Assalamualaikum..
Episod kali ini memaparkan beberapa lagi permintaan peserta Segmen Khas yang ingin di tunaikan oleh JIN. Buat peserta-peserta segmen yang masih belum terpilih... Mungkinkah kali ini rezeki berpihak kepada anda?

Terima kasih sekali lagi kepada anda yang menyertai Segmen Khas di Relaks Minda. Segmen Khas Pencarian "Bloglist Sahabat" yang akan melayakkan URL blog anda terpapar di sidebar blog ini.


JIN pun sudah semakin sihat walaupun pening-pening lalat hendak memenuhi permintaan anda semua. Kita lihat permintaan siapa pula tertunai kali ini :


Permintaan anda dan jawapan dari JIN


1. Mahukan terus berkongsi ilmu  - Liza Yati, Acik dan Mizz Aiza
JIN - "Itulah sebaiknya...Ilmu jangan simpan-simpan nanti memakan diri! Suka sama kamu semua. Kamu boleh masuk Bloglist!"
BM - Wah! Nampaknya mood JIN bagus hari ini. Insyaallah...segala pengalaman dan ilmu itu bukan untuk diri sendiri. Ilmu mestilah di amalkan dan di kongsi. Insyaallah...sama-samalah kita berkongsi ilmu...

2. Mahu pengakuan tentang 5 kelemahan/keburukan dalam diri BM - BUNDA a.k.a KN
JIN - "Ha! Bagus!...ada peluang nak merasuk ni! Cepat BM...Aku pun nak tau. Bunda masuk Bloglist...sayanggg Bunda!"
BM - Hadoi!...ini memakan diri nih! Bunda punya pasal saya turutkan...
1. Malas - saya ni pemalas terutama mengemas rumah, hehe kalau suruh memasak, basuh baju, gosok baju ke atau apa saja tiada masalah tapi mengemas, menyapu... Oh! Malasnyaaa....
2. Tidak suka pakai minyak rambut, sebab tu saya sentiasa pakai topi atau kopiah kalau keluar rumah.
3. Tidak suka tidur awal...masa tidur saya mesti pukul 12 keatas. Rugi kalau tidur lama-lama. 
4. Tak biasa bangun sendiri, maklumlah bila tidur lewat ni...Isteri adalah jam loceng saya dan saya amat2 memerlukan dan menghargainya...tanpa dia, subuhku entah kemana! Dialah menyempurnakan hidupku.
5. Mudah kasihan...Ya, sebab tu saya ni kalau jadi Boss...anak2 buah semuanya dengan mudah ambil kesempatan dan dapat promotion. Sebab itu saya berhenti kerja dan buat kerja sendiri.

Alhamdulillah...sukar untuk mengaku keburukan/kelemahan diri tapi itulah realiti yang harus kita hadapi...kita ini hanyalah insan yang lemah...

3. Mahu lihat permaisuri hati BM - Hainum OKje
JIN - "Ini orang sangat suka sorok-sorok! Mau tengok bini pun susah...bukan mau curi da! Cun ka? Ini OKje banyak bagus minta la....kasi masuk Bloglist lah!"
BM - Alahai...permintaan yang berat untuk di tunaikan. Wajah sendiri pun di sorokkan, nak tengok muka bini pula...hadoiiii... OKje!! Saje je pekena! Oklah...kerana OKje sahaja yang minta...saya akan e-mailkan hanya untuk OKje. Simpan ketat2 ye...(sila bagi e-mail address)

4. Ajak singgah blog anda - Ummi Kami, Blogger Lelaki dan Kaki Blog
JIN - "Sangat suka di jemput...ada makan2 ka? Suka makan2....Kambing golek satu! BM kasi letak kat Bloglist...senang mau singgah!"
BM - Insyaallah...saya tidak menjanjikannya tapi saya akan cuba sekerap yang boleh dan termampu untuk singgah di blog-blog anda. Kepada rakan-rakan yang lain...marilah datang sekali!

5. Mahu membuat entri santai seperti Relaks Minda - Cik Tom dan Kak Nah 
JIN - "Sekarang ni pening!...elok juga kalau boleh santai2 dan relaks2....Fuh!! Tenanggg. Jangan ganggu lagi! pi masuk Bloglist!"
BM - Betul ke JIN ni...lain macam je! Semuanya masuk Bloglist nih! Saya tercetus idea ini bila melayari ke setiap blog, rasa letih mata dan otak. Membaca pelbagai topik, isu dan kisah. Kalaulah dapat rehatkan minda sekejap... Kenapa tak ada blog yang santai dan releks untuk memberi ketenangan buat seketika? Hanya dengan menyaksikan gambar-gambar indah pun sudah cukup menenangkan. Maka dari situlah datangnya idea dan kewujudan blog ini. Kini saya cuba beri pengisian agar mendapat sedikit manfaat, pengetahuan, informasi dan kebaikan bersama.

Oleh Itu untuk membuat entri seperti ini anda kena bayangkan di kala anda dalam tekanan dan keletihan. Apakah yang mampu memberi anda ketenangan? Gunakan bahasa yang mudah dan senang difahami. Gunakan pendekatan psikologi dan motivasi disamping gambar-gambar yang memukau pandangan. 

Kita relaks sekejap...

6. Mahukan tips kejayaan blogging - SKA
JIN - "Ini orang mesti kalah merempit...itu pasal mahu berjaya! BM kasi tikar terbang... Selamat dari merempit, konpom menang punya... Masuk Bloglist juga, kalau tidak ini orang tak tau serik punya!"
BM - Apalah JIN....mana aku ada tikar terbang! Tikar mengkuang pun tak ada. Jangan ambil hati ya Fais (gurau2 je JIN tu dgn mu) Semoga cepat sembuh ya. Macam mana nak bagi tips kalau saya pun belum berjaya. Mungkin entri-entri sebelum ini tentang ilmu blogging boleh sedikit membantu. Sila lihat entri INI, INI, INI, INI, Selain dari itu belajarlah dari blog2 ternama yang banyak memberi tips dan panduan. Rajin berusaha dan istiqamah...pasti anda akan berjaya!

7. Mahu jadi blogger kaya - Yang Baik Ishak
JIN - "Suka! Suka! Suka! Aku pun mau kaya! Suka sama kamu...masuk bloglist! BM! Macam mana mau jadi kaya? kalau aku kayaaa...hari-hari, hari rayaaa...!"
BM - Saya pun tak kaya macam mana nak penuhi permintaan ni...Dapat JIN pun sengkek. Kalau aku boleh sumpah...Jadi seri kaya JIN ni! 
Tapi tidak mustahil untuk menjadi seorang blogger jutawan...mungkin payah buat blogger Malaysia tapi jika terkenal hingga ke peringkat global ianya mungkin boleh jadi kenyataan. Tiada yang mustahil jika ada kemahuan dan di izin Allah, hanya doa yang mampu saya kirimkan...Semoga berjaya! Ingat saya bila dah kaya ya...

8. Ingin bertemu BM dan rakan-rakan blogger - Acik, Mieza JK dan Kisah Si Diary
JIN - "Aku pun nak jumpa...mesti cun awek2 ni! Kita jumpa di Taman Bunga...OK ka? Kasi masuk bloglist...senang buat appointment! Itu Acik cun juga ka?"
BM - JIN gatal nih! Acik tu lelaki la... dapat penumbuk nanti! Nampaknya semua masuk Bloglist ni... Betul2 pening JIN ni. 
Saya pun kalau diberi peluang dan ada rezeki...mahu sangat berjumpa dengan anda dan semua blogger. Insyaallah...mungkin izinkan Allah suatu hari nanti. Sama-sama kita doakan ya... Kalau singgah ke Kuala Kubu Bharu dan kawasan sekitarnya, inform le... mungkin kita boleh bertemu.

Cukuplah setakat ini...Hari ini mood JIN terlebih baik sangat le pulak, mungkin sebab pening kot...Kalau di teruskan juga, pasti semua blog tersenarai di "Bloglist Sahabat". Nampaknya rezeki dan tuah berpihak kepada anda yang menjadi tambahan kepada senarai yang telah di pilih sebelum ini....Tahniah buat Acik, Liza Yati, Kak Nah, Cik Tom, BUNDA a.k.a KN, Hainum OKje, Ummi Kami, Blogger Lelaki, Kaki Blog, SKA, Yang Baik Ishak dan Mieza JK (anda akan disenaraikan secepat mungkin...)

Buat peserta-peserta segmen yang masih belum atau masih belum habis di tunaikan permintaannya, sabar ye... nantikan di episod seterusnya. Mungkin rezeki dan tuah anda pula untuk tersenarai di "Bloglist Sahabat". Semoga bertemu kembali...Wassalam.

Selamat menikmati rehat di hujung minggu...Tenangkan fikiran

p/s: Jangan marah dan berkecil hati dengan gurauan. Maaf kalau tersinggung...sila tegur ya. Maaf juga kerana tidak dapat BW...sibuk dgn program taman untuk sambutan hari keluarga. 
Admin...

48 comments - "Permintaan Anda Tertunai Sudah - Episod 2"

Bunda_nora delete icon 7:31 PG

assalamualaikum anakanda BM, terima kasih yer..semoga murah rezki BM sekeluarga ..aamiin..

Terima kasih BM!! Kirim salam orang rumahnya. Hehe... moga ukhuwah di alam maya ini terus berkekalan.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Masih menanti lagi 2 permintaan, hehehe

Unknown delete icon 9:01 PG

Assalam.BM terima kasih..insyaAllah boleh knah cuba pasni..

terima kasih JIn..eh..BM sbb dah tunaikan permintaan tu..hahaha

wah.. tahniah lah pada yang terpilih.. :)

OKje delete icon 10:48 PG

Satu je tertunai? Yang satu lagi tu macam mana?Biasalah kan manusia ....bagi jari nak tangan hehe....
Apa pun TQ BM.... sori kalau permintaan yg macam macam ni menyusahkan hang....
hainomharyani@yahoo.com

Hei JIN! kamu ni kalau cakap apa pun BM ikut aje ke? macam ini kakak pun nak cari satu Jin jugalah..

Tahniah buat semua yg tersenarai. Kakak baca N3 ini dengan senyum-senyum BM dek kerana Jin itulah:)

wah permintaan acik di tunaikan ..terima lkasih :)

Mizz Aiza delete icon 12:52 PTG

hehe.. kelakar betul la jin BM ni.. :D

Unknown delete icon 1:03 PTG

permintaan fizi belum tertunai lagi hehe :)

Unknown delete icon 3:30 PTG

Permintaan no 3 tu.. saya pun nak tgk jugakkk....
Email cepat..hehe..cinta25hb@gmail.com..jangan lupa tauu.

Unknown delete icon 3:36 PTG

Terima kasih BM sudi memilih saya..hehe

Unknown delete icon 4:26 PTG

cemuh duk cari maksud BM tu menda..hahaha...ingat Bahasa Melayu..rupa2nya Bin Muhammaad..sorry sbb baru dalam blog tuan..ni baru kali ke 6 menjenguk

Khir Khalid delete icon 5:47 PTG

Jengah2 juga tngok permintaan yg abg jin tu tunaikan walau pun x berkesempatan nk buat permintaan.. Harap2 dpt kenal dgn abg Jin tu nnti hehee :D

Nina Mads delete icon 6:28 PTG

tergelak baca jawapan jin.. hehehe
jin pun pening nk bg tahu :)

suri delete icon 7:34 PTG

banyak sungguh jin berpesan-peasan

Tanpa Nama delete icon 8:05 PTG

tahniah buat semua yang terpilih..

Aimacomel delete icon 8:35 PTG

Jin tu laki ke pempuan eh tuan bm? Hehehe

Zawiah delete icon 9:50 PTG

gila - gila otak jin nih ... heheheee

kakiblog delete icon 12:31 PG

terima kasih kerana menunaikan salah satu permintaan kakiblog...semoga kita terus berkunjung walaupun senarai untuk kunjungan balas agak panjang juga..

Entri Terkini Saya : 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog

Fais-SKA delete icon 7:53 PG

Alhamdulillah =) he3 jin tu sgt memahami..terbaik la..terima kasih bro BM..1lg nk tanya boleh?? mcm mn bro BM masukkn bloglist dalam tab menu?? tlong ajar..ambe nk alihkn semua masuk tab menu je

Eh. Boleh buat special request lg tak. No 3 tu nak tgk jugak lah. :p lixayati@gmail.com.

Eh. Boleh buat special request lg tak. No 3 tu nak tgk jugak lah. :p lixayati@gmail.com.

Unknown delete icon 5:20 PTG

hehehe...pandai jin mengayat
terhibur mendengar jawapannya

BinMuhammad delete icon 11:24 PTG

Waalaikumsalam, sama2 bunda...terima kasih

BinMuhammad delete icon 11:26 PTG

Insyaallah...saya cuba

BinMuhammad delete icon 11:29 PTG

Insyaallah...begitulah hendaknya

BinMuhammad delete icon 11:31 PTG

Waalaikumsalam...semoga berjaya ya :)

BinMuhammad delete icon 11:33 PTG

Sama2...Insyaallah, saya cuba sebaik mungkin..

BinMuhammad delete icon 11:35 PTG

Sabar ye..next, next...next... episod kot, hehe
Sudah e-mail :)

BinMuhammad delete icon 11:36 PTG

Akak pun nak JIN! Amik jin saya ajelah...nak ke? hehe

BinMuhammad delete icon 11:38 PTG

Sama2 acik...terima kasih krn sentiasa support ya

BinMuhammad delete icon 11:39 PTG

Jangan susah hati, sabar ya...mungkin next episod :)

BinMuhammad delete icon 11:44 PTG

Sudah beri peluang buat 3 permintaan....mana boleh lebih, nanti tidak adil. Kena tunggu kalau ada lagilah Jin nak tunaikan permintaan... Sorry ye :) Jangan marah...

BinMuhammad delete icon 11:45 PTG

Sama2...terima kasih juga krn selalu support saya :)

BinMuhammad delete icon 11:47 PTG

Selamat datang ke Relaks Minda (RM), kehadiran anda amat2 saya hargai...selalulah bersama RM ye dan selamat datang juga ke dunia blog :)

BinMuhammad delete icon 11:49 PTG

Terima kasih ya. Jin tu nampak je macam tu, tapi pemalu sebenarnya :)

BinMuhammad delete icon 11:51 PTG

Insyaallah...Saya akan cuba yang termampu.

BinMuhammad delete icon 11:59 PTG

Saya tak pandai buat tutorial..Bloglist page (tab menu0 tu saya create dengan refer link seperti yang saya share di bawah
Sebelum itu mesti create static page dulu dan namakan ikut kesesuaian page.

http://technicallyeasy.net/2009/11/display-a-blog-list-as-a-static-page-in-blogger/

Semoga ianya dapat membantu...

BinMuhammad delete icon 12:01 PG

Maaf ye...permintaan telah di tutup. Tunggulah kalau ada lagi...hehe
Jangan marah yeee :)

Unknown delete icon 9:34 PG

Masih menanti jawapan.. :D

BinMuhammad delete icon 10:48 PG

Sabar ya Kak Izan...tunggu giliran :)

kakiblog delete icon 10:50 PG

ya sama2 kita berusaha

Entri Terbaru Saya : Laporan Terkini Kaji Selidik Backlink(siri 2)

Fais-SKA delete icon 5:18 PG

ok2..ambe cuba, syukran bro BM..jazakallah khairan kathira =)

hari hari makan roti kaya.... hahahaha

cik tom delete icon 7:49 PTG

thanks bro BM..cik tom baru tgk n bc entry ni...thanks a lot :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap