Cara Semak Status Halal Hotel serta Hidangan Buffet Ramadan
Buffet Ramadhan
Assalamualaikum... Salah satu daripada keunikan yang hanya boleh kita nikmati di bulan Ramadan ini adalah tawaran hidangan Buffet Ramadhan.

Buffet Ramadhan sudah pasti menjadi tarikan utama hotel-hotel dan restoren
 dalam mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan berganda di bulan Ramadan ini.

Buffet Ramadhan
dengan hidangan makanan yang mewah, menarik, istimewa dan pelbagai pilihan pastinya menggamit pandangan dan memikat selera kita semua!


Tidak ada salahnya jika sesekali kita berbuka puasa diluar dengan menikmati hidangan Buffet Ramadhan di hotel-hotel dan restoren. Namun yang menjadi kemestian dan kewajiban adalah memilih hidangan yang disediakan adalah diyakini 100% dijamin halal.

Keyakinan status halal dan haram pada makanan wajib kita ambil berat dan peka kerana setiap makanan dan minuman yang masuk kedalam mulut kita akan menjadi darah daging yang akhirnya mewarnai hati sama ada menjadi hitam dan gelap atau putih dan bersih. Ianya akan mempengaruhi setiap perbuatan dan tindakan akal fikiran serta keturunan kita.

Cara Semak Status Halal Hotel serta Hidangan Buffet Ramadan


Cara Semak Status Halal - Online
Oleh yang demikian, setiap kali anda ingin menikmati Buffet Ramadhan pastikan dahulu status halal hotel, restoren dan premis tersebut. Kini ada cara mudah untuk anda membuat semakan status halal secara online. Anda boleh membuat semakan ini di Laman Website Halal Malaysia atau boleh juga terus ke link berikut :
Cara Semak Status Halal Hotel serta Hidangan Buffet Ramadan

Pilihan ditangan kita. Jangan sesekali kita ambil mudah dan remeh akan perkara atau isu halal dan haram ini. Yakini akan setiap makanan dan minuman yang masuk kedalam mulut kita adalah halal. 

Ingat! Bukan sekadar makanan dan minuman serta premis tersebut berstatus halal tetapi pastikan juga sumber wang yang anda belanjakan itu juga adalah halal. Selain dari itu hindarilah ajakan dan jemputan ke Buffet Ramadhan yang bersifat pujukan, ganjaran dan sebagainya yang berunsur rasuah. Jangan sesekali kita terpedaya dan tewas oleh godaan hawa nafsu!


Ditulis oleh :

16 comments - "Cara Semak Status Halal Hotel Dan Buffet Ramadhan"

bagus entri ni BM, tentu ramai yang nak pi buffet ramadan dan cari info ni..:) selamat meraikan ramadan BM, Mohon maaf zahir batin kalau ada tersilap kata time hantar komen kat blog BM ya..:)

Zawiah delete icon 3:10 PTG

Selamat menyambut Ramadhan al mubarak . mohon maaf andai ada tulisan dan komen yg mengguris rasa .

Salam Ramadhan BM... Alhamdulillah dengan ada perkongsian ini boleh sama-sama buat rujukan jika hendak berbuka puasa di luar. Zumal juga bermohon maaf andai ada kekhilafan selama ini....

Bahrain delete icon 5:03 PTG

Salam,
sudah pastinya di dalam bulan Ramadhan, ramai umat Islam mengambil kesempatan untuk makan di luar lagi-lagi di hotel. sekali dalam sebulan bolehlah dan jangan membazir dalam memilih makanan secara berlebihan. Yang penting halal. :)

Saya juga mengambil kseempatan untuk memohon maaf seandainya ada salah dan silap yang mengguris BM tidak kira sama ada sengaja mahupun tidak. Selamat menjalani ibadah puasa. :)

Kak Tie delete icon 5:10 PTG

salam Ramadhan..

Jie Susanos delete icon 7:21 PTG

ye la,blan pose ni ramai yg memilih utk makan diluar samada di restoran atau hotel..mungkin jadi rujukan jie bila nk mkn kat luar nti..xtau lak ada web ni..

Kathy R'bain delete icon 11:42 PTG

Perkongsian menarik dan amat penting.selamat berpuasa BM..

Kena peka dan ambil tahu benda2 ni...jangan main redah jer... apa lagi dapat makan free , ada yang belanjer ke kan...

sekarang nie semua nak kena check,takut tetiba keluar non halal pulak...isk..isk..risau2

titan delete icon 11:02 PTG

okeh. boleh gi semak status kejap. ada beberapa hotel nak check dulu.

Mmg sesuatu yg perlu kita perhatikan dibulan yg mulia ini. T kasih atas perkongsian BM..

Fiza Rahman delete icon 10:05 PG

Good info. Thanks for sharing BM.

Fiza Rahman delete icon 10:06 PG

Good info. Thanks for sharing BM.

yana yani delete icon 3:52 PTG

saya setuju bab jangan remehkan isu halal
sayangnya ramai yang beragama islam tak begitu menitik beratkan hal ni
sedihnya, ada yang kata pork free tak apa

kamil salleh delete icon 10:01 PTG

Salam Ramadhan... semoga mendapat keberkatan dan pahala berganda-ganda. Semoga berjaya dengan contest yang disertai, peluang menang tetap ada untuk semua.

jamu jamkho delete icon 11:07 PG

betul percuma kita ibadah kalau ada barang haram di badan

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap