Ikan - Hidupan Bernilai di Dalam Air: Kali ini kita lihat pula sejenis hidupan di air yang sungguh unik dan bernilai tinggi iaitu ikan

Ikan tergolong dalam kumpulan haiwan dan mempunyai tulang belakang. Maha Kuasa Allah SWT menjadikan hidupan ini yang hanya boleh bernafas di dalam air.

Ciri-ciri utama ikan adalah seperti berikut :- Hidup di dalam air, Mempunyai sisik yang berlendir, Mempunyai sirip untuk bergerak, Bernafas melalui insang, 

Membiak secara bertelur dan Berdarah sejuk. Namun ada ikan yang tergolomg dalam kategori mamalia, iaitu melahirkan anak seperti ikan paus.  

ikan hidupan bernilai di dalam air
Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air

Jenis-Jenis Ikan

Umumnya, ikan terbahagi kepada dua jenis iaitu ikan air masin dan ikan air tawar, namun ada juga yang boleh hidup di kedua-dua persekitaran ini seperti ikan salmon.

Dari aspek biologi kehidupan, ikan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu ikan pelagik dan demersal. Ikan pelagik hidup di kawasan pertengahan hingga permukaan air. Antara contoh ikan pelagik terrmasuklah kembung, selar, selayang, atau tamban. 

Ikan demersal pula hidup dikawasan dasar air. Antara contoh ikan demersal termasuklah kerapu, merah, jenahak, atau pari.

Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air

Hukum Memakan Ikan

Semua jenis ikan halal di makan walaupun ianya sudah mati (bangkai) selagi ia tidak memudaratkan. Mazhab-mazhab Syafi'i, Maliki dan Hanbali berpendapat bahawa semua jenis hidupan laut adalah halal, termasuk bangkainya. 

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad, Malid dan Darimi yang bermaksud: "Air laut itu adalah suci ( untuk membersihkan) dan binatangnya adalah halal." 

Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dihalalkan untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa.” Ibnu Majah, Ahmad.

Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air
Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air

Cara Memilih Ikan Segar

Namun ikan yang baik untuk di makan adalah ikan yang segar kerana kandungan zatnya yang masih tinggi di samping belum ada bakteria yang membiak. Ciri-ciri ikan segar adalah sebagai berikut :
  •   Warna kulit terang dan cerah serta warna tidak pucat
  •   Daging ikan yang terasa keras bila ditekan
  •   Mata jernih menonjol dan masih cembung
  •   Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan berkilat
  •   Insang berwarna merah
  •   Sirip yang masih kuat
  •   Kulit dan daging ikan tidak mudah robek, terutama pada bahagian perut (pecah perut)
  •   Tidak berbau busuk.
Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air

Khasiat Ikan Untuk Kesihatan

Ikan merupakan sumber makanan yang cukup baik untuk kesihatan tubuh badan kerana ianya mengandungi protein, vitamin A dan D, magnesium, fosforus, selenium, dan omega 3 (EPA dan DHA). 

Ini berikutan komposisi ikan terdiri daripada 60 - 81 peratus air, 15 - 24 peratus protein, 1 - 22 peratus lemak dan 1 - 2 peratus zat galian

Ya... kandungan lemak amat tinggi pada ikan, namun ianya bukan lemak yang merbahaya! Sebenarnya, lemak ikan adalah contoh lemak yang sihat dan amat baik untuk kesihatan. 

Kajian juga membuktikan lemak ikan amat kaya dengan sid lemak atau Omega 3 yang cukup terbukti dapat mengurangkan risiko sakit jantung koronari,

Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air
Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air

Omega 3 dapat menurunkan paras trigliserida , kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Ikan yang berlemak tinggi seperti ikan salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai kandungan omega 3 yang amat tinggi. 

Omega 3 juga memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan ‘inflamasi’ mikro di seluruh tubuh manusia. 

Oleh kerana itu pemakanan ikan setiap hari amat digalakkan sebagai sebahagian dari cara pemakanan yang sihat yang boleh menurunkan paras kolesterol.

Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air

Kepelbagaian Rupa Bentuk Ikan Menarik Perhatian

Pelbagai spesis ikan terdapat di laut, sungai, tasik dan di mana sahaja kawasan yang berair. Rupa bentuk ikan yang cantik dan berwarna-warni menjadi tarikan untuk manusia membelanya. 

Ianya di jadikan hiasan yang cantik dan menarik di dalam akuarium sama ada di dalam rumah, pejabat, hotel mahu pun di pusat membeli-belah. 

Malah nilainya begitu tinggi sekali. Kerana tarikannya, di wujudkan juga akuarium untuk lawatan sebagai daya tarikan pelancongan. 

Ikan menjadi sumber makanan yang tentunya menjadi sumber rezeki kepada yang menangkapnya. Satu pekerjaan yang berisiko tinggi demi mencari sesuap nasi, namun terbukti ada yang berjaya dengan pendapatan yang lumayan. 

Ikan Hidupan Bernilai Dalam Air

Ikan - Ciptaan Istimewa Dan Bernilai

Begitulah istimewanya ciptaan Ilahi ini...selain kecantikannya, ia juga menjadi sumber makanan makhluk yang hidup di muka bumi ini. 

Ia juga menjadi sebahagian penting dalam ekosistem kehidupan dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu pasti ada fungsi dan tanggungjawabnya yang tersendiri...sungguh sempurna sekali, Subhanallah...

Tidakkah pernah kita terfikir bagaimana ikan yang hidup di laut itu boleh tidak masin rasanya? Maha berkuasa Allah! 

Terima kasih bersama Relaks Minda...."Menikmati kecantikan bersama informasi berguna"

Admin...

39 comments - "Ikan - Hidupan Bernilai di Dalam Air "

cantiknya....dulu2 saya suka bela ikan pelaga..

boni kacak delete icon 12:00 PTG

terbaik info tentang ikan ni. baru den tau bangkai ikan pun sebenarnya masih boleh dimakan..

beat delete icon 12:24 PTG

ikan laga merah 2...wuih...mest mahal

Blog Santai delete icon 12:26 PTG

Terfikir kenapa ikan-ikan so colorful..mesti ada reason ALLAH jadikan macam tukan..BM sila bantu..

Unknown delete icon 1:43 PTG

Wahh cantik...ikan betta halfmoon mcm kt atas tu mahal harganya. Sy makan omega 3 jgk..baik utk otak, peredaran darah..

Unknown delete icon 2:27 PTG

Santai melihat keindahan ciptaanMu ya Allah....bersyukur mampu melihat...

sweet beatiful ikan tu eh..rasanya nak bela seekor...hihi...

Allah ciptakan ikan utk kita nikmati sebagai hidangan juga.
Tapi kakak rasa kalau kakak dihidang ikan yg cantik-cantik ini sebagai hidangan macamana ye?
Ikan goreng warna pink, biru, hijau semuanya macam tak tertelan agaknya..

Tanpa Nama delete icon 4:06 PTG

wah memang cantik2lah !

Fais-SKA delete icon 6:51 PTG

ikan perhiasan ni mmg lawa wrna dia..nk2 yg atas skali tu..kt sini pggl ikan skila :) pnh bela..hdup pn lama

ANIM delete icon 7:25 PTG

23 tahun dulu, masa saya mula2 mengajar, bila anak murid saya mewarna ikan dengan berkaler2, saya boleh kata, mana ada ikan biru, ikan hijau. Hee...zaman takde internet, ilmj pengetahuan tentang ikan tak meluas. Sekarang, mashaAllah..semua yg pelik dulu dah jadi kebiasaan.

Melihat lengkuk ikan, boleh buat kita ralit tapi nak membelanya...selalu takde rumah, kesian kat ikan2 tu..

my notes delete icon 7:57 PTG

subhanallah ... tak terfikir dek akal yang ada byk lagi ikan yg colorful kat dunia nih . Anak buah saya color lembu warna hijau masa tadika ... heheheee

ikan pelaga ...... cantiknye :) subhanaALLAH

wahh! colourfull ..cntikk :)

THE AUTHOR delete icon 9:44 PTG

Cantiknya ikan ini !!!

BinMuhammad delete icon 9:45 PTG

Ikan pelaga/ laga ini memang cantik...mudah di pelihara dan panjang juga umurnya.

BinMuhammad delete icon 9:46 PTG

Mana ade orang makan ikan hidup2, mestilah dah mati, dah jadi bangkai baru boleh di makan...hehe

BinMuhammad delete icon 9:46 PTG

Pasal harga saya xtau...tapi rasanya mahal juga tu

BinMuhammad delete icon 10:01 PTG

Ini jawapan dari ilmu sendiri ye, kalau salah tolong betulkan,

Bukan sahaja ikan, banyak lagi binatang lain berwarna-warni...Sudah tentu ada sebab ianya berwarna sedemikian dan jika di lihat, yang cantik berwarni ini selalunya adalah binatang jantan. Binatang jantan lebih menarik, cantik dan berwarna-warni di sebabkan ingin mendapat tarikan pada pasangan betinanya. Selain itu ada juga yang menggunakan warna2 utk menarik perhatian mangsa. Warna2 juga penting untuk menyerlahkan diri agar pemangsa takut. Warna2 juga boleh membuatkan binatang ini menyamar samada utk mencari mangsa mahupun berlindung dari pemangsa. Warna2 juga memainkan peranan utk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling samaada cuaca, suhu, persekitaran dan habitat.

Itu antara yang boleh kita lihat secara jelas...Pastinya ada sebab2 lain yg kita tidak ketahui, hanya Allah yg tahu... Wallahualam.

BinMuhammad delete icon 10:03 PTG

Wah! Sudah pandai panggil nama ikan betta...hehe. Harga saya xtau, mungkin mahal! Makan Omega 3...patut le kulit putih licin jer...hehe

BinMuhammad delete icon 10:04 PTG

Thanks cik akak,
Bila tengok terasa nak bela...tapi bila dah bela, tak terjaga...
Cik akak tgok kat sini ajelah :)

BinMuhammad delete icon 10:06 PTG

Belum pernah pula di hidang dengan ikan warna-warni ni, tapi kalau dah dimasak...xde warna-warni dah, sama je rupanye...kena pulak masak kicap atau masak merah...hehe
Tapi kalau warna-warni...lagi selera kot!

BinMuhammad delete icon 10:07 PTG

Betul tu KA...memang cantik menawan dan tertawan!

BinMuhammad delete icon 10:09 PTG

Ikan skila...sedap namanya, secantik ikannya. Betul tu Fais, ikan ni mudah di bela, xperlu oksigen pun, bekas pun kecil je...dan hidup lama.

BinMuhammad delete icon 10:14 PTG

Dulu2 manalah jumpa ikan warna2 macam ni. Ikan pelaga pun kalau ada pun warna hitam dan warna2 sikit pada ekornya, tapi sekarang byk spesis luar dan kacukan, dah xjadi pelik melihat ikan pelbagai warna ni... Anak murid kak anim tu kalau ingat lagi mesti dia nak tunjuk pd kak anim...hehe

Kalau xdpt komited utk membela binatang, baik jangan...nanti tersiksa, kesiannn...

BinMuhammad delete icon 10:16 PTG

Jangan pelik jika satu hari nanti ada lembu warna hijau...dan mcm2 warna lagi. Sekarang ni zaman hibrid...semua boleh di buat :)

BinMuhammad delete icon 10:19 PTG

Ciptaan Ilahi...memang indah dan sempurna sekali
Thx acik, sempat luangkan masa kesini

BinMuhammad delete icon 10:20 PTG

Thanks Aisya...sambil menjamu mata, dptkan juga info utk pengetahuan ye...

BinMuhammad delete icon 10:22 PTG

Tuan! Kunjungan tuan sentiasa di nanti! Ingatkan sesat dalam jerebu...hehe
Cantik utk tatapan mata...info untuk pengetahuan, Ok tak?

Bunda_nora delete icon 7:33 PG

assalam,

cantik2 berwarna warni...ikan ni namanya ikan laga kan..setahu bunda masa kecik2 dulu selalu tengok adik2 main ikan laga warne hitam jer..

azman delete icon 9:12 PG

ikan oh ikan.. walaupun duduk kat laut.. bila dimasak tak jadi ikan masin..
yang jadikan ikan masin tu adalah kita..

OKje delete icon 10:29 PG

Memang suka makan ikan tapi kalau ikan warna cenggitu mcm tak sampai hati je nak makan hehe

BinMuhammad delete icon 11:27 PG

Waalaikumsalam bunda,
Sekarang ikan laga ini banyak di import dan di kacukkan, itu yg ada macam2 rupa dan warna.

BinMuhammad delete icon 11:28 PG

Itulah istimewanya ciptaan Ilahi, kalau ikan masin macam air laut...xdelah yg nak makan.

BinMuhammad delete icon 11:33 PG

Orang xmakan ikan warna-warni ni, selalunya yg berwarna-warni ni xsedap, buat hiasan...jadi tontonan aje.

Tp...kalau dah masak kicap, OKje bukan tau pun hehe

Unknown delete icon 2:00 PG

cantik-cantik ikan2 ni..ikan last tu ingatkan sy citer finding nemo..

BinMuhammad delete icon 12:13 PTG

Filem Nemo tu memang memperkenalkan ikan ini...semua orang tau. Begitu kuat kesan filem pada kita...

Unknown delete icon 12:33 PTG

Wan salah seorang pencinta ikan sebab wan suka bela ikan. Sronok tgk2 ikan sebenarnya.

BinMuhammad delete icon 2:18 PTG

Wah...pencinta ikan. Memang seronok bela ikan ni, tp kenalah rajin.
Terima kasih Wan

Unknown delete icon 4:23 PTG

Sama2...betul. kena rajin. kena make sure air bersih...makanan kena jaga...kalau tak berdosa nanti. Hehehe

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap