cubalah...
Ini juga adalah hasil kreativiti kitar semula yang kreatif dan menarik sekali hasilnya dari botol plastik terbuang. Tirai yang sungguh menawan yang pasti membuat ramai tetamu anda tertawan :)
Lampu hiasan yang anggun dan menarik ini adalah hasil kreativiti kitar semula dari tempurung kelapa. Jika anda mampu membuatnya...pasti bukan sahaja boleh digunakan untuk kegunaan sendiri tapi boleh juga untuk di jual...
Tutup botol plastik yang pelbagai warna ini boleh dijadikan barang permainan yang menarik dan mengujakan untuk si kecil anda...
Pallet kayu terbuang yang sngguh bernilai ini janganlah dibuang begitu sahaja. Lihatlah hasil perabot darinya... Sungguh menarik, idea kreatif yang menjimatkan wang anda.
Kertas adalah antara barangan yang banyak sekali di buang begitu sahaja. Terutama kertas flier dan iklan. Lihat kreativiti kitar semula ini...hasil dari kertas yang di lipat, digulung dan di cantumkan... Pelbagai bentuk pasu boleh anda hasilkan darinya. Amat cantik dan kreatif sekali hasilnya.
Akhir sekali...mari kita buat satu beg mudah dari kertas terbuang. Mudah dan ringkas... Jom!
Demi Masa Depan
Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.
Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Jom kitar semula bersama :
38 comments - "Kreativiti Kitar Semula... Idea Kreatif "
kalau kita kreatif bolih menjadikan bende baru dan boleh buat duit juga...
Saya sekarang tengah merancang nak buat pasu bunga gantung dengan menggunakan botol.. idea dari blog relaks minda..terima kasih..
Cantik bila barang terbuang dapat pada tangan yg berkebolehan. Kakak tak buang tapi kakak kumpul dan jual. Nak buat macam tu tak kreatif. Suka pulak kakak tengok meja roda basikal tu...
subhanaALLAH kalau kreatif apa juga boleh buat dan semua cantik2
Betul tu Bunda...terpulang kpd diri sendiri ajelah sekarang ni.
Love it...Jangan lupa share hasilnya ye :)
Tengkulah jadi mangsa memanjat ni...hehe
Kumpul dan jual pun satu dari aktiviti kitar semula... Ada juga hasil darinya :)
Acik pun seorang yang kreatif...xnak cuba ke? Bila dan free nanti la.. :)
semuanya cantik and sangat-sangat kreatif..nway terpikir jugak dah berapa banyak yang BM dah tiru dia orang ya..kita suka tapi tak ada lagi yang terbuat..he..he
alaa...yg bag zip tu cantik, rumah KY banyak zip, nak cuba nanti
Buat tak le banyak...sebab bahan masih tak mencukupi. Cuma ianya dapat memberi ilham kepada yang memerlukan... :)
Terima kasih :) Amat terharu diatas jemputannya... :)
Insyaalllah...saya akan cuba sertai tapi tidak janji ye
Boleh saja...Mesti menarik hasilnya nanti :)
paling pntg kena kreatif lah yer BM
memang sangat kreatif...nak pulak kalau rajin...kotak letak buku pun mahal juga di kedai sekarang ni...
wahh..kreatif nya...mcam mana nak kreatif macam nie.... susah jugak nak ikut nie... idea baik2...
mselim3
pls: mesti bin mohammad nie kreatif orangnyer kan....
Betul tu...tapi tiru aje lah kalau xkreatif :)
Sekarang barang2 semuanya mahal, bagus kalau kitar semula ni...menjimatkan :)
Kita xperlu kreatif mcm ni...idea kitar semula untuk dikongsi bersama agar aktiviti kitar semula boleh dipelbagaikan...Tiru aje mselim3 :)
Saya xkreatif cuma berkongsi utk kebaikan bersama :)
Buat saya pula BM, saya "reuse" tudung2 saya yg bersaiz pendek ke saiz lebih labuh tanpa membuang yang lama...hee
Good idea...boleh share tu, idea bernas yg kadang xterpikir oleh orang lain :D
pergh.. memang sempoi bro.. hehehe
Assalam, singgah pg relakskn minda jap :) otak manusia ni, kalau dah kretif bt ape pn mmg cantik..salute la orang yg pndai hrgai alam dgn memanfaatkan brgn ktar smula..
boleh cuba nanti....
Kalau boni boleh buat ni...memang bertambah kacak :D
Waalaikumsalam ska,
Aktiviti yg mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja...memang salute pd yg melakukannya
Cuba lah...kalau berjaya boleh share ye :)
Suka sangat tengok hasil kreatif gambar2 ni....paling best rim basikal buat coffee table.
Thanks MG... Saya pun berkenan juge
Pokok pangkalnya kena rajin ! kalau malas kreatif macamana pun pasti tak guna haha
Yes...I agree!! Rajin...itulah sahaja yg di perlukan. Jadi atau tidak belakang kira...kalau rajin, insyaallah akan berjaya
saya pencinta alam...cuba nk kumpul dan jual tapi x ada ruang kat umah...akhirnya bagi kat org je lah, blh jugak diaorang tambah pendapatan...tp dah tgk kat blog nie byk jugak idea kreatif...blh cuba lah nt...:)
cantiknye pasu daripada kertas tu
cantiknye pasu daripada kertas tu
saya nak merancang buat taman bunga berpasu menggunakan tayar terpakai...Harap2 berjaya....
Saya setuju
Memang senang nk buat ape saja...kalau kretif confirm boleh buat bnyk lagi
HI SAYA PUVA ,SAYA ADA HASILKAN TOTE BAG DARIPADA T SHIRT .BEG INI SESUAI DENGAN DASAR KERAJAAN NO PLASTIK.SAYA SEDANG MENCARI RUANG UNTUK MENJUAL PRODUK SAYA DENGAN HARGA TERMURAH RM1.99 SIZE SMALL,2.99 MEDIUM DAN 3.99 LARGE...BAGI INI BOLEH GUNA LAMA.SILA CALL SAYA UNTUK PESANAN 01138851572
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”