Pengisian Rohani - Cara Mencapai Istiqamah : Assalamualaikum... Selamat menjalani ibadah puasa dan melakukan amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Selamat juga menikmati hujung minggu bersama insan-insan tersayang.
Semoga kita semua terus di beri kekuatan dan kesihatan untuk terus merebut ganjaran berganda yang hanya hadir setahun sekali ini.
Alhamdulillah... dapat juga diberi kesempatan untuk berblogging. Syukur juga kerana kesudian anda, tetamu Relaks Minda yang saya hormati dan kasihi dapat meluangkan masa singgah seketika disini. Terima kasih.
Sambil anda merehatkan minda untuk menikmati santapan mata di sini... Nikmati juga sedikit pengisian rohani buat pedoman untuk kita bersama.
Istiqamah
Anda pernah atau biasa mendengar perkataan Istiqamah. Mengikut syarak, Istiqamah bererti teguh pada jalan yang benar, lurus, berpegang pada akidah Islam dan mengamalkan syariatnya dengan tekun tanpa berubah.
Kali ini saya ingin mengajak anda semua untuk mencapai Istiqamah dengan jayanya. Istiqamah boleh kita capai dengan menjaga sepuluh perkara berikut :
10 Perkara
1. Menjaga lisan dari membicarakan fitnah dan aib orang lain
2. Menjaga hati dari prasangka buruk
3. Menjauhi diri dari menghina orang lain
4. Menghindarkan pandangan dari melihat perkara haram
5. Berkata benar dalam setiap tindakan
6. Bersedekah sebahagian harta pada jalan Allah
7. Tidak terlalu berlebihan dan membazir jika berbelanja
8. Tidak mencari kebanggaan dan kekuasaan untuk diri sendiri
9. Menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya
10. Teguh pendirian terhadap Al-Quran dan Sunnah
Insyaallah...Semoga persinggahan seketika anda di sini dapat memberi kenikmatan santapan buat mata dan hati bersama pengisian rohani dan semoga juga kita semua dapat beristiqamah dan dapat melakukan amal ibadat dengan lebih yakin, khusyuk dan ikhlas kerana Allah SWT.
Terima kasih bersama Relaks Minda dan Jom Istiqamah!
Admin...
38 comments - "Pengisian Rohani - Cara Mencapai Istiqamah "
Alhamdulillah...santapan rohani yg baik untuk pagi ini, InsyaAllah sama2lah kita istoqamah..aamiin
apa khabar BM
sungguh minda terasa rileks berada disini..mata menatap bunga2 yg cantik ,sambail membaca pengisian rohani yg ringkas namun amat berkesan..
terima kasih di atas perkongsian tips berguna ini.. :D
Walau sedikit tetapi berterusan, insyaAllah...itulah yang disukai.
sama2lah kita yer.. singgah baca bila sakit berkurang sikit hari ini
salam. ..Terima kasih. Baguslah entri ni. Sambil membaca dpt melihat keindahan ciptaan Allah.
salam ramadhan dan selamat berpuasa,
mari kita terus beristiqamah...
memang penuh makna :)
pengisian yg baik,,tq
psst.dl sy dok btg kali sekarang dah dok kat klang
Alhamdulillah..pengisian yg bermanfaat..kalau kita tgok skrg ni, yg berubah mmg ramai..tp nk istiqamah tu susah..
Assalam bro Bm..nk tya..knpa xltak cbox widget??
Semoga kita semua terus Istiqamah..
semoga aku pn bleh brubah..cantik bunga2 nya.
tq perkongsian ni BM...jom sama2 beristiqmah..
bunga no 8 tu comel..suka tengok..:)
Terima kasih KY...alhamdulilah, sihat walafiat.
Oh..dah menetap di klang rupenye...jauh le
Waalaikumsalam, rasanya kalau letak, xterlayan...komen pun xsempat nak balas, inikan pula cbox. Apa kelebihan cbox ye?
memang betul2 merilekkan minda saya dengan info begini..
kakiblog recently posted :Main Facebook Dapat Trafik Masuk Blog
alhamdulilah nice sharing :) semoga kita istiqamah setiap apa yang kita lakukan :)
Banyak banyak tips tu ... Nk tanya satu yg 3... Berkata benar.... Selalunya kalau nk menjaga hati, mesti mulut berkata yg manis maniskan...Walhal sebaiknya...acane tu bro
Salam.. Istiqamah juga boleh dibentuk dengan sokongan ibu bapa dan para sahabat :)
thanks bro sebab berkongsi. hehehe. akan dipraktikkan :)
Alhamdulillah ... insha Allah ... aaamin .
istiqomah memang sukar... memerlukan mujahadah tertinggi
Jemput sertai : Contest Blogger Jejaka Jambu. Hadiah Power Bank bakal menanti anda...
Kalau salah tetap salah, tapi jika manis mulut krn menghindar dr berlakunya sesuatu yg buruk seperti perbalahan...ianya dibolehkan. Kebenaran itu memang memeritkan namun lebih baik di beritahu drp dapat tahu drp orang lain atau di kemudian hari. Jika ianya isu yg besar, dptkan pendapat dr orang2 yg lebih berpengalaman dan berilmu.
Ya memang benar, tapi tidak semua akan terus ke tahap tertinggi. Kesukaran bukan penghalang, cuba memulakan dan berusaha sedikit demi sedikit itu lebih baik drp langsung tiada...
Terima kasih krn sudi memberi pandangan anda :)
Benar sekali...orang2 disekeliling juga memainkan peranan penting termasuklah diri kita sendiri.
subhanallah,.. makasih,.. dah mengingatkan diri dalam bertutur, bersikap, dan melangkah. moga kita selalu istiqomah.. amin,..
owhhh he3..cbox ni kotak chatting, kalau kunjung blog ni bole sapa menyapa..cmtulh =) ada kebaikan dn kburukan jgak..tp terpulang pd individu..
betul tu setuju sgt ! done clik2 sedekah yer
Betul-betul istiqamah ni. Dengan paparan bunga-bungaa yang tenang sambil lapangkan hati, tenangkan jiwa.
Kalau mengumpat itu sudah tidak elok, apatah lagi apabila mengumpat itu benda yang tidak benar akan mengundang fitnah pula.
Terima kasih juga krn sudi singgah seketika disini
Terima kasih sgt2 KA, semoga murah rezeki
peringatan buat diri... semoga ramadhan kali ini penuh dgn keberkatan.
In Sha Allah, akan ramai dapat ilmu ini dan praktikkan dalam kehidupan.
Istiqamah buat amalan baik,wlpun kecil pun sangat digalakkan dalam agama kita..tahniah, penulisan yg menarik!
Emmm so ...kesimpulannya bercakap jujurlah walaupun pahitkan....
gampang tapi susahh ya
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”