Bersyukur Menikmati Nikmat: Assalamualaikum... Semoga anda semua sihat sejahtera dan ceria selalu. Alhamdulilah... Jadilah insan yang bersyukur kerana terlalu banyak nikmat yang kita nikmati. Di kala ini pun sedang menikmati nikmat.
Nikmat dapat melihat, membaca, mendengar, bernafas dan sihat. Nikmat dapat mempunyai komputer/smartphone, mempunyai talian internet dan dapat melayari internet. Nikmat dapat berblogging, menulis, bercerita, berkongsi ilmu dan emosi.
Nikmat persahabatan, ber"blogwalking" dan beroleh pelbagai cerita, ilmu, pedoman, hiburan dan berita.
Bersyukurlah...kerana tidak semua orang dapat menikmati nikmat yang anda nikmati disaat ini. Syukur... Alhamdulillah.
Syukur juga kerana anda sudi singgah di sini...di Relaks Minda, dalam perjalanan anda ber"blogwalking" dari satu blog ke satu blog hinggalah di kala ini anda sedang berhenti seketika di sini...
Tarik nafas...dan tenangkan fikiran anda. Santaikan diri dan syukuri akan segala nikmat yang diberi.
Andai anda di timpa musibah dan kesakitan, bersyukurlah. Ianya hanyalah ujian yang kecil berbanding nikmat yang diterima. Hikmah di sebaliknya adalah rahmat yang paling besar nikmatnya.
Bersyukurlah kerana ianya memberi kesan positif dan kekuatan dalaman untuk anda redha serta bersemangat untuk mengarungi dan membuka minda dalam mencari jalan penyelesaian.
Sebelum anda meninggalkan blog ini... bersyukurlah. Dialah yang memberi dan mengurniakan nikmat dan rahmat ini. Lafazkanlah :
Selamat menjalani ibadah puasa di samping memperbanyakkan beramal ibadat. Bulan Ramadhan ini mengajar dan menguji kita untuk melawan dan mengawal nafsu.
Sebelum anda meninggalkan blog ini... Satu renungan untuk kita fikirkan sejenak..
Terima kasih kerana bersama Relaks Minda... "Dalam relaks perlu ada pengisian...Alhamdulillah"
Admin...
23 comments - "Bersyukur Menikmati Nikmat "
Oh, sangat menusuk kalbu kata-kata di akhir itu. Marilah sama-sama kita menghayatinya.
Selamat menajalani ibadah puasa. Nikmat berpuasa bukanlah terletak pada juadah berbuka, tapi sejauhmana kita mampu mengharunginya dengan ketakwaan.
Alhamdulillah =) sngat2 bersyukur dgn kurniaan Allah, xkiralh gembira @ sedih bt dri sndri..ape pn syukur 2 pntg..smoga kita smua tergolong sbgai hamba Allah yg bersyukur..slmat berhujung mggu bro BM =)
Ya Allah sedihnya sehingga menitiskan air mata. Kita kenyang hingga makanan dibuang2 begitu saja. Sedangkan mereka tiada makanan sedikitpun utk dijamah. Bersyukurlah atas nikmat Allah...
Allhumma laka sajadtu wabika amantu walaka aslamtu... teruskan baca hingga fatabarolakallahu ahsanul kholikin... inilah sujud syukur yg patut kita amalkan setiap hari. Betapa apa yg Allan berikan pada kita tidak terhitung banyaknya.
psst: kalau tadarus siang-siang pun di bawah pokok yg BM tepek gambar ni mesti khusyuk kan. Kakak rasa macam dah guling-guling macam hindustan kat rumput dia tu - nyamannya:)
fatabarokallahhu bukan seperti di atas - sorry tersilap:(
Insaf tengok gambar yang last tu BM. Bayangkan betapa mewahnya kita disini...Syukur dengan pemberianNYA.
Kalau sy dapat pergi ke tempat mcm ni, tentu melompat sana-sini dengan kamera.. hihi.. Sedihnya memikirkan mereka..kita sentiasa kenyang walaupun berpuasa..
bersyukur sesangat dengan kurniaanNya setakat ini walaupun tak semeriah kehidupan orang lain..
tenang dan sejuk jer tengok gambar-gambar tu, kan ke best kalau dapat pergi.. hihihi
syukur alhamdulillah :)
bersyukur dng ape yg kita ada... Walaupun xsemewah yg dperolehi cukup utk meneruskn perjlnn hidup ddunia..
itu pasti dan kita tak blh lari darinya
alhamdulillah
segala kurniaan nikmat drNya
sentiasa bersyukur utk mengecap kebahagiaan di dunia n akhirat
allahuakbar,, inilah kehidupan yang perlu di havgai :) jika mampu kongsikan bersama
Alhamdulillah bagitu besar kurniaan Allah pada kita.Syukur sangat2 lahir dibumi bertuah Malaysia.terkesan dengan gambaqr last..sedih dan simpati.semuga Allah merahmati dan melindungi saudara2 se Islam di Somalia.Aamiin..
Brilliant.
syukur kerana masih bernafas
alhamdulillah.. syukur di atas nikmat kurniaan Allah.. :D
Oh, sangat cantik alam ciptaan-Nya. Tiada tertanding dengan lukisan ataupun warna ciptaan manusia. Jadi, kita harus bersukur dan sentiasa mengingati bahawa Dia Maha segalanya.
Selagi masih waras.... Insyaallah akan terus bersyukur!
sebagai manusia mmg kita patut sentiasa bersyukur akan nikmat yang dikurniakan... pic2 yg menenangkan !
emm..semuanya nikmat..bleh kerkenalam dengan kwan blogger ni
AlHamdulillah, BM perasan tak,setakat ni sy tak jumpa lagi pendekatan yg dibawa oleh BM dlm entri yg diterbitkan, lain dr yg lain dan istimewa! tahniah dr sy dan semoga Allah kurniakan BM ilham2 yg lebih bnyak utk bw pembaca semua lebih dekat kpdNya.amin.
"Dan sekiranya kamu mengira nikmat Allah, kamu tidak akan dapat menghitungnya,,,"
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”