بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

jambatan penghubung kasih sayang antara insan
Cinta Dan Kasih Sayang Ayah; Di kala senja menjelang tiba, setelah habis bekerja pulanglah seorang suami kerumahnya. Sesampai di rumah, terlihat pula si isteri tercinta sedang tidur lena kerana keletihan bekerja seharian di rumah.

Si suami mencium kening isterinya dengan penuh kasih sayang dan dengan lembut bertanya, "Sayang, sudah solat Asar ke belum?" Si isteri terjaga dengan senyuman manis menjawab pertanyaan suaminya, "Sudah ayahnya. Tunggu sebentar ya." 

Si isteri bangun dari tempat tidurnya dan terus ke dapur lalu mengambil sebuah mangkuk yang tertutup dan segera memasak lauk kesukaan suaminya.

jambatan penghubung kasih sayang antara insanjambatan penghubung kasih sayang antara insanjambatan penghubung kasih sayang antara insan

"Marilah makan, ini lauk kesukaanmu." Mangkuk berisi lauk panas yang baru dimasak dihidang buat suami tercinta. Sepotong kepala ayam menjadi hidangan untuk dirinya. Si suami dengan selera memakannya sehingga habis licin. 

Sudah lama si isteri ingin bertanya, hari ini dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Sambil menghulurkan segelas air si isteri bertanya, "Ayahnya, kenapa suka makan kepala ayam? Sedangkan aku dan anak-anak paling tidak suka kepala ayam." Suaminya menjawab, "Kerana kamu semua tidak menyukainyalah maka aku suka makan kepala ayam supaya isteriku dan anak-anakku mendapatkan bahagian yang sedap dan berkhasiat."

jambatan penghubung kasih sayang antara insan

Mendengar jawapan si suami, maka menitis butir-butir mutiara menuruni pipinya. Jawapan itu benar-benar mengejutkan dan memberi kesedaran kepadanya. Tidak pernah terpikir olehnya bahawa sepotong kepala ayam itu begitu indah sehingga mewujudkan ikatan kasih sayang yang tulus akan cinta serta pengorbanan suami terhadap dirinya dan anak-anak. 

"Terima kasih sayang diatas cinta dan kasih sayangmu." balas si isteri. Suaminya menjawab dengan senyuman, tanda rasa syukur akan kebahagian yang dikecapinya.

jambatan penghubung kasih sayang antara insanjambatan penghubung kasih sayang antara insanjambatan penghubung kasih sayang antara insan

Hargai Dan Sayangilah Ayah

Kita seringkali mengabaikan dan tidak sedar akan sesuatu yang kecil dan remeh yang dilakukan oleh ayah kita, namun sebenarnya ia memberi makna yang begitu besar kerana disebaliknya terselindung akan rasa kasih sayang, cinta, pengorbanan dan tanggungjawab seorang ayah.

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.” Riwayat Muslim

Hargailah dan sayangilah ayah dan ibu anda selagi mereka masih bernyawa. Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar. Cinta dan kasih sayang mereka tiada bandingannya. Semoga ayah dan ibu kita beroleh rahmat dan keberkatan.

jambatan penghubung kasih sayang antara insan


p/s: Selamat bercuti dan selamat menikmati hujung minggu disamping keluarga tercinta :)
Admin...

23 comments - "Cinta dan Kasih Sayang Ayah."

Subhanallah.. cukup mendalam maksud cerita entri ini. Apa yg ada pada kepala ayam, itulah besarnya maksud pengorbanan seorang ayah utk kesejahteraan keluarganya.. Semoga kita dpt terus berbakti kpd ayah juga ibu kita & semoga kita juga diberi ketabahan utk menjadi ayah yg baik, in shaa Allah.. amin.

OKje delete icon 6:23 PG

Masa okje kecik dulu mmg kepala ayam pun kitaorg masak, tp makan tak sure, kalau usus, mmg okje makan....hehe...ada bran??...
Maklum le opahkan.....huhu
Betul tu ....jasa abah dan pengorbanannya mmg tak terbalas....takkan sama abah orang dengan abah sendiri......rindu abah!

Tanpa Nama delete icon 7:21 PG

betul..mungkin nampak remeh sahaja..namun itulah bukti kasih seorang ayah..sanggup mengalah demi mendahulukan kepentingan keluarganya..terima kasih BM..entri ini amat menginsafkan.

sejuk mata memandang...sebak rasa bila teringat kat arwah ayah dan pakcik...rindu sangat kat mereka

Unknown delete icon 8:39 PG

Semoga ayah dan ibu kita beroleh rahmat dan keberkatan..bahagia di dunia juga berbahagia di akhirat..kasih mereka tiada penghujungnya..

betul, mungkin kebanyakan lelaki yang bergelar ayah susah nak tunjuk kasih sayang kat anak-anak, kadang-kadang sampai anak-anak rasa ayah mereka tak sayang, tetapi sebenarnya seorang ayah tu ada caranya sendiri meluahkan kasih sayang. Pengorbanannya walau sekecil zarah, walau sekecil-kecil perkara itu laa kasih sayang dan cinta. Kalau takde ayah takde laa kita :)

cara seorang tunjukkan kasih sayang itu berbeza...jangan lupa pengorbanan soerang ayah, mencari rezeki untuk membesarkan kita, walaupaun adakalanya dia sering tegas dengan kita..namum apabila kita sudah dewasa, percayalah dia mahu kita jadi kawan kepadanya..

Unknown delete icon 10:00 PG

Assalamu'alaikum dah makan ke belum... ^^

Tumbuh tilayah selisih dahan,
Terapung mangga si kelapa tua;
Sungguh ayah kasih tersimpan,
Bersambung tenaga walau apa jua.

Lampam mati terlebih umpan:
Dimakan belanak di rumpun basah;
Di dalam hati kasih tersimpan,
Sayangkan anak walaupun susah..

Unknown delete icon 10:13 PG

Hilang lelah suami hanya isteri tahu bagaimana caranya. Isteri penyejuk jiwa, isteri faham sentiasa.

Mizz Aiza delete icon 10:42 PG

sedih membaca entri ini.. teringat pada arwah ayah aiza.. pengorbanan seorang ayah sangat besar..

bergenang air mata teringat ayah di kampung... besar sungguh jasamu ayah... ayah adalah segalanya selain dari ibu, dari hasil lelah dialah kita di sini sekarang...

Pha Is delete icon 3:17 PTG

berbuat baiklah kepada mereka selagi mereka masih ada di dunia ni..

lynmunir delete icon 4:12 PTG

Subhanallah, menitis saya membaca tulisan ini. Cinta kerana allah memang indah.

Unknown delete icon 5:09 PTG

betul tu bro..kita alpa dengan semua itu..tetiba rasa nk balik kampung..tapi esok still ada kelas lagi..:) selamat menyambut aidil Adha bro :)

ANIM delete icon 5:16 PTG

tahniah BM. jarang sebenarnya orang yang mengangkat cerita tentang kasih sayang seorang ayah berbanding ibu. pada kak anim, ekspresi kasih sayang seorang ibu tu, anak2 dia boleh nampak sejak kecil. ayah pula jarang dapat tunjukkan kasih sayangnya (tersembunyi) pada anak. namun anak dewasa, barulah "touching" ayah tu disedari.

Zawiah delete icon 6:41 PTG

aaamin ... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah abah ....

Aimacomel delete icon 8:11 PTG

Dari kecik sampai lah ke besar, saya selalu cakap dgn org yg saya ni anak abah walaupun saya rapat dgn mak dah besar ni. Gen abah banyak yg saya warisi.. sayang abah!

inilah satu contoh pengorbanana seorang ayah,, maksud yang mendalam

Unknown delete icon 9:00 PTG

Ntry ini membuat kan akak menrindui aruah abah... betapa beliau sanggup mengorbankan dirinya untuk kebahagian kami semua... al fatihah...

seri.selaseh delete icon 10:23 PTG

sayu baca entry ni. Ayah mmg xkan mengadu masalah dia pada kami sekeluarga. Tapi mesti bnyk yg ditanggung/dikorbankan tapi kami tak tau. Syg ayah.

Scripters delete icon 12:36 PG

Allahuakhbar tersentuh hati membacanya...Tetiba rasa rindu kat ayah...

Alya delete icon 12:57 PTG

Tersentuh sangat apabila membaca ini...

Fiza Rahman delete icon 10:45 PG

Sebak membacanya. Teringat arwah ayah. Beruntunglah mereka yg masih punya ayah. Hargailah selagi masih ada.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap