Assalamualaikum...

Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda.Kini saya ingin tunaikan beberapa permintaan yang mahukan blog mereka di review oleh saya melalui permintaan anda dari Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda.

Terus terang, saya bukan seorang yang arif dan layak untuk membuat review. Oleh itu review ini hanyalah sekadar pandangan peribadi dan saya cuba lari dari review biasa kerana anda pun sudah sering di review oleh orang lain. 

Saya lebih mengutarakan pendapat dan pandangan saya agar anda dapat melihatnya secara positif untuk anda meningkatkan lagi blog anda untuk lebih berjaya dan mendapat perhatian enjin carian supaya blog-blog anda menjana trafik yang tinggi. Ianya dapat mengetengahkan blog anda yang rata-ratanya mempunyai kisah, topik dan ilmu yang sangat menarik dan bermanfaat yang sepatutnya di kongsi dan diketahui oleh ramai orang.

Mungkin ada pandangan yang sedikit telus dan mengusik hati tetapi cubalah lihat ia dari sudut positif, lagi pun anda yang minta di review dan anda perlu bersedia menerima sebarang kritikan. Sudah saya katakan...ianya hanya pandangan peribadi dan tidak semestinya benar, tepat dan perlu diikuti. Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, saya cuba juga sebaik mungkin. Semoga anda semua mendapat sesuatu yang bermanfaat dari review ini.

1.Blog Dunia Kecil


Pemilik blog ini Mizz Aiza. Seorang blogger peramah yang rajin blogwalking. Ramai yang dah review blog ini, tapi kenapalah nak minta saya review lagi ye. Tagline yang tepat, menjurus kepada perkongsian dari pengalaman beliau dan kisah-kisah kehidupan yang begitu dekat dengan kita. Niche yang biasa bagi seorang blogger namun beliau amat bijak mempelbagaikan dengan tip kesihatan dan kecantikan serta kisah pemanggang ajaibnya yang menjadikan tarikan sampingan yang menyerlahkan keistimewaan Blog Dunia Kecil ini. 

Blog yang sentiasa meriah dengan kunjungan dan komen ini mempunyai rangking yang amat baik. Bermula pada April 2011, sudah cukup banyak pengalaman beliau di dunia blogging ini. Layakkah aku yang baru setahun jagung ini nak memberi komen? 

Keistimewaan Mizz Aiza mengolah cerita amat mengagumkan. Ayat yang mudah di fahami dan dengan bahasa serta ayat bahasa Melayu yang baik. Teknik penulisan perlu dipertingkatkan agar mesra SEO untuk mendapat lebih perhatian enjin carian. 

Kerajinan beliau blogwalking menjadi tunjang kekuatan blog ini. Entri yang sentiasa berterusan juga menjadikan blog ini mendapat perhatian. Dari segi teknikal, blog yang simple dan tidak menyesakkan pandangan. Potensi yang amat besar untuk menjadi blogger yang berjaya cuma perlu belajar teknik yang betul dan mendalami ilmu blogging

Tidak banyak yang dapat saya kupas kerana anda sendiri sudah pasti dengan perjalanan blog anda. Cuma anda belum cukup menyerlah dengan topik atau niche yang boleh menjadikan anda seorang yang terbaik di sesuatu bidang. Nasihat saya perbanyakkan entri mengenai pemanggang ajaib sehingga anda menjadi 'master' di dalam topik tersebut. Dapatkan sehingga keyword pemanggang ajaib menjadi milik anda di enjin carian. Itulah cara termudah untuk anda menyerlah dan menjadi lubuk trafik yang berterusan.

p/s: Tahniah dan semoga berjaya!

2. Blog Cik Matahari


Sebuah blog yang sering mengutarakankan tips dan panduan. Seorang guru yang amat berminat membicarakan luahan rasa, kehidupan dan panduan menanganinya disamping persoalan dan informasi mengenai blog. Amat kagum, walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang guru tapi masih berusaha mempelajari dan mencuba untuk mempertingkatkan ilmu blogging.

Kesukaran mencari info kerana tiada arkib blog atau sitemap untuk melihat entri-entri beliau. Hanya mengikut kehendak tuan blog dengan apa yang terhidang di carian/shortcut yang sediakan. Penampilan blog sederhana tetapi nampak sedikit sarat mungkin sebab background kot. 

Cara karangan anda masih tidak menepati ciri-ciri SEO dan kadang kala tajuk terlalu panjang. Perlu belajar menulis di blog menepati cara penulisan di blog, bukannya cara karangan di sekolah. Namun saya dapati beberapa entri amat baik dan menepati cara atau teknik yang betul. Kenapa ianya tidak konsisten ya? 

Seseorang yang masih mencari tempat di dunia blogger tetapi ianya amat sukar bersaing jika mengharapkan entri berkaitan blogging kerana ianya sudah di pelopori oleh blogger terdahulu yang sudah ternama. Tidak salah namun jika anda mengharapkan blog anda berjaya dan menjana trafik, anda perlukan sesuatu faktor yang dapat menyerlahkan blog anda di enjin carian. 

Apa yang saya lihat, anda berupaya jika terus memberikan entri mengenai penjawat awam dan pendidikan. Perbanyakkan entri-entri sebegini agar ianya menjadi satu niche tetap yang menjadi rujukan dan kekuatan blog ini yang menyerlahkan setiap keyword mengenai topik ini akan terus ke blog anda. Tidak bermakna anda perlu berubah, teruskan dengan apa yang anda lakukan sekarang. 

Itu hanyalah satu contoh...mungkin ada topik lain yang menjadi kemahiran anda dan ianya relevan sebagai carian. Itulah cara untuk kita yang di peringkat permulaan blogging...Jangan bersaing dengan mereka yang sudah establish tetapi berusaha membawa sesuatu yang baru dan jadikan ia identiti anda di enjin carian.

p/s: Semoga terus bersemangat dan mencapai impian

3. Blog kakiblog


Sebuah blog yang mula-mula sekali saya jejaki ingatkan blog mengurut kaki (maaf ya...tapi itulah realitinya). Logo blog tu biasa terlihat di pusat-pusat urut kaki. Jangan marah ya! Sebuah blog yang sarat membicarakan dunia blogging ini mempunya rangking yang baik dan bertuah kerana dikelilingi oleh rakan-rakan blogger dikalangan mereka yang cukup ternama dan establish di dunia blogging.

Bila nama blog 'kaki blog' dengan tagline 'blogger kaki blogwalking', maka pasti ramai akan menganggap beliau adalah seorang blogger tegar sepenuh masa dan selalu blogwalking. Tetapi...beliau bukanlah seorang blogger tegar seperti Ben Shaari yang mampu menerbitkan entri 3~5 entri sehari. Blog ini aktif cuma entrinya tidaklah diterbitkan setiap hari.

Blogwalking....Ya beliau boleh dikatakan rajin blogwalking, tambahan pula ketika ini beliau sedang menjalankan kajian tentang backlink dan blogwalking. Begitu juga dengan setiap komen anda, pasti akan dijejaki semula. Namun begitu sering di katakan oleh beliau, masa sering menjadi halangan untuk blogwalking.

Disinilah letaknya kesesuaian nama sesebuah blog. Nama blog dan tagline anda amat rapuh dan boleh dipertikaikan. Perlukah anda terus membawa beban dengan nama yang tidak sepadan dengan kemampuan anda? Maaf jika ianya teguran yang terlalu terus dan tidak sepatutnya saya pertikaikan kerana ianya adalah hak anda.

Dari segi teknikal, blog ini simple dan mesra pembaca. Tuan punya blog iaitu Mr. Hanafi adalah seorang yang cukup berilmu tentang blogging dan SEO. Banyak maklumat mengenai blogging yang boleh anda dapat di blog ini. Seorang blogger yang mesra dan dapat menerima pandangan dan pendapat. Sentiasa berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan ilmu blogging dan saya dapat rasakan yang anda boleh menjadi seorang blogger yang berjaya jika mempunyai masa dan sedikit lagi usaha serta sokongan rakan-rakan disekeliling anda.

p/s: Semoga anda berjaya dan maaf jika review ini terlalu sinis dan kritikan yang bagaikan merendahkan kebolehan anda. Harap anda ambil positif. Saya juga ingin menunaikan permintaan anda yang terakhir iaitu ingin menjadi penulis jemputan untuk blog ini. Inilah masa untuk anda kenakan saya balik...hehe Topiknya bebas tetapi tidak boleh menyentuh mengenai isu agama, perkauman, politik, hiburan dan apa sahaja yang boleh menimbulkan kontrovesi dan menggugat undang-undang dan keamanan negara. Anda boleh e-mail kepada saya bila-bila masa sahaja. 

4. Blog Minus SKA 


Macam manalah nak review blog ni. Terus terang, saya kurang pasti kaitan header dan pengisian blog anda walaupun ianya sudah diterangkan oleh anda sebelum ini. Sebaiknya tagline tersebut di ubah sahaja kerana walaupun ada kisah mengenai sukan tapi ianya tidak menjadi tunjang utama kepada blog anda sekadar menunjukkan ianya adalah minat anda. Ha! tu la...sapa suruh minta di review...kan dah kena, maaf ya Fais.

Dari segi rupa blog, ianya tidak menjadi masalah. Penulisan juga mudah di fahami dan tidak terlalu formal. Jika anda ingin berjaya, anda perlu mendalami ilmu blogging untuk menyerlahkan blog anda di enjin carian. Saya dapati banyak artikel anda yang sangat berilmu dan baik cuma cara karangan masih tidak menepati teknik yang betul.

Seorang blogger yang rajin blogwalking dan rajin komen, ianya amat bagus sekali. Ramai pengunjung setia dan meminati artikel anda dan mungkin juga ianya hasil dari blogwalking anda. Kisah anda mendapat simpati terutama dari akak-akak yang cukup menyayangi anda...sungguh bertuah sekali! 

Bukan mengambil kesempatan, tetapi jadikan ianya satu artikel yang menjadi entri istimewa anda seperti artikel terbaru mengenai maklumat tentang kaki patah. Perbanyakkan artikel seperti ini dan buatkan ianya seperti satu sumber maklumat untuk pencari mendapat maklumat. Suatu hari nanti pasti keyword kaki patah menjadi sisonim dan menjana trafik yang tinggi untuk blog ini kerana blog anda akan berada di muka pertama di enjin carian. Anda juga mendapat amal jariah darinya.

Bukan bermakna anda perlu menetapkan niche tapi anda perlu ada artikel yang menjadi tunjang kekuatan blog ini. Sekadar pandangan sahaja... Anda boleh buat topik lain yang anda rasakan anda mahir tetapi pastikan ianya unik dan relevan menjadi carian sepanjang masa.

p/s: semoga anda segera pulih dan teruskan blogging.

 5. Blog Kakikerja


Pasti ramai yang mengenali blogger ini. Blog yang putih dan simple amat mudah di akses. Tiada yang menyesakkan pandangan. Fizi zaidi, blogger yang banyak mengutarakan pandangan dan pendapat beliau tentang permasalahan kehidupan dan emosi. Pandangan beliau sungguh menarik dan bernas. 

Suatu yang menarik, istimewa dan unik tentang blog ini adalah entri beliau berkaitan dengan belajar bahasa Thailand. Ianya menjadi satu trademark yang sangat bagus dan menyerlah blog ini di enjin carian. Inilah yang saya maksudkan...Jika anda tiada niche tapi anda perlu ada satu topik yang menjadi tunjang kekuatan trafik dan menjadi identiti unik anda di enjin carian. Tahniah! Jangan hentikan artikel ini...teruskan ia sebagai selingan diantara entri-entri lain.

Anda cuma perlu belajar menulis dengan teknik yang mesra SEO iaitu yang betul bagi sebuah artikel di blog. Penggunaan backlink juga perlu untuk meningkatkan keberkesanan entri anda di indek oleh enjin carian. Sesekali anda perlu membalas komen kerana ianya memberi semangat buat pengomen untuk terus memberikan komen walaupun anda mempunyai cara tersendiri dengan mengunjungi pengomen tersebut tetapi sesekali cubalah lakukan. 

Nampaknya anda semakin aktif berblogging. Teruskan... Setkan satu matlamat untuk anda capai. Ianya dapat memberikan anda lebih bersemangat. Apa kata sebelum anda menyambut ulang tahun pertama blog anda mesti mencapai Alexa rank anda di bawah 300K! Bila anda ada target...ianya dengan sendirinya memacu anda untuk berusaha mencapainya. Ada berani!?

p/s: semoga anda telah mempunyai impian dan target :) sila beri komen...anda akan saya masukkan dalam "Bloglist Sahabat"


Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda.Terima kasih anda semua kerana menyertai Segmen Khas - Setahun bersama Relaks Minda. Semoga permintaan anda untuk di review ini telah tertunai hendaknya. 

Sekali lagi saya memohon ampun dan maaf jika review ini tidak menepati kehendak anda mahupun mengguris hati. Saya cuba sejujur yang mungkin...tapi selalunya kejujuran itu memberi kepahitan namun itulah yang terbaik dari terus menipu dan berkata baik tetapi realitinya tidak.

Kepada mereka yang masih belum tertunai permintaannya....Harap bersabar ya. Terima kasih kerana setia bersama Relaks Minda.


Admin...

71 comments - "Permintaan Review Blog "

Khir Khalid delete icon 1:31 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Khir Khalid delete icon 1:32 PTG

Tahniah kpd semua yg terpilih ye.. klik sini sumbangan utk en jin sbb penat tolong review hehee :)

terguris hati sebab tak buat review blog Zaza.. haahhahhahahahahahhahahaha *joking*

sitirohaida delete icon 1:33 PTG

wah..lupa akan permintaan itu..hehehe

Mizz Aiza delete icon 1:58 PTG

terima kasih sudi review blog aiza.. aiza sangat menghargai segalan teguran BM.. insya-Allah akan cuba memperbaiki blog aiza dari masa ke semasa.. cuma 1 aiza nak tanya, aiza kurang faham sangat mengenai mesra SEO tu.. mohon BM terangkan boleh tak? hehe..

Tahniah!

Blog Santai delete icon 2:07 PTG

Good job BM...

uh.. mama dapat baca sampai habis, sufi tidur................ hihi, apapun memang slot review yang menarik, mama juga ingin mendalami penulisan SEO , tapi ilmu yang dicari masih samar-samar, apapun terbaik!!

Unknown delete icon 2:25 PTG

hahaha...syukur cik akak tak join...
kalau cik akak join..kompem blog cik akak kena kutuk dek Pakcik BM yang mulut kalau mengomel memang tak reti diam..hahaha....jangan marah ye pakcik :)

tahniah kepada yang kena kutuk dek pakcik kita nie

Tanpa Nama delete icon 2:33 PTG

tahniah semua...hehehehe..betul kata cik akak.....:)

Unknown delete icon 2:37 PTG

Assalamu'alaikum manisnya preview... :)

Remang beringin melentuk kayu,
Tepi meranti angsa berjalan,
Rumpun pandan serendah tangkai,
Kuini menerjah rendah di pangkal;
Memang ingin blog dipreview,
Tapi hati merasa segan,
Namun permintaan sudah tertunai,
Kini wajah Bin sudah ku kenal.

fuh..lega nasib baik aku tak buat permintaan mcm ni..lagi teruk aku kena..hahaha..terbaik..aku rasa inilah antar review blog yang paling jujur..kena terima dgn hati yg terbuka...untuk membaiki kesilapan..bagus bro

Fais-SKA delete icon 2:44 PTG

Terima kasih bro BM atas review ni =) btol2 mmbina..bab seo 2 inshaa'Allah akan study lg yg mn prlu dn smpat..berkaitan header dan pgisian blog, ianya berkaitan pglaman sy dan bab sukan tu hya minat je.. ha3 bab simpati 2 mmg lgsung xberminat utk trik sape suruh simpati..cuma perkgsian je..ape pun ambe suka review ni..inshaa'Allah akan ubah yg mn perlu..syukran2..

BinMuhammad delete icon 2:49 PTG

Terima kasih khir, ama2t saya hargai

BinMuhammad delete icon 2:50 PTG

Hahahaha.... Nak di review... Sanggup ke kena kritik?

BinMuhammad delete icon 2:51 PTG

Saya tidak pernah lupa...akan sedaya upaya cuba tunaikan

Wah selamat ya untuk para blogger yang blog nya sudah terpilih untuk di review. Semoga sukses :)

BinMuhammad delete icon 3:01 PTG

Menunaikan permintaan itu perlu saya lakukan, saya yg sepatutnya berterima kasih kerana sudi menyertai segmen tersebut.
Mesra SEO bermakna entri anda mesti mengikut teknik penulisan yang betul mengikut kehendak enjin carian. Selain dari tajuk, isi didalamnya mestilah related dgn tajuk dan ada perkataan dari tajuk tersebut di ulang di dalam artikel. Kena ingat...yang menganalisa entri bukan manusia...Oleh itu perkataan yang berkait amat penting. Mesti ada pendahuluan, isi entri dan penutup. Ketiga2 bahagian ini mesti ada perkataan berkait atau sama dgn tajuk, jika tidak...google menganggap entri anda tidak relevan antara tajuk dan isi dan tidak akan di indek. Penggunaan bolt, tulisan senget dan huruf besar juga perlu kena pada tempatnya. Itu antara sebahagian yg boleh saya terangkan , selebihnya anda kena cari sendiri ya... Banyak topik berkaitan SEO di terbitkan oleh blogger2 ternama. Mereka lebih arif.

BinMuhammad delete icon 3:02 PTG

Orang pakar xnak komen lebih2...hehe

BinMuhammad delete icon 3:04 PTG

Sama2 kita mempelajarinya. Saya pun bukannya pakar...suruh review, saya pun review lah mengikut kefahaman saya.

BinMuhammad delete icon 3:07 PTG

Saya tak kutuk lah...cuma memberi pendapat, Ish cik akak ni...dah takut ke dgn Pak Cik...hahaha
Terfikir juga, mesti ramai yg tak suka jika saya komen kan...Kita ni kalau terlalu jujur bikin orang sakit hati je. Maaf ye cik akak :D

BinMuhammad delete icon 3:09 PTG

Apa yg betul tu...saya ni suka kutuk ke? Adoi....beri pendapat pun kira mengutuk juga, huhu aptb

BinMuhammad delete icon 3:11 PTG

Waalaikumsalam Ummi...

Manisnya di review tapi macam terlalu pedas untuk diterima. Patutlah orang lain buat review semuanya puji-pujian...

BinMuhammad delete icon 3:16 PTG

Takut menerima kenyataan? Sebab tu saya tak pernah review blog...tak bisa menipu diri, lebih suka berterus terang. Sebab ini adalah permintaan...tunaikanlah...

BinMuhammad delete icon 3:20 PTG

Ambillah apa yang positif, jika ada yg mengguris hati, ampun maaf...Ambe tak pandai nak menipu, hanya tahu bercakap jujur. Kalau mahukan semuanya puji2an... saya bukan seorang yg sesuai utk buat review. Semoga permintaan telah tertunai. Saya hanya lakukan setakat yg termampu.

Bunda_nora delete icon 4:19 PTG

Tahniah kepada blog mereka yang telah direviewkan...dan TAHNIAH juga kepada BM yang ikhlas dan gigihnya melayan permintaan rakan2 dalam melunaskan Segmen Khas- setahun bersama relaks minda, semuga blog relaks minda terus maju jaya...aamiin

ANIM delete icon 4:22 PTG

juri yang telus ni..seronok pula baca pendapat BM. tak review secara rambang saja. macam2 kriteria yg diadili. nasib baiklah blog akak tak kena review:-)) heee...

Ulasan yg sangat baik dibuat. Walaua da blog yg kakak tak kenal tapi dari review yg BM buat sedikit sebanyak kakak dapat tangkap bentuk blog mereka.

Hebat juga tuan awak ni Jin :)

Tahniah BM. Selain kejujuran yang saya lihat di sini dalam memberi ulasan, saya kira isu yang dibentangkan itu ada. Maksudnya, BM tidak memberi pandangan atas angin saja. Ada bukti atau fakta yang dinyatakan. Perkara ini juga menunjukkan BM bukan sehari mengikuti blog mereka ini ataupun bukan sehari membuat rujukan. Isu paling banyak dibangkitkan tentang penulisan mengikut SEO. Saya yakin ramai yang masih belum mahir termasuk saya juga.

Oh, rugi rasanya tidak membuat permintaan untuk direview!

Mizz Aiza delete icon 6:15 PTG

terima kasih di atas penerangan yang ringkas dan padat itu BM.. :D

Unknown delete icon 6:50 PTG

wah beznye kene review
tahniah utk mereka
byk tips yg dpt yumida ambik
dlm proses gak mendalami seo ni...even se-slow turtle..hikhik
aah blog BM mmg ade niche..blog yumida campur aduk..ala2 rojak gitu..hehe

Jemput join BM & menangi hadiah bernilai RM550
Giveaway Butik Comel Collection

Fais-SKA delete icon 7:07 PTG

Betol 2..yg positif ambil yang negatif buang jauh2..xterguris pun =) he3 senyum je bro BM..pujian 2 hanya milik Allah..suka yg jujur dan membina spt ini..Jazakallah khairan kathira bro BM

Unknown delete icon 7:38 PTG

Jur dan ikhlas itu yang utama....tak gitu.... ^^,

Unknown delete icon 8:39 PTG

aaauuww seram! Nasib baik sy tak suruh review aritu..kalau tak, nahas la..hihihi

Tahniah pd yg terpilih tu. Nasib xmintak review. Kalau x, habis laa makan dalam kena kritik dgn BM dan jin..

BM...sy nak tau...camne yg dikatakan mesra seo tu...agak kurang paham...

Unknown delete icon 9:26 PTG

Pakcik BM....bukan takut....kalau pakcik ngomel....badan besar boleh jadi kempis..hahaha...segala isi perut pakcik gali...hahaha...tu yang tak mahu kena review..hahaha.....kalau cik akak kena kutuk pakcik...cik akak senyum je...hihihi...marah oh tidak :)

Unknown delete icon 9:27 PTG

hihi...kita biasa gunakan perkataan kutuk lah uncle....
uncle jangan marah ye....bergurau je tu :)

Unknown delete icon 9:29 PTG

uncle BM...kenapa banyak yang takut dengan uncle nie...hihi...
uncle BM terbaik lah.....
Lepas nie review blogger lelaki tu uncle...hihihi....
blog cik akak jangan ok :)

Unknown delete icon 9:31 PTG

iya lah engko dik fais...hang soh uncle yang review....hihi...
padan muka kena servis dek uncle BM cik akak tu..hahaha..

BinMuhammad delete icon 10:13 PTG

Cik akak nampak yg kutuk2 je...yg puji2 tu tak nampak pula ye....hehe
Tak perlu gali2...segalanya terang di depan mata. Nanti saya nak review juga lah cik akak ni...buleh hahaha...Ada yg sokong tak?

BinMuhammad delete icon 10:14 PTG

Saya marah...Hmmm sentiasa relaks je :)

BinMuhammad delete icon 10:15 PTG

Kita tengok siapa yg kena!! hohoho

OKje delete icon 10:16 PTG

Org mintak review......review ajelahkan BM.....hehe....bukan kena bayar pun....tp okje pun suka gak direview ni...best tau !

BinMuhammad delete icon 10:17 PTG

Saya dah jawab pada komen Mizz Aiza di atas

BinMuhammad delete icon 10:19 PTG

Syukur...tak perlu susah2 hehe

BinMuhammad delete icon 10:21 PTG

Seram! Mana ada hantu...Jin aje, hehe
Kenapa perlu takut utk menghadapi realiti dan kritikan?

BinMuhammad delete icon 10:22 PTG

Terima kasih Yumida, biar perlahan tapi berterusan...

tahniah kepada yang terpilih..review yang membina amat diperlukan oleh setiap blogger..tahniah kepada Tuan yang kreatif menganjurkan program

Zawiah delete icon 11:21 PTG

permintaan yg perlu ditunaikan . walaupun ada yg sensitif , pemilik blog perlu akur sbb itu permintaan mrk sendiri ... anggap itu sebagai permulaan kepada satu perubahan ...

BinMuhammad delete icon 11:31 PTG

Saya tidak layak utk membuat review...Ini di lakukan kerana menunaikan permintaan dari segmen jika tidak...saya tidak buat. Bukan semua orang suka blognya direview dan di tegur

BinMuhammad delete icon 11:38 PTG

Cuba bagi komen yg kritik skit...hehe Tidak hebat mana pun, diri sendiri pun belum cukup bagus, memandai2 jer nak review orang lain

BinMuhammad delete icon 11:38 PTG

Terima kasih ya Eka

BinMuhammad delete icon 11:40 PTG

Terima kasih Bunda... Semoga Bunda juga terus maju jaya...Amiin

BinMuhammad delete icon 11:42 PTG

Cuma pandangan peribadi tapi macam ada yg mcm terlebih aje...harap mereka dapat terima.

PCL delete icon 11:59 PTG

pcl ada minta BM review tak? ...review yg sangat bagus utk blogger/blog yg direview. tahniah ..anda buat saya kagum.

Izzat Eshak delete icon 12:59 PG

banyak juga blog menarik

Tapi kalau kritikan membina tidak.lah salah. Cuma empunya diri yg takut menerima hakikat. huhu...

Unknown delete icon 8:01 PG

Jujur itu membawa bahagia...... ^^,

Unknown delete icon 8:03 PG

Pada Ummi apa yang penting komen di kotak oleh sahabat-sahabat pengunjung yang sentiasa setia memberi komen....alhamdulillah... ^^

Unknown delete icon 10:09 PG

salam bro^^ maaf la baru sekarang dpt terjah sini..hehe :)
terima kasiah sebab tunaikan pemintaan fizi..alolo..kelakar pula baca komen2 dari blogger pasal blog yang direview hehe ..:)

pasal komen tu, setuju dgn bro... bukan fizi x nk komen cuma masa je x menizinkan..masa fizi pack skung nie bro..insyaAllah akan di balas komen..

pasal seo tu..fizi x sampai tahap mahir gabang lagi bro..buat entri pun sekadar kemahiran yang ada..terima kasih juga atas pujian tu..heheh

nk tanya bro juga lah..fizi ingat nk ubah header blog..apa pendapat bro?..hehe kalau
Wanita Versus Masak

Unknown delete icon 10:38 PG

haha..lucu je baca komen cik akak :)

kakiblog delete icon 10:49 PG

wow! saya terkena panahan yang tajam menikam..apapun saya anggap perkara ini amat baik untuk kebaikan saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain.akhir kata terima kasih dan...

Jom baca entri terkini saya bertajuk Segmen Review Blog : Relakssminda

Tanpa Nama delete icon 2:45 PTG

heheheheh....kathy suka di kritik..sebab dengan cara itu kita sedar kesilapan kita.kadangkala kita terlupa tak semua kita buat itu betul...kerana komen2 BM di blog kathy juga banyak membantu kathy untuk lebih waspada...

BinMuhammad delete icon 10:30 PTG

Ada orang suka direview tapi hanya nak puji-pujian bukan kritikan... OKje yg mana satu?

Nina Mads delete icon 1:20 PG

tahniah buat mereka semua.. kadang2 xpandai nak buat ayat SEO. rasa ilmu tu xbrapa faham lg. hehe..

encikarman delete icon 8:38 PG

terbaik nih.. idea bagus buat camnih hoho

OKje delete icon 8:41 PG

Ha?.... KRITIK boleh aje..... kasi TERBAKO sikit dalam tu! haha
Barulah panassss...

Cik Bayan delete icon 11:24 PG

penerangan di atas pun saya faham, terima kasih tuan blog...

Aimacomel delete icon 8:27 PTG

Senyum baca entri ni. Suka, senang paham apa yg tuan BM cuba sampaikan. Banyak yg kena batanghidung saya sbb saya masih mencari2 ilmu dlm dunia blogging ni., tetiba teringin pulak rasanya nk sendiri kena review oleh tuan BM. Tapi nantilah, belum bersedia lagi agaknya. Bukan pe, sat g kang tersedu2 pulak saya yg hanya blog sekadar di pinggiran ni. Kekekeke,
insyaAllah, point dan ilmu yg tuan BM sampaikan ni akan dimanfaatkan sebaiknya.

licha delete icon 9:46 PG

wah.. bestnya di review

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap