Lokasi Idaman
Salam di hujung minggu. Semoga anda semua sihat dan gembira disamping insan-insan tersayang. Adakah hujung minggu yang sibuk atau yang membosankan buat anda? Mencari lokasi-lokasi terbaik yang menjadi idaman untuk ketenangan?
Setelah seminggu anda sibuk bekerja, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berehat seketika. Rehat kan badan dari segala kepenatan. Rehatkan minda dari memikirkan masalah kerja. Dirumah pula...juga masih belum mendapat kedamaian yang diharapkan.
Dimanakah lokasi idaman anda untuk mendapatkan kerehatan serta ketenangan jasmani, rohani dan minda?
Air Terjun
1. Adakah di air terjun yang indah di kaki bukit atau pergunungan? Menikmati kesegaran udara yang segar dan nyaman di celah-celah kehijauan hutan. Menikmati ketenangan yang mendamaikan, jauh dari kesibukan dan pencemaran.
Mendengar irama air yang mengalir, bagaikan irama yang merdu yang mengasyikkan. Menikmati kesejukan dan kejernihan air yang sungguh menakjubkan.
Mendengar irama air yang mengalir, bagaikan irama yang merdu yang mengasyikkan. Menikmati kesejukan dan kejernihan air yang sungguh menakjubkan.
Tepian Pantai
2. Adakah di pantai sambil menyaksikan lautan dan langit membiru yang sungguh mempersonakan? Menikmati hembusan bayu laut di bawah sinaran mentari yang menyegarkan. Gembira bermain pasir di pantai bersama deruan ombak yang tiada hentinya, membuaikan irama yang sungguh mendamaikan.
Menyaksikan suasana mentari terbenam yang sungguh menakjubkan. Ketenangan dan keamanan yang membuatkan anda lupa akan segala kesibukan dan kekusutan selama ini.
Tasik
3. Adakah di tasik yang tenang dan mendamaikan? Menyaksikan keindahan alam yang memukau pandangan. Menikmati kesegaran udara yang nyaman. Hanya bertemankan alam, terpaku melayan nikmat pandangan yang menenangkan rohani dan jasmani..
Menyaksikan keagungan dan kekuasaan Maha Pencipta.
Taman Bunga
4. Adakah di taman bunga yang indah dan mempersonakan? Menyaksikan keindahan warna-warni bunga-bunga yang mekar berkembang. Menikmati kreativiti rekaan manusia dalam menggunakan keindahan semulajadi dalam memberi kenikmatan pandangan.
Menikmati kedamaian di celah-celah kesibukan.
Menikmati Ketenangan
Adakah di desa tercinta? Mungkin di situasi sekarang ini, sukar untuk anda berada di lokasi idaman. Namun, tidak kira dimana jua tempatnya... Anda perlu menikmati ketenangan dan kerehatan. Hujung minggu adalah masa yang terbaik yang anda ada.
Berilah jasmani dan minda anda masa untuk berehat walaupun seketika kerana ianya penting untuk mengembalikan semula kesegaran agar anda dapat kembali cergas dan bertenaga. Fikiran akan kembali tenang dan mampu berfikir dengan baik dan positif.
Semoga persinggahan anda seketika di sini di hujung minggu, dapat memberikan ketenangan pandangan dan minda setelah kembara dari satu blog ke satu blog. Blogwalking juga memenatkan....rehatlah seketika!
Terima kasih bersama Relaks Minda...lokasi terbaik untuk menikmati ketenangan
39 comments - "Lokasi Idaman Di Hujung Minggu"
acik sekarang di pandai.. tenang saje :) seronok
jangan lupa singgah bace entri ini : http://www.akupenghibur.com/2013/08/allah-menjadikan-kita-manusia-dengan.html
semuanya tempat yang menarik untuk mencari ketenangan...damai terasa..
yelah BM, time raya2 ni semua tmpt sesak, saya dekat KL ni rasa dok dalam rumah paling best..:)
Bila weekend sometimes kita prefer dok rumah coz lebih comfort. Tak perlu sesak-sesak jam..tapi kalau dapat bercuti pergi pantai ke memang best..
salam BM....Selamat berhujung minggu.
tenang fikiran bila lihat pemandangan di atas.
Seronoknya Acik...menikmati ketenangan di pantai!
Done terjah, tahniah ye!
Tempat yang tenang tanpa kesesakan, hanya berteman alam semulajadi, best kan cik akak! :)
Tempat menarik tapi jarang2 dpt pergi... tidur pun aktiviti menarik utk ketenangan dan rehat, hehe
Andai tiada gangguan, sudah tentu rumah sendiri itu paling best... Nak buat apa pun, tiada siapa yg melarang. :)
Sekarang ni nak pergi bercuti pun kena bersesak2...Andai tiada gangguan, duduk di rumah...layan apa yg patut atau tidur pun sudah cukup merehatkan dan menenangkan...
Waalaikumsalam Cikgu,
Selamat bergembira menikmati hujung minggu bersama insan2 tersayang :)
kalau mama... mama nak pergi air terjun, nak berendam dalam tu.. tapi apakan daya.. papanya kerja .. hihi, duduk rumah ajer lah.
pcl;..kalau ke pantai biasanya cuma ingat nak pancing ikan je.., rasanya nak ke taman lah...ok tq BM , good idea.
semuanya cntik =) kalau sy..nk pergi mndi kt air terjun..best, tenang dan menyegarkan badan..teringin sgt nk pergi..lama dh xp..selamat berhujung minggu bro BM
Saya tidaklah menjadi hal sangat untuk memilih tempat untuk bertenang. Ikut keadaan dan suasananya. Tapi, ketenangan amat perlu untuk merehatkan minda dan jasmani.
Saya pilih sungai yang jernih dan air paras pinggan.. dah lama mengidam nak berenang macam ikan duyung.. tak boleh air dalam, nnti mr.k xnak mandi..haha
Tanam mengkudu di tepi lahad,
Salam syahdu dihari Ahad.. :)
Bertanam rendah dahan malberi,
Pinang mati walau disiram;
Alam terindah DIA yang beri,
Tenang dijiwa memukau ilham.
Kalau menjerut burung merpati,
Main di pohon petir berdentam;
Kalau ku turut murung dihati,
Ingin ku terjun di air dalam... :)
masih duduk di kampung, memang rasa tenang je.. dgn pokok2 menghijau, bunga bungaan yg warna warni, sedap mata memandang bila hujung minggu ni
Ummi pantun lagi naa,
Nak buat lagu mana dah suka.. :D
Air terjun mencari jeram,
Pesona berani berenang-renangan;
Secangkir pantun mencari ilham,
Kerana di sini ada ketenangan.
lokasi idaman..nak pergi air terjun..mandi berendam menikmati kesejukkan airnya..:)
minggu ini aiza masih jalan2 ke rumah terbuka saudara-mara dan rakan-rakan.. insya-Allah jika berkelapangan aiza teringin sangat nak jalan2 di tepian pantai sambil menghirup udara segar (sambil pejam mata).. :D
Mungkin di lain minggu ada rezeki...
Duduk rumah pun boleh rehat2...tidur yg paling baik, hehe
Kalau dah kaki pancing, kemana pergi pun ingat nak memancing aje, ketaman bunga...boleh pancing lain pula...hehe
Memang best kalau dapat ke air terjun, menikmati air yg sejuk dan menyegarkan. Sabarlah...fais, mandi air terjun kat bilik air aje lah dulu...
Ya, kita perlu beri kerehatan kepada jasmani dan minda walaupun seketika...Slmt berhujung minggu, cikgu..
Saat yg sukar utk dapat dinikmati lagi. Kalau dah dari kampung, mandi sungai juga tetap dlm ingatan...
Salam rindu dihari Ahad :)
Berguguran ceri dimakan ulat,
Pandangan kelam peluh membasahi,
Bersyukur diberi badan sihat,
Menikmati alam anugerah Ilahi.
Main dipohon petir berdentam,
Terdiam bisu bagaikan sumbing,
Ingin terjun di air dalam,
Pastikan tahu berenang ketebing...
Nikmatnya hujung minggu anda...Jeles! :)
Pantun Ummi sentiasa dinanti... :)
Leka sendiri berenang-renangan,
Masa berlalu tidak dirasakan
Jika disini adanya ketenangan,
Kunjunglah selalu amat dialu-alukan...
Oh...sungguh nikmatnya di air terjun! Jom Mama..!
Ya...hunjung minggu yg masih meriah dengan rumah terbuka dan kunjung mengunjung...
Rehat secara imaginasi ajelah...hehe
picture dr bm memberi ketenangan walaupun sdg bekerja..
Kalau boleh kat tepi pantai tidur hotel hehe.....tp keadaan tidak mengizinkan.....gi rumah PIL je le BM hehe......selain murah dapat pahala! haha...
lama rasanya tak pergi berkelah kt air terjun.. mandi manda tu yg best :)
weekend selain lepak atas katil sendiri KA & en hubby suka bawak anak2 ke tempat yang ada air segar mengalir... hehehe
Saje jer search pasal hujung minggu ada juga entry nie .. bagus la.. terbaik :D
jom ceria kan hujung minggu dengan akticiti bermanfaat bersama kawan tau pun fmily :D
makasih bos infonya dan semoga bermanfaat
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”