Kitar Semula Kurangkan Kemusnahan Alam: Assalamualaikum... Bersama lagi dengan pelbagai lagi kreativiti kitar semula. Kitar semula...satu aktiviti menarik dan berfaedah yang boleh anda lakukan di masa lapang. 

Bukan sahaja dapat menghasilkan barangan yang berguna tapi anda juga menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pemuliharaan dan mengurangkan kemusnahan alam sekitar

Selain dari mengurangkan pembuangan sampah, anda juga mengurangkan penggunaan sumber alam yang semakin berkurangan. Sumbangan anda amat besar walaupun hanya dari sebuah botol plastik yang anda kitar semula. 

kreativiti kitar semula kurangkan kemusnahan alamKeindahan dan kedamaian alam semulajadi semakin berkurangan akibat dari aktiviti pencarian sumber alam, pertanian dan penempatan sama ada dari aktiviti perlombongan mahupun penerokaan hutan dan sebagainya.

Pertambahan penduduk dan gaya hidup semakin moden membawa pertambahan bahan buangan yang berlipat berganda telah memburukkan lagi keadaan.

Pencemaran semakin tidak terkawal... Alam ini semakin terancam dan tenat... kehidupan menjadi semakin tidak selesa. Pelbagai bencana dan wabak semakin kerap berlaku. Iklim dunia juga semakin sukar diramal...

Marilah kita kitar semula demi kehidupan kita dan generasi masa hadapan yang lebih sihat dan bahagia...  Bantulah alam ini untuk kekal indah dan menghijau dengan mengurangkan kemusnahannya melalui kitar semula. 

Idea Kitar Semula

Berikut adalah beberapa aktiviti kreativiti kitar semula yang mungkin boleh anda cuba... Jom kitar semula! >_<

idea kitar semula
Selain dari di jadikan baldi... Jika ada berlebihan, janganlah dibuang. Gunakan tong cat terpakai ini untuk buaian si comel anda... Cutenya :) 

idea kitar semula
Hiasan yang cantik dan anggun ini adalah dari gelung tisu. Siapa yang sangka, inilah hasil dari kreativiti kitar semula... bernilai hasilnya! 

idea kitar semula
Satu lagi aktiviti yang boleh anda lakukan bersama anak-anak anda. Gelung tisu yang banyak terbuang menjadi sebuah rumah kecil yang comel untuk hiasan.

idea kitar semula
Botol plastik yang cukup anggun dan eksklusif ini hasil dari kreativiti kitar semula yang sungguh berseni dan kreatif. Kalau anda juga kreatif, bolehlah cuba... 

idea kitar semula
Satu lagi hasil kreativiti kitar semula dari botol plastik... Anda juga boleh lakukan... Aktiviti dimasa cuti yang berfaedah.

idea kitar semula
Inginkan sesuatu yang berbeza untuk pasu gantung anda...Nah! kitar semula botol plastik...hasil kreativiti yang pasti menawan sesiapa sahaja.

idea kitar semula
Penutup botol... Ya! inilah hasil dari kitar semula tutup botol. Hanya bermodalkan gam dan dawai...sebuah kotak serbaguna terhasil. Kena rajinlah mengumpulnya...tapi berbaloi hasilnya!

idea kitar semula
Pelbagai lagi hasil kreativiti kitar semula dari penutup botol plastik. Menarik dan eksklusif sekali hasilnya... 

idea kitar semula
Tayar terbuang sebagai pasu untuk tanaman anda. Lihatlah betapa menariknya ia...warna-warna yang terang dan ceria menyerlahkan keanggunan halaman anda.

idea kitar semula
Tayar terbuang boleh dijadikan pasu bunga yang sungguh menarik dan luarbiasa. Kreativiti kitar semula yang perlu anda cuba!

idea kitar semula
Satu lagi kegunaan tayar terbuang... Comel sungguh hiasan buat taman bunga mini di halaman anda. Pasti ramai yang berkenan :)

idea kitar semula
Bekas tin terbuang di indahkan dengan corak yang ceria dijadikan pasu bunga gantung pada sebuah pallet terbuang untuk hiasan di halaman rumah...Jangan kembang dek pujian oleh tetamu-tetamu anda pula nanti :D 

idea kitar semula 
idea kitar semula
Kedua-dua ini adalah hasil kreativiti kitar semula dari tin minuman aluminium. Rama-rama yang cantik menawan untuk hiasan di dinding rumah anda. Hati-hati...jangan sampai terluka ye...

idea kitar semula
Kreativiti dan kemahiran...itulah yang di perlukan. Tidak perlu berbelanja untuk sesuatu barangan. Sumber alam yang ada sudah cukup untuk di eksploitasi tanpa perlu menambahkan lagi kemusnahan untuk produk yang berasal dari hasil kemusnahan alam semulajadi.

Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.

Gunakanlah ia semula dengan kreatif  dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :

Admin...

43 comments - "Kitar Semula - Kurangkan Kemusnahan Alam"

miss yatie delete icon 10:56 PG

BM, bukan tak nak cuba, nampak mcm senang je, tapi bila nak buat Allah...susahnya...heee

Unknown delete icon 10:59 PG

rama-rama dari bekas tin tu cantik.. hehe
teringin pulak nak mencuba..

BinMuhammad delete icon 11:32 PG

Pasti ada yang mudah utk KY :D Tapi jika langsung tidak berkebolehan pun xpe...KY boleh kumpul dan jual di tempat kitar semula. Itu pun satu kaedah kitar semula...ada pulangan lagi...
Jgn susah hati ye...KY :)

BinMuhammad delete icon 11:33 PG

Keinginan jadikan kenyataan ye Hasri...jgn lupa share hasilnya :)

Unknown delete icon 12:49 PTG

kalo semua memiliki sikap kesedaran kan bagus....tadelah anak cucu terhidu racun masa akan dtg ngeee

Unknown delete icon 1:09 PTG

Wahhhh nak simpan lah penutup botol..cantik pulak..

Unknown delete icon 1:11 PTG

Sedang mencari hiasan dinding mcm yg dibuat dgn gelung tisu tu..kalau ada org buat kan best.. nak buat sendiri xreti

betul tu .. kalau semua ada kesedarankan bagus..memang kreatif giler

my notes delete icon 1:21 PTG

dalam byk2 kitar semula , saya suka kat daun kelapa tuh , x pernah terfikir pun nak buat camtu bila balik kg ... boleh main tarik upih nih ...

Botol plastik pun byk cara utk kitar semula ...
gelung tisu tu boleh wat hiasan yg cantik . suka sangat ...

Tayar yg kena cat warna-warni tu rumah kampung kakak buat juga BM. Tapi yg lain tak adalah sebab kami semua tak kreatif. Suka kakak tengok.

Yg gelihati bayangkan ketika nak bersantai anyam dulu daun kelapa sebagai tikar - hebat mereka ni:)

Mama Amirul delete icon 2:52 PTG

haaa....
yang last sekali paling best....

Blog Santai delete icon 6:04 PTG

like the last one...so cute..and siap landing lagi..

kreatif kut.. y pasu bunga tu leh cuba buat,,,ekkekek :)) comel!!

BinMuhammad delete icon 6:16 PTG

Alangkah bagusnya jika semua orang berfikiran spt anda.
Thx xila :)

BinMuhammad delete icon 6:17 PTG

Simpan jangan xsimpan...hehe
Sabar itu separuh dari iman :)

BinMuhammad delete icon 6:19 PTG

Tutorial bergambar tu kan dah cukup jelas... Duit byk, belilah Mieza :) Kedai kraf ada jual agaknyelah...

BinMuhammad delete icon 6:20 PTG

Kalaulah semua ada kesedaran, pasti cerah masa depan alam ini, generasi akan datang pasti menghargainya.

BinMuhammad delete icon 6:21 PTG

Kita tukar...upih dah semakin sukar nak dapat, kita main tarik daun kelapa pula hehe
Terima kasih Vee

BinMuhammad delete icon 6:23 PTG

Wah...akak dah buat, mesti cantik hasilnya!
Sekadar berkongsi, kalau adalah yg berkenan dan termampu utk lakukan...

BinMuhammad delete icon 6:24 PTG

Hehe...memang kreatif kan! :)

BinMuhammad delete icon 6:25 PTG

Yes...so cute, kalau beginilah nenek dan cucu dikampung :)

BinMuhammad delete icon 6:26 PTG

Bagus!...buat yg termampu, itu sumbangan kita kepada aktiviti kitar semula dan alam ini

OKje delete icon 8:52 PTG

Cantik cantik semuanya ....malangnya okje bukan kreatif orangnya hehe

Unknown delete icon 9:16 PTG

xsangka daun kelapa boleh dianyam macam tu..=)

Unknown delete icon 9:29 PTG

Malam syahdu malam gerimis,
Salam merindu salam manis... :)

Pusara tua bukaan bumi,
Baik dialih ke pagar ara;
Antara semua pujaan Ummi,
Baik ku pilih tikar segera.

Unknown delete icon 10:12 PTG

Izin hamba berpantun lagi... :)

Penat menanti hampir mengigil,
Mengharap teruna meruntun kasih;
Minat di hati mahir dan skil,
Setiap dilaksana apa pun boleh.

Unknown delete icon 11:16 PTG

Kalau ada skil bila-bila pun jadi....kak kak Nah... :)

Unknown delete icon 11:16 PTG

*kan

Tak kreatif pun xpe...nikmati dan beri idea ini pd yg kreatif, kita sumbangkan bahan2nya...ok tak :)

Kemahiran yang tidak dimiliki oleh semua orang. Macam kita ni...terpaksa jugalah beli.

Lewat malam hujan gerimis,
Salam disambut dengan senyuman manis...

Pagar separa baik dialih,
Kemana haluan angin membadai,
Tikar segera sudah dipilih,
Dimana tujuan ingin bersantai?

Tak perlu keizinan,
Ummi berpantun saya alu-alukan....

Tika hendak hampir menggigil,
Mahu bergaya tidakkan boleh,
Jika tidak mahir dan skil,
Seribu daya pastikan boleh... :)

Tanpa Nama delete icon 11:57 PTG

very gd one, tq share ye BM

BinMuhammad delete icon 12:04 PTG

Semoga menjadi ilham dan dorongan buat semua :)

Unknown delete icon 11:59 PTG

Kreatif semuanya; bila kreatif & bersungguh boleh menghasilkan sesuatu yang cantik dan unik yang lain orang tak ada. Lagi satu dapat berjimat; bila tak nak boleh tukar hiasan lain pula.

kreatif...yang menariknya penutup botol tu..hehe

Tanpa Nama delete icon 11:55 PG

saya nak tanya..tak der ker jual buku kreatif bahan kitar semula

BinMuhammad delete icon 12:05 PTG

Belum terlihat lagi ada yang menerbitkannya...

Unknown delete icon 12:48 PTG

saya berminat mempelajari kreatif bahan kitar semula...ada jual buku tak?

BM delete icon 1:49 PTG

Saya xde terbitkan buku. Sekadar ini yang boleh saya kongsikan. Mungkin anda boleh tiru dari gambar2 yg diberi. Mungkin jika ada permintaan ramai...saya usahakan utk menerbitkan buku pula.

Unknown delete icon 11:52 PTG

nak tye,,kotak serbaguna yg dbuat drpd penutup botol tu mcmne cara nk buat ye? ada tutorial x? ambil drpd mne ni? plss..perlu sgt nk tahu

BinMuhammad delete icon 12:13 PG

Harap Maaflah tutorial tak ada. Gambar ini diambil dari google search.
Apa yg boleh saya terangkan... Anda hanya perlu buat lubang pada tutup botol agar dawai boleh dimasukkan untuk mengikat diantara sesama tutup botol tersebut. Utk tampak kemas, setiap ikatan hanya dilakukan dibahagian tepi dan dalam sahaja.

Tanpa Nama delete icon 7:58 PTG

rase mcm nk wat sume tu aahhahahha

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap