Blogger Malaysia Bantah Ashley Madison.comZina Itu Dosa Besar
Zina, salah satu dosa besar yang perlu kita elakkan. Jangan sesekali kita menghampirinya. Tiada kompromi dalam hal zina kerana ianya menjatuhkan martabat manusia menjadi lebih hina dari binatang.

Hukumannya amat berat kerana berzina mampu membawa kemusnahan sesebuah bangsa bersama tamadunnya.

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebatan. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

Blogger Malaysia Bantah Ashley Madison.com
Kehidupan umat Islam ketika ini begitu terdedah dengan gejala sosial yang semakin tidak terkawal. Sebarang aktiviti yang boleh membawa kepada zina wajib kita tentang dan hapuskan. Kini...satu budaya baru ingin disebarkan dikalangan umat Islam melalui dunia tanpa sempadan ini. Sebagai umat Islam, saya terpanggil untuk turut serta dalam membantah kewujudannya di persada media sosial ini. 

"AshleyMadison.com - sebuah laman web yang menjurus kepada aktiviti penzinaan di rantau ini bakal dilancarkan pada 17 November 2013. Walaupun terdapat tentangan daripada orang ramai dan penguatkuasa undang-undang di Singapura, laman web tersebut telah berjaya mendapatkan sebanyak 26 ribu LIKE di laman sosial Facebook" - baca selanjutnya SINI

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Jangan biarkan gejala zina menjadi budaya yang akhirnya akan menghancurkan generasi masa hadapan kita. Bersatu kita menentangnya! Sudahlah keadaan di kala ini meruncing...ditambah pula dengan serangan gejala mungkar sebegini. 

Marilah bersama-sama, tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang Blogger Muslim, berjihad dan bersatu menghalang anasir yang bertuhankan syaitan ini dari meneruskan agenda menyesatkan ini. Jangan biarkan Laman Web Ashley Madison.com ini menjadi kenyataan! Nyatakan dan suarakan bantahan anda di SINI.... Allahuakbar!!!


Admin...

29 comments - "Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com"

Khir Khalid delete icon 12:35 PG

Astaghfirullah...mmg patut kita tentang benda yg mungkar. Sememangnya bertentangan dgn aqidah Islam dan budaya ketimuran. Saya menentang sekeras2nya berkenaan isu ini. Terima kasih di atas perkongsian. Semoga kita semua terhindar dari perkara mungkar. Nauzubillah....

Saya pun baru nampak tadi, tengah buat penyelidikan sebelum publish. Kadang2, bila kita publish dengan cara menarik, hanya akan mendedahkan lagi laman web itu dan menimbulkan minat pembaca untuk pergi kesana. Kena fikir cara terbaik macamana nak menghalang pembaca yg tidak bertanggungjawab tahu tentang blog macam ni

masalah sosial anak2 muda sekarang pun dah tenat..bertambah parah nanti jika tak ditentang habis2an...

mrhanafi delete icon 7:13 PG

saya juga bantah laman web ini..semoga ia disekat masuk Malaysia!

Entri terbaru saya bertajuk- 7 Halaman Ping Yang Popular [Edisi Kemaskini]

Dahsyat sungguh deme.

Jom sama-sama kita cegah kemungkaran BM..semoga usaha kita diberkati...Aminnn

Mizz Aiza delete icon 8:46 PG

bersama kita mencegah kemungkaran..

Ujian sebagai seorang muslim beriman memang tidak ringan. Betapa tindakan bernuansa pelecehan terhadap Islam menyebar di sekitar kita termasuk zina terbuka. Yuuk, bersama-sama kita perangi,..

Unknown delete icon 9:04 PG

Sungguh tak terkawal dah.. takut memikirkan nasib anak2 kelak..

Unknown delete icon 9:24 PG

moga kita semua sentiasa dalam lindungan dan Rahmat Allah..

Unknown delete icon 9:44 PG

macam2 dah berlaku sekrang nie uncle...semoga kita semua di lindungi...

mari sama-sama kita bantah ,mohon pihak berkuasa mengambil tindakan sekatan

gua pun tgh karang netri tuk tentang perkara ini...

Unknown delete icon 3:25 PTG

Marilah kita sama-sama bermohon doa semoga Allah Ta'ala pelihara dari perkara-perkara keburukan......amin..

Ashley Madison ni sebenarnya mendapat tentangan juga dari komunit-komuniti di negara-negara Eropah. Walaupun mereka agak terbuka, tetapi kesan yang diakibatkan dari kes-kes kecurangan yang didorong oleh media siber sebegini mampu merosakkan institusi masyarakat mereka.

Bila Pemikiran yang sgt terbuka. Harus bantah sekeras-kerasnya demi menjaga maruah generasi kita.

Zawiah delete icon 5:54 PTG

Mudah-mudahan SKMM " melihat " akibatnya ...

Itulah yang dibimbangkan apabila hidup tidak beriman dan bertuahn pasti terpesong akidahnya.

Bunda_nora delete icon 6:48 PTG

Na'uzubillah...mintak dijauhkan dan dipelihara dari gejala sosial tak sihat dan perkara2 maksiat dan mungkar ini dari keturunan kita dan saudara mara terutama umat islam ..aamiin

Tanpa Nama delete icon 8:34 PTG

Ya Allah,lindungi kami dari syaitan yang di rejam dan syaitan bertopengkan manusia....

IM pun bantah laman web macam ni..

Saya sokong kempen " Blogger Malaysia bantah Ashleymadison.com".

mrhanafi delete icon 4:03 PG

saya sokong bro..semoga usaha yang sedikit itu menjadi saksi di akhirat kelak

Entri terbaru saya: Mengapa Blogger Baru Wajib Blogwalking

Try report pada google ini sebagai web porno. Mungkin pihak google boleh ambil tindakan. Kalau kita buat laporan ramai2 mungkin web tu akan berkubur.

Unknown delete icon 10:24 PG

Bantah sekeras2nya.. Allah hu Akbar..

Pha Is delete icon 1:39 PTG

ada join jugak segmen ni..
semoga segmen yg berjaya mencapai matlamatnya..

Tanpa Nama delete icon 3:11 PTG

mmg patut kita bantah dgn sekeras2nyer kan !

ANIM delete icon 6:49 PTG

Menakutkan apa yg terjadi bila dunia di akhir zaman. Kebimbangan mengenangkan hebatnya cabaran dan dugaan yg bakal ditempuh anak2 dan cucu kita nanti.

OKje delete icon 11:09 PG

Menyeramkan ...... apa dah jadi dengan dunia sekarang ni...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap