Pasti anda biasa mendengar peribahasa Melayu ini. "Harapkan pagar, pagar makan padi", ianya membawa maksud seseorang yang kita percayai tetapi melakukan khianat kepada kita. 

Ianya amat menarik untuk dikupas kerana menjadi persoalan dan perbahasan sehingga kini berikutan penggunaan perkataan 'pagar' didalam peribahasa ini. 

Peribahasa merupakan khazanah Bahasa Melayu yang menjadi ungkapan berkias untuk sesuatu perlakuan, sifat dan perbuatan. Ianya di turunkan secara turun temurun melalui mulut ke mulut dari satu generasi kepada satu generasi sehinggalah kehari ini ianya tercetak dan disimpan sebagai khazanah Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Pagar Atau Pegar

Berbalik kita tentang peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi". Dari segi maksud perkataan, jelas menunjukkan kesilapan. Manakan mungkin suatu objek seperti 'pagar' boleh memakan padi.

Dari sini maka timbullah pula kononnya ada kesilapan dari segi ejaan dan sebutan dimana 'pagar' yang dimaksudkan adalah sebenarnya 'pegar' iaitu seekor burung. Ya...jika dilihat secara logik, ianya bertepatan sekali. Seekor burung pegar sememangnya memakan padi tetapi cuba anda fikirkan semula, bagaimana pula seekor burung yang memakan padi boleh di jadikan harapan untuk menjaga padi? Bukankah ianya satu perbuatan yang bodoh!

Orang-orang dulu tidaklah sebodoh itu untuk melakukan sesuatu yang sengaja untuk memperbodoh dan membinasakan diri sendiri. Oleh itu yang mana satukah yang betul, pagar atau pegar?


Saya tertarik mengupas isu ini berikutan pandangan seorang guru yang juga merupakan jiran dirumah saya. Beliau menyatakan, tiada kesilapan sebenarnya dalam peribahasa ini. Bahasa Melayu itu cukup indah, dimana orang-orang dulu sungguh bijak berbahasa dan sentiasa puitis serta berkias dalam berbicara. Maksudnya disini, 'pagar' yang dimaksudkan adalah satu perlambangan tentang seorang penjaga. Ya...itulah matlamat sebuah pagar didirikan, untuk menjadi penghalang dan melindungi.

Oleh itu 'pagar' yakni seorang penjaga kepada tanaman padi yang sepatutnya diamanahkan untuk menjaga padi tetapi melakukan kianat dengan mengambil kesempatan untuk dijadikan makanannya sendiri. Bila di fikirkan semula, ianya adalah paling logik dan paling bertepatan sekali!


Bila diselidik dengan DBP, tiada perubahan dilakukan keatas peribahasa ini. Perkataan 'pagar' masih dikekalkan tetapi jika sesiapa menukarnya kepada 'pegar', ianya juga tidak menjadi kesalahan kerana masih membawa maksud yang sama.

Pada pendapat saya pula, setiap peribahasa Melayu itu sudah cukup indah dan tepat sekali maksudnya. Tidak perlu diubah kerana orang-orang dulu tidak silap atau salah dalam berbahasa Melayu. Kita yang sebenarnya kurang bijak dalam berbahasa Melayu sehingga menimbulkan persoalan dan menyatakan ianya adalah satu kesilapan. 

Blogger Jangan Jadi 'Pagar'

Bahasa jiwa bangsa.  Adalah tanggungjawab kita sebagai seorang blogger untuk memartabatkan dan menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Setiap artikel yang ditulis di Blog, ianya boleh diakses keseluruh dunia. Kita menjadi duta kecil dan menjadi cerminan bagi bangsa, adat dan budaya Bangsa Melayu.

Oleh itu gunakanlah Bahasa Melayu dengan betul dan jangan sesekali mengubahnya mengikut kehendak dan kesesuaian semasa seperti meringkaskan ejaan, mencampur aduk bersama Bahasa Inggeris dengan cara yang salah, menggabungkan perkataan dan sebagainya. Janganlah kita menjadi seperti 'pagar', menjadi harapan bangsa agar dapat menjaga dan melindungi Bahasa Melayu tetapi kita sendiri yang merosak dan memusnahkannya.

Yakinilah, Bahasa Melayu mempunyai keistimewaannya tersendiri yang melambangkan betapa istimewanya Bangsa Melayu itu sendiri dan berbahasa Melayu itu bukan melambangkan anda kolot tetapi memartabatkan anda ketahap yang lebih tinggi. 


Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Oktober 2013 ini...marilah bersama-sama kita mempelajari dan mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu didalam penulisan di blog. Jangan jadi seperti 'pagar' tetapi jadilah seperti 'padi', semakin tunduk semakin berisi. Bersama kita..."Cintailah Bahasa Kita"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Artikel ilmiah ini di karang bagi menunaikan permintaan Tetamu Istimewa, iaitu Cikgu Helmi di dalam Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda yang meminta sebuah artikel tentang penggunaan Bahasa Melayu di dalam Blog. 

Gementar dan sukar untuk menulis artikel seperti yang dimaksudkan. Maklumlah...saya kurang ilmu dan kelayakan untuk membicarakannya. Berkali2 membuat rujukan kerana takut tersilap. Saya cuba mengolah dengan gaya saya sendiri. Semoga ianya menepati kehendak beliau dan memberi sedikit ilmu pengetahuan dan panduan buat anda semua. 

RALAT : Artikel ini mempunyai banyak kesalahan tatabahasa, sila rujuk komen Tetamu Istimewa di bawah untuk anda mengetahui dan mempelajari kesilapan tersebut agar menjadi panduan dan pengajaran buat kita semua. Sama-samalah kita mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam tatabasa dan penulisan bahasa Melayu yang betul.

Admin...

73 comments - "Benarkah? Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi"

aku pernah dengar tu pasal pegar dan pagar..sebab tertukar masa peralihan jawi ke rumi..terbaik bro dh jadi duta kecil yer..hahaha

Unknown delete icon 9:28 PG

Erkk...nampaknya wan sudah menjadii pagar yang memakan padi sendiri ni. Bahasa rojak habis...aduhai...

Apapun, kupasan yg baik. Baru wan tau apa relatednya pagar dengan padi. Good job bro BM.

Fais-SKA delete icon 9:31 PG

Perkongsian yg bermanfaat..bru thu rupanya mksud yg tersirat..rupanya ayat kiasan utk bt kita berfikir..inshaa'Allah dr segi mutu bahasa melayu masih lg cuba utk diperbaiki, perubahan dri semasa ke semasa pasti dilakuakan..harap ramai yg sedar tentang ni..

Anda seorang guru bahasa kah ? Kupasan yang menarik ditambah dengan gambar sekali. Tahniah.

Liza ingatkan dorg salah translate drp tulisan jawi ke rumi. Pegar jadi pagar. Hihi...

Fais-SKA delete icon 9:52 PG

Okeh bro BM =) terima kasih...nanti sy cuba cek email...guna email ni ye so_pie88@yahoo.com

Sy amat bersetuju dgn pendapat saudara BM tentang memartabatkan bahasa ini. Mmg sepatutnya penulisan bahasa melayu jngnlah dicampuraduk dgn bahasa2 lain kecuali selain utk menyatakan terma bagi nama atau menggambarkan sesuatu agar lebih jelas maksud ceritanya. Sbg insan, tidak salah utk mempelajari penulisan bahasa lain spt Inggeris, Arab, Jepun dsb.. malah menjadi tuntutan dlm salah satu cabang menuntut ilmu, tetapi biarlah penulisan bahasa Melayu itu dpt berdiri sendiri spt yg kita baca pada karangan penulisan bahasa2 yg lain. Dgn cara itu, in shaa Allah kita secara tidak langsung memartabatkan bahasa kita sendiri dimata dunia & menarik lebih ramai bangsa asing utk mempelajarinya setaraf dgn bahasa2 bangsa yg lain. T kasih diatas perkongsian pagi yg sgt bermanafaat & membuka minda ini. Semoga saudara BM terus maju & tercapai segala yg dihajati.. amin. Semoga ceria :)

Unknown delete icon 10:15 PG

wah Pakcik BM nie cikgu ke apa ye....cara penulisan memang hebat....
Mantap lagi bicara santapan madahnya memang mengukuhkan sesuatu entri...
Pengayaan dan lenggokkan bicara santai pada penulisan memang menarik perhatian cik akak untuk membaca...inti pati isi kandungan yang penuh dengan kepadatan isi..hahaha....

wah komen lebih nampak cik akak nie...:)
ada hajat lah tu...nak belajar SEO

Aduhai Jin...memang hebat tuan kamu ini. Kakak tabik toing-toing (ampun.. bahasa apa ini). Betul penggunaan bahasa Melayu kian tercemar apa lagi dengan adanya sistem pesanan ringkas akibatnya berbagai-bagai bahasa rojak timbul. Pagar makan padi mungkin juga bila pagar rebah maka musnahkah tanaman padi.. org dulu-dulu memang bijak sayangnya orang sekarang begitu mudah mahu memusnahkan keindahan tersebut..

Mizz Aiza delete icon 10:45 PG

bahasa melayu itu sangat indah untuk kita hayati dan praktikkan dalam kehidupan seharian.. bahasa jiwa bangsa.. aiza pula tak pernah terfikir wujudnya burung 'pegar' yang memakan padi..

PCL delete icon 11:06 PG

baru tahu ada burung pegar..serius sblm ni peribahasa kita guna pagar dan tak mempertikai pula kenapa pagar nak makan padi...inikan peribahasa lebih kepada pembayang untuk sesuatu maksud dan keadaan. ~pemahaman sy amat kurang.

harapkan pagar,pagar rebah menimpa padi..:)
bab mengkhianati,kepercayaan dikhianati ni...kalau akak,kena sekali..sampai bila2 pun akan tetap ingat...bkn berdendam tp bila hati disakiti,sukar membina kepercayaan kembali

sitirohaida delete icon 11:17 PG

sebelum nie tak tahu akan kewujudan burung pegar ini..Peribahasa melayu nie sungguh mendalam maksudnya,bukan untuk diperlukan utk memerli orang...itu yg sllu kita lihat pada masyarakat kita nie..

hoho.. dah sinonim dgn pagar..dulu cikgu ada ckp jugak ttg pegar...

bahasa jiwa bangsa =)

Assalamualaikum BM...perkongsian yang cukup. Kadang-kadang saya pun terlanggar pagar apabila menggunakan perkataan Bahasa Inggeris dalam penulisan blog.

BinMuhammad delete icon 12:15 PTG

Hanya yg bijak berbahasa mampu menilainya. Hang pun duta kecil juge...hehe

BinMuhammad delete icon 12:17 PTG

Thanks Wan, kita serupa jer...kini, cubalah mempelajari dan memperbaiki kesilapan. Masih belum terlewat...

BinMuhammad delete icon 12:27 PTG

Orang2 dulu memang bijak berbahasa...sama2 kita memperbaiki dan mempertingkatkan penguasaan bahasa melayu.

p/s; Dah email dan cubalah.

BinMuhammad delete icon 12:29 PTG

Saya bukan guru bahasa, main belasah je tu...demi menunaikan permintaan, hehe (jiran tu yg mencetuskan idea)

Shahrul Yusof delete icon 12:33 PTG

Bab bahasa ni, kadang-kadang DBP sendiri pun menjadi 'pagar yang memakan padi' dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. Macam double standard pun ada juga. Kalau buku-buku indie tu gunakan bahasa rojak, sure akan kena hentam. Tapi kalau peringkat atasan, rilek je bahasa Inggeris ditukarkan ejaannya. Contoh, perkataan Sentral dan Presint. Kan bagus kalau guna je Stesen 'Utama' Kuala Lumpur dan Lingkungan 10 Putrajaya. Ni bajet global sangat nak pakai term English dalam Melayu. Tak pasai jadi lintang-pukang.

BinMuhammad delete icon 12:46 PTG

Memang menjadi isu juga...tapi DBP tetap dengan perkataan pagar dan memang ada logiknya disitu.

BinMuhammad delete icon 12:48 PTG

Terima kasih diatas ulasan anda, amat menarik dan bernas sekali. Semoga kita sentiasa menjaga bahasa melayu dan memartabatkannya. Terima kasih Khir...maju jaya juga buat anda :)

BinMuhammad delete icon 12:54 PTG

Tak layak jadi cikgu lah cik akak. Komen memuji sesangat ni ada makna rupanya...hehe
Belajar SEO tak susah sebenarnya. Tak perlu ambil semua dan terlalu teknikal nanti entri cik akak tak menarik pula.
Buat dulu utk blog spt tingkatkat SEO score utk template, daftar dengan Webmaster, buat sitemap dan tajuk entri dgn keyword yg betul... Lepas tu buat je entri macam biasa dan lihatlah perubahannya!

BinMuhammad delete icon 12:57 PTG

Hebat manalah Kak... Karangan biasa budak SPM jer.
Kagum dgn kehebatan berbahasa orang-orang dulu spt akak le...bijak berbahasa dan puitis serta mendalam maknanya.

BinMuhammad delete icon 1:00 PTG

Isu ini dah lama cuma bila jiran saya membicarakannya, baru tercetus idea buat entri ini.

BinMuhammad delete icon 1:02 PTG

Betul tu...orang2 dulu suka berkias dlm berbahasa. Pemahaman saya dalam kesusasteraan melayu ni pun cetek juge. Isu ini telah lama dan akhirnya kedua2 pun boleh digunakan...tetapi DBP tetap mengekalkan 'pagar' dalam cetakan mereka.

BinMuhammad delete icon 1:04 PTG

Akak mesti ada pengalaman pahit pasal kianat mengkhianati ini kan...
Betul tu...sukar utk membina semula kepercayaan walaupun mereka sudah berubah.

BinMuhammad delete icon 1:07 PTG

Ramai juga yang tak tahu burung pegar rupanya. Orang melayu selalu berkias dalam berbahasa...tapi perlulah bijak menggunakannya agar tidak disalah ertikan..

BinMuhammad delete icon 1:09 PTG

Saya pun sedari kecil sudah sinonim dgn perkataan pagar...cuma kini baru tahu ianya boleh jadi pegar.

BinMuhammad delete icon 1:10 PTG

Waalaikumsalam...samalah kita cikgu, asyik terlanggar pagar...huhu

Tanpa Nama delete icon 1:16 PTG

gd info & pic2 yg menarik.. blog pun makin cantiklah, KA suka !

satu perkongsian yang pada mama menarik. Seharusnya, penggunaan bahasa melayu yang baik ini, harus diterap dalam jiwa sewaktu anak kita masih kecil. Ini supaya, dia tidak akan mencampuradukkan bahasanya sendiri.

Apa yang mama buat pada anak mama sekarang, sehari satu karangan. Wajib. Mama akan check penggunaan Bahasa Melayu dia. Apa yang salah mama tegur. Apa yang mama dapati, anak-anak ini bila penggunaan bahasa dah salah, sampai bila bila pun akan salah.. main hentam keromo. Mama juga diajar cara yang betul semasa mama mengambil STPM dulu. Cuma sayang, pengajian bahasa Melayu yang mama ambil, mama tak teruskan di peringkat universiti.......

mama nak kawennnn.. hiihihiih...

BinMuhammad delete icon 1:17 PTG

Suka dengan ulasan anda, benar sekali! Banyak perkataan Inggeris bagaikan sudah dimelayukan padahal ada saja perkataan melayu yg sama maksudnya boleh digunakan. Malah ianya bagaikan di halalkan pula oleh DBP.
Tepat sekali...kini "pagar makan padi" Semoga ada yg lebih berkuasa dan berpengaruh lantang bersuara menegakkan kembali martabat bahasa melayu. Saya cuma melakukan apa yg terdaya...

Tanpa Nama delete icon 1:31 PTG

betul tu...rasanya memang 'pagar' yang di maksudkan itu..terima kasih pada BM sudi mengupas isu ini..memang bermanfaat..

BinMuhammad delete icon 1:34 PTG

Terima kasih...kunjungan KA sentiasa di nanti

BinMuhammad delete icon 1:39 PTG

Wah...cikgu mama! Kalau saya jadi anak mama, tersiksa huhu...xsuka buat karangan, Lebih minat matematik dan sains...
Tapi memang bagus cara mama, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga anak mama dapat menyempurnakan cita2 mama :)

Artikel yang menarik. bahasa adalah jiwa bangsa..penggunaan bahasa boleh mendidik bangsa.

Unknown delete icon 2:47 PTG

menarik perkongsian ni.. klu nk cakap pagar mgkin agak jaggal bunyinya..terharu tgk TV alhijrah... bahasa melayu bahasa 3 dimartabatkan di Mekkah...

yangbaik delete icon 3:12 PTG

alamak!!! saya sudah 'kantoi' kerana sering kali menggunakan bahasa dengan cara yang tidak baik seperti mencampur adukkan bahasa Melayu buku dengan bahasa Melayu pasar dan kadang-kadang diselang-selikan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang rosak. Tetapi saya bukan Pegar atau Pagar, saya adalah seorang blogger.

Terima kasih di atas catatan yang sungguh berguna. Bahasa jiwa bangsa!

OKje delete icon 3:29 PTG

Aaron Aziz ni bukan sahaja pandai berlakon, mengarang pun pandai.... Cayalah!!
Bukan mudah tau nak menghasil entri yg berbentuk ilmiah cenggini? Sempat ke nak mencari bahan!

OKje delete icon 3:30 PTG

Lupa pulak, tapi terasa mak tau dengan entri ni! Macam mak selalu buat je ;huhu...

ANIM delete icon 4:40 PTG

terbaik entri ni, BM. malu pulak kak..kena batang hidung!

mselim3 delete icon 4:58 PTG

Assalammualaikum... BM,

perkongsian yang menarik... seronok baca dengan ada unsur mendidik agar cinta pada bahasa .. dan diselangi dengan gambar2 indah...

mselim3

JunAina delete icon 5:25 PTG

Anak muda sekarang di didik sebaiknya di sekolah dalam penggunaan bahas tetapi bila keluar dari kelas bahasa tiada lagi keindahan itu. Biasanya bahasa yang indah2 di kaitkan dengan sastera.

Remaja zaman sekarang lagi senang memilih jalan pintas dalam menulis yang kadang2 kita sendiri tidak faham apa yang di tulis.

Tahniah...semoga berjaya.

Unknown delete icon 6:43 PTG

terbaik n menarik. tabik spring BM..masa mula2 berblog dulu knah juga pernah guna ayat bahasa pasar dan ayat ikut sedap sendiri, tp bila tengok ada pembaca dari luar negara yang berkunjung ke blog knah, knah terus guna bahasa yang betul =)

Unknown delete icon 7:15 PTG

owh...gitu...terbaiklah entry ini... ada ilmu

Unknown delete icon 7:31 PTG

wah huraian yag baik dan terperinci..bagusnye
aah peribahasa tu sgt pemes sehingga sekarang
segan pulak yumida coz yumida selalu rojakkan bahasa..hikhik
ade 1 lg peribahasa yg menjadi isu panas masa kami sekolah dulu

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

sampaikan guru kami mempertikaikan peribahasa ni. kenapa mesti sekali. bukannya sesekali. sampai sekarang yumida masih ingat.

Aimacomel delete icon 8:39 PTG

Dalam isu pagar dan padi, yeah dalam apa juga keadaan pun jgn sesekali jadi pagar yg makan padi, tunggukah jadi nasi dulu baru lah jamah sebaiknya., hehehe, okey gurau je. Sebagai blogger, besar peranan dan tanggungjawab kita. Bahasa jiwa bangsa, kalau kita ikut suka nak cakap, ikut hati nak tulis, cacamerba kalau sedap takpelah. Ni rosak, rosak..
terima kasih Tuan BM atas ingat ni. Entri baik dan penuh ilmu

Unknown delete icon 9:50 PTG

Assalamualaikum..

Bercakap pasal bahasa dan peribahasa ni, rasa terpanggil untuk menulis..
sesekali saya intai2 satu dua blog yang mengguakan bahasa rojak ni..Bahasa Inggeris dicampuradukkan dengan Bahasa Malaysia..malahan BI nya lebih banyak dari BM..terkeliru..ini entri dalam Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris..apa salahnya menulis dlm Bahasa Malaysia atau kalau nak dalam BI terus BI bukan macam rojak..

Blog Santai delete icon 10:02 PTG

First time dengar Pegar tu...nway..salah sorang yang kadang-kala merosakkan bahasa..he..he..sebenarnya kita menulis mengikut keselesaan.so its more to converse rather tha writing..lebih santai..

Assalamualaikum, Tuan BM.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana berani menyahut cabaran saya dengan merealisasikan entri ini. Satu kupasan yang menarik telah dilakukan. Sengaja saya tidak meninggalkan komen seawal pembacaan saya. Saya hendak membaca komen daripada blogger lain dahulu tentang tulisan ini.

Keduanya, memandangkan entri ini saya yang cadangkan izinkan saya untuk membetulkan apa-apa yang ditulis terutamanya berkaitan tatabahasa. Entri ini juga melibatkan penggunaan bahasa dalam kalangan blogger. Kemudiannya, bolehlah BM sunting semula, itupun jika rajin dan mahu.

Antara yang dapat saya kesan kesilapannya:
1. berikutan penggunaan perkataan 'pagar' didalam peribahasa ini.
(berikutan penggunaan perkataan 'pagar' dalam peribahasa ini)

2. satu generasi sehinggalah kehari ini
(satu generasi sehinggalah ke hari ini)

3. dari segi ejaan dan sebutan dimana 'pagar'
(dari segi ejaan dan sebutan yang mana 'pagar' lebih sesuai)

4. boleh di jadikan harapan
(boleh dijadikan harapan)

5. merupakan jiran dirumah saya
(merupakan jiran di rumah saya)

6. dimana orang-orang dulu sungguh bijak
(yang mana orang-orang dulu sungguh bijak)

7.Maksudnya disini, 'pagar'
(Maksudnya di sini, 'pagar')

8. Bila di fikirkan semula
(Apabila difikirkan semula)

9. dilakukan keatas peribahasa ini
(dilakukan ke atas peribahasa ini)

10. boleh diakses keseluruh dunia
(boleh diakses ke seluruh dunia)

11. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
(bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jika mata pelajaran baru guna Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

Artikel di atas sangat baik mutunya. Tidak ada cacat celanya. Namun begitu, kalau dibetulkan sedikit dari aspek bahasa ini lagi cantik.

Maaf sekali lagi BM, kalau teguran saya ini membuatkan BM terasa hati. Kalau tak nak bagi orang baca padam saja selepas BM baca.

Jin: Maaf ya Jin. Jom, kita memartabatkan bahasa Melayu!

BinMuhammad delete icon 10:49 PTG

Salam Cikgu,
Saya berbesar hati apabila dapat menunaikan permintaan cikgu. Maklumlah saya bukannya seorang yg pakar dalam tatabasa bahasa melayu dan membuat artikel ilmiah sebegini, ianya memberi cabaran besar buat saya namun ianya amat menarik dan seronok utk dicuba.

Tunjuk ajar dan pembetulan sebeginilah yg saya harapkan supaya dapat belajar dan memperbaiki kesilapan. Bukan sekadar komen biasa tetapi seumpama guru mengajar muridnya...

Padamkan komen...Oh! tidak sama sekali. Ianya amat penting agar menjadi rujukan buat saya dan sesiapa sahaja. Bukan senang mendapat ilmu percuma sebegini.

Terima kasih cikgu. Jgn segan2 utk memperbetulkan kesilapan kerana saya amat2 memerlukannya dan menghargainya :)

sayan pun setuju dengn pandangan sdra Sylarius..:) Ketelusan dalam memaksimakan penggunaan kuasa yang telah diamanahkan harus diperbaiki..;)

tahniah BM, saya baca entri ini hingga ke penghujungnya dan tak sangka ia ditulis keranan memenuhi permintaan teman blogger anda.Saya ada baca tentang keraguan akan penggunaan pagar dalam peribahasa ini.Selain peribahasa ini, saya ada juga membaca tentang peribahasa "bagai melepaskan batuk di tangga" juga mendapat komen daripada kalangan ahli bahasa.Batuk yang dimaksudkan di sini bukanlah bermaksud batuk yang kita alami jika sakit tekak, tetapi "batok" asal perkataan jawa yang berupa tempurung kelapa yang digunakan orang zaman dahulu untuk mencedok air dari dalam tempayan,yang biasanya diletakkan di tepi tangga halaman rumah.Batok digunakan untuk menyiram kaki yang kotor supaya bersih sebelum masuk ke dalam rumah.Erkk,panjang pulak ulasan kali ini.saya sekadar berkongsi sedikit info di sini..maaf ye Encik BM..:)

biskutcelup delete icon 11:56 PTG

kupasan yang sangat menarik..dapat perbetulkan ilmu yang sedia ada..tahniah :D

setuju dengan entri ini, acik pernah baca juga tentang pekara ini, insyaAllah acik akan menaip di blog dengan menggunakan bahasa melayu dengan betul..sama-sama kita martabatkan bahasa ibunda kita

Unknown delete icon 9:28 PG

Salam syahdu di hari Rabu....Alhamdulillah tertunai sudah....

Bayu tempias berlalu rendah,
Hujan sebentar pulau nun jauh;
Melayu berkias terlalu indah,
Takkan pudar walau dibasuh.

Unknown delete icon 9:39 PG

Minta dipetik diumpil jambangan,
Renjisan air kuntum petunia;
Fakta cantik hasil karangan,
Tulisan mahir seharum idea.

Unknown delete icon 10:48 PG

Ermm...ya. Suka dgn semangat mcm tuh bro BM.

Unknown delete icon 1:44 PTG

Perrggh olahan yang amat menarik BM..Rupanya sempena Bulan Bahasa Kebangsaan.. saya bg A++***..haha..

Unknown delete icon 1:46 PTG

Harapkan pagar, pagar makan padi..saya ada kisah yang amat menarik..tapi sayang, tak boleh didedahkan..

THE AUTHOR delete icon 5:28 PTG

Pernah mendapat maklumat ini semasa melihat dokumentari yang telah saya lupa..
Rupanya ada kesilapan sebenarnya...dari kecik dimomokkan pagar dan rasa mcm tak logik..rupanya pegar...hehehehe

Memang seorang blogger perlu menualis dengan ayat yang betul..tapi bila kejar masa tu ler yag silap...hahahahaha.

Salam ziarah. Blog yang menarik. Jemput bertandang berkongsi inspirasi di http://wanariahamiza.blogspot.com/. Ukhwah itu indah. :)

Bunda_nora delete icon 1:53 PTG

Satu perkongsian yang sangat menarik...kalau kita sendiri orang melayu tak martabatkan bahasa ibunda kita sendiri siapa lagi...

Tengok saja orang Jepun dan Cina... Walaupun ramai dari mereka terdiri dari golongan profesional dan menyerlah ketahap antara bangsa, tetapi mereka tak malu untuk terus menggunakan bahasa ibunda mereka.

Gambar pertama terpesona saya. Gelap ini.

Wafi Remli delete icon 6:23 PTG

Saya pernah jumpa kupasan seperti ini dulu. Satu lagi peribahasa yang dikupas adalah "bagai melepaskan batuk di tangga" yang mana dikatakan bahawa 'batuk' itu berasal daripada 'batok'.

Ezelovesse7en delete icon 12:01 PTG

Thanks for the great info and interesting post. Dah faham dah tentang peribahasa melayu ni.

ga mau jadi pagar ah...

Tanpa Nama delete icon 8:56 PG

betulla burung pegar.. burung ni makan serangga perosak pada tanaman... ape kena mengena dengan pagar... manede sawah padi berpagar... gile..

BinMuhammad delete icon 10:30 PG

Nama pun peribahasa, ianya adalah perlambangan dan maksud tersirat... Orang dulu2 kan kaya dengan kiasan... Pagar tidak semestinya pagar secara visual tetapi bermaksud pagar yang melambangkan penjaga kepada sesuatu kawasan...
Jika anda yakin pagar itu adalah burung pegar...ia juga tiada salahnya dan betul juga maksudnya.

Tanpa Nama delete icon 7:32 PTG

FA GA RA = PAGAR ( EJAAN JAWI LAMA )
FA ALIF GA RA = PAGAR ( EJAAN JAWI BAHARU)

BURUNG TERSEBUT DIBERI NAMA "PAGAR" PADA ZAMAN DAHULU.

MENURUT KAMUS DEWAN BAHASA JILID 4, BURUNG TERSEBUT BERNAMA "PEGAR" BAGI EJAAN TERKINI.

HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI.

PADA PANDANGAN PERIBADI SAYA. BURUNG TERSEBUT DIBERI NAMA "PAGAR" KERANA DAPAT MEMAGAR TANAMAN PADI DARIPADA DIGANGGU OLEH BURUNG YANG LAIN. MALANGNYA BURUNG TERSEBUT JUGA MAKAN PADI.

HUJAN TELAH REDA ( EJAAN LAMA )
KITA MESTILAH REDHA DENGAN KETENTUAN TUHAN ( EJAAN LAMA )


HUJAN TELAH REDA ( EJAAN BAHARU )
KITA MESTILAH REDA DENGAN KETENTUAN TUHAN ( EJAAN BAHARU )


"REDA" ADA DUA MAKSUD WALAUPUN EJAAN YANG SAMA.

SAMA JUGA DENGAN PERKATAAN "BATOK" YANG MEMILIKI DUA MAKSUD WALAUPUN MEMPUNYAI EJAAN YANG SAMA. ( EJAAN LAMA )

1. BATOK = SUARA YANG SAKIT ( EJAAN LAMA )
2. BATOK = GAYUNG TEMPURUNG KELAPA ( EJAAN LAMA )

EJAAN BAHARU:
BATUK = SUARA MANUSIA YANG SAKIT (EJAAN BAHARU ) EJAAN SUDAH BERUBAH
BATOK = GAYUNG TEMPURUNG KELAPA ( EJAAN BAHARU) MASIH KEKAL EJAANNYA

Tanpa Nama delete icon 12:39 PTG

SETAKAT INI ( 30 MAC 2017) PERIBAHASA TERSEBUT MASIH TIDAK DIUBAH OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) WALAUPUN NAMA BURUNG TERSEBUT SUDAH DITUKAR KEPADA "PEGAR".

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.


SEPATUTNYA DITUKAR KEPADA : HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI.

Ross delete icon 12:15 PG

Penjajahan Portugis di Melaka bermula . dari penghianatan oleh kumpulan askar upahan sengaja menempatkan Melaka lemah dan tewas di tangan musuh.

Harapkan pagar,pagar makan padi.

Mengingatkan kembali hal tersebut.

Pagar dalam Bahasa Portugis sebagai pembayaran...to pay for..
Padi sebagai kekayaan orang-orang tempatan.

Hentamsajalah.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap