The Inspirational Story of "Bai Fang Li"
Kisah inspirasi - hidup umpama lilin. Pada tahun 1987, seorang pengayuh beca berusia 74 tahun yang bernama Bai Fang Li @ Bai Fangli telah pulang ke kampung halamannya kerana berniat untuk bersara dari kerja yang sungguh memenatkan ini.
Sampainya dia di kampungnya, dia melihat beberapa kanak-kanak sedang bekerja di ladang. Kanak-kanak tersebut tidak bersekolah kerana terlalu miskin, tidak mampu untuk membayar yuran dan menyediakan keperluan sekolah.
Melihat keadaan tersebut, Bai Fangli segera kembali kebandar Tianjin dan kembali meneruskan kerjanya sebagai pengayuh beca. Dia akan sentiasa berada di sebelah stesen keretapi Tianjin untuk menanti penumpang keretapi yang memerlukan perkhidmatannya.
Dia bekerja 24 jam sehari dan hanya berhenti rehat seketika untuk makan sekadar mengenyangkan perutnya. Makanannya pula dikutip dari sisa makanan yang tidak habis di makan. "Makanan ini datangnya dari hasil kepayahan dan titik peluh petani diladang, ia tidak habis dimakan, salahkah aku menghabiskannya daripada membazir dan di buang begitu sahaja?"...itulah Bai Fangli. Dia juga hanya menukar pakaiannya apabila terjumpa pakaian elok yang di buang.
Semua hasil pendapatannya disimpan dan didermakan kepada sekolah di kampungnya untuk membiayai persekolahan kanak-kanak miskin yang tidak berkemampuan untuk bersekolah.
Semua hasil pendapatannya disimpan dan didermakan kepada sekolah di kampungnya untuk membiayai persekolahan kanak-kanak miskin yang tidak berkemampuan untuk bersekolah.
Penyuntik Semangat dan Inspirasi
Setelah 14 tahun, pada tahun 2001 Bai Fangli pulang ke kampungnya bersama becanya dan terus ke Tianjin YaoHua Middle School untuk menghantar kiriman wangnya yang terakhir.
Ketika itu usianya telah hampir mencecah 90 tahun dan beliau memberitahu yang beliau kini tidak mampu lagi untuk bekerja dan menghulurkan bantuan. "Saya hanya mahukan kamu belajar, mendapat kerja yang bagus, menjadi insan yang baik dan berjasa untuk negara" Itulah harapannya. Kesemua pelajar dan guru disekolah tersebut sungguh tersentuh hati dan terharu dengan pengorbanannya hingga menitiskan air mata...
Keseluruhannya, Bai Fangli telah menderma lebih dari 350,000 yuan dan berjaya membantu lebih dari 300 kanak-kanak dikampungnya menyambung pelajaran di sekolah. Pada tahun 2005, Bai Fangli telah meninggal dunia. Beliau pergi dengan meninggalkan satu semangat dan inspirasi buat semua warga China dan kini kisahnya tersebar keseluruh dunia. Sumber dari SINI
Renungan Bersama
Jika seorang pengayuh beca tua yang hanya memakai pakaian terbuang dan tidak berpelajaran mampu membiayai lebih dari 300 kanak-kanak bersekolah, bayangkan apa yang kita boleh lakukan dengan keadaan kita yang cukup dari segala segi sama ada fizikal, kesihatan dan pendapatan. Apatah lagi bagi mereka yang mendapat lebih dari keperluan. Bersama-sama kita ambil pengajaran yang berguna buat motivasi dan renungan bersama. "Bai Fang Li" - Benarlah... Hidup Mu Umpama Lilin...
Terima kasih bersama Relaks Minda... "Niat yang ikhlas dan murni pasti dipermudahkan urusannya...Insyaallah"
Admin...
50 comments - ""Bai Fang Li" - Hidup Mu Umpama Lilin..."
Sunnguh mulia hatinya...tak ramai berhati baik seperti beliau sekarang.
pasti tak ramai insan yang sanggup berkorban untuk orang lain..sebak membacanya.
nice info....
betu, betul, betuuulllllllllllllll
manusia mcm ni hanya ada 1 dalam sejuta...mmg memberi inspirasi kisah beliau....
Subhanallah.. kalaulah beliau ni seorang Islam spt kita.. sedia maklumlah.. besar pahalanya. Berangkai2 pahalanya dari tunas berangkai ke buah.. Mmg sy sgt terkesan & mmg baik utk kita jadikan teladan.. T kasih sahabat BM diatas perkongsian ini.
Done juga klik tabung sbg penghargaan walaupun x seberapa, mudah2an berkat.. :)
Subhanallah..mulianya hati dia..alangkah bersyukurnya kalau dia masuk islam..smoga pengorbanannya dihargai oleh semua insan yang di dunia ni..
teruja dengan semangat kental orang tua seusia ini..Subhanallah...
Satu kisah pengajaran yang cukup erti mulianya. Moga usahanya itu dihargai dan dikenang oleh kanak-kanak tersebut.
Baiknya hati dia. Menjadi inspirasi utk kita membantu kepada ug memerlukan.
sebak bila baca kisah ni....
Sedihnya kisah ni..tersentuh..kita zaman skrg lebih pentingkan keperluan dan kehendak diri sendiri.. orang lain dapat sisa je..
"Makanan ini datangnya dari hasil kepayahan dan titik peluh petani diladang, ia tidak habis dimakan, salahkah aku menghabiskannya daripada membazir dan di buang begitu sahaja?"
ramai dari kita yg beranggapan,org yg berbuat begitu adalah kurang siuman..
Semangat mengatasi segalanya.. hebat :D
Assalammualikum...BM,
Memang jarang2 sangat ada manusia yang setulus dan seikhlas Bai Fangli... berbuat kebaikan bukan kerana nama, untuk dipuji2... tetapi demi ikhlas hanya untuk membantu meringankan bebanan kanak2 miskin sedangkan dia sendiri miskin..
mselim3
Mencari sebutir mutiara yg bersinar dicelah-celah lumpur lebih mudah berbanding mencari mutiara terbaik diatas timbunan mutiara yg banyak. Yg senang tak pernah ingat yg susah, yg susah pula tiada semangat untuk berubah...
Untuk mencari satu 'Bai Fangli' di M'sia pun tak boleh jumpa kakak rasa.
ya,begitulah kehidupan ini. Cerita ini memang menginspirasikan kita semua.Tidak perlu tunggu jadi kaya atau senang untuk bersedekah dan membantu orang lain. Islam pun menganjurkan begitu.Membantu dan berkhidmat mengikut kemampuan yang kita ada.terima kasih BM dengan perkongsian ini..:)
kisah benar yang patut kita jadikan iktibar dan teruskan jadi inspirasi untuk semua kan !. TQ berkongsi ye
done sedekah2 nuffnang juga dah
Agreed dgn bro BM. Kalau kita ikhlas utk jalan yg baik dan betul, Allah akan bantu kita. Tak kira apa agama sekalipun. Cuma kelebihan bg mereka yg berada dalam Islam dan bertakwa.
Sebahagian daripada contoh buat 1 kebaikan, akan dibalas dengan 10 kebaikan. Tetapi, kebanyakan dari kita malas untuk buat kebaikan. Mungkin, angkuh dan ego di dalam diri kita masih tinggi agaknya.
lelaki yg hebat
Mulia hati si tua tu.. contoh yang baik..
kita patut bersyukur dengan apa yg ada.. Alhamdulillah.
Amal jariah yang berpanjangan.... sangat salute dengan insan yang berhati mulia ini. Kerja bukan untuk diri sendiri tetapi untuk membantu orang lain....alangkah bagusnya kalau dia mendapat hidayah Islam...
hebatnya dia...
Semoga kita mampu untuk mengikut jejak beliaukan BM. Sedekah yang ikhlas tidak perlu banyak dan tidak perlu jadi kaya untuk melakukannya ..
sangat hebat, diharap mama juga mampu mengikut langkah beliau dalam usaha membentuk anak-anak mama. kuat semangat, azam yang tinggi penuh tekad.. uh!! bukan senang nak jadi seperti dia, tapi kalai usaha tak mustahil kan.... terima kasih atas cerita yang penuh manafat, 5 bintang untuk kisah ni.. hihihih
my bonda yg berumur 75 thn dah nampak terlalu uzur . tapi lelaki itu masih berjaya melaksanakan misinya ... subhanallah !
acik memang respect !! lelaki hebat :) semoga diri ini jadi seperti pak cik nie :)
terharunya aiza membaca kisah ini.. mulia sungguh hati beliau.. semoga menjadi pengajaran kepada kita..
sedih la kisahnya
moga kita jadikannya kisah tauladan
berusaha berjunag selagi termampu
pendidikan sentiasa diutamakan
Seorang yang sangat mulia hatinya...sayu saya baca kisahnyer...kagum...
hmm...mulia dan suci pengorbanannya...memang betul dialah lilin...
hebat sekali ya
patut di acungi jempol ya
antap betul ya .
super super
super mantap
good its goood
terenyuh
patut di conto
mantap inspirasinya
kalo kite x mampu bersedekah dgn wang, bersedekah la dgn tenaga..benda kecik yg dibuat dgn ikhlas, besar pahalanye.
good
mantap ya inspirasinya
bagus nihh inspirasinya
harus diconto
mantap surantap
sangat membuat air mata bercucuran
mulianya hati Bai Fang li ni BM..terharu membaca kisah ni
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”