بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum... Salam Sejahtera.
Setiap dari kita mesti mempunyai sahabat dan menjadi sahabat kepada seseorang, melainkanlah anda duduk seorang diri didalam gua di hutan....Tidak kira sama ada di alam realiti mahupun di alam maya...kita pasti memerlukan dan menjadi sahabat kerana itulah lumrah kehidupan di dunia ini kerana kita semua saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
Adakah anda mempunyai sahabat baik?
Adakah anda seorang sahabat yang baik?
Bagaimana kita hendak menilai dan mengenalinya?
Hanya dengan menilai ciri-ciri berikut barulah anda dapat mengenali mereka adalah seorang sahabat yang baik atau anda adalah seorang sahabat yang baik.
Ciri-ciri Sahabat Baik
1. Sahabat yang sentiasa ceria dan menceriakan
2. Sahabat yang sentiasa tenang dan memberi ketenangan
3. Sahabat yang ramah tapi tidak suka mengata dan memfitnah
4. Bersahabat dengan ikhlas tanpa mengira status dan darjat
5. Sahabat yang jujur, tidak berselindung dalam memberi pendapat dan kritikan
6. Sahabat yang baik dan baik tutur katanya
7. Sahabat yang sentiasa berpandangan positif dan berbaik sangka
8. Sahabat yang soleh ,sentiasa mendorong anda untuk beramal dan ibadat
9. Sahabat yang baik hati dan tidak mengambil kesempatan
10. Sahabat yang sentiasa mendengar
11. Sahabat yang setia, sentiasa bersama di kala susah dan senang
12. Sahabat yang memberi bantuan bila diperlukan jika berkemampuan
13. Sahabat yang faham dan memahami
14. Sahabat yang amanah dan menjaga aib
Sebelum kita menilai sahabat kita, nilaikanlah diri sendiri...
Adakah kita memiliki ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
kerana kita juga tidak akan terlepas dari dinilai oleh sahabat kita.
"Sahabat yang baik adalah apabila dipandang wajahnya mengingatkan kita kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu, melihat gerak gerinya membuatkan kita takut kepada Allah, berkawan dengannya membawa kita berjuang ke jalan Allah"
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Terima kasih bersama Relaks Minda... Andalah sahabat baik ku yang sentiasa memberi semangat untuk ku terus berada disini...terus berblogging.
Admin...
49 comments - "Cara Menilai Sahabat Baik "
semua org perlukan sahabat...tapi dalam bersahabat..pun kena berhati hati..jgn slp pilih sahabat dan kita juga dinilai dari siapa kita bersahabat...
alhamdulillah setakat ini masih berbaik sangka dengan semua orang dan masih dikelilingi oleh sahabat2 baik... ^_^
Sahabat saling perlu memerlukan.. susah nak cari sahabat susah senang.. bagi saya sahabat saya adalah suami saya.. kawan, sahabat, suami, bf, bapak, hero & etc..
betul tuh..kita semua perlu kan sahabat
perlu ada sahabat baik dikala suka dan duka...itu baru sahabat..alhamdulillah..walaupun saya tak punya ramai sahabat baik,tapi saya mempunyai ramai sahabat baik di alam maya nie.
semoga kita juga akan menjadi sahabat yg baik kepada sahabat yang baik
terimakasih kerana menjadi sahabat maya akak..
Sahabat yang baik..yang selalu bersama diwaktu susah dan senang, ringan tulang membantu seadaya dan sedia menjadi pendengar setia...
Terima kasih atas peringatan. Semoga wan juga tergolong antara sahabat yang baik dan boleh dipercayai.
Allah datang sahabat yg baik dalam pelbagai cara., Kadang2 baru kite kenal pun boleh jadi ngam. Alhamdulillah, buat masa ni nanie da jumpa sahabat sejati.
syukran Ya Allah ^_^
Kalau boleh kakak mahu menjadi seorang sahabat yg baik. Bimbang juga apa penilian sahabat kita terhadap diri kita. Jadi utk jadi sahabat yg baik kita kena jadi baik dulu.
Kita bersahabat melalui blog kan BM:)
mama punya 2 sahabat baik dan mereka juga seorang blogger... mama sayang mereka berdua.. :)
Assalamualaikum.. terima kasih.. sheila suka baca entri disini.. berkenaan dengan RB 2.0... sheila tak sempat nak review keseluruhan tentang isi dan siapa blogger tersebut. sheila ada 100 blogger untuk direview.. diharap awak dapat memahami ya.. bukan sheila tak mahu, tapi apakan daya sheila...
salam Jumaat Bm...Semoga kita salah sorang daripadanya...Amiin..
Ya...pasangan kita adalah sahabat yg terbaik :)
Terima kasih juga krn menjadi sudi bersahabat dgn saya
Kakzakie sentiasa menjadi sahabat baik saya di dunia maya ini. Terima kasih
hmm... agak sukar juga menjadi sahabat yang baik kan. Sebabnya kadang-kadang kita sendiri dilanda kemurungan (tidak ceria) memandangkan sahabat yang baik perlu ceria.. bukanlah menjadi masalah besar, kenalah sentiasa ceriakan diri sendiri untuk menceriakan sahabat baik kita. Kan?
Terima kasih Sheila :)
Banyaknyeee...100 blog! Kalau saya memang xmampu. Kenapa buat sesuatu yg begitu membebankan? Apapun...Good luck, lakukanlah dgn ikhlas dan yg terbaik ya...agar mereka/pembaca semua puas hati.
Assalammualaikum.. BM,
kami sentiasa menyokong BM... moga BM sukses selalu.. kami semua adalah sahabat baik BM kan!..
mselim3
pls: Hanya 'hati' seorang sahabat sejati sahaja yang mengerti dan memahami hati sahabatnya....
Betul tu...apa pun diri sendiri perlu ada ciri2 seorang sahabat baik, barulah anda akan mendapat sahabat yg baik.
Subhanallah.. semoga kita semua mempunyai ciri2 seorang sahabat.. amin. T kasih diatas perkongsian saudara BM, semoga berkat kehidupan.. Salam Jumaat :)
yup serius bukan senang nak cari sahabat sejati yang setia waktu senang & susah BM... nuffnang asyik tidur manjang skang ni yer !
Pengalaman kak anim yg sering berpindah randah ni, sahabat nyata adalah sahabat ditempat yang kita tinggal sekarang kerana merekalah yg berada dekat dengan kita bila kita perlukan bantuan. Sahabat yang ditinggalkan, kita jumpa sesekali sekala dan berhubung melalui telefon, e-mel dsbnya. Tapi kalau nak cerita masalah kita, tak sesuai. BM nak tau, sahabat baik kak anim ialah suami kak anim sendiri. Kami jarang luah masalah kat orangluar, tapi baik dia mahupun kak anim...kamu akan saling nasihat menasihati. Itu sebaik2nya kan. Setidak2nya kita dapat jaga aib kita keluar dari rumah kita. Wallahua'alam. Itu pendapat kak anim saja.
Terima kasih atas entry ini...Tapi pasangan selalunya adalah sahabat terbaik. Kalau nak selesa hidup pula, bersahabat baiklah dengan jiran-jiran
Perkongsian yang baik..Sahabat adalah teman sejati
Dari kecil hi gga kini.. pasri liza akan ada sahabat baik. Walau bertukar dari semasa ke swmasa atas sebab tempat berrugas tp tetap berhubung ba9k dgn sahabat baik semasa kec8l. Merekalah sahabat tempat meluahkan perasaan dan bertukar pandangan.
alhamdulillah..yumida pernah punya sahabat yg baik, sahabat sejati
kenangan terindah bila bersama beliau
perkongsian yg menarik.. selain mencari sahabat yg baik, kita juga kena jadi sahabat yg baik..
salam bro..nak cari sahabat senang..tapi nak cari yang mempunya properties cam yang atas tu..susah bro..kekadang diri kita sendiri pun terkapal2..tapi kita nak kawan yang setia..x boleh la kan....sebab kita kena mula dari diri kita dahulu..:)
setiap follower adalah sahabat kerana mereka sering memberikan kata2 semangat serta pujukan ...
betul tu BM.. jika nak dapatkan sahabat baik kita yang kena jadi baik dulu..
terima kasih sudi bersahabat dengan kathy ye?
Waalaikumsalam,
Terima kasih mselim3...ya! anda semua sahabat baik saya.
Itulah yang sebaiknya...terbaik adalah pasangan sendiri, yg baik adalah yg dekat dengan kita...
Terima kasih kak anim, sempat jug bw walaupun sibuk.
Sebab itu kita perlu nilai diri sendiri sebelum menilai orang lain... Insyaallah, jika kita baik pasti mendapat sahabat yg baik.
Bersahabat boleh...nak kebas xboleh, hehe
alhamdulilah acik ada sahabat seperti ini :) semoga persahabatan kami di redhai Allah
Alhamdulillah, sy dikurniakan shbt yg memhami wlaupun sy bnyk kelemahan.dia tetap trima sy. kta mungkin boleh cri sejuta kwn tp sahabat yg setia pasti sukar dicari. bsyukur ada shbt sejati :)
Alahai.....masih jauh rupanya opah nk mendapat title Sahabat!.....
Bagi Okje ... semua adalah sahabat, dah sahabat yg paling akrab adalah my Arjuna, kawan bergaduh san segala galanyalah...
Jadilah dpt bersahabat dgn Jin walaupun bukan tuannya.... hehe dah boleh sangat dah tu.......cukup syarat! hehe.....
sahabat yang menerima kita 100% baik dan buruk itu yang terbaik, yang sentiasa saling ingat-mengingati tentang Allah dan ibadah, insyaAllah, itu sahabat dunia akhirat.
Semoga BM terus berjaya dalam arena blogging :) ramai yang menyokong~
Saya sangat tertarik dengan apa jua artikel, entri atau tulisan yang bercerita tentang sahabat. Mohon kongsi. :)
Sepanjang hayat saya cuma ada 3 orang yang berpekerti begitu. Alhamdulilah.
Mndpt seorg sahabat baik lbh dr sorg mmg sukar.. Kbnykn sahabat bertentangan spt yg BM ceritakn..
Kita perlu menjadi seperti ciri2 diatas barulah mudah mendapat sahabat baik spt yg diinginkan..
Dengan senang hati...silakanlah :)
Nak bersahabat dgn jin jer...huhu
Opah tetap sahabat yg baik...disukai oleh semua orang, tua dan muda :)
sya skong .. kta perlu mempunyai ciri-ciri di atas barulah senang dapat kawan yang baik ....(0_0)
Assalamualaikum. Salam perkenalan... Pasangan kita adalah sahabat kita, keluarga kita juga sahabat kita, mereka lah rakan yg sgt rapat untuk kita meluahkan isi hati.. artikel ini sgt menyentuh hati.. Terima Kasih Sahabat... Jom follow our Fb page --> https://www.facebook.com/pages/Drazwin-healthy-beauty/580234235365326?ref=hl
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”