بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia untuk menikmati nikmat dan rahmatNya di Bulan Ramadhan pada tahun ini. Hari ini sudah masuk hari yang ke-20 kita berpuasa. Kini sudah mulai melangkah masuk ke fasa yang ketiga, 10 hari terakhir kita di bulan Ramadhan.
Dalam riwayat Ahmad dan Muslim dari Aisyah RadiyaLlahu 'anha berkata: "Adalah Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersemangat memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir berbeza dengan hari-hari sebelumnya."
Fasa ketiga di bulan Ramadhan ini terlalu besar ganjarannya. Selain menggandakan amalan, sudah pastinya buruan utama kita adalah mendapatkan 'Malam Lailatul Qadar' - malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
Namun begitu pada 10 hari terakhir Ramadhan inilah pula terlalu banyak godaan dan cabaran yang harus kita tempuhi. Segalanya bergantung kepada diri kita sendiri, antara duniawi atau akhirat... yang mana satukah menjadi keutamaan kita.
Cabaran 10 Hari Terakhir Ramadhan
Pada 10 hari terakhir inilah selalunya kita akan sibuk dengan urusan dunia. Sibuk untuk membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba. Rumah perlu dicuci dan dihias indah. Kelengkapan lama perlu ditukar baru. Pakaian raya perlu disediakan mahupun dibeli segera. Juadah raya juga mesti disiapkan dan pelbagai lagi kesibukan disaat akhir sebagai persiapan untuk menyambut hari lebaran.
Fikiran juga sudah jauh melayang mengenangkan desa tercinta. Kerja-kerja dan tugas pula semakin banyak dan perlu disiapkan segera, maklumlah akan bercuti panjang untuk menyambut Hari Raya. Begitu juga dengan peniaga dan pengusaha, sibuk menyiapkan segala tempahan dan melayan pelanggan yang hadir berganda.
Sudah pasti keuntungan berlipat kali berganda ini mesti direbut kerana bukan selalu dapat peluang sebegini, hanya setahun sekali. Pendek kata, kesibukan duniawi juga berganda di fasa ketiga, 10 hari terakhir Ramadhan ini.
Kerana kesibukan duniawi kita menjadi letih. Masa untuk beribadat juga menjadi semakin terhad dan pendek. Maka tidak hairanlah pada 10 malam terakhir Ramadhan, masjid-masjid serta surau semakin sepi. Jemaah yang berkurangan juga berganda. Suasana kemeriahan menyambut Syawal semakin terasa menenggelamkan Ramadhan yang kian hampir ditinggalkan.
Ianya berlawanan dengan unjuran sebenar dibulan Ramadhan kerana semakin hampir meninggalkan Ramadhan sepatutnya kita semakin banyak dan kuat beramal ibadat. Masjid-masjid serta surau semakin ramai dikunjungi dan meriah dengan aktiviti-aktiviti ibadat.
Antara Duniawi Dan Akhirat
Kini... Yang mana satu mesti diutamakan, gandaan duniawi atau gandaan untuk akhirat? Pilihan ditangan kita. Inilah cabarannya dan dugaan kita di 10 hari terakhir di bulan Ramadhan.
Oleh itu kita sebenarnya perlu bijak menguruskan tugas dan masa. Kedua-duanya kita perlukan. Andai urusan duniawi telah diselesaikan awal maka tumpuan kita pastinya akan lebih kepada urusan akhirat. Jangan kita tewas oleh godaan hawa nafsu dan kemewahan duniawi kerana ianya hanyalah nikmat sementara.
Bersama kita meningkatkan amal dan ibadat di fasa ketiga, 10 hari terakhir Ramadhan ini. Rebutlah peluang dan ganjaran berlipat ganda yang hanya muncul setahun sekali ini kerana kita tidak akan tahu sama ada kita masih dapat berpeluang menikmati lagi bulan Ramadhan ditahun hadapan.
Selamat memburu di 10 hari terakhir Ramadhan... Semoga kita semua berjaya dalam misi mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat...amiin
Ditulis oleh :
Terima kasih membaca Artikel : Fasa Ketiga - 10 Hari Terakhir Ramadhan
17 comments - "Fasa Ketiga - 10 Hari Terakhir Ramadhan"
terus kejar bonus Allah.
Selamat menjalani ibadah dengan tenang yer BM.. semoga diberkati..
psstt raya nanti datang lah rumah yer.. :))
fasa terakhir yg bakal mengucapkan salam selamat tinggal moga berjaya mndapat ganjaran lailatul qadar...insya Allah..
fasa ketiga..malam 10 terakhir. bila kita mengejar akhirat, dunia makin galak menghimpit kita. berperang dengan nafsu dlm diri sendiri..moga2 kita tak tinggalkan malam-malam akhir dengan sia-sia
Masa inilah kita kena kuat pasang kuda-kuda berperang melawan nafsu yg bertakhta di hati. Insya-Allah kita boleh berjaya kalau iman kita kuat. Tidak lama hanya 10 hari aje peluang Allah berikan mana tahu tak jumpa lagi tahun depan kan.. sedih pulak kakak ni BM.
terasa kecil pula diri ni membaca peringatan di atas
Thanks BM..Jom sama-sama kita rebut peluang 10 malam terakhir...
Assalamualaikum BM.. ku harapkan dapat mengejar 10 Ramadhan terakhir ini.. doakan ya
terima kasih BM, mari kita rapatkan diri dengan Allah, mohon keampunan dan berdoa dptkan rahmat Allah..
Thanks and Salam BM.. great sharing.. selamat menjalani ibadah puasa
Semoga kita semua beroleh berkat dimalam Lailatul Qadar... aamiin ya Rabbal alaamiin...
kita ada malam dan siang . siang untuk persiapan raya , malam untuk beribadah . korbankan tidur sekadar 2 jam semlm semata2 utk mencari lailatulqadar dlm 10 hari untuk sethn bukanlah perkara yg susah . tepuk dada tanya iman ... apa yg kita cari di ramadhan yg mulai ini .
kita rebut 10 malam terakhir ini sebaiknya..
Kebanyakan antara kita samada kita sedar atau tidak...dihujung2 inilah kita sibuk nak kemas rumah, nak buat biskut nak shopping last minit dan macam2 lagi..
Kesedihan akak menandakan betapa cintanya akak pada Ramadhan...Semoga akak diberkati dan dirahmati. Mencapai apa jua yg dihajati...
waalaikumsalam... Saya doakan Sheila mendapat apa yang anda harapkan, amiin...
Beruntung lah pada mereka yg dapat merasai malam lailatul qadar.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”