Assalamualaikum... Bertemu lagi di hari Jumaat yang mulia ini. Nikmati dan rebutlah ganjaran berganda di hari penghulu segala hari ini yang hadir hanya seminggu sekali. Ganjaran di Hari Jumaat.

Orang-orang tua dulu-dulu cukup banyak petuanya. Segalanya di kutip hasil dari pengalaman dan kejadian. Kini ianya menjadi rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Ada yang mempunyai maksud tersurat dan ada yang tersirat. 


Para ulama juga tidak terkecuali dalam memberi petua buat kita. Namun ianya adalah hasil dari ilmu mereka yang begitu arif dan pakar mendalami agama Islam. Ianya menjadi ingatan dan panduan buat kita agar tidak tergelincir dari landasan kebenaran. Mendidik kita agar menjadi insan yang kamil dan soleh/solehah.

PETUA IMAM SYAFIE


Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas






Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam






Empat perkara menajamkan mata 

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih






Empat perkara merosakan mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat





Empat perkara menajamkan fikiran

1.Ttidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama






Empat cara tidur

1. Tidur Para Nabi - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur Para Ulama dan Ahli Ibadah - Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur para raja yang haloba - Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur Syaitan - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



Semoga petua-petua ini menjadi amalan kita dan sampaikanlah dan saling mengingati sesama kita, kerana kita ini hanyalah insan yang lemah...mudah terleka, terlupa dan terlalai...


Terima kasih bersama Relaks Minda.... Berdoa dan Berzikirlah kerana itulah tunjang kekuatan seorang muslim.

Admin...

18 comments - "Petua Imam Syafie"

Assalamualaikum. subhanallah. terima kasih share ilmu.. mudah-mudahan menjadi amalan kita semua. insyallah :)

Pha Is delete icon 4:11 PTG

salam jumaat...

InshaAllah.. semoga boleh ikut petua2 ni.. =)

salam...terima kasih, perkongsian yang cukup bagus..saya suka.

terima kasih BM.Entri yang bimbing kita supaya buat checklist amalan seharian kita.Walau pernah baca dan tahu sebelum ini, bila ada lagi orang yang ingatkan, inilah masanya kita muhasabah balik amalan seharian kita.

Unknown delete icon 6:02 PTG

alhamdulillah nice sharing BM
yumida selalu mandi..kerap mandi
slalu minum air time makn..x bgs..hehe, suka mknn masam gak..nanti akn dikurangkan
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

sitirohaida delete icon 6:06 PTG

Perkara yang baik patut untuk dikongsikan bersama...alhamdulillah..

Khir Khalid delete icon 6:35 PTG

Perkongsian yg bermanafaat utk dijadikan amalan.. T kasih saudara BM, semoga bersama beroleh berkat.. amin. Salam Jumaat ye :)

Tanpa Nama delete icon 9:09 PTG

hmmm..terima kasih sudi publish entri ini..sangat berguna...

Zawiah delete icon 10:00 PTG

alhamdulillah , sangat membantu untuk menjadi lebih baik ...

Membaca entri sambil menatap bunga-bungaan ini sangat mengujakan. Terima aksih perkongsian yang santai tapi penuh makna ini.

Blog Santai delete icon 10:34 PTG

Thanks BM for sharing...salam jumaat ya..

Unknown delete icon 3:50 PG

Menarik.. 4 perkara yang menguatkan badan tu saya kena lakukan. tapi mandi 2 kali sehari ok dah kan? daging kadang2 2bulan sekali baru jumpa. kena kerapkan sket. perfume tak suka, cuma harapkan baju ke wangi. pakaian dari kapas? adakah sebab dia ringan? dulu ada jugak..skrg langsung tiada.

#Kadang2 saya selalu cemas dan kalut. Hmm..melemahkan badan rupanya.

ANIM delete icon 9:04 PG

4 perkara je kan bagi setiap bab tapi nak bagi perfect score 4 (walaupun bab rosak mata) pun susah BM...(kak anim le, bukan oranglain)

Fais-SKA delete icon 10:23 PTG

Alhamdulillah =) terima kasih atas perkongsian ni..sngt2 bermanfaat..

Tanpa Nama delete icon 12:01 PTG

tq berkongsi ilmu yer !

OKje delete icon 10:26 PTG

Macam biasalah pernah baca tp selalu je lupa huhu...
Macam biasa jugak...kadang tu tsu dah benda tu tak elok tp mssih buat jugak kan....

Unknown delete icon 11:50 PTG

alhamdulillah, petua yang sangat2 berharga

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap