Puasa Sunat 6 Hari Di Bulan Syawal

Assalamualaikum...dan Salam Lebaran.
Selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, kini satu lagi ganjaran buat kita di sepanjang bulan Syawal iaitu berpuasa sunat selama 6 hari. Lebih dikenali dengan nama Puasa Enam, ianya bagaikan pelengkap kepada amalan berpuasa untuk setahun. Betapa pemurahnya Allah SWT kepada hambanya... 

Puasa Sunat 6 Hari Di Bulan Syawal

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. 

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa 6 ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. 

Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangkan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

Hukum Puasa Sunat 6 hari di Bulan Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa 6 hari (pada bulan Syawal).

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat 6 hari di Bulan Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat 6 hari di Bulan Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.


Apa lagi... Rebutlah ganjaran ini, jangan tunggu hingga ke saat akhir di Bulan Syawal, nanti terlepas pula! Untuk ingatan saya dan anda semua.... Jom kita Puasa 6


p/s: kredit info di SINI
Entri auto publish...Terima kasih bersama Relaks Minda
Admin...

23 comments - "Puasa Sunat 6 Hari Di Bulan Syawal"

ewanthology delete icon 8:09 PTG

tq kerana mengingatkan

Izzat Eshak delete icon 8:59 PTG

Minggu depan nak start puasa 6
selamat berpuasa 6!

Bunda_nora delete icon 9:55 PTG

InsyaAllah...

jie susanos delete icon 9:57 PTG

bgus info bro..

Saya belum mula lagi.

kejap jer dah raya ke-3.lum dpt mula lg...

Unknown delete icon 8:27 PG

Salam lebaran hari ketiga :)

Terasa penat terasa dihentam,
Pabila dada naik dan turun;
Puasa sunat puasa berenam,
Pahala berganda puasa setahun.

THE AUTHOR delete icon 12:06 PTG

Perkongsian yg baik

Aimacomel delete icon 4:20 PTG

insyaAllah, minggu depan nak start berpuasa..

Unknown delete icon 8:01 PG

Saya pun tgh terfikir-fikir masa sesuai untuk puasa 6.. agaknya minggu depan kot. lepas kenduri kawin.

Unknown delete icon 8:29 PG

Salam Aidil Fitri.maaf zahir batin BM.selamat berpuasa enam..

Yus delete icon 10:27 PG

Insaallah

Mia Liana delete icon 10:48 PG

selamat hari raya ya.... mia selalu dah dekat hujung2 baru nak puasa 6... hihihi

Pha Is delete icon 2:57 PTG

tak mulakan pun lagi.. tgh tunggu habis semua tawaran open house.. hehehe

amirofie delete icon 6:49 PG

Excellent. Thanks.

Fais-SKA delete icon 6:51 PG

Alhamdulillah =) inshaaAllah..sama2 kita sempurnakannya

insyaAllah kita boleh!! =)

Bunda_nora delete icon 8:07 PG

InsyaAllah...

Kujie delete icon 9:32 PG

sesiapa yang ada hutang puasa di bulan Ramadan,kena selesaikan dulu
Insya Allah....

Adhie delete icon 4:26 PTG

Insya Allah akan dilakukan...tapi open house masih banyak minggu ni...dugaan sungguh huhuhu...Astaghfirullahalazim

terima kasih sudah mengingatkan

OKje delete icon 2:21 PTG

Bilalah nak buat agaknya ...Aku Mahu Berubah!huhu

Tanpa Nama delete icon 12:50 PG

Dari 6 esok baru jln 2hari.
InsyAllah aku bisa!
Tq ats info nya..:-)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap