Assalamualaikum... Haiwan berwarna warni, kecantikan ciptaan ilahi : Hari ini hari yang indah. Tidak kira sama ada panas, mendung mahu pun hujan...ianya tetap hari yang indah. 

Bersyukur kerana kita masih bernafas dan dapat menikmatinya. Alam yang indah ini bukan sahaja di huni oleh kita tapi juga pelbagai makhluk lain sama ada dapat di lihat mahu pun tidak.

Setiap makhluk itu di cipta ada fungsi dan tanggungjawabnya tersendiri. Salah satu darinya adalah binatang atau haiwan. Ianya juga merupakan ciptaan Ilahi yang cantik dan menawan

Ada diantaranya sungguh mempersonakan dengan keindahannya yang berwarna-warni. Anda pasti teruja melihatnya...Marilah bersama-sama kita menikmatinya...

Warna Warni
Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi
Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi
Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Sungguh unik dan menawan di pandangan mata. Pelbagai warna bak pelangi menghiasi setiap permukaan badan haiwan-haiwan ini. Terpukau di kala memandangnya. Terpaku kagum dengan keanggunan warna-warni yang memikat hati dan nurani.

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan IlahiHaiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi
Teruskan bersantai...berikan santapan mata anda dengan keindahan ini. Bukankah sesuatu yang cantik itu untuk di pandang. Nikmatilah ia..

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi
Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi
Dalam menikmatinya jangan lupa akan penciptanya. Dalam kekaguman jangan lupa keagungannya. Hanya Dia yang berkuasa mampu memberikan keindahan dan kecantikan ini. Hanya Dia yang satu... Dia yang berkuasa... ALLAH SWT

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi
Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi
Inilah tanda-tanda keagungan ciptaan Ilahi. Allah swt yang maha Esa. Menciptakan sesuatu yang cukup menawan buat tatapan mata. Yakin dan percayalah...tiada yang lain dan tiada duanya.

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan IlahiHaiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi

Bukti tanda kekuasaan Allah SWT
surah al-baqarah
Surah Al-Baqarah : Ayat 164
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi
Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi
suraj Al-Hajj
Surah Al Hajj : Ayat 18
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

Diciptakan semua dilangit dan bumi termasuklah semua makhluk...tidak lain hanyalah untuk bersujud kepadaNya. Hanya kita... manusia yang sebahagian sahaja yang menurut perintahnya. 
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang ingkar....Amiin

Haiwan yang cantik berwarna warni merupakan satu lagi tanda kekuasaan Maha Pencipta. Kecantikan ciptaan Ilahi ini bukan sekadar untuk dinikmati tetapi punya peranan dan fungsi yang tersendiri... Hanya Allah yang Maha Mengatahui

Terima kasih bersama Relaks Minda...


Admin...

50 comments - "Haiwan Berwarna-warni, Kecantikan Ciptaan Ilahi"

x prnh tgk ular colouful.. real kah?? :)) cntik ciptaanNya :")

satu yang suka sangat masuk blog nie..Merelekskan minda dengan warna-warni yang tenang dan damai..Unik sungguh ciptaan Allah itu

warna warni...bayangkan kalau hanya ada warna hitam dan putih ...

Ummi Kami delete icon 10:49 PG

Cuba ditatang pulut setalam,
Talam berendam pinang dah habis;
Hamba datang meraut salam,
Salam bersulam benang pemanis... :)

Ummi Kami delete icon 10:52 PG

Kalau batik pesona seni,
Nyanya berkurung tepi berbahu,
Walau cantik berwarna warni,
Hanya burung yang Ummi mahu. :D

Ummi Kami delete icon 10:53 PG

*nyonya

Ummi Kami delete icon 10:55 PG

Mohon pantun lagi ya.. :)

Kurung bukan sebarang kurung,
Kurung Penanti sulaman peniti;
Burung bukan bersarang burung,
Burung merpati idaman hati...

Wahhh colourful..ular pun bercolourful jugak..cantikk..indah sungguh ciptaanNya..

Itulah kuasa Ilahi...jangan xpercaya!

Terima kasih...sekadar berkongsi untuk hiburan dihati

Benar Izan, kalau hitam putih...macam filem P.Ramlee le, hehe
Bersyukur kita kerana dapat melihatnya.

Bin Muhammad delete icon 12:02 PTG

Hebat mengalun bunyi gendang,
Irama lembut paluan dikarang,
Sahabat berpantun Ummi seorang,
Salam disambut dengan riang... Waalaikumsalam :)

Bin Muhammad delete icon 12:13 PTG

Siapa berkurung tepi berbahu,
Terpandang paras ratu tetamu,
Kenapa burung yang Ummi mahu,
Terbang bebas itu kemahuanmu?

Bin Muhammad delete icon 12:14 PTG

Ciptaan Ilahi tiada tolok bandingannya...
Yang cantik itu untuk santapan mata :)

Raudzah Z delete icon 12:20 PTG

Wah BM punya blog dah berwajah baru. nway kita suka header tu cantik..so refreshing..

Bin Muhammad delete icon 12:33 PTG

Saja2 nak ubah sikit...boring pulak, asik sama je...
Thx kalau menyukainya :)

Kakizan Omar delete icon 12:50 PTG

Subhanallah..tak terucap indahnya..:)

assalam,

kalu masuk jer blog ni mesti ada jer warna warni...ceria nya

keidahan ciptaan, Allah memang tiade tandingnye...

Kakzakie delete icon 2:18 PTG

Burung dan ikan yg warna-warni kita lihat pun suka tapi ular walau cantik pun kalau kakak lihat tetap ada rasa geli juga. Mind-set dah dalam otak ular tetap binatang berbisa.

Maha kaya Allah... bagaikan dicat melihat binatang ini semua.

S.K.A delete icon 2:22 PTG

subhanallah..ciptaan Allah mmg cntik2..nk2 kalau b'wrna wrni..tp ular 2 betol ke ada wrna cm2?? pelik jap tgok hu3..xpnh lg tgok

Cukup dengan memuji nama Ilahi... :)

Waalaikumsalam,

Terima kasih bunda...harap menyukainya dan ceria selalu :)

Segala puji-pujian hanya untuknya...Allah SWT

Itu memang xboleh ubah...cantik mcm mane pun, rasa geli tetap ada :D
Benar! Maha kaya...Allah swt

Tiada yang mustahil...Maha kaya Allah, mencipta segalanya.
Segala puji hanya untukNya!

tak pernah terfikir pun haiwan yg colourful camni..tapi ular tetap ade bisanya :)

KY delete icon 3:44 PTG

masya-allah...cantik sangat, KY suka tengok obor2 tu..macam lampu pulak..

Nur Hana delete icon 3:45 PTG

Indahnya! Subhanallah! Memang warna-warni.

ANIM delete icon 3:57 PTG

wow..kalau ular secantik itu, risau saya kalau anak2 kecil berminat untuk memegangnya..huhu...

p/s gambar bunga labu tak dapat emel. ada bunga jantan je.menunggu bunga labu betina tak muncul2..

colorful nyer but ada yang still KA takut even berwarna2 hehehe

done clik2 nuffng juga yer

PerenLee delete icon 5:35 PTG

Ada juga ular yang warna warni rupanya..

subhanaAllah cantiknye ...warna warni ...wahh ular pon ada warna tu

my notes delete icon 8:12 PTG

baru sebentar tadi saya bersama kakak menonton national geografic . saya cakap pada kakak , haiwan kat laut lebih cantik dan berwarna warni drp di darat . Tak sangka lak dapat tgk kat c ni . ular yg byk warna tu menarik la ...

Bin Muhammad delete icon 10:11 PTG

Tak semua ular berbisa...tapi taringnya pun dah cukup tajam.
Inilah kuasa Allah...

Bin Muhammad delete icon 10:12 PTG

Memang cantik obor2 tu...
Terima kasih KY

PakcikLie PCL delete icon 10:12 PTG

warna warni memang cantik...hilang stres , pcl suka tgk ikan laga (guppy fish) cantik .

Bin Muhammad delete icon 10:12 PTG

Alhamdulillah....kecantikan utk kita mengagumi keagungan Ilahi

Bin Muhammad delete icon 10:14 PTG

Cantik... tapi tetap merbahaya!

Ini mesti kenan si Abdul yang menanamnya...bunga jantan je la kluar...hehe.

Bin Muhammad delete icon 10:15 PTG

Bukan KA ajer...kalau ular tu, pasti ramai tetap takut...tgok dari jauh je la..

Bin Muhammad delete icon 10:16 PTG

Terima kasih KA :)

Bin Muhammad delete icon 10:18 PTG

Yes...itulah keunikan haiwan.

Bin Muhammad delete icon 10:20 PTG

Thanks Acik :)
Macam2 berwarna-warni, untuk kita melihat kecantikan ciptaan Ilahi lalu mengagumi dan memuji hanya pada Nya

Bin Muhammad delete icon 10:22 PTG

Ramai yang terpegun dan minat dgn ular berwarna-warni...Tapi semuanya takut dgn ular...hehe

Bin Muhammad delete icon 10:24 PTG

Ikan laga dah ada dalam draft...tunggu masa utk post aje...
Thanks PCL...kesudian anda kemari amat2 saya hargai :)

hainom OKje delete icon 4:56 PTG

Betul ke tidak tu BM

Percayalah...tiada yg mustahil jika itu adalah kehendakNya

MargeGoh delete icon 10:58 PTG

Kita sangat kerdil dihadapannya....betapa agungnya ciptaan Tuhan.
Selamat beristirehat BM. Thanks for sharing.

Terima kasih MG, satu persatu entri MG terjah...sungguh terharu.
Selamat istirehat juga buat anda MG.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap