Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan : Assalamualaikum wbt...dan Salam Sejahtera. Ketika mentari mula memancarkan cahayanya, maka teranglah alam ini. 

Semuanya dapat di lihat dengan jelas dan nyata. Terserlah keindahan alam ini... Pelbagai warna alam serta hidupan dapat kita nikmati. 

Bila tiba masanya...mentari akan perlahan-lahan menghilangkan dirinya di ufuk barat. Suasana yang tadinya terang kini kian suram dan kelam. 

Pabila saat ia hilang dari pandangan, alam ini menjadi gelap... Maka bermulalah malam. Suasana yang indah untuk ketenangan...

Kejadian Siang & Malam

Bagaimana kejadian siang dan malam ini berlaku? Secara mudahnya...Permukaan bumi yang disinari sinaran mentari mengalami siang manakala bahagian yang terlindung pula mengalami malam. 

Bumi ini bulat dan berputar dari barat ke timur. Maka setiap permukaan bumi mengalami siang dan malam bersilih ganti yang berbeza-beza tempohnya.

Di kala siang dan malam silih berganti menandakan hari-hari yang berlalu, rembulan pula menjadi petunjuk kepada tempoh masa yang lain pula... lengkap kitaran ia menjelma maka lengkaplah sebulan tempoh kehidupan ini.
  "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas". (Al-Israa' - Ayat 12)
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan

Keindahan Malam

Pabila mentari sudah menyembunyikan diri...Tiada lagi cahaya...hanya kegelapan. Namun ianya tidak bermakna tiada lagi keindahan yang dapat anda nikmati. 

Malam adalah ketika dan masa yang paling indah untuk  anda menikmati  ketenangan dengan penuh kualiti

Kehadiran rembulan memberi sinaran cahaya kelam yang cukup mempersonakan. Umpama sebuah lampu yang tergantung di angkasa, di kelilingi pula oleh bintang-bintang berkelipan menyinari malam yang gelap gelita. 

Keindahan alam terserlah dalam suasana yang amat berbeza. Suasana yang memberi satu perasaan yang sukar di lafazkan dengan kata-kata, hanya dalam hati merasainya. Nikmati keindahan malam yang menakjubkan ini... 

Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan

Malam Yang Tenang

Malam...di kala tiada lagi sinaran mentari. Dimana semua aktiviti hidupan mula berhenti. Suasana menjadi sunyi dan sepi. 

Masa untuk kita menikmati ketenangan dan kedamaian. Masa untuk kita berehat. Masa untuk memulihkan kembali kesegaran dan tenaga untuk jasad dan minda.

Masa untuk kita kembali berkumpul bersama ahli kelurga mahu pun teman-teman setelah sibuk mencari rezeki dan ilmu di siang hari. 

Masa untuk beriadah dan bersantai penuh dengan kegembiraan dan keceriaan seketika di bawah mahligai anda berteduh. 

Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan

Kegelapan Malam

Malam...suasana kegelapan yang mungkin menakutkan. Kegelapan yang meyeramkan dan menimbulkan pelbagai misteri. Itu hanya perasaan yang pasti akan menjelma pabila kita dalam kegelapan.

Namun...jika kita dapat menyesuaikan diri dengan malam, disebalik kegelapan ini ia memberi satu suasana yang mengasyikkan. 

Menikmati suasana malam yang sepi dan dingin mampu menyegarkan minda untuk berfikiran positif, jauh dan tidak terbatas. Masa yang sesuai untuk membuka minda dalam mencari ilham.

Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan

Beramal Waktu Malam

Suasana malam yang gelap dan sunyi adalah masa yang sesuai untuk kita bermuhasabah diri. Mencari ketenangan dan kedamaian sambil merenung akan kehidupan kita di dunia yang sementara ini. 

Masa yang paling tepat untuk kita merapatkan diri kita kepada yang Maha Esa. Masa yang sesuai untuk kita berzikir dan beramal...

Suasana sepi dan dingin membuatkan kita berinteraksi dengan penuh kusyuk. Memfokuskan minda hanya pada yang satu...Tuhan yang Maha Esa...Allah SWT, pencipta alam dan segala hidupan di dalamnya.

Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan
Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan

Malam dan siang...Satu tanda kekuasan Ilahi. Hanya Allah SWT yang mampu menjadikannya dan hanya dia yang mampu mengubahnya :
"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang- orang yang bertakwa". :Surah Yunus - 6. 
Yakin akan kekuasaannya. Turutilah segala perintahNya...Jangan sampai anda terlewat! Pabila mentari terbit dari Barat barulah anda menyedarinya.  Maka... pada waktu itu...segalanya sudah terlewat.

Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan

Nikmat Di Waktu Malam

Tidak semua orang dapat menikmati malam dengan penuh ketenangan dan dapat menikmati rehat. Ada yang perlu meneruskan kehidupan... 

Ada yang tetap sibuk mencari rezeki, mencari ilmu dan tidak kurang juga leka dengan hiburan. Namun sampai masanya... anda juga perlukan rehat.

Malam adalah masa paling sesuai untuk anda berehat. Rehat yang terbaik adalah tidur. Tidur itu satu keperluan untuk  memulihkan kembali tenaga dan kesegaran jasad serta minda. 

Relaks Minda anda, nikmati rehat dan tidurlah dengan tenang... Jangan lupa berdoa kerana anda tidak tahu lagi sama ada anda dapat membuka kembali mata untuk menikmati lagi kehidupan ini.

amalan sebelum tidur
amalan sebelum tidur

Terima kasih bersama Relaks Minda.... >_<

p/s: kongsikan... semoga segala manfaat dapat di kongsi dengan rakan2 yg lain.
Admin...

46 comments - "Suasana Malam Itu Indah Untuk Ketenangan "

nice sharing...

maklumat yg bgs..Indahnya ciptaan yg Maha Esa..

hainom OKje delete icon 1:18 PTG

Betul tu BM walaupun malam tu gelap tapi masih tetap mempersonakan insan-insan yang pandai menikmati! hehe.... mcm bahasa sajak je Okje guna ni dah jangkit!

Kakzakie delete icon 1:33 PTG

Begitulah betapa adilnya Allah. Berpasangan bagai lelaki dan perempuan begitulah juga siang dan malam. Bayangkan kalau terus-terusan malam (banyk nikmat siang tak kita ketahui) atau terus-terusan siang (mesti kita tak kenal bulan dan bintang)...

S.K.A delete icon 2:09 PTG

Assalam :) prkgsian yg mnrik..mlam la keadaan mnjdi tng..time 2 la nk dkatkn dri dgn Allah..btw cantik smua gmbar kt atas 2..mmg cun la..

mmg cukup2 tenang lah !

Subhanallah.. :).. semoga kita setenang itu..

semuanya berpasangan...malam dan siang,matahari dan bulan...

ANIM delete icon 2:59 PTG

saya suka tengok suasana malam..ianya memberikan ketenangan. tahukah BM, saya impikan satu bilik yang mempunyai bumbung lutsinar supaya saya dapat menikmati keindahan bulan dan bintang di waktu malam supaya saya tidak perlu lagi keluar dari kediaman..(jangan gelak tau..)

Thanks Farah :)

Segala pujian hanya untukNya...Thx SA

Bahasa menunjukkan bangsa...hehe
Jangan takut kegelapan...tapi nikmatilah ia

Benar kakazakie...kesinambungan yg sungguh menarik sekali.
Allah itu memang adil..seadil adilnya!

Waalaikumsalam Fais,
Malam bukan hanya masa untuk tidur...itulah masa yg terbaik utk kita kusyuk beramal.

Ketenangan hanya untuk mereka yg benar2 menikmatinya.
Thx KA

Semoga anda akan beroleh ketenangan...
Malam masa utk mendekatkan diri dgn yg Maha Esa.

Ya...semuanya berpasangan, hanya Allah SWT yg satu...Maha Esa.

Jujur... saya hanya tersenyum jer, xsampai hati nak gelak :)
Kalau impian tercapai jangan lupa ianya boleh ditutup di siang hari ye...

salam...malam ni malam Jumaat, penuh dgn rahmat.

AiSyA LiEzA delete icon 6:04 PTG

sgala puji bagi Allah tuhan sekalian alam... :) subhanallah.. cantikknyerr!! :)) kita xtau samaada boleh lagi ke x kita hayati kecantikkan ciptaan Allah ini dlm masa sesaat akan dtg :)

Asal malam je saya takut, tapi tak boleh tidur kalau dalam keadaan terang. tapi saya suka waktu malam sebab nyaman je. :)

Nao Mei delete icon 8:13 PTG

cantik tapi indah

Pernah lepak dengan kawan-kawan tepi pantai pukul 12 malam.. Angin sejuk menusuk tulang.. tu kali pertama dan terakhir.. hari terakhir lepas tamat pengajian. Hehe

Kalau hati tengah marah memang tak boleh lelap... kena legakan dulu..

Raudzah Z delete icon 10:12 PTG

Muhasabah diri & memaafkan semua orang adalah perkara terbaik yang kita semua perlu lakukan sebelum tidur. Semoga bila kita bangun pagi, hati dan jiwa akan lebih tenang. Good nite all

MargeGoh delete icon 10:39 PTG

malam pun cantik juga....peluang untuk melihat keajaiban langit yang kita tidak nampak siang hari. Malam juga memberi peluang kepada sesetengah insan mencari sumber rezeki.

Bin Muhammad delete icon 10:39 PTG

Waalaikumsalam, ya...betul tu, byk peluang mendapatkan pahala malam ini...

Bin Muhammad delete icon 10:40 PTG

Segala puji-pujian hanya untukmu Ya Allah. Semoga kita dapat menikmatinya lagi...insyaallah

Bin Muhammad delete icon 10:42 PTG

Sekarang ni panas terik...bahang hingga ke malam. Lewat malam baru terasa nyaman. Kalau dah pejam mata...manalah tau terang ke gelap lagi dah...:)

Bin Muhammad delete icon 10:43 PTG

Hmmm...cantik tapi indah, ringkas tapi mendalam...

Bin Muhammad delete icon 10:45 PTG

Hari melepaskan segala tekanan...terasa bebas! Saat yang tidak mungkin dapat di kecapi lagi...

Bin Muhammad delete icon 10:46 PTG

Sebab itu kita di galakkan memaafkan semua orang sebelum tidur...supaya hati tenang, tidur pun senang.

Aku Penghibur delete icon 10:46 PTG

subhanaALLAH cantiknye

Bin Muhammad delete icon 10:47 PTG

Ya...itulah yang sebaik-baiknya. Selamat malam...

Bin Muhammad delete icon 10:49 PTG

Betul tu MG. Siang dan malam mempunyai keistimewaannya yg tersendiri... Pintu rezeki itu sentiasa terbuka buat mereka yang berusaha.

Bin Muhammad delete icon 10:51 PTG

Alhamdulillah...berkesempatan juga Acik singgah ke sini.
Terima kasih, ingat ye...maafkan semua orang sebelum tidur, semoga tidur dengan tenang dan bangun dengan riang. :)

Mia Liana delete icon 6:58 PG

wahhhh.. bestnya tengok gambar2 ni..

PerenLee delete icon 9:16 PG

Malam memanh indah kalau tak hujan..tapi malam yg biru macam gambar atas tu tak pernah pula saya tengok..hehe

Gambar memang menjadi tarikan...artikel macam mane ye?
Terima kasih Mia :)

Itu hanyalah gambar edit utk mencantikkan suasana...hehe
Thx PerenLee

done clik nuffng ye

Terima kasih. Ni yg sayang sgt dgn KA nih :)

KY delete icon 2:37 PTG

malam yg sunyi adalah malam yg paling kita impiakan, kerana waktu itu yg mmeberikan kita waktu dan ruang untuk memunajat kepada Allah...usah sia2kan peluang selagi ada,

suka tengok bulan cerah

Selalunya malam yg sunyi, itulah masa enaknya dibuai mimpi...
Semoga kita dpt berjaga dan menikmati saat itu utk mendekatkan diri kpd Allah...

baby comel delete icon 12:27 PG

cantiknya bulan tu. tak sangka kan walau kat mana pun kita berada, terpisah beribu-ribu batu kita tetap memandang bulan yang sama, tetap berbumbungkan atap yg sama,..
bak kata Jamal Abdillah "aku, maafkan kamu" :)

Ya...tepat sekali, bulan itu hanya satu, tidak kira di mana, kita tetap memandang bulan yg sama... Tidak kira siapa dan apa pun...pencipta kita tetap satu, hanya Allah yg Esa.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap