Assalamualaikum... Syukur, Alhamdulillah kerana masih bernafas dan dapat menikmati hari yang indah ini. Hari Jumaat yang mulia...penghulu segala hari.
Tips Mengawal Nafsu
Hari yang sesuai untuk kita meningkatkan dan memperbaiki diri.
Antaranya adalah sesuatu yang begitu sukar untuk kita kawal iaitu nafsu.
Bukan mudah namun tidak mustahil jika kita sentiasa berusaha.
Anda boleh cuba mengawal nafsu dengan mengikuti tips berikut :
Azab Allah
Sentiasa ingat akan kengerian siksaan Allah SWT sama ada di alam barzakh
mahupun di akhirat kelak. Sesungguhnya siksaan Allah SWT itu terlalu berat dan tiada
belas kasihan. Takutlah akan azab Allah!
Bertaubat
Bertaubat dan berusahalah untuk tidak melakukan semula maksiat dan segala
kemungkaran. Allah SWT itu Maha Pengampun, maka bertaubatlah.
Sahabat Baik
Tinggalkanlah mereka yang sentiasa mengajak anda kearah kemaksiatan
dan kelalaian. Berkawanlah dengan mereka yang berilmu dan beramal soleh.
Amal Ibadat
Cubalah sibukkan diri anda dengan mengingati dan mengerjakan amal ibadat
hanya kerana Allah SWT. Solat, berpuasa dan membaca Al-Quran adalah yang cara terbaik.
Setiap ketika cubalah tidak lekang dari mengingati Allah SWT dengan berzikir.
Hanya anda yang mampu merubah diri anda. Berusahalah.... "Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di (jalan) kami, nescaya kami benar-benar akan menunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik", Al-Ankabut : 69.
Semoga kita tidak di kawal oleh nafsu dan berusahalah untuk memperbaiki diri.
Admin...
36 comments - "Cara Mengawal Hawa Nafsu "
Salam Jumaat..Hmm..mmg xdinafikan..nk kawal nfsu ni mmg susah..apatah lg nk istiqamah..mmg kena bnyak berkorban dalam hal2 dunia..org yg dpt kawal nafsunya pasti berjaya dunia dan akhirat..Alhamdulillah..nice sharing bro BM =)
Salam Jumaat...harap-harap bukan nafsu yang mengawal kita...
Salam Jumaat..
moga sama2 dilindungi olehNya dari perkara2 yang terlarang..
btw, cantiklah gamba2 bunga tu..
salam jumaat... cantik2 nyer... berwarna warni..ceria..
"Sesungguhnya siksaan Allah SWT itu terlalu berat dan tiada
belas kasihan.". Semoga kita semua terpelihara dari azab neraka. salam jumaat BM..
Subhanallah...cntiknya bunga tu...
memang terbaiklah...semoga kita di jauhkan daripada kesilapan yang bertunjangkan nafsu...
salam jumaat..segar pemandangan disini
salam jumaat.. semoga kita dapat mengawalnya.. sentiasa berkawan dengan orang baik dan beriman..
Thanks atas peringatan ini yer. Insyaa Allah, sama2 kita beramal dan berdoa semoga kita semua mendpat pengakhiran yang baik bersama bekalan yg cukup utk ke syurga. Insyaa Allah...
terima kasih dengan peringatan ini, BM. Yang namanya Nafsu ni mmg macam2..dan nafsu ni mmg suka bwk kita ke arah kelalaian.Berblog ni kalau ikut nafsu, solat pun boleh lewat2kan kan..Nauzubillah..
salam jumaat BM, semoga kita dapat mengawal nafsu kita jangan biarkan nafsu mengawal kita...
alhamdulillah..perkongsian yg bermanfaat
akan cuba sedaya praktikkan tips yg diberi
nice sharing
salam jumaat... pengisian yang menarik... kadang-kadang, orang perempuan ni ada juga kalah pada nafsu.. hihi, bila bab shopping menyopping... failed!
Tip yg bgus bm..mmg sukar nk mengawal nafsu..
tak boleh kawal nafsu tgk bunga2 di atas.. mesti nak kata Waaaaahhh..cantiknyaa..
tertarik dengan salah satu ayat BM di atas.. nak copy..post kt FB..hehe
Salam syahdu Syahwal yang masih ada di hari Sabtu,
Bertemu sahabatku menanti rindu... :):D
Pasu ringan dialih diangkat,
Pasu berat tinggalkan di laman;
Nafsu makan boleh disekat,
Nafsu maksiat tebalkan iman.
Berlesu-lesu kelapa diparut,
Keringat terasa mencari pegaga;
Nafsu lesu mengapa diturut,
Ingat dosa dipagari Syurga.
Kalau takut lesu dan penat,
Jangan diternak kancil yang tua;
Kalau diikut nafsu minat,
Jambangan tu nak ambil semua...hehe
tq mengingati..mmg terbaik peringatan ini...relax minda sungguh singgah sini
Salam dan Terima kasih Fais..
Semoga kita dpt mengawal hawa nafsu
Salam Jumaat, ya! begitulah hendaknya
Salam Jumaat jua...Semoga kita akan berjaya
Salam jumaat jua bunda, :)
Semoga kita sentiasa beringat! Salam jumaat kembali...
Terima kasih ya..
Terima kasih Kathy, semoga kita berjaya melakukannya
Salam jumaat kembali...terima kasih :)
Kawan itu amat kuat pengaruhnya...semoga kita sentiasa terpelihara hendaknya
Betul...itulah yg kita semua kehendaki, semoga kita semua berjaya!
Tidak di nafikan...sesamalah kita saling mengingati, terima kasih CK
Syukur, alhamdulillah... Terima kasih cik akak
Lelaki dan perempuan, kalau bab nafsu ni...sama aje, hehe
Sesamalah kita saling mengingati...
Saya suka pantun ini. Sangat bernilai.
Tq mengingatkan BM.....
Hanya kepada Dia kita memohon moga hati ini sentiasa memilih kepada kebaikan...
nabi ajar, antara cara nk kawal nafsu, puasa.. hehehe..
lawa gambar bunga..
thanks BM..sy suka baca entry ini..
tq berkongsi info & pic2 menarik ini yer
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”