Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua sahabat dan tetamu Relaks Minda. Bersyukur kerana dapat menikmati lagi Hari Jumaat yang mulia ini. Hari yang muncul seminggu sekali ini cukup besar hikmah dan ganjarannya andai kita melakukan beberapa amalan sunnah yang hanya dapat kita nikmati di hari ini. 


Jika kita lihat, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tanda-tanda kiamat kecil sudah jelas kelihatan. Hanya menantikan tanda-tanda kiamat besar. Adakah kita kini sudah berada di akhir zaman? 


Golongan Di Akhir Zaman

Ibnu Abbas memberitahu bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

"Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala ganas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan. Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah."

"Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekatimu tapi jika engkau menjauhi mereka, mereka akan mengumpat kamu. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan kianat kepadamu. Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan."

"Hukum di kalangan mereka adalah bidaah dan bidaah adalah sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bidaah. Maka sesiapa mengikuti sunnahku ketika itu, dia akan menjadi terasing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bidaah akan mendapat 50 orang teman atau lebih."

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Apakah mereka melihat mu?"
Jawab Rasulullah, "Tidak."
Para sahabat bertanya lagi, "Apakah turun wahyu kepada mereka."
Jawab Rasulullah, "Tidak."
Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimana keadaan mereka?"
Jawab Rasulullah, "Seperti ulat di dalam cuka."
Bertanya lagi para sahabat, "Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?"
Jawab Rasulullah, "Seperti bara di dalam genggaman, kalau di letak ia akan padam tapi kalau kekal digenggam ia akan membakar."

Jika benarlah kita kini berada di akhir zaman, betapa sukarnya kita untuk mempertahankan akidah. Dapatkah kita membezakan yang mana benar yang mana salah sedangkan ilmu di dada masih sedikit? Pada siapakah yang boleh kita percaya untuk kita mendapatkan ilmu dan pedoman?

Rupa, wajah, penampilan dan amalan sudah tidak dapat kita bezakan. Bahan ilmuan sudah tidak dapat di ketahui keaslian dan ketepatan isi kandungannya. Hanya Al-Quran yang masih terpelihara untuk dijadikan rujukan. Fasih dan fahamkah kita memahaminya?


Semoga kita masih belum sebenar-benarnya di akhir zaman. Sebelum terlambat... penuhkanlah ilmu di dada. Tuntutlah ilmu selagi masih ada alim ulama dan kitab-kitab yang kita yakin benar ajarannya. Kuatkan amalan dan beramal soleh buat bekalan dan perlindungan.

Sama-samalah kita saling mengingati dan berdoa agar kita semua masih dijalan yang benar dan dibawah peliharaan Allah SWT. Berilah peringatan kepada anak-anak kita... mungkin mereka yang akan menempuhnya. Wallahualam....


Ingatkan saya, tegurlah saya, perbetulkan kesilapan saya dan maafkanlah saya.

Admin...

25 comments - "Adakah Kita Golongan Akhir Zaman?"

bekalan kesana sentiasa dirasai tak mencukupi ...

Unknown delete icon 10:29 PG

fizi pun rasa begitu juga..kita mmg berada diakhir zaman cuma kita leka dengan tanda tandanya...takut diri ini sebab belum lagi cukup menimba ilmu agama kerana terkejarkan ilmu dunia..semoag Allah melindungi kita semua ummat islam..

lately ni mcm2 hal berlaku.. especially tembak menembak.. pistol seolah2 mcm brg mainan je main tembak2 orang mcm tembak binatang je.. subhanallah..
thx BM for this gud sharing :)

Unknown delete icon 12:02 PTG

Byk hal dh berlaku dn semuanya menuju ke pengakhiran. Masih ramai yg leka dibuai kelalaian dunia...

Semoga kita semua terpelihara oleh Allah dan mendapat perlindungan dari bahaman api neraka.

Unknown delete icon 12:16 PTG

Semoga kita sentiasa dilindungi :)

Mizz Aiza delete icon 1:09 PTG

sama-samalah kita berpesan-pesan dan ingat-mengingati di antara satu sama lain..

Tanpa Nama delete icon 1:49 PTG

tq saling mengingatkan pada kita yg terkadang lupa & alpa

Tanpa Nama delete icon 1:49 PTG

done sedekah nuffnangx3 jumaat ni !

Bunda_nora delete icon 2:22 PTG

minta dijauhkan dan terpelihara olihNya...sama-sama kita saling ingat mengingati..

Unknown delete icon 2:54 PTG

Sungguh Benar.. :D

masa itu akan tiba jua...kita sedang berada di frasa-frasa terakhir episod perjalanan ini

ingat mengingati adalah satu amalan mulia..

Khir Khalid delete icon 4:27 PTG

Klu difikirkan boleh juga dikatakan kita ini mmg golongan akhir zaman.. cuma bila pengakhiran itu, hanya Allah jua yg tahu. Kiamat kecil, Kiamat besar.. kita semua pasti berakhir juga nnti. Semoga amak kebaikan kita semua dpt menetapkan kita terus diatas jalanNya.. amin. Salam Jumaat saudara BM :)

Telah dinyatakan yg aqidah umat akhir zaman ibarat buih-buih dipesisiran pantai... mudah dilambung-lambung, bergulung-gulung, terdampar dan hilang ditelan pasir pantai.... apa yang tinggal hanyalah sedikit sisa-sisa yang tertinggal.....

Allahurobbi... takutnya kakak BM apa lagi kakak punya anak-anak yg perlu didikan. Bimbang alpa.

Tanpa Nama delete icon 7:04 PTG

terharunya kathy membaca entri ni..ternyata kathy terlalu kerdil di dunia ini...

Zawiah delete icon 10:28 PTG

jika tanda itu ada , maka benarlah ... tanya diri , " banyakkah bekalanku ? " ...

Ya Allah masih jauh perjalanan yang perlu aku tempuhi, kuatkn imanku dan terimalah amalan, jauhkan aku dari mereka yg berbuat pekara sia-sia

kakiblog delete icon 2:22 PG

ya..kita adalah manusia akhir zaman,.....walaupun tak tau bila kiamat akan berlaku.



Entri Terkini Saya : 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog

Belum cukup amalan saya untuk di bawa ke akhirat kelak. Moga ada masa lagi.

OKje delete icon 10:54 PG

Mampu ke tak mampu, cukup ke tak cukup, mahu ke tak mahu....tetap kena hadapi....hanya Allah tempat kita memohon moga hati ini dilembutkan untuk terus menambah ilmu yang kurang, hati yg malas ini....

Unknown delete icon 5:04 PTG

Ye lah kan..tak tahu mana benar mana salah dah sekarang ni..kesian kt anak-anak kita kelak..

Nina Mads delete icon 6:36 PTG

dunia semakin tua.. belum cukup amalan sebenarnya. semoga diberi kesempatan. aminn

Fais-SKA delete icon 7:59 PG

kita mmg umat akhir zaman..cuma ptanda besar je belum keluar lg..kalau crita bab akhir zaman scara details mmg mengerikan..harap kita semua bertemu Allah dhalu drpa melalui zaman yg dasyat ni..sama2 la kita doa, yg kita ni tergolong dalam kalangan orang2 yg beriman..Alhamdulillah..perkongsian yg bermanfaat..

Tanpa Nama delete icon 4:30 PTG

syiah itu sesat lagi menyesatkan!

nhhas delete icon 5:46 PTG

Assalamualaikum wbt...
betul2... insaf...huhhuhu....

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap