بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Hidup Dalam Kesedihan Mengharap Bantuan: Assalamualaikum dan salam sejahtera... Dalam mengharungi kehidupan ini kita tidak dapat lari dari menghadapi kesedihan dan muram.
Di saat kita di timpa malapetaka, bencana, kesusahan, kehilangan, musibah, kegagalan, kekecewaan dan banyak lagi yang membuatkan kita menjadi seorang yang pasif dan pendiam.
Di saat kita di timpa malapetaka, bencana, kesusahan, kehilangan, musibah, kegagalan, kekecewaan dan banyak lagi yang membuatkan kita menjadi seorang yang pasif dan pendiam.
Riak muka menjadi masam dan muram, tiada cahaya ceria terpancar diwajah. Dikala ini emosi anda tidak stabil dan akan mudah marah serta amat sensetif. Anda mula cuba untuk mengasingkan diri.
Anda ingin meminta bantuan dan simpati tapi tidak dapat meluahkannya walaupun pada orang yang rapat dengan anda.
Anda mulalah termenung sendirian. Berfikir sesuatu untuk mencari jalan penyelesaian, mengingati saat-saat pahit manis, menyesali mahupun menginsafi.
Sesekali anda akan mengharap agar ada teman di sebelah anda untuk mendengar segala rintihan anda. Namun apabila hadir sahaja seseorang, anda mula melarikan diri.
Sesekali anda akan mengharap agar ada teman di sebelah anda untuk mendengar segala rintihan anda. Namun apabila hadir sahaja seseorang, anda mula melarikan diri.
Tatkala ada yang ingin membantu anda mula rasa tidak selesa, ego atau malu. Anda lebih suka melayan perasaan sendirian. Kini anda mula kurang selera untuk makan mahupun tidur.
Kesihatan anda mula terganggu. Anda cuba mengharap agar ada yang sudi membantu anda. Namun setiap kali ada yang menghampiri untuk menghulurkan bantuan...anda cuba mengelak dan menjauhkan diri.
Kesihatan anda mula terganggu. Anda cuba mengharap agar ada yang sudi membantu anda. Namun setiap kali ada yang menghampiri untuk menghulurkan bantuan...anda cuba mengelak dan menjauhkan diri.
Anda terus diam dan membisu...dan akhirnya anda jatuh sakit. Dikala ini anda amat mengharapkan bantuan tapi anda tetap dengan ego dan malu.
Terus-terusan anda mengelakkan diri tatkala ada yang mahu membantu. Sanggup menderita dengan menganggap inilah balasan mahupun dugaan yang harus anda terima.
Terus-terusan anda mengelakkan diri tatkala ada yang mahu membantu. Sanggup menderita dengan menganggap inilah balasan mahupun dugaan yang harus anda terima.
Terlalu lama anda menderita...sehingga anda tidak mampu lagi menguruskan diri sendiri. Kesihatan anda semakin teruk dan akhirnya ajal pun tiba.
Terkujurlah tubuh anda sendirian kaku tidak bernyawa. Sekali lagi anda benar-benar mengharapkan bantuan...bantuan untuk menguruskan jenazah anda.
Bantuan tetap datang...tapi kali ini anda tidak akan mengelaknya lagi. Akhirnya anda terima dan memang mengharapkan bantuan ini...maka selamatlah jenazah anda di kebumikan.
Terkujurlah tubuh anda sendirian kaku tidak bernyawa. Sekali lagi anda benar-benar mengharapkan bantuan...bantuan untuk menguruskan jenazah anda.
Bantuan tetap datang...tapi kali ini anda tidak akan mengelaknya lagi. Akhirnya anda terima dan memang mengharapkan bantuan ini...maka selamatlah jenazah anda di kebumikan.
Tinggallah anda sendirian di dalam liang lahat tanpa berteman.... Adakah ini bermakna segala kesedihan dan penderitaan yang anda alami sebelum ini sudah berakhir?
Jangan jadikan kesedihan itu satu pengakhiran bagi hidup anda... Ingatlah...hidup atau mati, anda tidak dapat lari dari bergantung dengan orang lain...
Oleh itu jangan bersedih! Ceriakan hidup anda agar anda menjadi seorang yang positif dan kuat dalam mengharungi kehidupan ini.
Jadikan punca kesedihan anda satu pedoman, pengalaman dan penginsafan untuk anda bangkit mencari kejayaan mahupun kebahagiaan dalam hidup.
Orang disekeliling anda masih ada dan amat menyayangi anda...kerana andalah juga pengubat kesedihan mereka.
Dan yang lebih penting dan tidak pernah sesekali melupakan anda, hanya Dia yang satu...Allah SWT yang sentiasa di sisi anda setiap masa tidak kira susah dan senang. Mohonlah kepadanya...
Terima kasih bersama Relaks Minda...
Jangan bersedih lagi! Ceriakan hidup anda. Senyum sikit :)
Bestnya relaks! Seksi You....Hahahaha!
Admin...
38 comments - "Hidup Dalam Kesedihan Mengharap Bantuan"
Bersedih itu adalah satu fasa yang sangat memeritkan dalam hidup. Melalui sehingga menjadi tekanan yang hebat. Pada masa itulah syaitan akan membisik2 di telinga dan dihati. Bijaklah membuat pilihan.
Setuju sangat...dimasa inilah peluang utk syaitan menggoda, saat iman mulai lemah...
Terima kasih JunAina.
Kakak nak ketawa dulu bila kucing tu kena pakai bra. Baik-baik tak seksi bila pakai jadi seksi hihi...
Begitulah BM, biar siapa pun kita akan tiba masa kita memerlukan org menguruskan diri kita. Tak perlu sombong melangit kerana tinggi manapun darjat kita akhirnya ke liang lahat yang semuanya hanya berbalut kain putih yg sama, bahkan pengurusan pun dilakukan org lain.. Allahuakbar...
sebab tu kena ingat 5 perkara sebelum 5 perkara untuk muhasabah diri sendiri :)
muhasabah yang panjang untuk dihadami...Kena selalu positif dan meyakini bahawa sesiapa sahaja yang ada sisi kita, waktu dan ketika ini, merekalah insan terbaik yang Allah hantar untuk membantu kita mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi.
pic kali ni rasanya menyesakkn minda..ahhaa...
Bersedih boleh BM, coz itu salah satu cara muhasabah diri..tapi jangan keterlaluan. Normally kalau kita sedih, do something yang membuatkan kita ceria..sekejap aje rasa sedih dah hilang...
sedih itu normal...bila kita menghadapi kehilangan seseatu atau seseorang..namun jgn biarkan emosi mengawal diri kita..biar kita yg mengawal emosi...jgn berlebih2..
nak gelak jugak...comel katak hijau tu..hehehe..
sedih tu biasa dalam kehidupan..jangan kesedihan menguasai kehidupan..nanti cepat gila...
Waaa BM telah membawa saya ke dalam kesedihan lalu yg menyebabkan saya jatuh sakit. Namun kesedihan tu telah mempertemukan sy dgn Mr.K saat diri ini sedang bersendirian di tepi pantai. Baru terasa kehilangan, Allah dah kirimkan seseorang sebagai peganti. Syukur alhamdulillah.
Betul kak zakie...kita hidup didunia bukan sendirian. Jangan pentingkan diri sendiri. Kerana itu kita perlu hidup bermasyarakat...fardu kifayah itu pelengkap kepada kehidupan kita.
Tepat sekali...itulah panduan hidup yang paling penting umtuk kita sentiasa ingat.
Allah tidak akan membiarkan umatnya bersendirian...Dia sentiasa ada, orang disekeliling juga sentiasa ada diutuskan untuk membantu. Terima dan hargailah...
Kesedihan itu tidak dapat dielakkan namun jangan sampai ianya merosakkan diri. Cari dan terimalah bantuan yg diberi... Ianya ujian buat kekuatan diri
Ya..jangan berlebih-lebih kerana disitulah mulanya kelemahan diri...syaitan menanti untuk menggoda lalu meyesatkan diri. Segeralah cari pengubat diri, saudara dan teman setia menanti...
Itulah yang perlu kita elakkan.Jangan mengasingkan diri dan terlalu menyendiri. Luahkan kepada yang memahami...Allah sentiasa menanti luahan hati. Jangan jadi gila...kita yang rugi
Mujur Mieza tidak menolak...benar, Allah tidak akan sesekali membiarkan hambanya dalam kesedihan, pasti diutuskan seseorang untuk membantu. Hidup ini tidak boleh pentingkan diri sendiri...Percaya padaNya pasti ada rahmat disebalik setiap kejadian itu.
betul tu... hurm.. kena jauhkan sedih tu jauh2.. jangan difikirkan sangat
emm kena muhasabah diri :) baiki diri , dah jangan sedih sedih jom senyum bersama aku penghibur
betul tu.. Allah selalu bersama kita.. tapi kita je sering lupaa.. :')
p/s : byknya kucing tu pakai... wkakkakak -_-
ala.. dah lah tgh sedih ni huhuhu.. done clik2 nuffng juga yer
Kita hendaklah selalu mengingati-Nya dan bersama-Nya walau dalam apa-apa keadaan.
Kesedihan yang berpanjangan membawa kepada kemusnahan. Perlu segera kembali kpd realiti hidup ini.
Betul tu...jika ada masalah dan sedih...mintalah bantuan Acik, pasti anda akan beroleh bantuan...
Aciklah penghibur...
Sekadar peringatan, sekarang ni terlalu banyak orang mengalami masalah jiwa...semoga memberi kesedaran buat mereka. Allah itu sentiasa bersamamu...
Peringatan...jangan sedih2 sangat ye KA, ramai disekelilingmu yang tidak mahu anda bersedih, menyayangi dan sentiasa ingin membantu. Luahkan...jgn hadapinya sendirian.
Benar tu cikgu, rasanya anda lebih memahami. Jangan sesekali membiarkan anak muridmu sedih dan sendirian...bimbing dan bantulah mereka... Alangkah mulianya kerjamu, seorang guru.
Salam Blogwalking dan singgah jap....follow blog ni....
Salam perkenalan,
Terima kasih diatas kunjungan anda dan sudi menjadi sahabat, amat2 saya hargai :0
singgah...tengs doa kanss kawan sy
Terima kasih juga sudi singgah ke sini
Hehe mentang mentanglah kucing banyak tuutt..
kadang tu sangat susah utk berfikir positif BM....hanya mampu mengadu keoadaNya
Kerana itu kita perlu ada teman yang sedia memberikan semangat dan bantuan...terutama insan2 yg kita sayangi, merekalah sumber kekuatan. Dan yg paling setia pastinya Allah yg satu...hanya padanya kita bermohon dan mengadu...Itu dah positiflah namanya.
Sedih tak menghilangkan sebarang masalah. Masalah perlu dilalui dgn tabah. Bersyukur kerana Allah masih pandang kita melalui ujian dan dugaan yg diberi :)
Setuju...dan janganlah sombong dan ego untuk meminta bantuan kerana orang2 di sekeliling anda sebenarnya amat menyayangimu... Anda sedih, mereka juga sedih...
sedih adalah satu perasaan yang di anugerahkan oleh Allah,bersyukurlah kita masih di beri perasaan itu.. :)
Setuju dengan anda, kesedihan juga rahmat dan nikmat anugerah Allah. Cuma janganlah terlalu meratapi dan berpanjangan... :)
ye...kita kena bangun dari jatuh itu,rawat luka dan duka semula...
menarik dan bermanfaat nih infonya
senang sekali bisa mampir ke blog anda
terimakasih banyak gan
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”