Keindahan Mentari Terbit Mentari Terbenam: Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera. Cukuplah dengan dua entri yang cukup tidak merelakskan minda tapi diharapkan ianya membuka minda.
Terima kasih di atas pendapat dan pandangan anda semua. Tiada yang salah dan tiada yang betul dalam mengutarakan pendapat. Semuanya amat saya hormati dan hargai.
Tinggalkan seketika persolan-persoalan yang tidak terjawab itu, kerana ada lagi persoalan yang lebih penting untuk kita fikirkan dan perlu untuk dicari kepastian jawapannya.
Terbit Mentari
Sesudah subuh bermulanya hari. Perlahan-lahan mentari mulai terbit dari ufuk Timur menyinari bumi yang tadinya gelap gelita. Suasana dingin pagi yang mendamaikan. Suasana yang sunyi beransur-ansur di cemari dengan suara burung-burung berkicauan yang keluar dari sarang.
Pelbagai suara dan bunyi lain juga mula kedengaran memecah kesunyian menandakan aktiviti yang semalaman terhenti kini mula bergerak kembali.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Di kala ini bebunga mulai mekar bersama titisan embun yang jernih. Kehijauan alam kian terserlah. Hembusan bayu dingin bagaikan menyapa dengan lembut membawa kesegaran dan kenikmatan.
Langit yang gelap mula bertukar ke warna jingga kekuningan dan semakin lama semakin pudar di telan terikan mentari.
.jpg)
Suasana yang hanya seketika namun sungguh mengasyikan dan menyegarkan. Memberi ketenangan untuk kita bersedia menghadapi hari siang yang panjang.
Walaupun Jepun di kenali sebagai negara matahari terbit, namun negara yang paling timur mengikut persempadanan masa adalah negara Republik Kiribiti.
Ianya sebuah negara kepulauan di lautan Pasifik. Ini bermakna ianya dikira sebagai negara pertama menerima cahaya matahari atau terbitnya mentari di dunia ini.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Terbenam Mentari
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah hukum alam ini. Matahari juga tidak kekal selamanya menyinari bumi. Ianya akan perlahan-lahan tenggelam di telan ufuk Barat.
Semakin ia mendekati ufuk barat, suasana alam perlahan-lahan bertukar suasananya menjadi kuning kemerah-merahan.
Alam yang tadinya cerah dan ceria, kini beransur-ansur kelam dan sunyi. Aktiviti yang tadinya begitu sibuk semakin berkurangan dan mula berhenti.
Burung-burung mula kembali kesarang. Ketenangan dan kedamaian mula di rasai. Suasana seketika di kala senja yang semakin sayu bagaikan mengucapkan selamat tinggal buat mentari.
Sedikit demi sedikit cahaya menghilang di telan kegelapan dan akhirnya malam pun menjelang. Negara terakhir mentari terbenam adalah negara Amerika Syarikat di mana daratan terakhirnya yang mendapat cahaya matahari adalah di Point Udall di Daerah Guam.
Ini semua di kira hanyalah mengikut sempadan masa yang memisahkan tarikh dan masa, iaitu perkiraan lengkapnya satu pusingan bumi.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Begitulah aturan hariannya. Mentari akan terbit di ufuk timur dan terbenam di ufuk barat. Aturan yang tiada siapa pun yang mampu mengubah dan menghalangnya.
Bumi, matahari dan bulan akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka tanpa ada rasa jemu dan sangsi.
Inilah tanda kekuasaan yang Maha Agung. Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa, hanya Allah SWT yang satu. Hanya Dia yang mampu mengadakan semua ini dan hanya Dia yang mampu menghentikanya. S
etiap yang ada di langit dan bumi hanyalah hambaNya yang menurut segala perintahNya. Kita...umat manusia tidak terkecuali. Apabila sampai masanya segalanya akan musnah. Hanya kita... ciptaannya yang paling mulia akan di hidupkan kembali untuk hidup kekal abadi.
Hari Akhirat itu benar, Syurga dan Neraka itu benar. Itulah matlamat kita hidup di dunia yang sementara ini. Mencari bekalan sebanyak mungkin buat timbangan di hari akhirat kelak.
Mentari terus ditempatnya, bumi terus berputar. Siang dan malam terus berlalu. Ianya tidak akan menunggu kita.
Jangan kita menjadi insan yang rugi. Sampai ketika segalanya terhenti dan apabila terbitnya mentari di Ufuk Barat... Maka segalanya sudah terlambat....
.jpg)
.jpg)
Ingatan Bersama
Terima kasih bersama Relaks Minda. Semoga anda tenang menikmati keindahan alam di kala mentari terbit dan terbenam. Suasana seketika yang sebenarnya memberi satu peringatan dan keinsafan.
Selamat menunaikan ibadah puasa dan amal ibadat tambahan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Perubahan aktiviti harian juga pasti sudah semakin serasi.
Namun yang pasti sebagai seorang blogger, kita tetap menjalankan rutin seperti biasa tapi mungkin ada yang mengurangkan sedikit aktivitinya.
Saya juga bermasalah dalam mencuri masa untuk menyediakan entri dan membalas komen anda serta membalas kunjungan.
Jika ada yang masih belum dapat saya jejaki, ampun maaf di pinta...Insyaallah, masa yang terhad yang ada akan saya cuba juga jejaki blog anda. Sokongan dan kunjungan anda amat-amat saya hargai
Admin...
55 comments - "Keindahan Mentari Terbit Mentari Terbenam"
Allahuakbar :) subhanaALLAH cantik gambar dan terselit kata kata yang indah, kekuasaan yang Maha Agung. Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa. Terima kasih ingatkan
Subhanallah sungguh cantik..terutamanya gambar no 3..done save dlm smartphone..hehe.. byk pengetahuan dalam entry ni.. terbaekk..
Sy pun lambat jgk dtg komen.. ambik masa yg sesuai.∩__∩
subhanallah...terpaku seketika melihat indahnya ciptaan Tuhan, KY suka suasana itu..menenangkan
Subhanallah...Mmg indah dan hebat ciptaan Allah. Tenang jer rs dapat melihat kecantikan alam.
Wan pun jarang ada masa utk komen2 kat sini dan membalas jejak. Thanks sebab sempat juga singgah ke blog wan yer.
damainya rasa kalau berada di tempat sebegitu..Allah maha besar...
Sebab itulah tak mustahil mereka yg kaki tangkap gambar kan BM sanggup menanti detik-detik mentari terbit/terbenam. Cantik hasilnya. Kakak kalau pilih kalendar suka yg gambar macam ini. Tenang rasa. Subhanallah..
Saya suka lihat matahari terbenam.. Subhanallah, mmg mengagumkan.
Assalammualikum...BM,
Suasana mentari terbenam ini memang mendamaikan sekali ...
terima kasih entry yg mendamaikan , mselim3 lagi suka tgk mentari terbenam di tepi pantai...damainya rasa,,hhehe
mselim3
mmg cukup2 indah lagi pic2 mentari mcm ni !
Salam 7 ramadhan ya BM..lupa nak bagitau satu perkara yang kita notice dari dulu, bila kita visit kat sini, kita rasa macam baca novel..ayat dia berbunga-bunga..macam manalah orang dia ya...he..he (sequel dua entry terdahulu)
yg hidup pasti akn kmbali padanya..
pada terbitnya mentari tersirat seribu harapan insan dan ketika terbenamnya mentari semoga akan turut melenyapkan segala kesedihan dan kedukaan yang menduga iman..selamat berpuasa BM!:)-
kalo mengadap matahari terbenam tiap2 hari rasanye timbul idea nak wat novel ni..huhu
Sama2lah kita saling mensyukuri dan mengingati :)
Ha! Satu gambar satu klik iklan...hehe, gurau je lah >_<
Dalam kesibukan, sempat juga KY singgah kesini, terima kasih. Kalau rasa dah letih menjahit tu, singgah relaks di sini :)
Lambat xpe tapi tetap mengingati...terima kasih Wan
Suasana seketika yang amat mendamaikan.
Betul kak, detik seketika ini cukup indah. Tidak sia-sia penantian mereka dan lihatlah hasilnya yg memaukau mata kita.
Alam ini indah bagi mereka yg tahu menghargainya spt anda :)
Waalaikumsalam mselim3,
Saat mentari terbenamlah memberi satu rasa yang sayu, penuh dengan persoalan dan keinsafan...Kedamaian seketika yang memukau pandangan.
Walaupun tanpa warna kehijauan...Ia tetap memberi rasa ketenangan dan kedamaian
mendamaikan jiwa,menenangkan rasa membaca motivasi diatas..
Salam kembali. Eh..saya betul2 xtahu yang gaya bahasa ini bahasa novel. Saya xbaca novel! Ianya hanya perkataan/ayat yg terlintas di kepala pabila saya lihat gambar2 itu.
Nak tahu orangnya...1 syawal jemputlah datang ke rumah :)
Mati itu benar,
Hari akhirat itu benar,
Syurga dan neraka itu juga benar...
Cantik ayat dan gaya bahasa anda..kesinambungan yang amat cocok sekali. Selamat menjalani ibadah puasa juga buat anda CK
Itu sudah bagus cikgu...susah nak dpt idea tulis novel, anda dgn mudah boleh dapat...apa lagi! mulakanlah... :)
Terima kasih akak...kehadiran anda amat saya hargai dan dinanti
kak tertinggal banyak ni BM. baru tahu negara matahari terbit, Jepun bukan negara pertama yg terima mentari pagi (walau namanya begitu)..
khusyuk melihat panorama yang di"hidang"kan...
wow..cantik la pic tu..terpesona dgn keindahan alam..subhanallah
baca kata2 BM kat entry ni..terasa diri dimotivasikan..thanks for sharing
subhanallah.. keindahan alam ciptaan Allah diselitkan dengan motivasi..
Kebanyakan gambar yang dimuatkan dalam blog ini sangat berkualiti.
Jika penulis, pelbagai cara untuk menggambarkan matahari terbit ini. Dan, tentunya alam menjadi ilham utama untuk berkarya. Daripada alam, latar masa, tempat, suasana dapat digambarkan untuk menjelaskan plot cerita.
Indahnya pemandangan matahari terbenam tu.. wah..
cantik sangat gambar tu, indah sungguh ciptaanNya.
Cantiknya gambar tika mentari membenamkan dirinya tu.....
subhanallah.. cntiknya pic tu... hebatnya yang Agung... andai dpt dilihat dgn mata sndiri.. :)
Subhan'Allah. sangat cantik gambar2 mentari merah diufuk timur ni...
Informasi yg kadang2 xsemua orang tahu. Itu adalah antara yg ingin saya masukkan selain dari motivasi dan peringatan buat kita bersama selain bersantai menjamu mata dgn gambar2 yg menarik.
Terima kasih jika ianya bermanfaat buat kak anim.
Terima kasih Yumida...Kalau anda sukakannya, entri berkaitan bolehlah klik ke label keindahan alam.
Terima kasih kerana sudi menikmati entri ini
Byk rujukan perlu di buat utk mendapatkan byk fakta jika ingin di masukkan sekali. Kadang kala masa dan keletihan, membuatkan ianya lebih kpd apa yg terlihat dan terlintas di fikiran sahaja.
Tidak mahu terlalu membebankan pembaca, lebih kpd ringan dan santai untuk santapan mata (sesuai dgn tema blog relaks minda) di samping di selitkan sedikit informasi, motivasi dan peringatan agar artikel tidaklah kosong. Semoga yg sedikit itulah dapat diingat dan di jadikan panduan.
Saya xdapat bayangkan jika cikgu yg membuat penceritaan...mesti lagi menarik dan kemas!
Thx boni...rajin anda singgah di sini, amat2 saya hargai
Memang indah ciptaan Ilahi, itulah tanda kekuasaannya.
Ya..itulah kecantikan yg tiada bandingan, hanya Allah yg mampu..
Terima kasih Aisya krn sudi menikmatinya di sini
Syukur alhamdulillah, saudara DH sudi singgah seketika di sini. Terima kasih.
wahh..memang cantik gambarnya. kagum.
menyaksikan matahari terbit tu lebih menceriakan jiwa berbanding lihat matahari terbenam bak jiwa yang suram . Selamat menjalani ibadah puasa ...
Salam berpantun buat BM... :)
Langkah meredah ke Batu Feringgi,
Ceria segar berbuih pulau,
Cak raya undan dan helang mengecek,
Mengecek betutu di tepi jerumun;
Alangkah indah di waktu pagi,
Suria memancar jernih kemilau,
Cahaya Ramadhan berulang jejak,
Jejak dirindu impi setahun.
Subhanallah..bersyukur dgn stiap keindahan yg Allah cipta =)
Terima kasih...sesekali otai2 singgah, teruja dibuatnya!
Tapi jika mentari Terbit dari Barat...dah xde ceria lagi dah.
Selamat menjalankan ibadah puasa jua buat anda, Vee
Waalaikumsalam Ummi,
Mentari bersinar dicelah gunung,
Bulan menjelma syaban berakhir,
Ramadhan tiba sinar menggunung,
Beribadat umpama Ramadhan terakhir
semuanya dapat beroperasi kerana adanya keseimbangan dan perkiraan jarak serta graviti yg tepat...hehehe tiada siapa boleh lawan teknologi allah...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”