Entri Berkualiti, Keyword Popular & Trafik Yang Tinggi: Selepas melawat Blog Brother Hanif Idrus... Dari entri terbaru beliau telah membuatkan saya ingin melihat seketika akaun Google WebMaster untuk blog Relaks Minda.
Maka disitu terlihatlah pula satu important message dari Google.
Tak sangka pula mendapat satu mesej informasi dan panduan dari Google mengenai satu entri Relaks Minda yang mendapat peningkatan trafik yang ketara dan berterusan.
Barulah saya tahu, selain daripada mendapat informasi tentang ' crawl error' rupanya Google juga memberi informasi berguna tentang entri popular anda.
Lihat entri tersebut di SINI
Register dengan Google Webmaster penting untuk Google mengenal pasti blog dan entri anda untuk di letakkan di dalam enjin carian. Oleh itu anda perlu ada sitemap agar Google dapat mengesan semua entri anda dengan mudah.
Daripada mesej tersebut maka lihat pula jumlah post view untuk Blog Relaks Minda.
Carta post view dalam satu hari
Carta post view dalam satu bulan
Carta post view dari mula blog hingga sekarang
Sudah terang lagi bersuluh... jelas sekali entri popular di blog Relaks Minda semuanya berkaitan Label Creative dan Label Kitar Semula. Entri bertajuk Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu menjadi juara carta post yang paling popular setakat ini.
Ini jelas di buktikan dengan perkataan carian utama untuk bulan ini
Melihat kepada semua ini...anda boleh menilai keberkesanan entri anda dalam enjin carian. Anda boleh cuba semua keyword tersebut dan anda pasti melihat entri Blog Relaks Minda selalunya akan berada di bahagian atas enjin carian.
Entri yang berkaitan ilmu dan panduan pasti menjadi carian sepanjang masa. Tidak semestinya membuat entri berkaitan isu hangat semasa atau isu bermusim untuk meningkatkan trafik anda.
Entri yang berkaitan ilmu dan panduan pasti menjadi carian sepanjang masa. Tidak semestinya membuat entri berkaitan isu hangat semasa atau isu bermusim untuk meningkatkan trafik anda.
Perlu bijak mencari topik yang berbeza tapi ianya relevan sepanjang masa. Jika blog ini masih wujud lagi untuk tahun-tahun mendatang...saya yakin, keyword dan entri berkaitan kitar semula akan kekal menjadi carian tertinggi di Blog ini.
Oleh itu untuk menjadikan blog anda berjaya dan di kunjungi oleh ramai pengunjung anda perlu ada ilmu dalam dunia blogging ini.
Teknik-teknik membuat entri yang berkualiti dan penampilan yang mesra pengunjung serta enjin carian perlulah anda ketahui.
Cara mudah dan percuma... pergilah ke Blog Oh Blogger. Godek2lah ilmu di dalamnya dan beramah mesralah dengan tuan tanah yang sangat pemurah dan baik hati itu.
Teknik-teknik membuat entri yang berkualiti dan penampilan yang mesra pengunjung serta enjin carian perlulah anda ketahui.
Cara mudah dan percuma... pergilah ke Blog Oh Blogger. Godek2lah ilmu di dalamnya dan beramah mesralah dengan tuan tanah yang sangat pemurah dan baik hati itu.
Saya pun bermula dari kosong... pelbagai ilmu yang ada di internet ini, terlalu luas dan banyak! Gunakanlah ia dan terpulang kepada kita sama ada mahu atau tidak untuk mencari dan mendapatnya.
Kenapa perlu trafik yang tinggi? Saya tahu ianya sering menjadi perkara yang kurang penting bagi anda, tapi ketahuilah...setiap kebaikan, ilmu, panduan, pedoman, nasihat, teknik, tips dan sebagainya yang anda kongsi...ianya merupakan sesuatu yang amat bernilai!
Ianya juga adalah satu amal jariah yang berterusan selagi mana ianya memberi manfaat dan kebaikan kepada pembaca.Tidakkah ianya merugikan jika hanya segelintir sahaja yang mengetahui dan mendapat manfaat darinya? Kalau begitulah, Anda memang kedekut!
Ianya juga adalah satu amal jariah yang berterusan selagi mana ianya memberi manfaat dan kebaikan kepada pembaca.Tidakkah ianya merugikan jika hanya segelintir sahaja yang mengetahui dan mendapat manfaat darinya? Kalau begitulah, Anda memang kedekut!
Jika anda mempunyai ilmu...jangan disimpan dan di kongsi kepada segelintir orang sahaja. Sampaikan dan kongsikanlah ia untuk kebaikan dan keuntungan anda dan semua orang! Seramai yang boleh!
63 comments - "Entri Berkualiti, Keyword Popular & Trafik Yang Tinggi"
kadang-kadang kita tak faham bagaimana nak buat keywords dan jugak SEO tu..salam santai RM
thanks atas info yg berguna...
hishop utk tuan rumah..:)
Dan entry KREATIVITI DEKORASI RUANG TAMU tu ditujukan khas utk Mieza Jhaa K!! Haha.. request yg membawa tuah.. Tahniah dan terima kasih BM..∩__∩
salam. abe kie pun sdg belajar ilmu SEO utk tarik trafik yg tinggi. BTW, tahniah krna bro sudah menang segmen GA di blog abe. Pls check out my latest entry, ok?
banyak lagi yang aiza perlu belajar.. terima kasih dia ats perkongsian ni..
Bijak mencari topik yang berbeza tapi relevan..
Itulah ayat terbaik saya rasa dalam mencapai carian enjin pencari ini..
ya betul BM. Traffic yg tinggi penting jika benar nit berblog utk berkongsi info. Rugi jika kita tulis info yg berguna tapi tak dpt dibaca oleh ramai readers..
Tahniah BM..dah jauh melangkah..seronok sebenarnya bila kita belajar and boleh apply apa yang kita pelajari..keep learning k and share kat sini after ya..nanti boleh tumpang belajar kat sini..he..he
Ok thx for sharing Bin ;)
Kakak ada juga tengok sesekali tapi malu pulak dan tunjuk (sengih ni kakak BM). Sebab kakak punya N3 tak banyak infomatif...
Jadi utk relaksminda kakak ucapkan tahniah!!
salam..terima kasih. saya baru nak mencuba GMT ni..
Hebat ya. Tahniah! Lepas ni bolehlah semak.
Cuba anda bayangkan anda ini pencari maklumat di Internet. Apakah yang ingin ada cari dan ketahui...pasti anda akan menggunakan enjin carian sama ada Google atau Yahoo. Perkataan yang anda tulis itulah keyword nya...
Contoh mudah utk meletopkan entri, contohnya anda ingin menerbitkan entri mengenai masakan. Cari satu isu paling hangat ketika ini...contoh isu Vivian. Gabungkan tajuk entri anda, contohnya... "Menu Vivian Yang Pasti Halal" Oleh kerana keyword Vivian dan Halal adalah carian hot maka entri anda pasti termasuk dlm carian mereka. Tapi isi kandungan entri juga mestilah mempunyai keyword ini di perenggan pertama, pertengahan dan terakhir. (ini sekadar contoh ye...)
terima kasih kak Kamsiah, semoga anda dimurahkan rezeki :)
Ya...inilah tuah namanya. Tapi saya akui, anda memang bijak menggunakan keyword SEO!
Terima kasih Abe Kie... Nanti saya terjah kesana :)
Belajar itu tiada penghujungnya, saya juga masih belajar dan darinya, apa yg saya tahu akan saya cuba kongsikan bersama
Yes! Tuan memang bijak dalam mencari pin point dan keyword!
Baguslah ada berfikiran begitu...barulah akan timbulnya inisiatif untuk belajar dan belajar...
ok, faham sikit dah. ilmu kalau dikongsi dan dimanfaatkan org lain, pasti akan berkembang dgn baik. kita jugak dapat pahala sbb share ilmu kan. saya pun masih dlm proses pembelajaran.. thanks ye BM utk entri belajar ni.
huraian yg baik
asal keyword kita mudah dicari pengguna sure membantu naikkan trafik
masih jauh lagi utk berjaya, tapi selangkah semi selangkah cuba juga walaupun kadangkala masa adalah kekangan utama. Ya..sama2lah kita belajar dan Insyaallah, jika ada yg baik, akan di kongsi bersama.
Terima kasih Raudzah
Sama2 Zaza, ilmu yg sedikit tapi ingin juga berkongsi...harap ianya berguna
N3 Akak sebenarnya banyak info dan teladan yang di selitkan dari kisah seharian yg di paparkan. Itu yg membuatkan N3 akak amat berkualiti. Akak hanya perlu belajar teknik karangan yg mesra SEO disamping tajuk yang popular...pasti N3 akak meletop! Ramailah nanti yg mendapat kebaikan...
Waalaikumsalam, elok sangat tu...cubalah. Anda perlu ada sitemap utk di'submit' agar entri anda boleh di 'index' oleh Google
saya pun dah bercongak2 nak balik semula kpd entry agama sbb carian google lbh tggi ...
pergh.. terbaik bro traffik untuk blog ni. keep it up :)
Belum layak untuk menerima pujian apatah lagi hebat. Masih jauh lagi utk mengecap kejayaan. Ilmu yg sedikit ingin juga utk dikongsi buat mereka yg belum/inginkan sesuatu peningkatan dalam blogging...
Ya...rugi sgt jika entri yg baik dan berilmu serta memberi manfaat tidak dpt di nikmati oleh ramai pembaca. Entri anda bagaikan tersorok atau terlindung. Masa untuk menyerlahkan dan keluar dari kepompong! Sama2lah kita mempelajarinya...
masih belajar
tq bg panduan
Inilah yang selalunya di jadikan alasan, blog peribadi...xperlu dan tak penting utk teknik dan sebagainya. Anda menulis entri untuk bacaan...siapa yg membacanya? Pasti juga setiap entri anda mempunyai nilai dr segi idea yg anda curahkan, pengetahuan, ilmu, nasihat, pengalaman, budaya hidup, keunikan dan sebagainya yang tidak diketahui oleh orang lain dan memberi manfaat.
Tidakkah anda rugi dan kasihan jika seseorang ingin mencari info tapi anda memilikinya tapi sayang mereka tidak jumpa blog anda! Anda rugi dan pencari pula kecewa. Setiap entri anda sebenarnya adalah ilmu dan sesuatu yg berbeza...tidak ada persamaan dr curahan idea setiap insan...Kongsikan ia dan beramallah. Setiap perkataan dan ayat yg baik pasti ada ganjarannya!
Cik Akak...renung2kanlah, dan cubalah sedikit peningkatan ilmu dlm dunia blogging...tidak ada ruginya malah memberi kebaikan dan keuntungan kpd anda dan ramai orang!
Juga buat semua empunya blog peribadi...fikirkanlah!
Benar Vee, entri berkaitan agama memberi trafik yang berterusan tanpa limit. Entri anda sentiasa dicari sepanjang masa. Selain itu bonus amal jariah berterusan buat anda juga.
Syukur alhamdulillah, walaupun xlah setinggi trafik anda, tapi dpt maintain pun sudah bersyukur sangat. Thanks Boni...sentiasa menjadi salah seorang penyumbang trafik blog ini :)
Sama lah kita...masih belajar, cuma nak share ilmu yg sedikit ini.
Thx Izan :)
Banyak lagi yang perlu belajar, belajar dan belajar. Makin belajar makin rasa diri kurang ilmu. Terima kasih coz berkongsi.
ilmu yg ada walau sikit, baik dikongsi untuk manfaat bersama, pcl masih jauh bab keywords yg memenuhi kehendak SEO.., masih dalam proses belajar. Tahniah BM.
kak pun tak berapa faham tentang keywords..selalu main hantam saja. try gak saranan BM dan nampaknya n3 "solat sunat taubat" dan "tips pilih pakej umrah" tu keluar page pertama bila digoogle(tapi bukan paling atas la, hee... malu nak kabo)tapi kat yahoo tak nampak pulak..camna tu?
p/s tahniah BM..
Ya...kita tidak akan habis dlm menuntut ilmu sehinggalah ajal menjemput. Terima kasih juga JunAina
Ilmu yg sedikit jika di kongsi, insyaallah...lagi byk ilmu yang kita dapat.
Saya pun masih belajar, tp kadangkala bukan semuanya mengikut apa yg dirancang, kadang kala tuah memihak kpd kita...cuba dan teruslah mencuba...
Akak dah register dgn google webmaster? Ianya penting untuk entri kita di kesan oleh enjin carian google. Untuk Yahoo...ianya lagi payah utk tersenarai, perlu juga register dengan Bing webmaster untuk entri kita di kesan oleh enjin carian Yahoo dan Bing.
'Keyword' itu kena bijak...cuba fikirkan perkataan yang akan di taip apabila seseorang mencari sesuatu maklumat dengan enjin carian. Xde yg betul atau salah...teruskan mencuba. Kadangkala tuah dan rezeki kita akan muncul tanpa di duga.
tu dah nampak niche blog cmne..huhu
trafik pun tinggi dah tu..keep it up :)
ambe pn masih belajar psal ni =) nice sharing, wlaupun blogging skdar hobi, tapi ada juga hasrat nk memajukan blog..Salam Jumaat bro BM.
wah,dah banyak entri saya baca tentang seo ni, tapi nak gunakan dengan sepenuhnya dengan teknik yg betul tu agak susah bg saya, tambah2 blog personnal biasa je..
bunda ni bukan tahu sangat bende2 ni...blur...faktor usia juga...dengan info ini dapat juga bunda ilmu serba sedikit...terima kasih anakanda BM..
sy pn bnyk bljr dr blog Oh Blogger (HH). Utk bljr mengenai keyword & SEO perlu bnyk membaca dr blog yg mempunyai pengalaman dlm bidang ini.. Hebat juga keyword dr relakssminda..tahniah..
Tu lah dia...Baru berjinak2, belum sehebat anda. thanks nick :)
Dapatkan ilmu skit2...slow2 buat perubahan utk memajukan blog disamping terus menimba ilmu. Tak perlu tergesa2. Bila anda nampak perubahan...ianya menambah semangat utk blogging...
Salam Nuzul Quran buat anda juga Fais
Teknik dan tektik blogging memang banyak...Xperlulah nak apply semua, buat yg mana penting/perlu dan termampu. Buat sikit2...dapat apply keyword dgn entri yg menepati ciri SEO.
Kemudian buat penampilan Blog yg mesra SEO dan registerlah dgn enjin carian spt Google dn Yahoo. Cukup itu dulu...yg lain2 buatlah jika ada kelapangan dan pengetahuan yg benar2 mendalam...Insyaallah, anda akan nampak perubahannya.
Saya suka dgn entri2 dari Bunda dan mereka yg seusia Bunda. Entri2 anda sgt menarik dan penuh dgn nasihat, pengalaman, pengetahuan serta pedoman. Tapi sayang sekali kerana Blog2 ini semua tersorok, hanya di kenali dan di jejaki oleh follower. Sukar sekali mendapat tempat dienjin carian krn tidak mengaplikasikan teknik2 penting dalam blogging agar mesra enjin pencari.
Semoga dgn sedikit2 ilmu yg ada dan penerangan yg mudah, mampu memberikan Bunda panduan untuk lebih berjaya. Benarlah mungkin faktor usia adalah penghalang tapi ianya tidak mustahi...Lihat dan contohilah Kujie2.com!
Ya...Gedung ilmu buat blogger...umpama sebuah library. Banyak sungguh jasa HH kpd blogger, ilmu yg diberi percuma tapi ganjaran yg tidak terlihat besar sekali!
Menggunakan keyword yg relevan sepanjang masa lebih berbaloi dari keyword isu semasa, Tapi kadangkala ianya bergantung pada tuah juge...
Salam,
Saya pun baru belajar daripada 0 sampai nampak ada kejayaannya...saya menggunakan wordpress dan banyak juga cara saya mendapatkan keyword antaranya daripada keyword tool,google analytic dan google webmaster tool...saya menjanakan perniagaan berkonsepkan homestay dan penginapan di Langkawi dan alhamdulillah website saya dapat kemuka hadapan dlm masa tidak kurang daripada dua bulan dan banyaknya saya dapat rank daripada long tail keyword...
Thanks for share...
tq share yer, mmg terbaik. Done clik2 nuffng juga
Terima kasih krn sudi berkongsi pengalaman. Wordpress lebih mudah mendapat perhatian dari enjin carian, itulah kelebihannya. Anda memang bijak dan cepat belajar untuk memajukan blog anda...tahniah! Semoga anda terus maju dan mendapat manfaat dr hasil uasaha anda.
Blog medium terbaik untuk berniaga dan memperkenalkan produk, anda mengeksploitasikannya dgn cukup baik.
Terima kasih KA...
info yg mnarik bro..susah nk fhm sbnarnya
tahniah BM..Blog BM sememangnya byk berkongsi info2 menarik
sy tak berapa mahir dlm soal ini..
perkongsian ilmu yang bagus..terima kasih bro...
kakiblog recently posted :Main Facebook Dapat Trafik Masuk Blog
yap. kena tahu ini semua nih.
Tahniah BM....
Bis tu..... Ilmu blog tak de,macamana? ilmu tangga tangga boleh hehe!
mmg banyak tu pageview utk post dekorasi ruang tamu tu....tahniah BM....semoga terus bermanfaat blog ni....
terima kasih atas perkongsian Ilmu
owh..baru akak paham apa itu keyword,seblm tertanya2,tapi pening juga untuk cari nama yg baik utk keyword yer....thanks atas info yg berguna ni...:)
bagi baru nak belajar main keyword macam saya ni... saya layari website ni jerr... sebagai panduan..mudah
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”