Assalamualaikum... Salam manis dari saya buat anda, sahabat dan tetamu istimewa Relaks Minda. Tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita...semoga anda semua dalam keadaan sihat, tenang dan ceria tidak kira dimana dan apa jua yang anda sedang lakukan.

Setiap makhluk hidup di dunia ini diciptakan berpasangan dan jika anda sudah berpasangan.. Adakah pasangan anda merupakan idaman anda? Bagi yang bujang pula, adakah anda idaman kepada mereka yang mencari pasangan? Tidak perlu menjawabnya kerana anda sendiri tahu jawapannya. Bagi yang inginkan sedikit panduan, gunalah ini sebagai persoalan yang memberi jawapan tentang diri dan pilihan anda.

Adakah Aku Lelaki Idaman?

Tatkala seorang lelaki bujang memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah, "Handsome kah aku?", "Adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger? Adakah aku sekacak Aaron Aziz? Adakah aku bergaya seperti Datuk K yang mampu menambat hati Datuk Siti? Adakah aku lelaki idaman setiap wanita?

Ya..Tidak atau Tidak Pasti?
Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut pula ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?


6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?


11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?


Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!

Adakah anda memilikinya wahai kaum lelaki idaman wanita?
Benarkah itu ciri-ciri lelaki idaman anda wahai kaum wanita?


p/s: yang pasti, aku adalah lelaki idaman isteriku. ")
Selamat berhujung minggu...dan Selamat bercuti! (ada segmen istimewa untuk anda di Hari Malaysia nanti)
Admin...

43 comments - "Adakah Aku Lelaki Idaman?"

Muhasabah yang harus selalu ada dalam minda fikir kita.terima kasih dengan entri yang penuh peringatan ini.

"Lelaki dan wanita yang baik, adalah untuk lelaki dan wanita yang baik..."

ZazaMyMoon delete icon 11:59 PG

lelaki idaman ku adalah suamiku..
dia lah lelaki terbaik untk melindungi keluarganya..
cewahhh ayat novel sangat nih ;P

bagus ni untuk audit diri ni BM... ^_^... tapi apa pun yang pasti, bagi setiap wanita, lelaki idaman mereka adalah kekasih yang halal buat mereka iaitu lelaki yang bergelar SUAMI... ^_^

Nao Mei delete icon 12:33 PTG

jawapan senang je BM....ingin mencari kesempurnaan...kesempurnaan berlalu pergi....

Raudzah Z delete icon 12:48 PTG

Alhamdulillah ..Sentiasa muhasabah dirikan BM..Tapi soalan-soalan yang paling atas tu Okje..after habis 16 soalan tambah lagi 4...Mesti lagi segak..kan..

siapa yg telah ditetapkan ALLAH sbg jodoh,dialah yg terbaik buat kita....

Kakzakie delete icon 1:37 PTG

Apa yg pasti pandangan pertama mata mesti nak yg segak / hensem tapi bila dah kenal mulalah merisik peribadi diri. Kalau segak/hensem tapi banyak kriteria di atas tak ada - sekali lagi yg pasti rejek!! hihi.... Tapi ada yg mulanya tak ada itu semua tiba masa perubahan dilakukan. Istiqamah kena ada...

Kathy Rbain delete icon 2:06 PTG

lelaki idaman kathy ialah my hubby..tak nak memilih yang terlalu sempurna sebab kathy pun banyak kelemahan..

Awak adalah lelaki idaman malaya....dah isi tabung nuff anda.

Ya, Benar sekali...itu telah dijanjikan Allah...

Sudah tentulah, xkan orang lain pula kan... :)

Checklist untuk kita renungkan bersama... Yg pasti, kalau sudah berkahwin takkan lah ada idaman yg lain pula...kan.

Jawapan dari insan kecewa...Insyaallah, cik akak akan mendapat yang terbaik. Carilah yang memenuhi checklist di atas ye...:)

Bukan setakat 4....banyak lagi pun boleh. Asalkan itulah kriteria yang menjadi idaman anda

Tepat sekali...bagi yg belum mendapat jodoh, renungkan peringatan dari Cik Matahari diatas.

berusaha untuk menjadi idaman pasangan masing2.. :D

Sudah tentulah yg pertama ianya dari pandangan mata, dan kemudian baru mendalami hati dan sifat...
Pastilah kecantikan dalaman akan menjadi pilihan utama.

Sudah tentu pasangan kita adalah yang terbaik...saling melengkapi

Anda maksudkan diri anda kan :) ...sebab saya sudah berpunya. :)

Ya...Terus berysaha mempertingkatkan diri dan lakukan yang terbaik.

allahuakbar. terima kasih atas entry yg bermanfaat ini.

salam ukhuwah dr nanie.

Berusahalah menjadi yang terbaik kerana 'Hanya yang terbaik untuk yang terbaik'. dan terimalah 'sidia' seadanya kerana itulah jodoh terbaik kita yang Allah janjikan..

Yumida Huda delete icon 6:33 PTG

beznye..x sabar nak join segmen hari malaysia..
alhamdulillah...nice sharing BM..moga yg lelaki mengambil tips dri yg ni utk menjadi lelaki idaman wanita
malah, wanita juga begitu

ANIM delete icon 6:33 PTG

baguslah bermuhasabah untuk diri sendiri, BM:-

kak pun impi menjadi ketua bidadari buat suami di syurga. ya Allah... layakkah aku?

alhmdulilah muhasabah diri, di mana ada kekurangan itu di perbaiki

Terima kasih nanie...salam kembali :)

Hanya yang terbaik untuk yang terbaik...tepat sekali kata2 kak nah :)

nice sharing, kalaulah ciri itu semuanya ada pada setiap lelaki..... ...

Terima kasih Yumida...semoga anda memberi sokongan dengan segmen pertama saya ini ya

Untuk diri sendiri dan mereka yg memerlukan...
Insyaallah Kak Anim, lakukan sehabis baik dan ikhlas. Saya juga doakan yang terbaik buat akak.

Bersama2lah kita memperbaiki...

Hmmm...insyaallah, akan cuba sebaiknya kearah itu

pha is delete icon 9:57 PTG

hmm.. banyak lagi yg x lepas nih.. hehe

Yang pasti, suamiku adalah lelaki idamanku dulu kini dan selamanya.. :))

untuk mendapat yg terbaik hrus berusaha menjadi yang terbaik ~ nice sharing

sesiapa yg belum kahwin elok la ikut tips BM ni..

baby comel delete icon 10:03 PTG

Tentang lelaki... takut nak mencari suatu ke'sempurna'an. Berserah shj kpd tuhan, biarlah Dia yg menentukan

Satu taksiran yang menguji keimanan.

Selamat berhujung minggu. Tak sbaar nak tunggu segmen tu.

setakat ni tak jumpa lagi yang memenuhi senarai semak di atas.. mungkin aiza pun kena jadi yang terbaik juga kot, masih banyak kekurangan diri ini yang perlu diperbaiki..

cik tom delete icon 11:25 PG

bagus buat renungan jgk bg wanita...hehe...lelaki idaman cik tom belum ditemui :)

S.K.A delete icon 5:57 PTG

Subhanallah..sma2 muhasabah diri..smoga ambe jd jejaka yang dapat pikat perhatian Allah..barulah perhatian manusia yg mungkin bergelar isteri 1hr nnti..usha tangga kejayaan..

apa yg boleh kita lakukan hanya berusaha menjadi yang terbaik disisi ALlh swt kan ! In Shaa Allah

Khir Khalid delete icon 3:53 PTG

Soalan diri yg sgt baik.. sentiasa bermuhasabah agar sentiasa berusaha utk menjadi insan yg baik, in shaa Allah. T kasih diatas perkongsian yg bermanafaat ini ye saudara BM :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap