Keindahan alam semulajadi adalah nikmat sementara... Anugerah yang tidak ternilai untuk kita. Berilah santapan buat mata anda dengan keindahan ini... Semoga nikmatnya mengalir terus ke minda dan hati.
Melahirkan rasa kekaguman akan kuasa penciptanya. Memutikkan rasa syukur dengan kurniaan yang diberi. Memberi rasa keinsafan akan kelemahan diri. Menambahkan keimanan dan kepercayaan dalam sanubari.
Bersyukur kerana diberi penglihatan menyaksikan keindahan ini. Bersyukur diberi perasaan untuk merasai nikmat yang diberi.
Muhasabah diri akan kekurangan yang diberi. Redha dengan setiap ujian yang dialami.
Menikmati rahmat dan keberkatan hidup ini. Mensyukuri hikmah disebalik kejadian yang dialami.
Tiada kuasa yang mampu menandingi kuasaMu. Hanyamu Allah SWT yang satu mencipta langit dan bumi.
Bersujud aku hanya padamu Ilahi. Memberi ketenangan dan kedamaian didalam hati. Nikmat sementara yang kau beri...untuk aku mencari nikmat yang abadi.
Jangan dipersia masa yang diberi...hidup ini singkat, carilah bekalan sebelum terlambat...
Admin...
18 comments - "Keindahan Alam Nikmat Sementara"
Subhanallah, indah ciptaannNya, sejuk jer mata memandang..
subhanaALLAH :) cantiknye
Indah betul gambar2 pemandangan tu.. adeh.. kalau lah boleh loncat ke sana..
Indahnya!!!Saya rasa macam nak saja lari-lari dekat sana macam dalam filem hindustan tu..hehe
heeeee... sukanya tgkk.. cntik.. :) rasa nak je duk situ smbil melukis... ekekkekek :)
suka sgt... singgah tgk pic sambil reda2kan stress ni tq !
subhanallah..indah sungguh ciptaan Nya
Cantik sungguh bunga-bunga ni. Hayatilah dengan jiwa moga terbit rasa penghargaan terhadap anugerah ciptaan-Nya.
subhanallah cantik :) nikmati dan hargailah nikmat yg smntara ni sebaik2nya..
wah dapat inspirasi setelah membaca artikel ini. Kata-katnya bagus.
dari saudara jauh,
Rahmat Aziz
Indonesia
subhanallah.. cantiknya bunga-bungaan.. indahnya alam ciptaan Allah untuk kita memikirkannya dan bersyukur..
p.s: thanks sudi follow, follow di sini balik.. :D
"Muhasabah diri akan kekurangan yang diberi.
Redha dengan setiap ujian yang dialami." Cantik ayat ni BM...
Terima kasih kerana mengingatkan BM, manusia mmg mudah lupa!
Amt2 bersyukur kerana dikurniakan penglihatan, dan segalanya ada..tiada 1 pun kurang..syukur alhamdulillah.
kalau di dunia pun sudah secantik ini...macamana pula keindahan yg tak tergambar oleh manusia di syurga Allah nanti..subhanallah
Alhamdilillah masih dikaruniai mata tuk melihat keindahan ini
indah banget,.,,terimakasih infonya
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”