بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamua'laikum...
(SILALAH BACA... FIKIRKAN DAN LAKUKAN)

Alhamdulillah, kini kita bertemu lagi kita di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Syukur kehadrat Ilahi kerana kita di beri kesihatan dan kekuatan untuk menjalankan rukun Islam ketiga ini dengan sempurna

Apabila kita berpuasa di bulan Ramadhan, sebenarnya kita menjadi lebih kuat sama ada rohani mahu pun jasmani. Kekuatan iman akan meningkat memberikan satu tenaga baru kepada minda dan jasad. Ketahuilah... sejarah telah membuktikannya! Banyak peperangan yang berlaku semasa Bulan Ramadhan dan sungguh menakjubkan apabila setiap peperangan ini di menangi oleh kaum muslimin tanpa perlu meninggalkan ibadat berpuasa ini.

Selain itu beberapa peristiwa penting dalam sejarah agama Islam juga berlaku di bulan Ramadhan. Saya kongsikan di bawah ini peristiwa peristiwa yang berlaku di Bulan Ramadhan yang saya dapat dari FB untuk pengetahuan kita bersama...

Berpuasa Itu Adalah Kekuatan Umat Islam
Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Bulan Ramadhan

Oleh itu jangan jadikan alasan berpuasa itu untuk kita bermalas-malas dan menjadi lemah. Kualiti dan produktiviti kerja menjadi kurang. Menjadi seorang yang pasif dan tiada upaya. Tunjukkan kekuatan kita sebagai umat muslimin agar kaum dan penganut agama lain merasa kagum dan malu dengan umat Islam. Jadikan puasa itu bukan satu halangan atau kekurangan tapi satu pemangkin untuk menjadikan kita lebih kuat dan berkebihan. 

Biar mereka lihat dan rasai akan keagungan dan keistimewaan ibadah puasa ini. Kita sebenarnya mampu menjadikan ia sebagai satu tarikan buat mereka untuk mendekati dan ingin mengetahui lebih tentang kebenaran agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW ini yang mungkin seterusnya memberikan hidayah untuk mereka mengenali agama Islam yang indah ini. Buktikan juga bahawa berpuasa itu satu kewajipan yang memberi kelebihan yang tiada tandingannya... 

Berpuasa Itu Adalah Kekuatan Umat Islam
Kelebihan berpuasa kepada tubuh badan

Hanya anda yang mampu melakukannya. Jangan tunjukkan kelemahan kerana dengan kelemahan itulah akan menjadikan kita ini pandang rendah dan hina. Dari kelemahan inilah terbukanya peluang untuk musuh-musuh Islam mengambil kesempatan menjahanamkan kita. 

Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita lebih kuat, rohani dan jasmani. Memperkukuhkan iman dengan memperbanyakkan amal dan ibadat. Membuktikan keistimewaan dan hikmah berpuasa yang tiada tolok tandingannya. Membawa diri ke satu aras baru dalam membentuk seorang umat muslimin dan muslimat yang sejati dan seterusnya bergerak menegakkan syiar Islam!

In Syaa Allah... Semoga kita mampu melakukannya. Lakukan dengan Yakin dan Ikhlas hanya kerana Allah SWT.

Admin...

30 comments - "Berpuasa Itu Adalah Kekuatan Umat Islam "

Ya, betul tu. Ada hikmahnya apabila ita berpuasa. Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu hanya untuk menyiksa manusia, sebaliknya menjadikan manusia itu lebih bertakwa kepada-Nya.

umiawadah delete icon 6:50 PG

seronoknya jika setiap bulan adalah bulan puasa...puasa ni terutamanya malam terawih di surau,barulah nampak muka jiran-jiran...barulah kenal jiran-jiran baru...hehehe

Pha Is delete icon 7:19 PG

puasa itu ni'mat...

Unknown delete icon 7:23 PG

Alhamdulillah semakin matang ketika berpuasa.. tidak lemah dan tidur mcm zaman remaja..

Bulan Puasa ni umpama pesta ibadah..semoga sama-sama kita memeriahkan bulan ibadahkan BM...puasa yang berkah penuh dengan kekuatan..1k4u

miss yatie delete icon 8:43 PG

Alhamdulillah...kalau kita melakukan ibadah puasa ini hanya kerana Allah kita tidak akan terasa membebankan, terima kasih BM atas ilmunya, KY nak simpan dalam diary thanks...

Mizz Aiza delete icon 9:19 PG

salam pagi jumaat.. selamat menjalani ibadah puasa di hari ketiga.. berpuasa mendekatkan diri kita dengan Allah.. ianya bukanlah halangan untuk kita beribadah dan melakukan aktiviti seharian..

suri delete icon 9:24 PG

kekalahan tentera salib..mmg kita berhak untuk menang

banyak manfaat yang kita dpat masa puasa nie...

Bayangkan sewaktu peperangan badar itu ibadah puasa baru diwajibkan. Bermakna lagilah para syuhada baru mengenal erti puasa tapi mereka kental hingga berjaya (walau ada pertolongan Allah ketika itu). Berperang dgn keadaan berpuasa. Masya-Allah buat kakak teringat keadaan di Mesir pulak sekarang ini. Moga saudara kita disana diberi kekuatan dan kita pula lebih dari bersyukur pastinya kan..

jie susanos delete icon 12:08 PTG

jom kita ddi kuat..

Tanpa Nama delete icon 2:18 PTG

setuju sngat , sebenarnyer dengan berpuasa jiwa kita jd lebih kental & kuatkan!

Tanpa Nama delete icon 2:19 PTG

dah clik2 sedekah juga hari ni !

THE AUTHOR delete icon 2:33 PTG

Perkongsian yg baik

mselim3 delete icon 2:56 PTG

Assalammualikum...BM,

Perkongsian yang best..memang puasa membina kekuatan bagi umat islam... peperangan badar berlaku pun dalam bulan puasa, ibarat "singa lapar" yang terluka . Pahlawan2 islam masa itu gagah perkasa mengangkat dan mengayun senjata. Pedang pahlawan islam berat sungguh.... (melalui pembacaan bukan pengalaman....).

mselim3

ANIM delete icon 3:34 PTG

yang kita nampak selalunya dengan muka lesu mereka berkata. "saya puasa"..
jauh sangat nak beza kekuatan kita dengan zaman Nabi SAW dan sahabat..

p/s la, ena tunjuk umat islam kuat, siang penat berpuasa, malam boleh berdiri solat 23 rakaat!

stiap apa y diprintahkan olehNya ada hikmahnya... =)

Unknown delete icon 4:13 PTG

Salam berpuasa Ramadhan... :)

Mudah terasa dirasa malas,
Embun malam berderai-derai;
Ibadah puasa berpuasa ikhlas,
Rukun Islam wajib ditunai.

Unknown delete icon 4:39 PTG

Ymmi datang lagi.. :)

Makin terasa penyudah alam,
Tarikh hampir mendengur gegaran;
Rajin berpuasa beribadah malam,
Tarawikh witir bertadarus Al Quran.

Unknown delete icon 4:41 PTG

Selalu typing error * Ummi
maaf ye :)

Fais-SKA delete icon 5:33 PTG

Alhamdulillah =) perkongsian yg menarik, btol 2..mmg xde alasan bt umat islam xbpuasa..puasa ni bnyk kelebihan dn hikmahnya

THE AUTHOR delete icon 10:17 PTG

Perkongsian yg baik.....

sokong :) setiap arahannye ada hikmahnye :)

Izzat Eshak delete icon 11:42 PTG

salam ramadhan =)
dan selamat berpuasa

Unknown delete icon 2:04 PG

mmg biasanya lepas selesai je bulan puasa nanti sistem pencernaan akan lancar semacam...hehe rasa syok je bila ehem ehem...alhamdulillah nikmat jugak tu....

Bunda_nora delete icon 4:41 PG

Memang banyak kelebihan berpuasa itu...

Salam ramadhan dari bunda...

Unknown delete icon 5:41 PG

masa berpuasa sekarang terasa sekejap sahaja, kalau dulu2 rasa lama sangat, tiada alasan untuk tidak berpuasa sesungguhnya puasa banyak kebaikan pada tubuh

OKje delete icon 12:45 PTG

Allahu akbar,...
Betul tu berpuasa bukan alasan utk kita lemah walaupun kadang kadang tu okje ada gak rasa letih dan malas hehe....

Unknown delete icon 6:07 PTG

betul tu Bm..puasa bukan jadi alasan utk brmalas-malas..
masa puasa ni la byk manfaat yg kita dpt..

Aimacomel delete icon 9:12 PG

puasa.. memberi ketenangan dan mampu mengawal diri

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap