Senibina Masjid di Negeri Sembilan: Assalamualaikum... Dari Melaka kita menyeberangi sempadan di sebelah utaranya. Kita menjengah ke negeri yang terkenal dengan budaya Minangkabau iaitu Negeri Sembilan Darul Khusus.

Apa yang menariknya, masjid-masjid di Negeri Sembilan tidak banyak yang direka menggunakan senibina Minangkabau ini. Ianya lebih banyak dipengaruhi oleh rekabentuk negeri-negeri di sekitarnya. Ini berkait rapat dengan sejarah Negeri Sembilan itu sendiri.

Merujuk pada Wikipedia, Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, 

Hanya Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang masih lagi kekal menjadi sebahagian daripada Negeri Sembilan, Manakala Hulu Pahang dan Jelai, kini telah menjadi sebahagian daripada Pahang dan Kelang pula telah menjadi sebahagian daripada Selangor. 

Berikutan itu, saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dengan Negeri Sembilan yang asal.

Maka tidak hairanlah jika senibina masjid di Negeri Sembilan ada persamaan dengan negeri-negeri di sekelilingnya. Tidak banyak masjid yang menerapkan senibina Minangkabau, tidak di ketahui mengapa... mungkin ianya kurang bersesuaian. 

masjid negeri sembilan

Keindahan Masjid di Negeri Sembilan

Kita nikmati keindahan senibina masjid-masjid di Negeri Sembilan yang tidak kurang indahnya menjadi lambang keagungan Islam di negeri ini khasnya.

Masjid Negeri, Negeri Sembilan, dibina dikawasan atas bukit berhampiran bangunan Dewan Undangan  Negeri di Seremban. Bermula pembinaannya pada 25 Mac 1966.

masjid negeri sembilan

Asas rekaannya berdasarkan satu bentuk berpecah sembilan, yang dapat dilihat jelas melalui bumbungnya yang mempunyai 9 corong runcing yang di bercantum lalu membentuk umpama sebuah payung. Ianya mempunya sedikit ciri-ciri rekaan minangkabau.

Pembukaan secara rasminya disempurnakan oleh DYM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada hari Jumaat, 24 November 1967.

masjid negeri sembilan

Masjid Jamek Seremban terletak di jalan Tun Dr. Ismail. Masjid ini dibina pada tahun 1900 dan diasaskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Masjid ini boleh memuatkan 1000 orang jemaah. 

Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh keluarga Sheikh Abdul Kadir. Senibina Masjid ini bercirikan senibina yang sering terdapat di Negeri Melaka.

masjid negeri sembilanmasjid negeri sembilan
Masjid Diraja Tuanku Munawir di Kuala Pilah

masjid negeri sembilan
 Masjid As Syakirin, Seri Gemencih

masjid negeri sembilan
Masjid Bandar Seri Jempol

masjid negeri sembilan
Masjid Desa Anggerik, Juaseh

masjid negeri sembilan
Masjid Jamek Dato Abdullah Sijang di Port Dickson

masjid negeri sembilan
Masjid Qariah Ulu Beranang, Lenggeng

masjid negeri sembilan
Masjid Qariah Kampung Mendum, Lenggeng

masjid negeri sembilan
Masjid Lama di Port Dickson

masjid negeri sembilan
Masjid Pusat Dakwah Islamiah di Paroi

masjid negeri sembilan
 Masjid Taman Paroi Jaya di Paroi
masjid negeri sembilan
Masjid Tunku Besar, Tampin

masjid negeri sembilan
Masjid Yam Tuan Raden di Kuala Pilah

masjid negeri sembilan
Masjid An-Nur di Sg. Pelek

masjid negeri sembilan
Masjid At-Taqwa di Paroi

masjid negeri sembilan
Masjid Jamek Kuala Klawang

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Bunga Tanjong di Kuala Klawang

masjid negeri sembilan
Masjid KAriah Kampung Mentaus di Simpang Durian

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg Kerangai di Jelebu 

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg. Kuala Talang di Tg. Ipoh

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg. Pelangai di Kuala Pilah

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg. Seri Mungkal di Tg. Ipoh

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg. Sungai Rotan di Jelebu

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kuala Dulang di Jelebu

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Panchur Jaya, Seremban

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Sikamat, Seremban

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Telok Kemang, Port Dockson

masjid negeri sembilan
Masjid Nurul Iman Felda Palong, Gemas

masjid negeri sembilan
Masjid Warisan Sg Relai, Jelebu

masjid negeri sembilan
Masjid Jamek An Nur,  Rembau

masjid negeri sembilan
Masjid Tuanku Jaafar, Seremban

Dari senibina masjid di Negeri Sembilan jelas menunjukkan kebanyakannya menggunakan kubah yang pelbagai dan rekabentuknya hampir sama dengan negeri yang bersempadan dengannya. Hanya segelintir yang menerapkan sedikit senibina minangkabau dalam rekaan masjid disini.

Koleksi ini tidaklah lengkap sepenuhnya. Banyak lagi masjid-masjid di Negeri Sembilan yang indah senibinanya.

Semoga yang ada ini dapat memberikan serba sedikit pengetahuan dan rujukan mengenai senibina masjid yang terdapat di Negeri Sembilan. Insyaallah negeri-negeri lain juga akan menyusul... 

Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...

Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah sebagai lambang keagungan Islam di Malaysia dan di seluruh dunia...
Post #22 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid
Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
Senibina Masjid di Negeri Johor
- Senibina Masjid di Negeri Melaka

Bersama kita doakan.... "Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin".

P/S : Jika ada sebarang kesilapan, sila beritahu untuk saya perbetulkan. Jika anda berminat untuk meletakkan masjid di tempat anda di entri ini, sila hantarkan gambar masjid tersebut kepada saya. Terima kasih

Admin...

35 comments - "Minangkabau Dan Senibina Masjid di Negeri Sembilan "

Mama Amirul delete icon 11:16 PG

Ada beberapa masjid yang kat gambar tu, Ain biasa nampak bila balik kampung...

cantik....

Warisan senibena di Negeri 9 memang ada keunikan berbanding Johor ni. Walau ada yg kecik aje masjidnya tapi cantik. Melihat gambar masjid-masjid hati kita sejuk kan...

Tanpa Nama delete icon 12:06 PTG

mmg sgt2 unik senibinanyer berbeza dari negeri2 yg lain

Unknown delete icon 12:06 PTG

senibina yang cantik2 semuanya..=)

BinMuhammad delete icon 3:50 PTG

Masjid yang mane satu tu...Kampung kat mane?

BinMuhammad delete icon 3:50 PTG

Terima kasih Farah

BinMuhammad delete icon 3:51 PTG

Setiap negeri ada keunikan tersendiri, masjid...rumah Allah, memandangnya pun sejuk hati...

BinMuhammad delete icon 3:53 PTG

Nampak ada kelainan dan keunikannya dari negeri2 jirannya.

BinMuhammad delete icon 3:53 PTG

Terima kasih Kak nah :)

Blog Santai delete icon 6:41 PTG

Masjid Ulu Beranang tu masih menggunakan tangga batu..mesti lama tukan..Masjid warisan sungai jelai tu kecil sgt..mungkin dalam gambar kot..

Fais-SKA delete icon 6:42 PTG

unik jugak binaan dia..nak2 yg 1st tu..skali tgok mcm stadium..tp xjmpe plak msjid yg beratap minangkabau, law ada mstu cun..

BinMuhammad delete icon 9:10 PTG

Tak pasti kenapa Masjid Warisan tu kecil sangat...
Semoga masjid2 lama ini dikekalkan dan terus digunakan

BinMuhammad delete icon 9:11 PTG

Tak jumpa masjid yg menggunakan senibina minangkabau... Kalau sesiapa ada boleh beri pada saya...Mesti unik masjidnya :)

ANIM delete icon 9:21 PTG

saya pernah singgah sebuah masjid di jelebu yang namanya nama tokoh tapi lupalah namanya. gambar ada dalam folder tapi bila dicari tadi, tak jumpa pulak..

p/s kongsi minat sama..heee

BinMuhammad delete icon 9:47 PTG

Adakah Masjid Dato Musa Al Haj di Felda Titi? Saya memang xde gambarnya...
Seronok bila tau ada yg mempunyai minat yg sama :)


my notes delete icon 10:00 PTG

assalamualaikum ... masjid ulu beranang tuh klasik tul .

BinMuhammad delete icon 10:31 PTG

Waalaikumsalam... Memang klasik, xjumpa masjid berlantai lagi dah sekarang ni.

OKje delete icon 10:56 PTG

Agak-agaknya....dlm banyak2 masjid tu ada tak yg pernah singgah....entahlah tak ingat pulak!

Manalah saya tau OKje...hehe, lain kali perhatikan masjid2 yang di singgah ye...Cantik rumah Allah ni :)

boni kacak delete icon 4:47 PG

teluk kemang punya rekaan masjid macam rekaan istana budaya lah.hehe.. cantik sangat

BinMuhammad delete icon 10:32 PG

Ye ke...macam jauh je bezanye :) Thx boni krn sudi singgah di sini.

Aimacomel delete icon 8:40 PTG

cantik masjid, mcm2 rekaan dia..

BinMuhammad delete icon 10:11 PTG

Kepelbagaian rekaan menambahkan keunikan binaannya...
Terima kasih ye :)

Unknown delete icon 11:10 PG

Tak pernah singgah lagi kat Negeri sembilan ni.. Just lalu jee.. Masjid banyak pun xder guna kalau anak muda dah semakin berkurang.. jom sama2 kita mengimarahkannya...

BinMuhammad delete icon 11:15 PG

Anak2 muda ramai sudah ke kota, tinggallah orang2 tua di kampung... Masjid sesak bila semua pulang beraya. Itu adalah lumrah, cuma jgn sambai terbiar kosong sudahlah. Di kota, masjid2 semakin meriah dgn aktiviti utk anak muda...suatu yg sihat. Semoga masjid terus kita imarahkan... :)

Unknown delete icon 11:27 PG

Hasil seninya memang cantik.

BinMuhammad delete icon 11:52 PG

Thanks MG...kunjungan anda amat saya hargai :D

Tanpa Nama delete icon 8:29 PG

HOBI SAYA MENJELAJAH KESELURUH BANDAR DAN DESA ,ALHAMDULILLAH OLEH KERANA ITU DALAM USIA 50 TAHUN SKRG SAYA SUDAH SINGGAH DIHAMPIR SERIBU BUAH MASJID SAMAADA DINEGARA SENDIRI TERMASUK 8 NEGARA ASING.ALHAMDULILLAH,SAYA ADA MENGAMBIL DAN MENYIMPAN GAMBAR2 MASJID TERSEBUT.SAYA GEMBIRA KERANA ADA INSAN YG MEMPUNYAI MINAT YG SAMA SPT SAYA.SAYA TIDAK JEMU2 MELIHAT GAMBAR2 MASJID TU KERANA IA MENGIMBAS KEMBALI NOSTALGIA DIMASA LALU ....ALHAMDULILLAH SUATU YG TIDAK TERNILAI ...

Tanpa Nama delete icon 8:43 PG

MASJID BUKAN HANYA TEMPAT SEMBAHYANG...BANYAK AKTIVITI KEHIDUPAN BOLEH DIADAKAN DIMASJID...SEMOGA NANTI HIDUP KITA DIBERKATI DAN DIKIRA SEBAGAI IBADAH... KALAU MASJID HANYA PENUH SEMINGGU SEKALI TAKDE BEZANYA DGN GEREJA.

Unknown delete icon 6:52 PG

terimakasih en.bin muhamad atas info dan ilmunya sekurang2nya dapat membantu kami dlm mencambah ilmu, serta memenuhi keperluan akademik.

Tanpa Nama delete icon 1:33 PTG

Admin ... assalamualaikum ... harap perbetulkan nama masjid mengdong tu ... namanya Masjid Qariah Kampung Mendum ... terima kasih

BinMuhammad delete icon 2:19 PTG

Waalaukumsalam...
Terima kasih di atas keprihatinan anda. Kesilapan telah diperbetulkan. :)

Unknown delete icon 11:00 PTG

Pada pandangan saya...masjid2 asal yang dibina di alam melayu ini adalah sama sahaja dari segi asasnya. Masjid di minangkabau atau masjid di melaka atau di kelantan atau di mana2 pun pada struktur asasnya adalah sama sahaja...cuma ada sedikit kelainan pada bahagian2 yang tertentu sahaja tetapi tidak pada struktur asasnya...cuma pada zaman moden ini unsur2 binaan masjid di alam melayu banyak mengikut binaan seperti di timur tengah...untuk binaan masjid lama atau asal di alam melayu boleh lah kita lihat seperti masjid tuo di minangkabau...masjid kampung kling, melaka..masjid kampung laut, kelantan...masjid lama rembang panas, kuala pilah, masjid lama tanjung beringin seri menanti, kuala pilah, mahupun masjid agung demak, jawa semuanya ada persamaan...cuma sekarang ciri2 binaan masjid telah dipelbagaikan. Saya ada terjumpa beberapa masjid baru di negeri sembilan yang menerapkan kembali gaya senibina asal masjid alam melayu iaitu masjid seremban jaya dan masjid serting tengah...wallahua'lam

nrnalyya delete icon 10:12 PG

As salam .. senibina islam masjid negeri, negeri sembilan tak ada ke ?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap