بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?
Assalamualaikum... Salam Ramadhan buat tetamu Relaks Minda yang amat saya hormati dan kasihi. Tidak lama sahaja lagi kita akan meninggalkan bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Bulan untuk kita merebut ganjaran sebanyak mungkin. 

Beberapa hari yang masih ada ini, marilah kita pertingkatkan amalan agar kita tidak merasa terkilan dan menyesal kerana belum tentu kita akan dapat menikmati lagi Ramadhan di tahun hadapan. Tambahan pula di sepuluh hari terakhir ini di anugerahkan satu malam yang istimewa untuk kita...iaitu malam "lailatul qadar". malam dimana segala amal ibadat diberi ganjaran pahala lebih dari 1000 bulan!

Selain dari Malam Lailatul qadar...marilah sama-sama kita semak semula ganjaran-ganjaran yang di tawarkan sepanjang Bulan Ramadhan ini. Semoga kita tidak terleka dan asyik sibuk dengan persiapan Hari Raya...hingga mengabaikan tuntutan yang lebih utama. 

Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?

Muhasabah Diri

Dikala mata menikmati santapan dengan keindahan alam ini... Dihati pula marilah bermuhasabah dan renungkan kembali adakah kita sudah merebut segala peluang ganjaran-ganjaran yang ditawarkan di bulan yang penuh keberkatan ini?

1. Pintu Syurga Di Buka, Ditutup Pintu Neraka 
"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan di tutup semua pintu neraka dan di ikat semua syaitan." - Hadis riwayat Al-Bukhari dan muslim. 
  • Adakah kita telah merebut peluang beribadat dengan aman ini sebanyak yang mungkin?


Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?

Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?

2. Diampunkan Segala Dosa Yang Lalu
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." - Hadis riwayat An-Nasai'e. 
  • Adakah puasa kita ini ikhlas atau sekadar melepaskan batuk ditangga atau terpaksa?


Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?

3. Pahala Berlipat Ganda 
"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah 700 kali ganda. Allah berfirman, 'sesungguhnya puasa itu adalah untukku dan aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku," - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim. 
  • Balasan ganjaran terlalu besar ini hanya hadir di bulan Ramadhan,  tidakkah ianya rugi kalau di lepaskan!


Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?

Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?

4. Jauh Dari Api Neraka
"Barang siapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun" - Hadis riwayat Al-Bukhari
  • Adakah puasa kita puasa yang diterima Allah?


Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?

5. Perisai Dari Siksaan
"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka" - Hadis riwayat Imam Ahmad.
  • Adakah puasa kita mampu menghalang diri dari menahan hawa nafsu dan melakukan dosa?


Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?

6. Beroleh Kegembiraan
"Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, " - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim. 
  • Adakah kita beroleh kegembiraan ini?


Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?

7. Doa Sangat Mustajab
"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang di zalimi dan doa orang yang musafir" - Hadis riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.
  • Sudah cukupkah doa-doa yang kita pohonkan? 


Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?

Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?

8. Masuk Dalam Syurga
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya..." - Hadis riwayat Al-Bukhari
  • Layakkah kita menjadi seorang dari mereka yang masuk melalui pintu Ar-Rayyan?


Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan - Sudahkah Kita Merebutnya?

Semoga kita semua beroleh puasa yang mabrur dan merebut segala ganjaran berganda yang ditawarkan di bulan yang penuh keberkatan ini. Jangan sia-siakan setiap saat yang berlalu, sesungguhnya kita belum tahu sama ada kita akan dapat terus menikmati lagi setiap saat yang mendatang di sepanjang bulan Ramadhan ini atau di Ramadhan akan datang.

Terima kasih bersama Relaks Minda...Santapan mata dan hati buat renungan bersama...


Admin...

21 comments - "Merebut Ganjaran Berganda Di Bulan Ramadhan"

JunAina delete icon 9:47 PG

Bila dah masuk fasa akhir ini hati sangat tersentuh, kita sibuk urusan dunia sedangkan ganjaran 10 malam terakhir kita abaikan. Tiba2 insaf.

ramadhan hampir ke penutupnya.. masih berusaha melakukan yang terbaik.. insya Allah..

insyallah...

Mia Liana delete icon 10:54 PG

amin.... moga amalan kita mendapat keberkatan dariNYA..

Kakak rasa setiap umat sekarang masing-masing berlumba-lumba mencari yg terbaik. Peluang tinggal beberapa hari lagi. Yg sedihnya bimbang tahun depat entah dapat bertemu lagi bulan ini entahkan tidak. Sebab itu bila berkumandang lagu raya menitik airmata kita kan... sedih/sayu/gembira semuanya bercampur-baur.

Moga amalan diterima Allah dan bersama mencari malam 1000 bulan yg kita idam-idamkan.

Tanpa Nama delete icon 11:08 PG

Mudah2an segala amal ibadat kita diterima Allah swt yer !

Tanpa Nama delete icon 11:09 PG

done sedekah nufnang juga yer , TQ BM

InshaAllah mudah2an..

fyna delete icon 12:42 PTG

insyaAllah. manfaatkan bulan ini sebaik-baiknya.

sekejap jer masa berlalu...nice sharing.terima kasih

Blog Santai delete icon 1:27 PTG

Salam 21 ramadhan BM...Semoga segala amal kita diberkati. In Shaa Allah..

Adhie delete icon 1:49 PTG

10 malam yg terakhir ni sama-samalah kita menambah amal..

Zawiah delete icon 2:16 PTG

semoga Allah mengizinkannya ... insha Allah .

jie susanos delete icon 3:07 PTG

mulianya bulan ramadan..

Unknown delete icon 4:15 PTG

Sedang berusaha melakukan yg terbaik di hari2 terakhir ni. Sekejap je masa berlalu..

ANIM delete icon 4:30 PTG

tak perlu tunggu malam2 ganjil..10 akhir ramadan tu anggap macam malam lailatul qadar...

Fais-SKA delete icon 4:40 PTG

Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian yg sgt berguna ni =) byk betol ganjaran Allah beri bila kita berpuasa kerana Allah..in.shaa.Allah, sama2lh kita mencari malam lailatul qadar ye bro BM =)

Sesungguhnya bulan Ramadan tersangatlah istimewa daripada bulan-bulan yang lain. Setiap amalan yang dikerjakan berlipatkali ganda ganjaran yang diberikan. Malam Lailaturqadar pula antara malam yang dinanti-nantikan.

Mizz Aiza delete icon 10:16 PTG

terima kasih kerana mengingatkan..

terima kasih berkongsi ingatan dan pesanan, ganjaran ramadan yg kadang kala tak tercapai kita mendapatnya krn kealpaan kpd dunia..sedih!

OKje delete icon 11:47 PG

Kalau diikutkan memang banyak ganjaran2 yang disediakan oleh Allah....sebagai hamba hanya perlu merebut sebanyak mungkin tapi persoalannya ...... Mampukah kita untuk merebut ganjaran itu?... Moga kekuatan itu ada dalam diri kita..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap