Klinik Rawatan Percuma
Klinik rawatan percuma 
Klinik rawatan percuma untuk anda: Assalamualaikum. Anda dalam kesakitan?... kecederaan dan kerosakan akibat dari hati yang sakit dan terluka?

Hati yang buta dan tidak tenteram? Jangan di biarkan...ianya perlu di ubati. Anda perlu pergi ke klinik untuk mendapat rawatan!

Hati anda perlukan rawatan walaupun tiada kesan darah yang yang kelihatan. Jangan sampai ianya bertambah parah dan teruk sehingga menjadi kering, hitam dan keras seperti batu.

Jika hati anda sakit...segeralah beri rawatan. Hati perlu di jaga agar sentiasa sihat... 

Klinik Kesihatan Dengan Rawatan Percuma

Syukur Alhamdulillah kerana anda sungguh bertuah berkunjung ke Relaks Minda pada hari ini... Di hari Jumaat yang mulia ini, saya akan menjadi doktor untuk merawat sakit hati anda. 

Jangan takut dengan bayaran...kerana perkhidmatan rawatan di klinik ini adalah percuma, hanya untuk anda...pengunjung yang bertuah! yang amat saya hormati...

rawatan untuk hati

Sebelum saya memulakan rawatan, amat perlu untuk saya ketahui sama ada anda mengalami atau melakukan perkara-perkara seperti di bawah ini agar dapat kita kenali dengan lebih tepat segala punca masalah anda.

Punca Kerosakan Hati

Ia adalah punca-punca utama kerosakan hati. Jangan malu-malu dan segan untuk berterus terang. Untuk mengenal pasti punca, anda perlu buangkan sifat malu, ego, takut, rendah diri dan sombong, jika tidak anda tidak akan mendapat rawatan yang betul. 

Bertenang seketika dan cuba anda kenal pasti...

punca kerosakan hati

Cara Merawat Hati

Berikut adalah cara-cara untuk merawat hati anda. Hanya lima ubat yang mampu menyembuhkan hati anda dan membuatkan ia pulih seperti sediakala malah menjadi lebih baik. 

Ambil ubat-ubat ini kesemuanya, jangan main pilih-pilih pula ye! Ubat-ubat ini juga jangan sesekali ditinggalkan kerana ianya adalah rawatan sepanjang anda hidup dan yang istimewanya ia percuma untuk anda!

Jangan takut...ubat-ubat ini tiada kesan sampingan yang negatif malah memberi kesan lain yang amat baik kepada tubuh badan agar sentiasa sihat dan ceria.

cara mengubat hati

Ini pula adalah suplimen sampingan. Jangan risau, ianya juga percuma! Beri suplimen ini pada hati anda sekerap yang mungkin. Ianya dapat mempercepatkan tempoh penyembuhan dan menguatkan hati dari sakit semula. 

cara merawat hati

Semoga hati anda akan pulih seperti sedia kala. Ingat! Jangan lupa berdoa, mohon kepada Allah yang Esa...sesungguhnya hanya dengan izinnya sahaja, sakit anda akan sembuh. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

ketenangan hati

Terima Kasih Dan Sila Berkunjung Lagi Ke Klinik Rawatan Percuma ini...

Terima kasih kerana berkunjung ke Klinik Relaks Minda hari ini. Semoga anda berpuashati dengan perkhidmatan ini dan semoga anda mendapat rawatan sehingga anda beroleh hati yang sihat, kuat dan tenteram. 

Jika ada saudara mara, kawan-kawan atau siapa sahaja yang sakit hati... bawalah mereka ke sini untuk mendapatkan rawatan kerana klinik ini memberikan rawatan percuma untuk anda. Ganjaran pahala untuk anda yang menyebarkannya...InsyaAllah

Jangan lupa alamat ini...relakssminda.blogspot.com... Carilah saya jika anda perlukan rawatan untuk ketenangan hati dan minda. 


Admin...

35 comments - "Klinik Rawatan Percuma Untuk Anda"

Mama Amirul delete icon 10:05 PG

sharing is caring

OKje delete icon 10:27 PG

Terima kasih kerana ikhlas menjadi doktor pengubat hati BM... Sungguh rosak teruk hati tu... sampai berkren bagai
Sangat setuju, antara anugerah tidak ternilai dpd Allah adalah ketenangan ...hanya untuk hamba-hambanya yang terpilih sahaja

Ye alhamdulillah bukan susah nak ubat hati kan..kan...
Tapi itulah kena ikut seperti disenaraikan - tepuk dada tanya diri macam mana kedudukan hati
Kakak mengharap kakak boleh buat (sedang terus berusaha ni BM).

BinMuhammad delete icon 11:34 PG

Thanks ibu...

BinMuhammad delete icon 11:36 PG

Sama2...doktor tak bertauliah, hehe
OKje adalah insan terpilih dan bertuah juga krn mendapat perkhidmatan rawatan percuma di sini...

BinMuhammad delete icon 11:38 PG

Benda percuma, terpulang kpd sesiapa yg mahu menerimanya...

Saya yakin akak boleh buat...Semoga Allah permudahkan, Amiin.

Tanpa Nama delete icon 11:42 PG

hehehehe in shaa allah akan dipraktikkan

Unknown delete icon 12:58 PTG

Alhamdulillah.....rasanya kerdil tatkala membaca entri nie....:)

makseh atas perkongsian yang amat berguna nie.....


P/S : makseh setinggi-tinggi penghargaan atas komen kat belog cik akak tu...maklum cik akak baby lagi...perlu belajar-belajar dan belajar lagi....hihi

Blog Santai delete icon 2:23 PTG

Jaga hati biar sempurna. So tak perlukan special rawatan, hanya daily maintenance...

fyna delete icon 2:30 PTG

perkongsian yang sangat berguna ^_^
terima kasi.

umiawadah delete icon 2:51 PTG

Alhamdulillah...sejuk seketika hati ini mendengarnya...terima kasih...

boni kacak delete icon 3:09 PTG

wah.. thanks bro :)

BinMuhammad delete icon 3:57 PTG

Percaya ke kat doktor ni...hehehe

BinMuhammad delete icon 3:59 PTG

Kita ni sama je cik akak...tengah merangkak lai, semoga sampai le berjalan dan terus berlari...begitulah hengaknye
Terima kasih ye...

BinMuhammad delete icon 3:59 PTG

Betul tu...mencegah lebih baik dari mengubati...

BinMuhammad delete icon 4:01 PTG

Sama2...xseberapa pun, Utk peringatan diri sebenarnya, alhamdulillah jika ada mendapat manfaat darinya.

BinMuhammad delete icon 4:02 PTG

Sama2 Ummi, semoga sama2lah kita menjaga hati...

BinMuhammad delete icon 4:03 PTG

Sama2, jangan kacak diluar saja, kena kacak juga si dalam...:)

hati perlu sentiasa dibersihkan agar kita tak terleka..terlalai dgn dunia yg sementara..rosak hati rosaklah keseluruhan hidup manusia..

BinMuhammad delete icon 5:15 PTG

Betul tu...jgn sampai "dah terantuk baru nak tegadah", jagalah sentiasa dan cegah ia dari kerosakan, itu lebih baik dari mengubati.

salam..perkongsian yg sangat menarik. Banyak penawar bagi hati yg saya dpt di sini . terima kasih.

alhamdulilah thanks BM

Unknown delete icon 7:58 PTG

INilah ubatan terbaik yg senang utk didapati..

ANIM delete icon 8:40 PTG

Kak terbaca kisah luqman al- hakim dlm satu buku. Tuannya tlah meminta beliau menyembelih seekor kambing dan membawa bhg yang terbaik dan bhg yg terburuk. Lantas beliau membawa lidah dan hati kambing. Bila ditanya, beliau menjawab, tiada yg lebih baik drp kedua apabila keduanya baik, dan tiada yg lebih buruk drp kedua-dua ini apabila kedua-duanya buruk. Benarlah ungkapan seseorang itu dinilai dengan 2 benda kecil padanya; hati dan lidah

P/S Tahniah, penyampaian BM tentang hati ni menarik, mudah diingat dan memberi kesan. Tqvm for sharing

BinMuhammad delete icon 10:20 PTG

Waalaikumsalam...
Semoga ianya dapat menjadi rujukan cikgu disaat memerlukan

BinMuhammad delete icon 10:21 PTG

Sama2 Acik...Dapatkan ubat2 ini dan gunakanlah ia..

BinMuhammad delete icon 10:22 PTG

Bukan sahaja senang di dapati...percuma aje, hanya nak atau tak nak jer.

BinMuhammad delete icon 10:26 PTG

Terima kasih kak anim, memberi kesinambungan dgn kisah yang sungguh menarik dan begitu bermakna sekali. Semoga kita memahami mengapa hati dan lidah itu sgt penting untuk di jaga...

Unknown delete icon 11:29 PTG

sejuk rasa hati bila baca n3 BM ni..sharing is caring.thanks =)

BinMuhammad delete icon 12:11 PG

Terima kasih sudi ke klinik saya... :)

Tanpa Nama delete icon 2:37 PTG

bgs nyer share n3 yang ini !

BinMuhammad delete icon 3:21 PTG

Terima kasih KA, dah kali kedua KA komen...:)

ya allah, janganlah aku tergolong dalam golongan yang keras hatinya... terima kasih.. satu perkongsian yang hebat...

Semoga kita terhindar dari penyakit hati yang kadang2 kita tak perasan.BM saya share ye..

BinMuhammad delete icon 11:06 PG

Dialu-alukan utk share... :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap