Kali ini kreativiti kitar semula khusus mengetengahkan idea kreatif hasil dari tayar terbuang atau terpakai untuk membuka minda anda akan kegunaan tayar terbuang ini. Anda juga perlu ketahui bahawa kitar semula tayar terbuang dan terpakai ini memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua.
"MIRI – Tindakan individu tidak bertanggungjawab yang bertindak membakar longgokan tayar terbuang di dalam tong sampah nyaris menyebabkan sebuah sub stesen elektrik milik Sarawak Energy Berhad (SEB) terbakar." keratan berita dari Utusan Sarawak - 16 Julai 2013
Itu hanyalah secebis dari banyak lagi kejadian yang tidak diingini berlaku di seluruh negara dan dunia akibat dari tiadanya kesedaran tentang cara pelupusan sebenar bahan terbuang.
Tayar terbuang jika dibakar dikawasan terbuka akan menghasilkan api yang besar dan amat merbahaya jika tidak dikawal. Selain dari itu, asapnya yang hitam dan tebal serta berbau busuk mengandungi kandungan toksid tinggi yang mampu menyebabkan masalah kepada kesihatan jika dihidu dan memberi kesan buruk kepada alam sekitar.
Kitar Semula Tayar Terbuang
Tayar terbuang ini boleh dibuang di tempat kitar semula. Jika anda lihat carian untuk tayar terbuang, banyak syarikat dan individu yang berkehendakkan tayar-tayar terbuang ini malah ada yang mahu membelinya dengan harga yang lumayan juga.
Mungkin anda tidak mempunyai banyak tayar terbuang, tapi elakkanlah ianya di lupuskan dengan cara membakarnya. Anda boleh cuba kreativiti kitar semula ini. Idea kreatif yang boleh anda tiru selain dari membuka daya kreativiti anda sendiri untuk guna pakai tayar terbuang ini agar menjadi sesuatu yang lebih menarik, berguna dan berfaedah.
Lihatlah hasil kreativiti hasil dari tayar terbuang ini... Jika anda berminat dan rasakan ianya berguna,"Cubalah...." Ianya juga adalah sumbangan besar anda keatas keselamatan, kesihatan dan alam semulajadi untuk diri, keluarga, masyarakat serta negara demi masa depan generasi hadapan.
Idea Kreatif Tayar Terbuang - Hiasan Di Luar Rumah
Anda boleh jadikan tayar terbuang sebagai hiasan menarik di halaman mahu pun di padang permainan kanak-kanak.
Sifatnya yang tahan kepada cuaca amat sesuai sekali sebagai hiasan kitar semula di kawasan terbuka. Anda cuma perlu ada idea kreatif untuk menggubahnya. Gunakan warna-warna yang terang dan menarik untuk lebih tarikan.
Satu lagi yang paling penting untuk anda pastikan adalah tiadanya air yang boleh bertakung pada tayar tersebut.
Sifatnya yang tahan kepada cuaca amat sesuai sekali sebagai hiasan kitar semula di kawasan terbuka. Anda cuma perlu ada idea kreatif untuk menggubahnya. Gunakan warna-warna yang terang dan menarik untuk lebih tarikan.
Satu lagi yang paling penting untuk anda pastikan adalah tiadanya air yang boleh bertakung pada tayar tersebut.
Idea Kreatif Tayar Terbuang - Mainan Kanak-kanak
Tayar terbuang ini juga boleh di kitar semula dengan idea kreatif mengolahkan semula ia kepada mainan untuk kanak-kanak. Sifatnya yang lasak, flexible dan tahan cuaca menjadikan ia bahan amat sesuai digunakan.
Ianya bukan sahaja murah dan menarik, malah dapat memberi pendedahan, ilmu dan kesedaran kepada kanak-kanak tentang idea kreatif kreativiti kitar semula.
Jangan pula lupa! Penting bagi anda untuk pastikan semua permainan ini selamat, kukuh, tidak merbahaya dan tidak boleh mencederakan.
Ianya bukan sahaja murah dan menarik, malah dapat memberi pendedahan, ilmu dan kesedaran kepada kanak-kanak tentang idea kreatif kreativiti kitar semula.
Jangan pula lupa! Penting bagi anda untuk pastikan semua permainan ini selamat, kukuh, tidak merbahaya dan tidak boleh mencederakan.
Idea Kreatif Tayar Terbuang - Barangan Di Luar Rumah
Selain dari itu, tayar terbuang ini boleh di guna semula untuk dijadikan kepada barangan lain yang berlainan fungsi. Ia bukan sahaja menjimatkan tetapi menjadi satu sumbangan anda kepada alam semulajadi. Ianya juga pasti menarik minat kepada setiap mata yang memandang.
Idea Kreatif Tayar Terbuang - Di Dalam Rumah
Jangan hanya ingatkan tayar terbuang ini sesuai digunakan untuk kegunaan di luar rumah. Idea kreatif kreativiti kitar semula tidak terhad. Tayar terbuang ini juga sesuai untuk di gunakan di dalam rumah.
Lihatlah hasil idea kreatif kitar semula ini. Ianya membuka minda kita akan kegunaan tayar terbuang yang sangat menarik dan mengujakan! Ia berubah dari bahan yang tidak bernilai menjadi satu barangan yang sungguh eksklusif dan bernilai tinggi.
Bersama Menjayakan Kitar Semula
Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barangan terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif!
Tidak semua dari kita mempunyai kemahiran dan idea kreatif untuk membuat hasil kreativiti kitar semula, namun janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.
Anda boleh kumpulkan dan juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.
Anda boleh kumpulkan dan juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.
Terima kasih bersama Relaks Minda. Jom kitar semula bersama :
Admin...
44 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Idea Kreatif Tayar Terbuang"
cantiknya bila dah dikitar semula.. kalau lah kat Malaysia ni ada kesedaran mcm tu, mesti mesra alam aman damai negara Malaysia kan BM =)
Mmg kena kreatif ni...yg bkas pasu tu..mmg selalu dah tgk..tp mcm minat lebih kat angsa putih tu...cntik btul...kena cri pisau yg btul2 tajam tu nak buatnya...x pun gunting...bila la gaknya dpt buat xtvt gini..
Kalau kreatif, macam-macam boleh jadi kan....
yg biasa akak tgk,dicat berwarna warnu..kemudian ditanam pokok bunga dalam tu ja....
kreatif dan cantiklah...
Memang tak membazir dan tak menyemak pemandangan dan ruang sekiranya ada daya kreatif sebegini...
Kakak terpikat yg jadi tungganan dan mainan anak-anak sangat cantik. Rumah kampung kakak ada tayar buat buaian tapi tak sama kreativiti yg ditunjuk di sini cantik cara dia buat buaiannya...
Wow.. cantik & kreatif.. olahan mainan di taman drp tayar tu sepatutnya boleh dipraktikkan secara menyeluruh dinegara kita.. lebih menjimatkan, selamat & juga tahan lama.. T kasih diatas perkongsian ye :)
Macam mana lah diorang buat tayar jadi bentuk mcm tuh. Mesti guna special machine kan. Kalau guna tangan jenuh jgak nak bentuk.
Apapun, mmg idea yg kreatif. Kat malaysia payah nak nampk design2 pelik dr tayar. Setakat yg biasa2 ada la kot.
Huhu.. kreatifnyaa... impressed.. tapi yang lampu dari tayar tu ermm.. mengerikan.. skali tayar tu jatuh atas kepala.. kelepuppp!! :D
Kreatifnya. Macam nak cuba juga. Tapi, tak cukup peralatan nak buat kot.
kreatif....salam blogging.
Eh.....cantik jugak swan tu, putih melepak jadinya.....hehe
comel aje semuanya..kalau dah memang kreatif..sentuh sikitpun dah jadi cantikkan BM..untung sapa yang kreatif ni..
kreatif la
selalu org buat jd pasu
wah mmg awesome!
yumida isi tabung Nuffnang sini - churp2 - selamat menabung :)
Kreatifnya. Tak pernah terfikir tayar boleh jadi secantik tu.
kalau lah ada orang nak buatkan untuk saya ...
berkenan betul yg dibuat jadi angsa tu..yang paling tak bleh blah siap buat jadi lampu gantung..hahaha..
Harapan saya begitulah...semoga menjadi panduan dan ilham buat yg memerlukan
suka tengok buaian tayar tu...cantik
yang angsa tu kan, mama pernah jumpa, kat kedai tayar.. dorang buat begini hias depan kedai, kreatif lah...
Pisau atau gunting pun belum tentu terpotong, kena guna pemotong bermesin sebab dalam tayar tu ada dawai besi.
Jangan membazir...itulah salah satu matlamatnya. :)
Kalaulah dipraktikkan seperti saranan Khir...memang jimat dan membantu dalam kempen kitar semula. :)
Betul tu Wan...
Opah boleh tunggang swan tu...hahaha
Jgn mare...
Terima kasih Yumida :)
Ter over kreatif...hahaha
Ye ke Mama...dimana tu? Ada juga yg pandai membuatnya...
sungguh unik tak terjangka dek akal
Lepas ni bolehlah tiru cara buaian ni pulak... :)
Hahaha....betul juga tu, terlebih kreatif :D
Assalammualaikum...BM,
kreatif nyer... yang kreatif pasal buat lampu dan sofa dalam rumah.. pehh.. canggih lah,, kalau betul2 kita xder barang terbuang.
mselim3
pls : unik x terfikir dek akal.
kreatifnya.. siapa sangka ianya berasal dari tayar lama.. memang kagum kepada orang yang membuatnya jadi sebegitu cantik..
saya biasanya bagi kepada lori sampah...dah beberapa set jadi macam tu..
kreatif =) mcm kt kwasan felda ni..diorang buat sbgai pnnda utk no rumah dan dijdikan pasu..mmg kreatif..dlu ambe pn ada bt buai pkai tayar..tp smua tu dah rosak..tp kena igt 1jelh, kalau terbiar diluar rumah kena pastikn xde air yg bertakung kt dlam tyar
kalau untuk pasu bunga dekat rumah adalah..yang lain 2 tu takde...kreatif betulkan diorang nie..
alahaii..comel jadinya bila buat buaian..buat pasu tu biasa tgk dah..tapi buaian tu comel sgt la..ade satu tayar kat umah..tak guna2 lagi ni..duk terperap lam stor..mmg ingat nak buat pape..tapi blom bertindak lagi tangan ni..hahaha..
mmg terbaiklah.... done sedekah nuffnang juga ye
terbaik..dari jadi tempat nyamuk membiak.heee
tak terfikir dari bahan terbuang boleh menghasilkan sesuatu yang sungguh kreatif...
Opah tunggang swan? ..... dengan swan swan sekali tenggelam haha....
memang cantik dan kreatif..cuma nak buatnya ambik masa bertahun jugak..tgk je tayar tu berkulat depan mata..haha.. nak rajin je..
Kalo kreatif benda yg nampak buruk pn bole jd cantik...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”