mencari ketenangan hatiAssalamualaikum... Selamat berhujung minggu. Masa untuk berehat setelah menempuh hari bekerja yang sungguh memenatkan. Inilah masa untuk anda tinggalkan segala tekanan dan masalah serta tugasan anda buat seketika.

Nikmati rehat yang berkualiti sambil menikmati keindahan alam dan hidupan ciptaan Ilahi di buka bumi ini. Ketenangan perlu anda cari sebelum anda memulakan minggu seterusnya dengan penuh semangat dan kesegaran.

Menikmati percutian merupakan salah satu aktiviti di hujung minggu yang dapat memberi anda ketenangan. Suasana baru yang berbeza memberi kesegaran buat diri anda. Dapatkan lokasi yang jauh dari kesibukan dan hampir dengan alam semulajadi.

Lebih aman jika anda berada di persekitaran alam yang menghijau... Anda pasti terasa akan ketenangan dan kesegaran di dalam suasana yang nyaman dan aman sekali.

mencari ketenangan hati di hujung minggu 
mencari ketenangan hati di hujung minggu

Di tepian pantai adalah lokasi yang tidak kurang indahnya. Lokasi terbaik bagi percutian untuk mencari ketenangan jiwa dan minda di hujung minggu. Melihat laut dan langit yang membiru memberi satu pemandangan yang sungguh menakjubkan. Indah di pandangan mata, menusuk kejiwa dan minda. 

Rasakan nikmat deruan angin yang lembut menyapa pipi bagai membelai-belai anda. Di sulami pula irama merdu ombak yang menghempas pantai tanpa rasa jemunya... Oh...nyamannya...

mencari ketenangan hati di hujung minggu 
mencari ketenangan hati di hujung minggu

Melihat pula mentari terbit dan terbenam di ufuk langit. Suasana seketika yang sungguh mempersonakan. Alam berubah warnanya. Cahaya jingga kemerahan menerangi angkasa, sungguh memukau pandangan.

Dari gelap menjadi terang dan dari terang kembali gelap. Suasana yang meruntun hati dan perasaan, memberi seribu pengertian walaupun seketika.

mencari ketenangan hati di hujung minggumencari ketenangan hati di hujung minggu

Dalam mencari ketenangan tidak kira siang atau malam. Setiap satunya memberi suasana yang pasti berbeza. Kedamaian dan ketenangan yang berlainan sekali nikmatnya. 

Betapa nyamannya terasa apabila anda berada jauh dari kesibukan dan suasana harian anda. Siang dan malam anda terasa begitu indah sekali... 

mencari ketenangan hati di hujung minggumencari ketenangan hati di hujung minggu

Sekarang ini sudah banyak taman-taman bunga dan reakrasi di wujudkan. Jika tidak dapat bercuti jauh, luangkan sedikit masa anda di hujung minggu ini dan nikmati kedamaian suasana di taman-taman ini. 

Lari seketika dari rumah untuk mencari ketenangan di suasana yang berbeza. Lokasi yang dapat memberi anda ruang untuk menghirup udara nyaman dan menjamu mata dengan keindahan pepohon dan bunga-bunga yang mekar. 

mencari ketenangan hati di hujung minggu 
mencari ketenangan hati di hujung minggu

Mencari ketenangan jiwa dan minda di hujung minggu, kadangkala anda tidak perlu pergi jauh. Anda boleh nikmatinya di halaman rumah andai halaman anda di hias cantik dan indah. Duduk di kerusi di halaman sambil merenung persekitaran.

Tiada yang lebih baik selain dari rumah sendiri... Rumahku Syurgaku...

mencari ketenangan hati di hujung minggu 
mencari ketenangan hati di hujung minggu

Andai begini suasananya di rumah anda, perlukah anda pergi jauh untuk menikmati rehat yang berkualiti dalam mencari ketenangan di hujung minggu. Pasti ianya menjadi idaman setiap insan... Namun tidak semua orang bertuah untuk memilikinya...

mencari ketenangan hati di hujung minggu 
mencari ketenangan hati di hujung minggu

Ketenangan itu datangnya dari hati. Hatilah yang perlu di beri santapan untuk mendapat ketenangan yang sebenarnya. Jika anda tidak dapat menikmati keindahan alam dan kedamaian suasana di luar dari rumah anda untuk mencari ketenangan di hujung minggu, anda tidak perlulah bersedih dan gusar. 

Anda tidak perlu pergi kemana-mana pun untuk mencari ketenangan... Anda boleh dapatkanya hanya di dalam rumah anda sendiri....

mencari ketenangan hati  
Dapatkan buku ini yang mungkin anda terlupa akan ia yang lama tersimpan di almari atau rak di bilik anda. Ya! Al-Quran...mukjizat terbesar, hadiah dari junjungan besar Rasullullah SAW untuk kita semua. 

Bacalah ia...santapan hati untuk merawat jiwa dan minda dalam mencari ketenangan yang hakiki... Tiada yang mampu menandinginya...

mencari ketenangan hati 
Jika berkesempatan di hujung minggu ini...Pulanglah bertemu ibu bapa anda. Salam dan peluk ciumlah mereka... Mohon kemaafan dan doa, pasti anda beroleh ketenangan... 

p/s : Terima kasih bersama Relaks Minda. Salam di Bulan Rejab...Bersamalah kita merebut ganjaran berganda di Bulan Allah ini... 
Admin...

49 comments - "Mencari Ketenangan Hati Dihujung Minggu"

Salam 1 Rejab...
Memang mendamaikan melihat keindahan alam ciptaan Allah.

amirofie delete icon 10:19 PG

Tengok gambar-gambar kat entri ini pun rasa tenang je.

BinMuhammad delete icon 10:37 PG

Salam buat anda jua....
Semoga hari minggu anda penuh kedamaian dan kebahagiaan :)

BinMuhammad delete icon 10:38 PG

Terima kasih Amir Rofie,
Semoga hujung minggu anda nikmati dgn penuh ketenangan :)

miss yatie delete icon 10:51 PG

Alhamdulillah...segar mata dan minda melihat keindahan2 itu

Tanpa Nama delete icon 11:05 PG

cukup menenangkan... done clik2 nuffng juga yer

BinMuhammad delete icon 11:51 PG

Terima kasih KY...semoga hari minggu anda penuh keceriaan

BinMuhammad delete icon 11:53 PG

Terima kasih KA, Semoga hari minggu KA penuh dengan kegembiraan :)

BinMuhammad delete icon 11:54 PG

Terima Kasih cik akak...Semoga hujung minggu terindah buat anda

syoknya kalo dapat pegi ke tempat2 camni.
stress ngan keje.
tapi gaji tak cukup..huhu

Blog Santai delete icon 3:47 PTG

Just wonder gambar first tu real ke..ohsem...

ANIM delete icon 4:46 PTG

Salam hujung minggu juga..
Ketenangan buat kami di SP...bermain dgn haiwan ternakan di "zoo" belakang rumah..
Pengubat stress juga tu..
Buat saya yang jauh dari ibubapa...hanya dapat hubungi mereka dengan telefon..

alhmdulilah sgt mendamaikn :)

THE AUTHOR delete icon 5:15 PTG

Ya..ketenangan sebenarnya datang hati yg tenang....
Dan ditambah dgn suasana persekitaran yg damai....indahnya.....

Fais-SKA delete icon 9:20 PTG

selamat berhujung minggu bro BM :) smoga tenang disamping fmily

Unknown delete icon 10:01 PTG

Malam minggu bermimpi puteri,
Salam menunggu Ummi kemari =)

Setangkai serawa di titi pinang,
Angin memupuk serata debu;
Damai jiwa hati pun tenang,
Dingin sesejuk airmata ibu.

Unknown delete icon 10:06 PTG

Serbat diminum selasih tak lekat,
Kerabu pauh madunya manggis;
Lambat tersnyum kasih tak dekat,
Ibu yang jauh rindu menangis.

Teena Tna delete icon 1:28 PG

Melihat keindakan alam memang menenangkan...salam rejab.

cik tom delete icon 4:35 PG

mmg memberi ketenangan dan rehat pada mata..thanks

Mia Liana delete icon 7:30 PG

betul2 tenang ni...

Unknown delete icon 7:58 PG

memang relak dan tenang disini..salam rejab =)

my notes delete icon 7:00 PTG

saya lebih suka melihat kehijauan bila mencari ketenangan . Melihat laut adalah salah satu cara paling mudah untuk mendapat pahala ...

Aimacomel delete icon 8:36 PTG

memang tenang sungguh kalau keadaan mcm ni.

BinMuhammad delete icon 10:15 PTG

Tempat begini utk yang mampu, untuk kite2 ni...Al Quran sudah cukup sebagai ubat merawat stress..OK Nick :)

BinMuhammad delete icon 10:17 PTG

Akak memang seorang yang sungguh bijak menilai seni, gambar itu memang ada sesuatu...amat menarik sekali. Ianya gambar sebenar yang diadun dgn lukisan...

BinMuhammad delete icon 10:21 PTG

Waalaikumsalam,
Aktiviti yang sungguh menarik di hari minggu. Ditambah pula ianya dilakukan bersama2 ahli keluarga...best3

BinMuhammad delete icon 10:21 PTG

Terima kasih Acik :D

BinMuhammad delete icon 10:22 PTG

Sungguh indah dan mendalam kata2 tuan...
Semoga hari minggu Tuan juga dalam ketenangan...

BinMuhammad delete icon 10:23 PTG

Selamat berhujung minggu buat anda juge...semoga ceria sentiasa :)

BinMuhammad delete icon 10:29 PTG

Sungguh lama hamba menanti,
Salam diterima gembira dihati...

Angin memupuk serata debu,
Mencemar luka membuat sendu,
Dingin sesejuk airmata ibu,
Penawar duka pengubat rindu...

BinMuhammad delete icon 10:38 PTG


Kerabu pauh berdulang baldu,
Menjamu budak dianjung menunggu,
Ibu yang jauh hilang rindu,
Bertemu anak dihujung minggu...

Terima kasih Ummi...maaf kerana lambat membalas pantun
Semoga Ummi tidak berkecil hati...ye

BinMuhammad delete icon 10:39 PTG

Terima kasih Teena, Salam Rejab dan semoga anda berbahagia selalu :)

BinMuhammad delete icon 10:39 PTG

Sama2 Cik Tom...Semoga hari minggu ini anda mendapat rehat yg berkualiti :)

BinMuhammad delete icon 10:40 PTG

Terima kasih Mia, kehadiran anda amat saya hargai :)

BinMuhammad delete icon 10:41 PTG

Salam Rejab jua buat Kak Nah semoga kita bersama2 merebut ganjaran berganda di bulan ini

BinMuhammad delete icon 10:42 PTG

Hijau itu warna yang ada di syurga...melihatnya pasti memberi ketenangan. Mengagumi kebesaran ilahi dgn menghayati keindahan alam...pasti ada ganjaran buat anda :)

BinMuhammad delete icon 10:43 PTG

Terima kasih...semoga hujung munggu anda jua penuh ketenangan dan bahagia hendaknya :)

boni kacak delete icon 3:39 PG

aku rasa macam nak masuk dalam gambar-gambar ni..hehehe

Unknown delete icon 11:04 PG

Saya biasa tenangkan minda dengan balik kampung halaman,,,udaranya teramat segar.. waktu pagi siap ada kabus lagi..sejuk..masih menggunakan air telaga yang sejuk sampai ke tulang. sampai rumah terus basuh muka..wahhh sunggh menyegarkan.. sebelah rumah ada sungai yang penuh dengan anak ikan haruan..

BinMuhammad delete icon 11:08 PG

Kalu bolehlah...saya pun nak masuk juge :)

BinMuhammad delete icon 11:10 PG

Indah dan nyaman sekali di kampung Mieza... Nikmat ketenangan yg tidak ternilai apatah lagi dpt bersama orang tua...best3 :)

Tanpa Nama delete icon 2:55 PTG

cantik2 picnyer tu !

Tanpa Nama delete icon 2:55 PTG

done clik2 nuffngx3 juga yer

BinMuhammad delete icon 5:35 PTG

Untuk tatapan buat nikmat pandangan :)

BinMuhammad delete icon 5:35 PTG

Terima kasih KA

tenang je bila dapat pergi tempat camtu...
errr... gambar pemimpin yang adil tu... hmmm

Terima kasih ibu...Gambar dari FB. Ambil positif, itu hanya gambar yg penting maksudnya...

Unknown delete icon 11:14 PG

Best kalau jumpa tempat ni....boleh santai2 sambil b'mimpi2 :)

BinMuhammad delete icon 11:51 PG

Tempat yang mana satu tu...
Hujung minggu ni santai2 di Pantai PD pun Ok :) Mimpi spt tempat diatas

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap