Program Khidmat Masyarakat Bersama PLKN: Assalamualaikum... Hujung minggu ini merupakan hari yang cukup menggembirakan dan memenatkan buat ku. Hari minggu yang penuh bermakna buat aku dan penduduk Taman Rasa Indah, Rasa.
Buat pertama kalinya kami (AJK Persatuan Penduduk Taman) menganjurkan satu program yang melibatkan penglibatan orang luar yang ramai jumlahnya di taman perumahan kami.
Selalunya kami cuma menjalankan aktiviti sesama penduduk taman dan masyarakat sekeliling sahaja, tapi kali ini kami menganjurkan satu program khidmat komuniti dan kemasyarakatan penduduk taman bersama dengan pelatih PLKN Kem Pelangi, Kerling dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Program khidmat masyarakat ini juga dimeriahkan dengan penyertaan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM).
Kami cuma ada masa kurang tiga minggu sahaja untuk melengkapkan dan menyediakan segala keperluan, perancangan aktiviti serta jemputan.
Kami cuma ada masa kurang tiga minggu sahaja untuk melengkapkan dan menyediakan segala keperluan, perancangan aktiviti serta jemputan.
Tugasan banyak terbeban kepada akulah nampaknya berikutan Tuan Pengerusi menunaikan umrah beberapa hari selepas perbincangan diadakan. Namun bantuan dan sokongan dari rakan-rakan amat baik sekali dalam usaha kami merealisasikan program tersebut.
Maklumlah, penduduk semuanya bekerja hingga hari Jumaat, program pula bermula awal pagi Sabtu...Fuh! Kelam kabut jugalah.
Pelancaran Program
Kehadiran pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tiba tepat pada waktunya. Cuak juga melihat taman perumahan kami yang kecil ini (ada 86 buah rumah dan 17 lot kedai) di penuhi ratusan manusia beruniform warna kebiruan ini...
Setibanya mereka dan semua jemputan, maka bermulalah program yang telah kami rancangkan dalam tiga minggu ini. Sedikit penerangan dan ucapan ringkas dari Tetamu Terhormat, Pihak PLKN dan Pengerusi AJK Taman.
Segak bergaya adik-adik kita ni.. wira dan wirawati harapan bangsa!
Orang-orang kuat taman bersama Datuk Mohd Isa Abu Kasim. (yang pegang kertas tu)
Selesai ucapan sahaja, pelatih terus di bahagikan mengikut bahagian dan lokasi yang telah di tetapkan bersama penduduk taman untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan. Mereka kemudiannya mengambil peralatan yang di perlukan lalu bergerak ke lokasi.
Agihan peralatan untuk aktiviti
Oleh kerana taman perumahan kami kecil sahaja, maka kami libatkan sekali kawasan yang bersempadan dengan taman kami. Itulah istimewanya taman perumahan aku ni... Semuanya ada bersebelahan sahaja...
Aktiviti khidmat masyarakat di bahagikan kepada lima lokasi iaitu, yang pertama adalah di Surau Muhajirin. Seramai 30 pelatih di sini.
Surau Muhajirin
Aktiviti mengemas dan mencuci di dalam surau di jalankan dengan penuh gembira oleh mereka. Tidak dapat di nafikan...adik-adik PLKN ni sungguh rajin dan bersungguh-sungguh sekali bekerja..
Lihatlah betapa rajinnya pelatih-pelatih ini membersihkan peralatan dan dalam surau kami.
SRA Rasa
Lokasi kedua adalah Sekolah Rendah Agama, Rasa. Disini, aktiviti mengecat bangunan sekolah di jalankan. Selain itu aktiviti membersih kawasan luar sekolah dan mencuci surau sekolah turut diadakan. Seramai 40 pelatih berada di lokasi ini.
Kerjasama dari guru-guru sekolah juga amat menggalakkan. Mereka sungguh teruja apabila diberitahu khidmat masyarakat ini melibatkan sekolah juga.
Lihatlah...Sempat berposing lagi...amat gembira sungguh mereka!
Taman Perumahan
Lokasi ketiga adalah taman perumahan kami sendiri. Di sini aktiviti membersih kawasan taman perumahan di jalankan. Lorong-lorong belakang rumah di utamakan.
Aktiviti mananam pokok bunga juga di adakan untuk mencantikkan taman ini. Seramai 120 orang pelatih berada di sini.
Asyik sungguh mereka bekerja walaupun mentari mulai terik. Maklumlah bukan selalu dapat keluar dari kem. Bila sesekali dapat keluar...seronok dan ceria terpancar di wajah mereka walaupun terpaksa teruk bekerja...
Banyak juga sampah di taman kami ini bila semuanya di angkut keluar...hehe Kesian... macam kena dera pula mereka ni.
Anggota JPAM sibuk mencantas dahan pokok yang semakin merimbun hingga mencecah bumbung rumah. Berani sungguh abang-abang kita ni.
Klinik Kesihatan Rasa
Lokasi keempat adalah Klinik Kesihatan. Maaf...gambar tidak dapat di sertakan kerana tak sempat menjengah ke lokasi tersebut dimana 30 orang pelatih terlibat.
Tempat Memasak
Lokasi kelima adalah bahagian penyediaan makanan. Seramai 10 orang pelatih membantu akak-akak dan makcik-makcik chef terbaik taman kami untuk menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari.
Riuh rendah di rumah akak ni.. Usik mengusik dan gurau senda tidak berhenti... dah macam keluarga pula :)
Aktiviti Mewarna
Dalam ibu bapa sibuk menjalankan aktiviti mereka, anak-anak kecil ini pula bergembira dalam pertandingan mewarna yang di anjurkan oleh pelatih PLKN.
Bukan main seronok mereka...leka mewarna sehingga terlupa ibu bapa. Pelatih-pelatih pula sungguh rajin melayan dan bijak berinteraksi...suasana sungguh ceria!
Asyik dan tekun sekali adik-adik ini mewarna. Pertandingan ini 100% dibawah kelolaan PLKN. Terima kasih kerana memeriahkan lagi program ini
Lihatlah hasil mewarna yang mereka lakukan... memang warna warni!
Jamuan Makan
Sungguh cepat sekali masa berlalu... Aktiviti ditamatkan jam 12.30 tengahari dan semua orang tertumpu kembali di kawasan khemah untuk menikmati makan tengahari.Hidangan nasi bersama lauk yang ringkas tapi melazatkan dan berkhasiat menjadi santapan kami semua. Masa bersantai sambil merehatkan diri.
Bagaikan aktiviti perkelahan beramai-ramai. Sungguh santai sekali.
Tengok tu...adik kecil ni pun tidak terlepas dari lensa ku...hehe
Penyampaian Hadiah & Perpisahan
Selesai menjamu selera, masa untuk berkumpul semula. Dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada adik-adik yang menang pertandingan mewarna. Tahniah buat semua pemenang!
Berbaju merah kuning itulah Tuan Pengerusi Taman... Pemimpin terbaik!
Kini tibalah waktu perpisahan. Ucapan ringkas dari Pengerusi Persatuan Penduduk memberi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.
Wakil pelatih PLKN juga memberikan ucapan dan persembahan istimewa sebagai tanda terima kasih dan salam perpisahan.
Akhir sekali...sesi fotografi beramai-ramai bersama semua yang yang terlibat.
Dalam gambar yang banyak-banyak ni...sorang jer yang tak ade... Aku le :(
Selamat jalan kepada semua pelatih PLKN...Terima kasih kerana sudi menjalankan aktiviti kemasyarakatan di tempat kami.
Semoga segala nilai murni yang anda dapat dijadikan panduan untuk kehidupan anda di luar nanti. Maaf dari kami jika ada sebarang kesilapan, kekurangan dan ketidak puasan sepanjang program ini.
Tiba masa kami pula menyambung kerja-kerja yang tidak selesai...
Letih...usah katalah, tapi hati amat gembira kerana program berjalan dengan lancar. Bila melihat wajah ceria pelatih walaupun keletihan, rasa sungguh gembira.
Banyak halangan dan cabaran buat kami dalam merealisasikan Program Khidmat Masyarakat Bersama PLKN ini. Syukur Alhamdulillah kerana ianya telah selesai... Banyak sekali pengalaman manis dan ilmu yang aku perolehi.
Terima kasih bersama Relaks Minda >__<
39 comments - "Program Khidmat Masyarakat Bersama PLKN - Taman Rasa Indah"
Wahh BM ajk taman rupanya.. aktif dengan kegiatan sosial.. patut la menyepi..layan budak PLKN.. Bestkan ada aktiviti mcm ni..
Maaf lah, xsempat nak bw... Nanti saya terjah ye.
Memang best tapi meletihkan...
seronok kalau dpat join aktiviti ni
Agak agaknya ada tak tuan blog kat gambar banyak2 tu hehe...
Ni dah bukan relax minda ni gayanya...
waah bestnya, perlu di teruskan aktiviti cm gini
kerjasama dan bergotong royong...barulah nampak semangat ketamanan yg tak semua taman2 kat negara ni dapat merialisasikan..huh AJK yg sukses..terbaiklah bro..
penuh taman dengan biru celoreng2. kg saya mengajar ni pun pernah dapatkan khidmat pelatih PKLN, bersih masjid, surau, sekolah. kejap je depa siap..maklumlah berbas-bas datang..
Walaupun letih tapi sungguh menyeronokkan!
Memang xrelakslah OKje...tapi menggembirakan!
Gambar saya memang xde, sbb saya pegang kamera.
Aktiviti berfaedah, byk manfaatnya dan best! Lain kali belum tentu dapat mcm ni lagi...
Thanks PCL...semangat kerjasama dan muhibbah satu taman perumahan itu penting, lebih bermakna dari aktiviti sebenarnya.
Memang biru satu taman...hehe. Nak menganjurkannya tu yg paling susah. Dan bukan mudah untuk terpilih...kerja tu bagi kami perkara kedua, tapi penglibatan penduduk berbilang kaum, itulah matlamat kami...perpaduan dan keharmonian. Kak Anim bertuah krn sudah merasainya :)
Eh... bagusnya di sana. Tempat kakak tak pernah ada macam ini. Kalau ada bagus sebab mesti ramai yg terlibat sebab kawasan perumahan. Paling best kalau dapat bersihkan semua longkang dan sampah-sarap...
bagus2 tempat yang aktif camnie.. baru laa boleh kenal dengan jiran tetangga.. dan menambahkan lagi kenalan.. :D
wah bagus betul ada aktiviti2 sebegini BM
seronok je tgk smua buat keje.. Fillah :) insyaAllah ^^
tahniah moga saja apa jua rancangan dimudahkan..
Kalau tempat akak ada persatuan penduduk, boleh mohon dengan kementerian komunikasi dan multimedia daerah.
Cubalah...tapi Pemilihan di buat oleh pihak PLKN, bergantung pd nasib.
Marilah datang kesini...:)
Aktiviti ini sampingan ajer, matlamat utama memang utk beramah mesra dan mengeratkan perpaduan sesama penduduk.
Hidup di taman perumahan, kalau xde aktiviti...masing2 buat hal sendiri jer, payah nak berjumpa & berkenalan. Nasib baik ada persatuan penduduk.
Memang seronok, kadang tu kesian pun ade...mcm kena dera pula.
Betul tu cikgu, benda baik kalau susah macm mana pasti ada jalan penyelesaiannya. Akhirnya...segala akan berjalan dengan lancar.
Bdk2 PLKN de gk bt aktiviti kt tmn perumahan SA..SA xdpt join aktiviti nie cz kene pngln kerja..(><) Bgs aktiviti ni utk mengeratkn perhubungn n mengajar erti kemasyarakatan...
Jauh tuu...sanggup datang ke? Lain kali saya jemput ye :)
kat sana pun boleh buat juga aktiviti ni...Memang best!
Rugi nya tidak dapat turut serta...satu pengalaman yg sungguh menarik dan seronok sekali. Satu akttiviti yg seboleh2nya jgn di lepaskan!
Assalam..aktiviti mcm ni mmg bagus..nk2 bleh mrapatkan lg ukhuwah..ble bca pn hepy je :) mnarik..rmai jgak dak2 plkn dtg..diorg dtg dgn ape?? xnmpak bas pun..van je ada..
Waalaikumsalam,
Ramai budak2 PLKN ni...ada 232 orang. Datang naik 5 buah bas...lepas hantar bas hilang ntah kemana, tu yg xdpt snap! Nasib baik ada van yg tinggal...jadilah! hehe
assalam,
enjoy yer bersama budak2 PLKN ni...
bunda takder pengalaman anak2 ke PLKN..sorang pun anak2 bunda tak terpilih untuk pergi..
Ya Bunda...Enjoy sakan di hujung minggu sampai bengkok rasanya :)
Boleh terlepas semuanya, apa kriteria pemilihan pun tak tahulah... Nampak seronok jer budak2 tu, best kot PLKN ni.
Salam seraut mayang... :)
Limau purut masak masak sedahan,
Makin berbiji silada benggala;
Kalau ku turut kehendak badan,
Ingin menjadi muda semula......
Bila ditatap gambar di atas, teringat akan anak Ummi....
Salam disambut dengan riang :) Waalaikumsalam...
Sakan menjaja dipinggir paya
Hingga kemalam semangat membara,
Luaran sahaja tidak berupaya,
Hati didalam tetap bergelora... :)
he3..tp mn gmbar broBM?? nk jgak kenal2 tuan blog ni :)
Mcmne nak ade gambar...jadi jurufoto hehe
Penting sgt ke nak tengok muka saya ni...kat sebelah komen ni kan ade...hehe
semua penat lelah akan terbayar dengan jamuan yang menyelerakan..hehe
best tau ada aktiviti mcm ni, penat? biasalah kan? buat kerja memang penat, tapi KY yg baca entri ni pun penak ke skoroll panjang sangat heheeee
Betul tu...Bila tiba makan, semua kembali segar semula!
Ingat nak buat 2 entri... tapi dah ter post... Tak pelah...
Biar lama skit kat sini...hehe
Bagus ada aktiviti seperti ini...selain mengeratkan prinsip kejiranan ada juga khidmat masyarakat untuk kesedaran. Jika dibuat selalu lagi baik tapi penatlah AJK penganjur ;)
Syabas! Satu usaha yang tak ternilai.
Nak buat selalu tu...xmungkinlah. Selalunya kami lebih kpd aktiviti spt sambutan, ceramah dan sukaneka. Memang memenatkan setiap kali menganjurkan sebarang aktiviti tapi menyeronokkan.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”