Dalam gerimis kaku kesejukan,
Basah lenjun cadar dijemuran,
Salam manis daku hulurkan,
Mari berpantun sekadar hiburan.
Kenanga mudah jadi kutipan,
Dalam pagar hati pun senang,
Bunga indah buat tatapan,
Minda segar hati pun tenang...
Sarapan beta beralas seludang,
Bukan hormat yang diharapkan,
Santapan mata puas memandang,
Syukuri nikmat yang diberikan...
Karangan madah jadi kenangan
Terasa lelah memaksa ilham,
Pemandangan indah tiada bandingan,
Kuasa Allah pencipta alam...
Sepinggan ulam sudah disiapkan,
Jadi santapan kami berlapan,
Keindahan alam jangan dimusnahkan,
Buat tatapan dimasa hadapan...
Hidup beretika bebas bebanan,
Jangan pudar kena tegas,
Rehat seketika melepas tekanan,
Badan segar minda cergas...
Bunga selasih aku hulurkan,
Menjadi tanda hati berdendang,
Terima kasih daku ucapkan,
Kerana anda sudi bertandang.
p/s : Selamat bercuti dan semoga menikmati hujung minggu yang indah dan ceria disamping keluarga dan insan-insan tersayang... =)
Admin...
38 comments - "Hiburan di Hujung Minggu"
Selamat berhujung minggu BM.
Pandai BM berpantun. Saya memang tidak mahir berpantun. Tahniah! Satu usaha yang baik dalam memvariasikan tulisan dalam entri.
Macam adaperubahan la kat blog ni. Ada klik utk baca seterusnya. :)
BM ni mmg org seni, sastera kan? Eh tapi engineer? Owh.. Serba boleh.
saya mmg pencinta bunga ... thanks , cantik ...
memang cantik-cantik gambar tu...tengah belajar mengambil gambar seperti di atas...Selamat berhujung minggu BM
happy weekend..nice picture...hehehe...
selamat b'hujung minggu, gambar yg cantik n pantun yg menarik... :)
Tilam dibuka ada pepijat,
Pepijat dibalun lekap di jari;
Salam merdeka tanda berhajat,
Hajat berpantun setiap hari... :)
Ummimanje@Ummikami.... :)
wwahh makin hebat berpantun, teruskan entri seperti ini
anugerah Allah yg sgt cntik =) smart gambar 2 semua..selamat berhujung minggu bro BM
indahnya pantun seindah bunga2 di taman...
Cekau keladi umbut cendawan, ,
Petak rumpun peria yang mati;
Kalau sudi jemputlah tuan,
Teratak pantun sedia menanti.... :D
Alamak.. blur saya bab berpantun..mujur rangkap bawah boleh faham..hihi..
jap2 nak berpantun
Pagi-pagi baham apam,
Apam cicah kelapa,
Apa khabar BM?
Hujung minggu buat apa?
Hahaha..macam tak best jer..
Sekadar mencuba dan mengubah selera...
Terima kasih cikgu dan selamat berhujung minggu :)
Cuba2 je...serba boleh tu mcm belum lagilah kot, hehe
Thx cikgu liza
Pasti laman dan dalam rumah berbunga-bunga :)
TQ Vee
Sekarang ni pun hasil gambar2 anda pun sudah amat menarik dan mengagumkan. Tp ada byk ruang utk peningkatan...semoga berjaya!
Thanks Kathy... :)
Happy weekend too
Selamat berhujung minggu juga dan terima kasih diatas kunjungan anda
Pepijat dibalun lekap dijari,
Dikumpul seguni terasa geli,
Hajat berpantun setiap hari,
Hamba disini sedia membeli...
Terima kasih Ummi...
Sesekali bolehlah Acik...Pening kepala mengarang, hehe
Terima kasih :)
Selamat bergembira di hujung minggu...Thx Fais
Pantun amatur...belum lagi cukup sempurna.
Thx cikgu.
Petak rumpun sirih menjunjung,
Terasa silau tiada berumput,
Teratak pantun pasti kukunjung,
Bertamu walau tanpa dijemput... :D
Hahaha....bolehlah! Asalkan faham, cuba lagi ya...
Menung menunggu kerang terapung,
Jemu tiada terhapus sendu,
Hujung minggu pulang kekampung,
Bertemu bonda melepas rindu... :)
pandai BM berpantun...kalah bunda orang lama...
indahnya kata-kata pantun itu termasuk bunga-bungaan :)
Manakan boleh melawan bunda yg lebih berpengalaman...
Terima kasih AM...semoga anda terhibur :)
Waahh bestnya rangkap pantun BM.. dari mana datangnua idea kerang terapung tu semua.. ishh kagum2..
Dah jemu tengok bunga.... nak gambar lain pulak! hehe
pantunya indah
pandai berpantun..nak balas tapi tak ada idea hehe
Cantik cantik, suka tengok..
Assalamualaikum. subhanallah cantik sungguh gambar ni :)
bunga2 mekar berkembangan
harum segar di tengah laman
terima kasih atas perkongsian
menyegarkan minda beroleh ketenangan
Boleh saya menggunakan gambar bunga2 yang lawar di blog ini untuk FB page saya? :)
Ambillah...dialu-alukan, ianya bukan hak saya, semuanya hak Allah jua... :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”