Nikmati Percutian Hujung Minggu: Assalamualaikum... Selamat berhujung minggu buat anda semua. Kini anda singgah seketika di sini. Sebuah blog yang menyajikan anda ketenangan buat seketika... Relaks Minda anda...

Di hujung minggu ini, ambillah peluang untuk mencari ketenangan dengan menikmati percutian di tempat-tempat menarik yang menyajikan keindahan alam ciptaan Ilahi. 

Rehatkan rohani dan jasmani anda dari ketegangan dengan suasana yang aman dan damai, jauh dari tempat rutin harian anda.

Nikmatilah ia... dan berilah kerehatan sewajarnya buat diri anda walaupun seketika. Nikmati percutian yang indah ini, marilah bersantai seketika bersama Relaks Minda...

Menikmati Percutian Indah Di Hujung Minggu

Tenangkan fikiran anda dan bayangkan anda berada di lokasi ini. 

Menikmati Percutian Indah Di Hujung Minggu

Anda pasti akan merasa kesegaran tatkala anda berada di suasana yang nyaman lagi mendamaikan. Fikiran anda terasa begitu tenteram. Jauh dari segala kesibukan dan kebisingan. 

Berada di lokasi yang masih mengekalkan keindahan semulajadi dan tiada pencemaran. Menikmati rehat yang berkualiti tanpa sebarang gangguan. 

Menikmati Percutian Indah Di Hujung Minggu

Menikmati Percutian Indah Di Hujung Minggu

Kehijauan alam yang menenangkan jiwa menjadi santapan pandangan mata. Betapa amannya alam ini. Dengan bertemankan kicauan burung menyanyi riang. Menghirup udara segar yang nyaman, sungguh mengasyikkan. 

Inilah nikmat sebenar ketenangan dan kedamaian yang anda impikan. Melegakan seketika akan segala ketegangan, kerungsingan dan kemarahan lalu memberi satu perasaan baru yang lebih positif. 

Memberi ilham dalam mencari jalan penyelesaian. Memberi idea baru yang lebih menyegarkan. Memberi jawapan setiap persoalan.

Menikmati Percutian Indah Di Hujung Minggu

Menikmati Percutian Indah Di Hujung Minggu

Dikala malam penuh kesunyian.  Ketenangan yang tiada bandingan. Lampu nion samar-samar menerangi kegelapan. 

Tiada hiruk-pikuk kedengaran, hanya suara unggas dan cengkerik bersahut-sahutan. Terapi minda yang sungguh mempersonakan. Membuat anda termanggu dalam dakapan alam. 

Dikala ini pelbagai ingatan dan kenangan kembali terbayang... Memberi perasaan suka dan duka penuh dengan rasa kabahagiaan. Menilai segala baik dan buruk buat panduan.

Menikmati Percutian Indah Di Hujung Minggu

Menikmati Percutian Indah Di Hujung Minggu

Renungkan sejenak... Betapa bernilainya nikmat rehat yang anda nikmati walaupun seketika. 

Betapa besarnya kuasa alam ini dalam memberi anda ketenangan dan kedamaian hanya melalui santapan pandangan mata, bisikan di telinga dan kesegaran udara yang memberi suatu sentuhan kepada hati dan minda.

Sebelum anda kembali tersedar dari lamunan... Bersyukurlah kerana betapa bertuahnya diri ini kerana dikurniakan pancaindera yang lengkap untuk menikmati segala keindahan dan kedamaian alam ini. 

Menikmati Percutian Indah Di Hujung Minggu

Kini anda kembali ke alam nyata, percutian anda hanyalah berada di hadapan skrin. Namun pasti anda telah terlupa seketika keresahan, kerungsingan dan tekanan yang anda alami. 

Jika ianya benar...bagaimana pula jika ianya adalah realiti... Rehat dan bertenang itu penting umpama santapan untuk jasmani dan minda. 

Janganlah terlalu leka dengan kesibukan sehingga ianya di abaikan. Kesihatan jasmani dan minda harus di jaga. Janganlah anda menzalimi diri anda sendiri. 

menzalimi diri sendiri

Terima kasih bersama Relaks Minda... Semoga hujung minggu anda penuh keceriaan, kebahagiaan dan diberkati...Amiin.

Admin...

44 comments - "Menikmati Percutian Indah Di Hujung Minggu"

PCL delete icon 3:30 PG

rileks sungguh pepagi ni sambil tgk citer di tv..

:) melalui skrin melihat kebesaran Allah, sedikit kebijaksanaa y dikurniakn olehNya kepada manusia utk mcipta smua tu .. huhu :)

Unknown delete icon 7:45 PG

Nampak gayanya saya bercuti dalam blog BM je lah..

miss yatie delete icon 8:19 PG

betul kata mieza, rilex di blog BM dah cukup, kerana nak kesana, belum tentu dapat heee

Mia Liana delete icon 8:39 PG

alamakkkkk bestnya.... ;)

Fais-SKA delete icon 12:17 PTG

Assalam..slmat berhujung mggu broBM :) best kalau kt rmah ni ada kolam..tenang je tgok air..

ANIM delete icon 3:37 PTG

no.2 tu kaklah!. kalau jumpa di masjid@majlis ilmu, senyum2, salam2..tapi nak tanya nama...tak tertanya!!!

PerenLee delete icon 6:37 PTG

Saya janji akan pergi tempat-tempat di atas sebelum saya mati..hehe

seronok!!!! di balik ketenanggan ada nasihat :)

my notes delete icon 8:18 PG

memandang ke luar jendela , menikmati keindahan alam ciptaan Allah itu kegemaran saya . View diluar jendela itu sangat mendamaikan saya .

Unknown delete icon 9:56 PG

Sulam bertenun kami menenun,
Assalamu'alaikum Ummi berpantun..

Rendah pinang tidak berseludang,
Berdaun mati sengat terapung;
Sudah ku kenang tidak terpandang,
Namun hati teringat kampung.

Unknown delete icon 10:04 PG

Pantun lagi boleh... :)

Kalau masak pinang setandan,
Minta diturun berpada-pada;
Kalau hendak bertenang badan,
Jom Kita Berpantun di Relaks Minda... :D

Teena Tna delete icon 10:40 PG

Merenung ke luar jendela, melihat kebesaranNya, walau penuh dgn cabaran, ku tahu ku adaMu...

Sambil rilekskan minda boleh nyanyi lagu ni

a.R delete icon 11:28 PG

heee.....

baru boleh releks...lepas selesaikan asignment yang tertangguh berminggu lamanya...

Unknown delete icon 4:15 PTG

dah lame aku tak bercuti.... :(

belogisam delete icon 1:16 PG

rileksss disini,,, blogmimpisemalam.blogspot.com

seronoknya dapat datang tempat macam nie..memang merehatkan minda ..

Terima kasih relaks2 di sini :)

Terima kasih aisya...semoga dapat memberi anda santapan mata dan hati

Thanks Jhaa, Relaks dan bercuti disini dulu...kemudian jadikan ianya realiti :)

Kena nikmati percutian sebenar...barulah dapat nikmat sebenar. Dekat2 pun xpe :)

Terima kasih Mia...kunjungan anda membawa bersama keceriaan :D

mselim3 delete icon 8:34 PG

releks kat sini memang merehatkan minda kan... suasana damai aje....

mselim3

pls: cuti2 sekolah jalan dekat2 aje,, hehehhe..mana BM dapat gambar2 yang cantik nie3.. kalau carik kat pakcik google ada ke?...

Waalaikumsalam ska,
semoga hujung minggu anda juga penuh dengan kegembiraan dan bermakna :)

Samalah kita...penyegan xbertempat namanya tu, hehe. Kena ubah...ramahkan diri bertanya khabar dan nama :D

Jangan berjanji...tapi mencuba, ok. Kalau xdapat xdelah terkilan.

Semoga hari minggu Acik ini dapat memberi kerehatan berkualiti buat jasmani dan minda :)

Beruntung jika view nya mengadap keindahan alam semulajadi...kalau view hanya mengadap batuan kongkrit...xbest juge, hehe

Sulam terserlah Ummi menenun,
Waalaikumsalam, marilah sini kita berpantun...

Singgah menghantar semangkok laksa,
Hilang sendu keenakan perisa,
Singgah sebentar menjengok desa,
Hilang rindu ketenangan terasa...

Boleh saja...bila2 masa :)

Bergurau senda tangan di ayun,
Rasa bahagia terbayang sudah,
Direlaks minda kita berpantun,
Semoga ceria hati yang gundah... :)

Memang best sungguh kalau dapat menyanyi...apatah lagi mengagung yg maha esa :)

Ya...apabila kerja selesai, barulah boleh menikmati ketenangan tanpa ada rasa keraguan. Relakskan badan dan minda untuk kesegaran semula!

Bercuti di sini dulu ye...Nanti rancangkan ia menjadi realiti :)

Terima kasih kerana sudi relaks2 di sini ;)

Memang lokasi yang sungguh menarik...kalau ianya realiti di depan mata...lagi seronok

Terima kasih mselim3...krn sudi relaks minda disini.

Gambar2 ni kat pakcik google pun ada, tp paling banyak saya dpt dari FB.

OKje delete icon 11:52 PG

Bestnya kalau dapat tajaan pergi merelaxkan minda kat tempat gitu BM...hehe

BinMuhammad delete icon 2:05 PTG

masih terkenang PD lagi ke...:)
Cuti sekolah hujung tahun ni mesti gempak percutiannya!

Tanpa Nama delete icon 4:11 PTG

dapat macam ni mmg best giler lah BM

mselim3 delete icon 5:18 PTG

Terima kasih .... BM.

BinMuhammad delete icon 5:46 PTG

Sama2 mselim3

BinMuhammad delete icon 5:48 PTG

Alah...KA boleh ajer, cuma cari masa yang sesuai...
Jadikan percutian ini realiti! :D

Unknown delete icon 11:13 PTG

Hmmm....cantik2 semuanya tempat ini BM....memang lapang & tenang.
Saya balik kampung saja pun tenang sungguh...langsung tak terfikir apa pun....asyik2 ingat makan jah terutama masakan kampung yang tak boleh dapat dekat KL hehehhhh..

Kampung...tempat paling tenang, tempat kita membesar dan penuh dgn kenangan. Tapi memang betul...kalau balik kampung, makan apa pun sungguh menyelerakan tambahan pula yg tak ada di bandar.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap