Assalamualaikum... Anda perhatikan dan fahami maksud gambar dan apa yang tertulis. 

batu ramalan cuaca

Batu ramalan cuaca John.
Batu basah - hujan
Batu kering - tidak hujan
Bayang-bayang batu kelihatan di tanah - panas
Diatas batu kelihatan putih - bersalji
Batu tidak kelihatan - Berkabus
Batu berayun - Berangin
Batu terlompat keatas dan kebawah - gempa bumi 
Batu hilang - ribut taufan

Pasti ada yang ketawa dan senyum sinis.  Ada juga yang kata ianya mengarut, lawak bodoh dan entah apa-apa entah. Dan pasti ada juga yang akan berkata, "Kalau macam ni sesiapa pun boleh buat..." Itu adalah pandangan bagi sesetengah orang. Apa pula pandangan pertama anda?

Berfikir Di Luar Kotak


Tetapi cuba kita fikirkan secara positif. Ianya suatu idea yang amat mudah dan kreatif. Dengan hanya menggunakan sebiji batu yang di gantung. Ya...sebiji batu! Cuba anda pegang sebiji batu, apa yang anda boleh buat dengannya? Pasti ada yang kata, "Buat baling anjing bolehlah." Terfikirkah kita bahawa sebiji batu boleh memberi petunjuk kepada keadaan cuaca? 

Ini adalah cara untuk kita membuka minda...untuk berfikir di luar kotak!

Kita seringkali memandang rendah kepada sesuatu pemikiran dan idea yang kita lihat mudah dan lucu, tetapi hakikatnya... kita sendiri tidak termampu untuk memikirkannya, apatah lagi untuk melakukannya.

Minda kita seringkali terkongkong dengan keadaan dan suasana sekeliling untuk kita mendapatkan idea.

Kita juga melihat sesuatu secara terus dan zahir. Kita tidak melihat sesuatu kejadian atau benda itu dari pelbagai sudut yang boleh kita manipulasikan menjadi satu bahan cerita dan idea yang kreatif dan menarik.

-----------------------------------------------------------

Mendapat Idea Menulis Entri

Ini mungkin dapat memberi jawapan kepada permintaan Blogger Lelaki, Yang Baik Ishak, Tetamu Istimewa dan Kak Izan yang mahukan tips dan cara mendapatkan idea untuk menulis entri. Oleh itu, jangan terlalu melihat sesuatu itu dari suatu sudut pandangan kebiasaan dan dari situlah anda boleh mendapat idea dan membuat entri yang baik, menarik dan berkualiti. 

Satu contoh dari apa yang saya lakukan. Segmen yang saya anjurkan ini sebenarnya mempunyai matlamat lain selain daripada mendapatkan senarai baru bloglist. Bak kata orang serampang dua mata. Dari segmen ini, saya dapat mengutip idea dan bahan untuk entri-entri saya seterusnya. Itulah yang saya maksudkan...Melihat sesuatu yang mudah dan biasa tetapi manipulasikan ia untuk sesuatu yang lebih bermakna dan memberi hasil untuk diri dan semua orang.

Selain dari kisah-kisah yang di kutip dari keadaan dan kejadian disekeliling kita, saya suka melayari internet dan membaca. Gambar-gambar keindahan, unik dan kreatif menjadi sasaran dan bahan utama carian saya. Ingat!...bukan 'copy paste'...tetapi manipulasikan ia dengan cara anda agar ianya kelihatan seperti idea sendiri dan menjadi lebih menarik. 

Terus terang saya katakan...idea dan kisah menarik serta terkini yang paling banyak anda boleh dapat adalah melalui facebook! Dari situ barulah bermula kepada pencarian yang lebih terperinci.

Idea datangnya tidak menentu, jika terlintas...tuliskannya dan jadikan ia sebagai draft. Jangan terlalu memaksa diri untuk menulis sesebuah artikel. Lakukan dengan jujur dan ikhlas serta penuh minat, tenang dan ceria barulah anda boleh menulis serta idea pun mudah dapat. Berpada-padalah dalam menerbitkan entri...Kalau sehari terlalu banyak entri, pembaca bosan juga. Esok lusa dah tak tau nak tulis apa...

JIN - "Amacam? Sudah dapat idea ka? Kalau tak da juga...ikat diri jadi macam itu batu!"
BM - Apalah jin! Maaf ya... Gurauan jin ini kasar sikit. Kalau bertekak dengan jin ni...asyik nak sumpah saya jadi batu jer... Itu yang dapat idea pasal batu ni. (perkara buruk bila difikir positif...maka akan eloklah ia)

Admin...

44 comments - "Batu Meramal Keadaan Cuaca"

Fizi Zaidi delete icon 9:38 PG

betul tu..dengan batu..macam2 perkara boleh dibuat..cuma nak x nak je..:)

ZazaMyMoon delete icon 9:53 PG

betul tu.. bak kata org putih. ALWAYS THINK OUTSIDE THE BOX.. kata lawannya kot melayu JANGAN JADI KATAK BAWAH TEMPURUNG.. hehe
betul tu BM, some of human selalu berfikiran singkat..

setuju dgn statement BM yang ini.. Berfikir Di Luar Kotak
Ya...sebiji batu! Cuba anda pegang sebiji batu, apa yang anda boleh buat dengannya? Pasti ada yang kata, "Buat baling anjing bolehlah." Terfikirkah kita bahawa sebiji batu boleh memberi petunjuk kepada keadaan cuaca?

berfikir di luar kempompong a.k.a. think outside of the box, sometimes benda yang simple depan mata tu macam2 kita boleh gubah... *_^

Jie Susanos delete icon 10:07 PG

tq utk tip ni...bleh bljr skit2 dgn bm..

setuju pendapat farah waheda..

Nao Mei delete icon 10:24 PG

hihi....nak hasilkan sesuatu...biarlah pada minat....
cik akak ambil dari minat....
bila minat ada.,..secara automatik benda tu hadir...
sebab kita lakukan sesuatu dengan ikhlas...hihi

suri delete icon 12:05 PTG

banyak benda kita lupa bila lihat sekali pandang namun manfaat utk kita :)

idea juga boleh datang melalui pemerhatian kejadian yang berlaku di sekeliling kita.. hanya dari seketul batu boleh dapat idea untuk membuat satu entri..

Aku Penghibur delete icon 12:54 PTG

kelainan entri yang menarik... dari seketul batu dapat cipta entri ini sebagus ini sangat hebat

S.K.A delete icon 1:15 PTG

he3..mcam bela jin la pula bro BM ni =) betu tu pd ambe sgt kreatif..lgsung xterfkir ada org yg bt mcm 2, cuma dgn penerangan yg diberi, orang dah boleh faham..bab entri, nk terbitkn sesuatu entri memang susah, mmg xdinafikan..bab gambar mmg selalu ambil dri google..tp mcm bro BM mention kt atas..yg pnting manipulasi sebaik mgkin, agar ianya jd mcm kita sndri..xdelh copy bulat2..sgt setuju =)

boleh la...
bagus juga idea batu tu kan...

Kakzakie delete icon 2:07 PTG

Memula kakak ingatkan nak berlawak "can't see stone suppose the answer is blind" :)
Hai... sejak dan ada jin dekat sini tambah meriah pulak jadinya. Sukalah kakak..

Kathy Rbain delete icon 2:24 PTG

betul jugak..dari sebiji batu..kita boleh buat bermacam andaian..nice entry..

Assalamualaikum.. hehe. nice juga ni. nampak rasional sebab andaian yang dibuat boleh dianggap benar kan :)
*pasal review blog 2.0 , sheila bukan tanak buat review panjang-panjang. sheila tak larat.. sebab ramai sangat joined. heeeeee

mama_ka0ri delete icon 2:51 PTG

hihi..nice entry!

tapi kalau mendung cemane nak describe batu tu ek? haha..

Terima kasih BM.. jin tu nak kena pegi sekolah tu.. :D
Apa2 pun tips yang menarik.. cuba untuk diguna pakai in sha Allah..

hehehe n3 & info yg menarik ni

done clik2 nuffnang juga yer

hainom OKje delete icon 5:50 PTG

Lepas ni sure ada entri 'pasir'....Pasir sebagai objek....then adalah pic pantailah....padang pasirlah....maklum le berkisar pasal alam semulajadi...hehe...tak gitu bro?

Yumida Huda delete icon 6:11 PTG

aah kan..pikir positif hasilnya jd positif
kreatif la cara batu tu disusun
tinggi..x jatuh lg tu

setuju , dengan batu , kita boleh menilai...tapi , kalau orang malas fikir , dia akan cakap , macam tak logik....first impression tadi pun , tengok macam tak logik je...hehe

Sama-sama...sama2 juga belajar

Jika dah minat...tiada alasan malas lagi ye.

Mu ada potensi besar Fais, kalau serius...lakukan dengan bersungguh2, Insyaallah...berjaya

Saya bukan seorang yg pakar dan profesional, cuma mampu memberi yg termampu ...semoga berguna ya.

Hehe...terbantut nak melawak. Ntah...secara tidak sengaja aje, Jin muncul...

Jika panas ada bayang, kalau mendung xde bayang le...hehe

Terima kasih KA :)

Abis la...idea dah bocor! hehe...

Khir Khalid delete icon 9:15 PTG

Cerita batu tu menarik.. & ttg idea menulis entri tu pun satu perkongsian yg amat berguna juga.. Thanks sharing saudara BM :)

hebat bro..dpt juga tunaikan pemintaan gua

Raudzah Z delete icon 10:45 PTG

I like that stone punya prediction tu BM and agreed that kalau kita baca sekali memang tak rasa apa-apakan tapi kalau baca more than once you can see the rational..anyway kita tak ada problem dengan ideas bila nak menulis..tapi kita ada banyak problem nak put up in writing coz I am not a good writer. Nak buat ayat pun pun susah..

ANIM delete icon 10:47 PTG

hebat batu tu kan..
kak ni tak dapat nak cerita luar kotak..
hari2 tengok budak kat sekolah, macam2 cerita boleh dapat..aduiii..

untung sabut timbul. untung batu tenggelam. tuan blog. harap awk dpt add blog saya dlm bloglist sahabat awak. tq.

Kak Tie delete icon 11:15 PTG

wow..banyaknya batu

zaman batu dulu, batu bolih guna hidupkan api..

MaMa Rey delete icon 12:47 PG

menarik..dari batu boleh dapat buat entry menarik..tmbh menarik dgn kehadiran si jin tu hehehe...

Oh, rupanya permintaan kedua saya sudah tertunai. Maksudnya masih ada satu lagi kan. Terima kasih BM.

Kadang-kadag idea tu dtg dgn sendirinu bila terpandang sesuatu..atau ketik terbaca entri seseorang..hehe.. tapi bukan ciplak..sepastinya ada kisah sy sendiri yg lebih menarik utk dikongsi..

mrhanafi delete icon 12:26 PG

batu meramal cuaca boleh dan yang tak boleh batu dijadi alat untuk meramal nasib....

Entri Terkini Saya : 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog

S.K.A delete icon 8:00 PG

typo lak kat atas tu..he3 Batu*..inshaa'Allah jika diberi peluang..nnti bro BM jawab ye pasal bloglist tu..

wsc biolo delete icon 3:41 PTG

hebat bisa menumpuk batu tuh

Wafi Remli delete icon 5:38 PTG

Memang kreatif idea ni...ada hikmahnya kut..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap